Sk Biz Solution - Community

Wednesday, May 20, 2026

Reciprocation + Konsisten - Formula hidup berjaya


 












Dalam Part 1, kita belajar tentang prinsip reciprocation - beri dulu dan dunia akan balas balik.

Dalam Part 2, kita belajar tentang prinsip compound interest - konsisten dalam apa yang anda buat, sedikit demi sedikit, dalam jangka masa yang panjang.

Kalau anda perasan, kedua-dua prinsip ini sebenarnya tak lengkap tanpa satu sama lain. Ia kena ada dua-dua, bergabung dan meletop.

Reciprocation tanpa konsisten

Bayangkan anda mula buat baik pada seseorang. Anda beri perhatian. 
Anda dengar dan hormati mereka.

Tapi selepas seminggu, anda berhenti. Anda sibuk atau anda lupa.

Apa yang berlaku? 

Orang tu mula tertanya-tanya. "Dia ni genuine ke tidak? Atau dia ada agenda lain?" Kepercayaan yang mula terbina tadi mula goyah.

Contoh lain - Sebagai seorang jurujual anda selalu hubungi pelanggan untuk membangunkan hubungan yang baik. 

Tapi selepas sebulan, anda sudah tidak hubungi pelanggan tersebut.

Apa yang akan terjadi? 

Sudah tentu pelanggan tersebut akan lupa pada anda juga. 
Iyalah, anda bukan seorang saja, jurujual yang berhubung dengan dia. 

Tentu ada jurujual yang lain menghubungi pelanggan tersebut.
Reciprocation tanpa konsisten hanya menghasilkan kesan yang sementara. 

Konsisten tanpa reciprocation

Sekarang bayangkan sebaliknya. Anda konsisten. 
Setiap hari buat sesuatu. Tapi apa yang anda buat itu salah dari awal.

Anda konsisten menuntut perhatian tanpa memberi perhatian. 
Anda konsisten mengharapkan orang dengar anda tanpa anda dengar mereka. 

Anda konsisten mahu dihormati tanpa menghormati orang lain.

Apa yang berlaku? 

Anda akan dapat hasil yang sama setiap hari - tiada apa-apa. 
Atau lebih teruk, anda akan dapat lebih banyak penolakan.

Konsisten tanpa reciprocation adalah seperti mengayuh basikal ke arah yang salah dengan penuh semangat. 

Anda penat, tapi anda tak sampai ke destinasi yang anda mahu.

Reciprocation + Consistent = Success in life.

Bila digabungkan inilah formula hidup terbaik dan berjaya.

Peter Kaufman simpulkan ini dalam satu ayat yang sangat mudah:

"Go positive and go first, and be constant in doing it."

Be positif dan mulakan dulu itu reciprocation. 
Buat secara konsisten itu compound interest.

Gabungkan kedua-duanya dan anda ada formula hidup terbaik untuk capai apa yang anda mahu.

Bukan sahaja untuk berjaya dalam kerjaya atau bisnes. 

Tapi untuk dapat apa yang semua manusia betul-betul mahu seperti perhatian, didengari, dihormati, rasa bermakna dan disayangi.

3 ciri pelaburan yang bagus dan kaitannya dengan hidup anda.

Peter Kaufman juga sebut sesuatu yang menarik tentang pelaburan.

Dia kata pelaburan yang bagus ada tiga ciri iaitu:
  1. Pulangan yang tinggi (superior returns)
  2. Risiko yang rendah (low risk)
  3. Jangka masa yang panjang (long duration)
Kebanyakan orang hanya fokus pada nombor satu - nak pulangan tinggi, nak hasil cepat. Dua lagi mereka abaikan.

Tapi orang yang bijak, dia akan lihat ketiga-tiga ciri itu sama penting.

Konsep pelaburan ini bukan sahaja untuk buat duit. 
Ia boleh diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan anda.

Hubungan anda dengan orang sekeliling adalah satu pelaburan. 
Kerjaya anda adalah satu pelaburan. Reputasi anda adalah satu pelaburan.

Soalan yang anda boleh tanya - adakah "pelaburan" anda dalam kehidupan ni menghasilkan tiga ciri yang sama?

Pulangan yang tinggi? 

Kalau anda amalkan reciprocation - beri dulu, hormati dulu, dengari dulu , orang akan balas balik. 

Kepercayaan akan terbina. Peluang akan datang. 
Hubungan akan mengukuh. 

Ini adalah pulangan yang jauh lebih tinggi dari sekadar menuntut tanpa memberi.

Risiko yang rendah? 

Macam mana nak dapat risiko yang rendah? 
Jawapannya ialah  - win-win.

Peter Kaufman kata ini adalah blind spot terbesar dalam bisnes dan kehidupan. 

Ramai orang bangga dengan hubungan win-lose - "aku dapat lebih, dia dapat kurang." Mereka rasa itu kejayaan.

Tapi hubungan win-lose adalah hubungan yang rapuh. 
Bila pihak yang kalah ada pilihan lain, mereka akan pergi. 

Dan anda terpaksa mulakan semula dari kosong.
Hubungan win-win pula adalah hubungan yang kukuh. 

Bila kedua-dua pihak rasa mereka menang, mereka tak ada sebab untuk pergi. 
Risiko jadi rendah secara automatik.

Jangka masa yang panjang? 

Inilah di mana compound interest masuk. 
Hubungan win-win yang konsisten akan berkembang dari masa ke masa. 

Kepercayaan yang terbina hari ini akan jadi lebih kuat esok.

Dan semakin lama anda konsisten, semakin kuat "pelaburan" anda dalam kehidupan.
Ini bukan tentang berjaya semata-mata

Ada satu perkara penting yang perlu anda faham.

Prinsip ini bukan semata-mata untuk berjaya dalam kerjaya atau untuk buat lebih banyak duit. 

Ia tentang sesuatu yang jauh lebih besar dari itu.
Ia tentang cara hidup yang terbaik.

Fikirkan dua jenis kehidupan ini:-

Hidup pertama  - anda habiskan setiap hari melawan orang sekeliling anda. 

Anda lawan untuk dapatkan apa yang anda mahu. 
Anda pentingkan diri. 

Anda fokus pada apa yang anda boleh dapat, bukan apa yang anda boleh beri. 
Mungkin anda berjaya dari segi material. Tapi anda penat. Anda rasa kosong. 

Dan bila anda sampai ke penghujung hidup, anda sedar yang anda tak ada apa yang betul-betul bermakna.

Hidup kedua - anda habiskan setiap hari dengan memberi dulu. 

Anda beri perhatian, anda dengari, anda hormati. 
Anda beri makna pada hidup orang lain. 

Anda buat ini secara konsisten, setiap hari, tanpa mengharapkan balasan segera. 
Mungkin perjalanan anda lebih perlahan. 

Tapi anda ada sesuatu yang lebih berharga  - kepercayaan, hubungan yang bermakna dan rasa yang betul-betul hidup.

Ada peribahasa menyebut: "Kalau nak pergi cepat, pergi sorang. Kalau nak pergi jauh, pergi bersama."

Ramai orang pilih untuk pergi cepat sorang. 
Tapi bila mereka sampai ke destinasi, mereka sedar tiada siapa bersama mereka.

Anda berani nak mulakan dulu?

Kita semua tahu prinsip ini. Kita semua faham ia logik.

Tapi seperti yang kita belajar dari Daniel Kahneman - mengetahui dan melakukan adalah dua perkara yang berbeza.

Jadi soalan sebenar bukan "Adakah prinsip ini betul?"
Soalan sebenar adalah - adakah anda berani untuk mulakan dulu?

Berani untuk beri perhatian dulu, walaupun anda tak pasti orang tu akan balas.
Berani untuk hormati orang lain dulu, walaupun anda rasa anda yang lebih layak dihormati.

Berani untuk konsisten, walaupun hasilnya tak nampak lagi.
Berani untuk cipta hubungan win-win, walaupun anda cenderung untuk menang sorang-sorang.

Dunia ini bergerak mengikut prinsip reciprocation dan compound interest. 

Ia tak pilih kasih. Ia tak kira siapa anda, apa latar belakang anda atau berapa banyak duit yang anda ada.

Ia hanya balas apa yang anda beri  secara konsisten, sedikit demi sedikit, dalam jangka masa yang panjang.

Soalnya sekarang apa yang anda nak mulakan dulu hari ini?

Sebenarnya banyak prinsip dan konsep dalam alam ini, kalau kita betul-betul faham dan applikasikan dalam hidup ini, kita boleh dapat apa yang kita mahu. 

Saya pun sedang belajar dan terokainya dengan lebih mendalam. Kalau anda mahu sertai perjalanan ini boleh join channel whatsapp Sk Biz Solution.

Saya akan kongsikan apa yang saya dapat supaya kita sama-sama belajar.

Thursday, May 7, 2026

Kenapa anda dah berusaha keras, tapi hidup masih tak berubah? Ini Puncanya…















Anda dah buat langkah pertama? Tapi itu belum cukup lagi...

Dalam Part 1, kita dah belajar tentang prinsip reciprocation - beri dulu dan anda akan dapat balik apa yang anda mahu.

Tapi ada satu soalan yang mungkin anda tertanya-tanya.

"Aku dah cuba buat baik pada orang. Aku dah cuba beri perhatian, dengari, hormati. Tapi kenapa macam tak berkesan juga?"

Jawapannya ialah - Iya anda buat, tapi anda tak konsisten.

Dan tanpa konsistensi, prinsip reciprocation tak akan berfungsi sepenuhnya.

Inilah realiti dalam alam ini. Jom kita lihat hukum alam  dan bagaimana ia berinteraksi.

Kuasa paling kuat dalam alam semesta

Albert Einstein pernah kata - kuasa paling kuat dalam alam semesta ialah "compound interest".

Dan bukan itu sahaja, dia juga kata "compound of interest" ini ialah penemuan matematik terhebat sepanjang zaman dan adalah keajaiban dunia yang kelapan. 

Siapa yang faham akan mendapat manfaat daripadanya dan mereka yang tak faham akan membayar harganya.

Apa definisi compound interest yang mudah? 

Ia adalah kemajuan yang konsisten, sedikit demi sedikit dan dalam jangka masa yang panjang

Tiga sumber bukti terbesar

Sama seperti prinsip reciprocation, mari kita buktikan ini dari tiga sumber terbesar.

Dari bidang fizik:

Compound interest wujud dalam alam semesta sejak 13.7 bilion tahun lagi. Bintang-bintang terbentuk sedikit demi sedikit. 

Galaksi berkembang perlahan-lahan. Alam semesta ini sendiri adalah hasil dari kemajuan yang konsisten selama berbilion-bilion tahun.

Dari bidang biologi:

Apa kuasa paling kuat dalam 3.5 bilion tahun biologi? sistem Evolusi. 

Dan bagaimana evolusi berfungsi? Kemajuan yang konsisten, sedikit demi sedikit dan dalam jangka masa yang sangat panjang.

Dari sejarah manusia:

Nak menang pingat emas Olimpik? Nak belajar bahasa asing? Nak bina syarikat yang berjaya? Nak mahir bermain muzik?

Semua ada formula yang sama iaitu kemajuan yang konsisten, sedikit demi sedikit dan dalam jangka masa yang panjang.

Cuba tanya orang-orang yang berjaya dan kaya. Mereka tak jadi kaya dalam semalaman.

Mereka konsisten berusaha selama bertahun-tahun untuk capai apa yang mereka mahu capai. 

Kenapa manusia susah nak konsisten?

Kalau compound interest atau konsistensi ini sangat berkuasa, kenapa ramai orang masih tak buat?

Kerana kita manusia tak suka menunggu. Kita nak hasil yang cepat. Kita nak nampak perubahan sekarang.

Ramai dari kita mulakan sesuatu dengan penuh semangat. Tapi bila hasil lambat datang, semangat mula luntur. Kita berhenti. Kemudian mulakan semula. Kemudian berhenti lagi.

Dan kita tertanya-tanya kenapa kita tak sampai ke puncak.

Setiap kali kita berhenti dan mulakan semula,  Kita jatuh balik ke landasan biasa, bukan landasan eksponen.

Dan inilah bahayanya bila kita tak konsisten. 

Setiap kali kita berhenti dan mulakan semula, kita kehilangan kuasa compounding. Kita bukan sambung dari tempat kita tinggalkan. 

Kita terpaksa mulakan semula dari awal. Momentum yang dah terbina hilang begitu sahaja. Masa yang dah dilaburkan tidak boleh dikira semula.

Bayangkan dua orang:

Orang pertama - dia buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh selama sebulan, kemudian berhenti selama dua minggu, kemudian buat balik selama sebulan, kemudian berhenti lagi.

Orang kedua - dia buat perkara yang sama, tapi dia konsisten. Setiap hari. Tanpa henti.

Dalam jangka masa pendek, mungkin nampak sama. 

Tapi dalam jangka masa panjang? Orang kedua akan jauh meninggalkan orang pertama. Sebab dia berada pada landasan eksponen, bukan landasan linear.

Kisah arnab dan kura-kura.

Kita juga biasa dengar tentang kisah arnab berlumba lari dengan kura-kura. 

Arnab yang berlari dengan laju dipermulaan, namun berhenti dan tidur di tengah jalan.

Kura-kura yang berjalan lambat, namun ia konsisten berjalan tanpa henti akhirnya berjaya memotong arnab dan mengalahkannya.

Kisah ini banyak pengajarannya.

Aplikasi prinsip ini dalam hidup anda.

Nak gaji tinggi? 

Bukan setakat beri nilai pada syarikat hari ini dan mengharapkan hasilnya esok.
Tapi dengan beri nilai setiap hari dengan konsisten, tanpa mengharapkan hasil segera.

Nak hubungan yang kuat dengan orang sekeliling?

Bukan setakat dengari mereka sekali sekala, tapi dengari mereka setiap kali dengan konsisten, tanpa mengira mood anda hari tu macam mana.

Nak bina kepercayaan orang? 

Bukan setakat jujur bila senang, tapi jujur setiap masa dengan konsisten, walaupun ia susah.

"Compound interest" bukan sahaja tentang wang. Ia tentang kepercayaan yang terbina. Ia tentang hubungan yang mengukuh. Ia tentang reputasi yang berkembang.

Bak kata pepatah orang melayu - sikit sikit, lama lama jadi bukit.

Sekarang, anda dah tahu prinsip reciprocation - beri dulu dan akan dapat apa yang anda mahu.

Anda juga dah tahu prinsip compound interest - buat secara konsisten.

Jadi bagaimana nak gabungkan kedua-duanya menjadi satu cara hidup? 

Itulah yang akan kita bincangkan dalam artikel saya seterusnya Part 3 nanti.

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang saya nak kongsikan dengan anda supaya anda betul-betul faham tentang realiti di dunia ini.

Dan saya pun sedang belajar dan terokainya dengan lebih mendalam. 

Kalau anda mahu sertai perjalanan ini boleh join channel whatsapp Sk Biz Solution.

Saya akan kongsikan apa yang saya dapat supaya kita sama-sama belajar.

Tuesday, April 28, 2026

Kenapa kita susah nak dapat apa yang kita mahu dalam hidup dan kerjaya?














Kita tak faham cara dunia ini berfungsi.

Kita semua ada banyak perkara yang kita mahu dalam hidup ini.
Kita nak hidup yang bahagia, kita nak bebas masalah kewangan, kita nak berjaya dalam kerjaya dan sebagainya.

Tapi kenapa macam susah sangat nak dapat atau capai perkara yang kita mahu tu?

Ada banyak punca, tapi antara punca terbesar yang menyumbang kepada masalah ini ialah kita tak faham cara dunia bergerak dan berfungsi. 


Kita tak faham sistem yang berjalan dalam dunia ini. 
Kita tak faham cara dunia ini berinteraksi sesama makhluk.

Apabila kita tak faham, maka kita akan melawan dunia ini.
Kita melawan cara dan prinsip dunia bergerak.

Analogi sungai - ikut arus, bukan melawan.

Bayangkan sungai yang ada arus deras. 

Kita susah nak melawan arus sungai, tapi kalau kita ikut arus sungai itu lebih mudah atau kita bina saluran lain yang mengikut arus sungai itu, air sungai akan mengalir ikut saluran yang kita bina.

Arus itu ialah sistem atau cara dunia ini bergerak.
Kalau kita ikut sistem atau cara dunia ini bergerak, kita mudah untuk dapat apa yang kita mahu.

Oleh itu, kita kena faham cara dunia ini bergerak dan berfungsi.
Bagaimana dunia atau alam semesta berinteraksi. 

Dan cara terbaik untuk faham adalah dengan melihat kepada tiga sumber bukti terbesar yang ada.

Tiga sumber bukti terbesar.

Seorang ahli perniagaan bernama Peter Kaufman pernah berkata - kalau kita nak tahu sesuatu prinsip itu benar atau tidak, kita kena tengok kepada sample size yang besar dan relevan.

Dan dia kenal pasti tiga sumber terbesar adalah:

Pertama - Interaksi alam semesta yang tidak bernyawa seperti Fizik.
Segala benda yang tidak hidup. Ini meliputi 13.7 bilion tahun.

Kedua - Interaksi semua makhluk hidup di atas muka bumi ini seperti Biologi.
Ini meliputi 3.5 bilion tahun.

Ketiga - Sejarah manusia. Pengalaman kita sebagai manusia selama 20,000 tahun.

Kalau ketiga-tiga sumber ini mengatakan perkara yang sama, boleh ke kita salah? 
Tidak boleh. 

Inilah cara kita tahu sesuatu prinsip itu benar-benar kukuh.

Cara dunia berinteraksi: Prinsip Reciprocation.

Jadi apa yang ketiga-tiga sumber ini katakan?

Semuanya mengatakan perkara yang sama iaitu "prinsip reciprocation" atau timbal balik.

Dari bidang fizik.

Dalam fizik ada Hukum Newton ke-3 iaitu -

"For every action, there will always be an equal and opposite reaction." 

Setiap tindakan akan sentiasa menghasilkan tindak balas yang sama besar tetapi bertentangan arah.

Kalau saya tekan meja ini dengan daya X, meja ini akan tolak balik dengan daya X. 

Kalau berat saya 65kg dan saya duduk atas meja, meja ini juga menolak saya dengan daya yang sama iaitu 65kg. 

Dan kalau saya tekan dua kali lebih kuat? Meja tolak balik dua kali lebih kuat juga.

Ini bukan sekadar reciprocation biasa. Ini mirrored reciprocation ia membalas tepat seperti apa yang diterima.

Dari bidang biologi.

Ambil contoh seekor kucing. Kalau kita tarik ekor kucing, dia akan berbunyi dan cakar kita. Kalau kita escalate dia pun escalate balik. 

Tapi kalau kita belai dengan lembut, dia akan menjilat dan bermanja dengan kita.

Sama seperti fizik - mirrored reciprocation, ia membalas tepat seperti apa yang diterima.

Dari sejarah manusia.

Kita tak perlu pergi jauh. Tengok sahaja peribahasa dan ajaran yang kita dengar sejak kecil:

"Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat."

Ini bukan peribahasa baru. Ia sudah lama dan difahami oleh hampir semua orang tak kira budaya.

Kenapa? Kerana manusia selama 20,000 tahun telah menyaksikan sendiri. Mereka telah mengalaminya sendiri maka prinsip ini benar.

Apa yang manusia mahu?

Sekarang kita faham prinsip ini, mari kita aplikasikan kepada kehidupan kita.

Sebagai manusia, apa sebenarnya yang kita mahu? 
Kita semua mahu perkara yang sama iaitu:

Mahu diberi perhatian.
Mahu didengari.
Mahu dihormati.
Mahu rasa hidup yang bermakna.
Mahu disayangi.

Setiap manusia di atas muka bumi ini mahu lima perkara ini. 

Tapi kenapa ramai orang susah nak dapatkannya? 
Kerana mereka guna cara yang salah.
Mereka melawan cara dunia ini berinteraksi.

Ada orang tunjukkan kekayaan untuk dihormati dan dipercayai. 
Ada orang buat konten mengarut semata untuk mendapatkan perhatian. 
Tapi semua itu tak kekal lama.

Sebenarnya, untuk dapatkan apa yang kita mahu itu mudah saja jika kita ikut cara dunia berfungsi:

Mahukan perhatian? Beri perhatian dulu.
Mahu didengari? Dengar orang lain dulu.
Mahu dipercayai? Beri manfaat pada orang lain dulu.
Mahu dihormati? Hormat orang lain dulu.
Mahu hidup yang bermakna? Beri makna pada hidup orang lain dulu.

Anda akan dapat apa yang anda beri. 
Inilah prinsip reciprocation (timbal balik)

Kisah lif - bukti dalam kehidupan seharian

Bayangkan anda sedang berdiri di depan sebuah lif. Pintu lif terbuka. 
Di dalam lif ada seorang yang anda tak kenal. 

Anda masuk ke dalam lif dan anda ada tiga pilihan:

Pilihan 1: Anda senyum dan ucap salam. Apa yang anda dapat?
98% masa, orang itu akan senyum dan balas salam anda.

Pilihan 2: Anda masuk sambil buat muka masam dan mendengus. 98% masa, orang itu mungkin tidak mendengus macam anda, tapi akan tarik muka sambil cakap dalam hati, "Apahal dia ni?"

Pilihan 3: Anda masuk dan tidak buat apa-apa. Anda dapat - tiada apa-apa.

Inilah prinsip mirrored reciprocation dalam kehidupan seharian. 

Anda beri sesuatu, anda dapat sesuatu. 
Anda beri tiada apa-apa, anda dapat tiada apa-apa.

Zig Ziglar - seorang pakar motivasi dan jualan di US, dia kata -
“You can have everything in life you want if you will just help enough other people get what they want.” Maksudnya, anda boleh dapat apa saja yang anda mahu dalam hidup ini, jika anda cukup bantu orang untuk capai apa yang mereka mahu”

Kenapa ramai yang masih tak buat?

Simple kan prinsip ni?
Semua orang boleh aplikasikan dalam hidup. 

Tapi masalahnya tak ramai yang nak buat. Kenapa?

Daniel Kahneman, pemenang Hadiah Nobel dalam bidang ekonomi tingkah laku, menjawab soalan ini dalam bukunya Thinking Fast & Slow. 

Dia kata manusia ada ketidakseimbangan besar antara dua perkara:

Keinginan untuk mendapat keuntungan.
Keinginan untuk mengelak kerugian.

Dan yang lebih kuat dalam diri manusia bukanlah keinginan untuk dapat untung tapi keinginan untuk mengelak rugi.

Walaupun kita tahu ada 98% peluang kita akan dapat manfaat bila kita mulakan dahulu secara positif, tetap ramai tak berani buat. Kenapa? 

Sebab ada 2% risiko - takut ditolak, takut malu, takut kena kritik, takut rugi.

Tapi fikirkan balik. 

Kita sanggup habiskan 98% tenaga kita untuk melindungi diri dari 2% kemungkinan yang buruk? Adakah itu masuk akal?

Itu realiti tentang psikologi manusia. 

Dan itulah sebabnya ramai orang terus terperangkap di tempat yang sama walaupun mereka sebenarnya sudah tahu jalan untuk dapatkan apa yang mereka mahu.

Dunia ini bergerak mengikut prinsip reciprocation. Soalnya adakah anda berani untuk mula dulu?

Tapi ada satu lagi rahsia yang ramai orang terlepas pandang. 

Bukan sahaja kita kena mula dulu, tapi kita juga kena gandingkan dengan prinsip ke dua iaitu ........


Sebenarnya banyak prinsip dan konsep dalam alam ini, kalau kita betul-betul faham dan applikasikan dalam hidup ini, kita boleh dapat apa yang kita mahu. 

Saya pun sedang belajar dan terokainya dengan lebih mendalam. Kalau anda mahu sertai perjalanan ini boleh join channel whatsapp Sk Biz Solution.

Saya akan kongsikan apa yang saya dapat supaya kita sama-sama belajar.

Monday, April 20, 2026

Pekerja SME - 3 halangan utama anda keluar dari masalah kewangan.


Pekerja SME - anda dah berusaha keras, tapi hidup masih belum berubah?

Bagi anda yang dah baca ebook saya tentang panduan keluar dari masalah kewangan, mungkin anda sudah sedar satu perkara:

Selama ini, anda tersalah main “game”.

Anda masuk padang permainan tanpa faham peraturannya.
Anda buat kerja tanpa pelan tindakan dan strategi yang betul.

Sebab itu, walaupun anda rajin dan kuat berusaha, hidup tetap tidak berubah.

Masalah sebenar bukan usaha.
Masalah sebenar ialah strategi.

Kalau anda sudah berusaha tapi hasil masih kecil, itu bermaksud:

Anda buat kerja yang tidak beri impak besar.
Anda letakkan usaha pada perkara yang tidak berbaloi.

Masalah sebenar: anda tak tahu nak pilih perkara yang betul

Ini punca paling penting.

Anda tak tahu kerja mana yang beri hasil besar.
Sebab itu anda buat banyak kerja, tapi impaknya kecil.

Ia tidak cukup untuk ubah hidup anda.

Jalan keluar: berfikir secara strategik

Kalau anda nak ubah keadaan, tambah usaha sahaja tidak cukup.

Anda kena ada strategi.
Anda kena ubah cara berfikir.

Anda kena berfikir secara strategik.

Apa itu berfikir secara strategik?

Bezakan ini dulu:

Tidak strategik:

  • Sibuk
  • Buat banyak kerja
  • Ikut arahan, tanpa faham 
  • Fokus jangka pendek

Strategik:

  • Fikir: “Apa hasil akhir yang aku nak capai?”
  • Pilih kerja yang beri impak besar
  • Faham kenapa kerja itu penting
  • Fikir kesan jangka panjang

Strategik bukan buat banyak benda.
Strategik ialah memilih benda yang paling penting.

Ia adalah cara berfikir yang menilai matlamat, pilihan dan kesan sebelum bertindak. 

Ini supaya tindakan memberi impak paling besar dalam jangka masa panjang.

Leverage: konsep yang ramai orang tak nampak

Sekarang ini, kita dalam dunia moden yang ada banyak leverage.

Kita mahu tindakan yang ada leverage.

Leverage ialah pengganda kepada keputusan kita.

Bahasa mudahnya:

  • Buat sikit → hasil berganda
  • Buat sekali → hasil berkali-kali

Sebab itu, proses membuat keputusan itu penting. Kita tidak mahu buat keputusan yang salah.

Kalau keputusan salah → leverage akan menggandakan hasil yang salah.
Kalau keputusan betul → leverage akan menggandakan hasil yang betul.

Macam mana nak tahu pilihan itu betul?

Pilihan yang betul ialah pilihan yang:

  • Selari dengan matlamat.
  • Memberi impak  dan kesan besar dalam jangka masa panjang.

Dan yang paling penting ia selari dengan cara dunia ini bergerak.

Analogi mudah

Bayangkan anda di Kuala Lumpur nak ke Johor Bahru. Anda hanya ada basikal.

Tapi anda kayuh ke arah utara, bukan selatan.

Kenapa?

Sebab anda tak tahu arah.
Anda main kayuh sahaja.

Sudah tentu anda tak sampai.

Begitulah dalam hidup.

Tanpa arah dan strategi, kita hanya “sibuk”, tapi tidak sampai ke mana-mana.

Realiti: jalan ini memang susah

Proses keluar dari masalah kewangan bukan mudah.

Ia panjang dan banyak halangan.

Sebab itu:

Kalau dah alang-alang susah, pastikan anda susah pada perkara yang betul.

Jangan susah pada perkara yang tidak betul dan tiada hasil.

3 halangan utama yang anda kena hadap.

1. Sumber terhad

Realiti yang kita kena hadap ialah setiap orang mempunyai sumber yang terhad iaitu :

  • Masa
  • Tenaga
  • Duit
Setiap hari kita gunakan 3 sumber ini samada sedar atau tidak.

Oleh kerana ia terhad, kita kena gunakannya secara bijak.

Kalau anda sudah guna pada satu perkara, anda tak boleh guna pada perkara lain.

Contoh:

Anda buat Grab Food selama 4 jam selepas habis kerja.

Masa dan tenaga itu dah habis.
Anda sudah tak boleh guna masa dan tenaga yang sama untuk belajar skill atau buat sesuatu yang lain.

Masalah ramai orang - mahu buat semua benda.

Tapi, hakikatnya tak boleh!

Anda mesti memilih.

2. Sifat semulajadi manusia

Halangan kedua ialah diri sendiri.

Manusia macam kita ini, kebanyakannya:

  • Nak semua benda dalam satu masa
  • Mahu hasil cepat dan suka shortcut
  • Tak konsisten 
  • Mudah putus asa
  • Ikut trend 
  • Susah nak fokus
  • Mudah dipengaruhi emosi & bias

Semua ini akan mempengaruhi keputusan atau pilihan yang kita buat setiap hari.

Jika kita tidak hati-hati dan berfikir dalam memilih, kita akan pilih perkara yang salah.

3. Gangguan luar

Dunia hari ini penuh dengan gangguan.

Semua mahu ambil perhatian dan mempengaruhi kita.

Mereka ini, antaranya:-

  • Syarikat yang mahu kita beli produk atau service mereka. 
  • Ahli politik yang nak sokongan dari kita.
  • NGO yang mahu mencari dana.
  • Influencer yang mahu follower.
  • Dan sebagainya

Kita tidak boleh lari dari ganguan ini. Kita sentiasa terdedah walau dimana kita berada.

Masalahnya bukan kewujudan mereka.

Masalahnya bila kita tidak kawal atau filter gangguan yang masuk dalam otak kita.

Secara tidak sedar ia mempengaruhi keputusan yang kita buat.

Keputusan tersebut bukan dari kita sendiri.

Jadi, apa jalan keluar?

Jadi pemikir strategik.

  • Tahu apa yang anda mahu
  • Tahu apa yang penting
  • Fikir dengan jelas sebelum bertindak

Kalau tidak, anda akan terus:

Sibuk.
Penat.
Tapi tak ke mana.

Bagaimana untuk jadi pemikir strategik? Nanti saya akan kongsi diartikel akan datang.

Saya juga sedang belajar dan meneroka lebih dalam tentang topik ini.

Kalau anda nak ikut perjalanan ini, boleh join channel WhatsApp Sk Biz Solution.

Dalam channel itu, saya akan kongsikan apa yang saya belajar supaya kita sama-sama jadi lebih jelas dalam membuat keputusan.

Monday, April 13, 2026

Panduan pekerja SME keluar dari masalah kewangan.















Kerja kuat tapi duit tak kemana?
Pernahkah anda berada dalam situasi macam ini?

Anda bangun pagi pergi kerja.
Balik petang atau malam setiap hari.

Kadang-kadang tambah overtime.
Kadang-kadang buat part time.

Tapi setiap bulan…
Duit tetap tak cukup.

Buka aplikasi bank…
Baki tinggal dua atau tiga angka.

Belum hujung bulan, duit dah habis.
Dalam hati anda mula tertanya-tanya:

“Aku dah kerja kuat, tapi kenapa hidup aku masih tak berubah?”
“Apa sebenarnya masalah aku?”


Ini realiti yang anda tak perasan.

Masalah sebenar anda bukanlah sebab anda malas berusaha dan bekerja.
Tapi, ialah anda sedang bermain game yang salah.

REALITI HIDUP ZAMAN SEKARANG

Hari ini, hidup tidak sama seperti 10 atau 20 tahun lepas.

Sekarang, harga barang sentiasa naik.
Kos hidup sentiasa meningkat.

Inflasi perlahan-lahan menghakis duit kita tanpa kita sedar.
Apa yang dahulu bernilai RM50, hari ini mungkin menjadi RM80 atau lebih.

Namun masalahnya, pendapatan kita tidak naik seiring dengan kenaikan kos kehidupan sekarang.

Kalau naik pun, peningkatannya kecil.

Setiap bulan, ramai melalui kitaran yang sama iaitu:
  • Terima gaji
  • Bayar komitmen
  • Belanja keperluan
  • Duit berkurang
  • Tunggu gaji bulan depan
Kita ulang kitaran itu setiap bulan.
Dalam hati, kita mula bertanya:

“Kenapa hidup aku macam ni?”
“Kenapa aku dah kerja kuat tapi masih tak ke mana?”
“Bagaimana nak tambah pendapatan?”


Lalu kita mula buat macam-macam:
  • Kerja overtime
  • Buat part time
  • Berniaga online
  • Buat affiliate
  • Dan sebagainya
Tapi hasilnya tetap sama.
Hidup masih tak berubah.
Masa habis dan penat bertambah.

Ramai orang percaya.

Kalau kita rajin bekerja, rajin berusaha dan kerja kuat, hidup kita akan berubah,
Logik ini memang nampak masuk akal.

Namun dalam dunia moden sekarang, logik tersebut sudah tidak mencukupi.

Kenapa?

Kerana realiti dunia sekarang, ganjaran tidak lagi ditentukan semata-mata oleh:
  • Siapa paling rajin
  • Siapa paling kuat berusaha
  • Siapa paling lama bekerja
Sebaliknya, ganjaran ditentukan oleh satu perkara utama iaitu: NILAI

“Dunia tak bayar anda berdasarkan usaha semata-mata.”
“Dunia bayar anda berdasarkan nilai yang anda beri.”

Ramai orang sekarang sedang melawan arus tanpa mereka sedar.
Mereka fokus untuk tambah usaha dan tambah masa bekerja.

Tapi mereka tak pernah tanya:
“Apakah nilai yang aku beri?”

Sebab itu hidup mereka susah berubah.
Usaha mereka tidak menghasilkan nilai yang tinggi.

Analogi mudah.

Bayangkan anda berada dalam sungai yang airnya mengalir deras.
Kalau anda ikut arus, anda bergerak dengan lebih mudah.

Kalau anda lawan arus, anda akan penat tetapi masih tidak ke mana.
Begitulah juga dalam dunia ini.

Kalau anda faham bagaimana dunia ini bergerak, anda akan bergerak lebih mudah.
Kalau anda tak faham, anda akan penat melawan arus.

Apa itu nilai?

Nilai ialah manfaat yang anda beri kepada orang lain.
Lagi besar manfaat yang anda beri, lagi tinggi nilai anda.

Realitinya.

Kalau anda terus tambah usaha tanpa arah.
Buat benda yang sama berulang-ulang.

Hidup anda akan kekal sama.

Perubahan hanya berlaku apabila:

Anda faham bahawa ganjaran ditentukan oleh nilai yang anda beri
Anda mula bermain mengikut “game” yang betul

KENAPA GAJI SUSAH NAK NAIK?

Sebagai orang yang bekerja makan gaji, 
Ini antara soalan yang selalu bermain dalam kepala:

“Macam mana nak tambah pendapatan?”
“Macam mana nak naik gaji?”
“Kenapa orang lain naik lebih cepat?”
“Kenapa syarikat tak naikkan gaji walaupun aku rajin bekerja?”


Jom kita pergi lebih dalam.

Kenapa bos atau syarikat bayar anda gaji?

Syarikat tak bayar anda gaji sebab:
  • Anda rajin bekerja
  • Anda bekerja kuat
  • Anda datang awal dan balik lewat
Kalau itu kriterianya, di luar sana ramai lagi orang yang bekerja kuat membanting tulang, tetapi pendapatan mereka masih kecil.

Syarikat bayar anda gaji kerana nilai yang anda beri.
Lagi tinggi nilai yang anda beri, lagi tinggi gaji anda.

Masalah besar pekerja SME ialah mereka fokus pada - buat kerja, siapkan task dan ikut arahan.

Tapi mereka tak sedar:

Itu semua hanyalah baseline – kerja asas yang memang syarikat jangka anda buat.
Itu belum cukup untuk jadi nilai tambahan dan menaikan nilai anda.

Contoh:

Staff A
  • Datang kerja
  • Siapkan task
  • Ikut arahan
Bos tengok:

“Ok… dia buat kerja dia.”
Gaji: RM1,700 – RM2,000

Staff B
  • Datang kerja
  • Siapkan task
  • Ikut arahan
  • Nampak masalah report lambat siap
  • Automate report guna Excel
  • Jimat masa team 5 jam seminggu
  • Bos guna report dia untuk meeting dan buat keputusan penting
Bos tengok:

“Orang ni memudahkan kerja aku.”
Gaji: RM4,000 – RM5,000

Kedua-dua siapkan tugas dan ikut arahan.

Namun hanya seorang yang memberi nilai tambah dengan jelas iaitu Staff B.

Selagi, anda hanya berada di baseline selagi itu gaji anda susah nak naik kerana:

Anda tidak ada beza dengan orang lain.
Ramai orang boleh buat kerja anda.
Anda mudah diganti.

Dan yang utama, kerja anda tidak ada NILAI tambah.

Berita baik, nilai boleh dibina.

BAGAIMANA NAK BINA NILAI?


Ramai orang fikir:

“Nak cipta nilai kena tunggu peluang besar.”
“Kena buat sesuatu yang besar dulu.”

Tapi sebenarnya tidak.

Kita boleh mula bina nilai dari perkara kecil.
Yang penting, ia dibuat dengan betul dan konsisten.

Secara asasnya, cara nak bina nilai ialah dengan:
  1. Selesaikan masalah orang
  2. Bantu orang capai apa yang mereka mahu
Ini 3 langkah nak bina nilai:

Langkah 1 – selesaikan masalah

Masalah = peluang.

Anda kena peka dengan keadaan sekeliling untuk kenal pasti masalah yang ada.

Ini antara soalan yang anda boleh tanya:
  • Apa yang selalu melambatkan kerja team?
  • Apa perkara yang bos selalu complain?
  • Apa kerja yang berulang-ulang setiap minggu?
  • Apa benda yang buat orang lain stres dalam kerja?
  • Apa halangan yang menghalang team capai KPI?
Contoh :

Dalam HR:
  • Data bersepah
  • Report lambat siap
  • Banyak kerja manual
  • Susah nak analisa data
Itu semua ialah peluang.
Kesilapan ramai orang:

Mereka nampak masalah, tapi mereka:
  • Mengeluh
  • Mengadu
  • Menyalahkan sistem
  • Biarkan saja
  • Tunggu orang lain selesaikan
Orang yang bernilai lihat masalah sebagai peluang.

Langkah 2 – ambil inisiatif (jangan tunggu arahan)

Ini beza antara orang biasa dan orang yang bernilai.
Orang biasa tunggu bos beri arahan baru nak bertindak.
Orang bernilai, bila nampak masalah, terus fikirkan solusi.

Contoh:

Masalah: buat report ambil masa 3 jam setiap minggu

Orang biasa fikir:“Biarkan saja, memang macam tu, tunggu orang lain selesaikan…”
Orang bernilai fikir:“Macam mana aku boleh siapkan report dalam masa 30 minit?”

Di sinilah nilai mula terbina.

Langkah 3: buat secara konsisten

Proses membina nilai ialah proses jangka masa panjang.

Ia bukan magic yang dibuat sekali anda terus naik gaji.

Ia proses yang berterusan:
  • Nampak masalah
  • Selesaikan
  • Ulang
  • Improve
Lama-lama orang akan nampak corak itu.
Dan bila itu berlaku, nilai anda akan naik secara natural.

Contoh.

Situasi: HR buat report manual setiap minggu.

Langkah anda:
  • Nampak masalah → report lambat siap
  • Ambil inisiatif → belajar formula Excel
  • Automate → jimat 3 jam
  • Tunjuk hasil → boss nampak
  • Ulang → jadi orang rujukan

Inilah cara sebenar untuk naikkan nilai.

CARA NAK NAIK GAJI

 Anda boleh fokus pada 3 perkara ini jika mahu naik gaji dengan bina nilai.

1. Kesan / hasil besar

Ini solan penting untuk dijawab.

Apakah hasil kerja anda?
Adakah hasil itu memberi kesan besar kepada syarikat?

Contoh 1:

Anda key-in data dalam template Excel atau sistem → hasil kerja anda beri kesan kecil pada syarikat.

Kenapa?
  • Kerja ini mudah diganti oleh orang lain
  • Tidak membantu membuat keputusan
  • Hanya menyokong proses, bukan menentukan arah
Maksudnya:
Kalau tidak ada orang buat kerja ni pun, syarikat masih boleh berjalan,
atau orang lain boleh ambil alih dengan cepat

Contoh 2:

Anda sediakan report yang jelas yang membantu bos buat keputusan penting → hasil kerja anda beri kesan besar pada syarikat.

Kenapa?
  • Membantu bos buat keputusan lebih cepat
  • Mengurangkan risiko kesilapan
  • Memberi arah kepada tindakan syarikat
Maksudnya, keputusan yang dibuat berdasarkan report anda boleh:
  • Menjimatkan kos
  • Menambahkan keuntungan
  • Mengelakan masalah besar
2. Nampak (visibility)

Ini soalan penting untuk dijawab.

Adakah orang nampak hasil kerja anda?
Adakah bos sedar nilai yang anda beri?

Ramai pekerja:
  • Buat kerja dengan baik
  • Siapkan semua task
  • Rajin dan komited
Namun, bos tak tahu, susah untuk menilai.
Oleh itu, anda perlu simpan dan rekod pencapaian anda.

Ia boleh dijadikan bukti ketika proses penilaian kerja atau performance appraisal.

Contoh 1:

Kerja anda bagus tapi senyap.
Anda buat report yang baik.
Data lengkap. Analisis betul.

Tapi anda hanya hantar report tanpa explain.

Hasilnya?

Bos tengok: “Ok, report siap.”

Nilai anda rendah di mata bos.

Kenapa?
  • Anda tidak highlight apa yang penting
  • Anda tidak tunjuk impact kerja anda
  • Anda anggap orang akan faham sendiri
Realitinya: Orang lain sibuk dengan diri sendiri, mereka tidak akan nampak jika anda senyap.

Contoh 2:

Anda buat report yang sama.
Tapi kali ini anda tambah:
  • Ringkasan utama
  • Insight penting
  • Cadangan tindakan
Hasilnya?

Bos nampak:
“Ini membantu bos buat keputusan.”
Anda telah menambah nilai dihadapan bos.

Kerja yang sama.

Tapi:

Satu = tak nampak nilai
Satu = jelas nampak nilai

Nampak atau visibility di sini bukanlah anda beria-ia nak tunjuk depan bos seperti mahu membodek bos.

Ia cukup sekadar setiap kali anda buat kerja, cuba tanya diri sendiri:

“Kalau aku bos… apa yang aku nak nampak dari kerja ini?”
“Apa manfaat yang aku terima dari kerja ini?”

3. Gandaan (leverage)


Kita hidup dalam dunia moden yang penuh dengan leverage.

Apa itu leverage?

Bahasa mudah leverage ialah:
  • Kerja sikit → hasil banyak
  • Kerja sekali → hasil berganda atau berulang kali
Cuba tanya diri:
Adakah kerja anda ada leverage?
Adakah kerja anda dapat meningkatkan hasil dengan banyak atau berganda?

Contoh 1: Kerja tanpa leverage

Anda buat laporan secara manual setiap minggu.
Ambil masa 3 jam.
Setiap minggu ulang benda sama.

Hasilnya:
  • Masa habis
  • Output terhad
  • Tiada peningkatan
Kenapa nilai anda rendah?
  • Kerja tidak berkembang
  • Tiada penjimatan masa
  • Tiada kesan besar
Anda tukar masa dengan kerja (time for money)

Contoh 2: Kerja dengan leverage

Anda belajar Excel.
Anda automate laporan tersebut.
Masa untuk siapkan laporan : dari 3 jam → 30 minit

Hasilnya:
  • Jimat masa
  • Kurang error
  • Boleh buat lebih banyak kerja lain
Nilai anda meningkat.

Kenapa nilai anda tinggi?
  • Buat sekali → hasilnya berkali-kali
  • Jimat masa syarikat
  • Tingkatkan produktiviti
Ini dipanggil leverage

Secara ringkas.

Manual = buat sekali → guna sekali
Leverage = buat sekali → guna banyak kali

Dalam dunia moden sekarang ini:

Orang yang ada leverage akan bergerak lebih laju dan cepat naik.
Orang yang kerja takda leverage akan kekal sibuk.

BENDA SIMPLE TAPI SUSAH

Konsep membina dan memberi nilai ini nampak simple dan mudah.

Semua orang boleh faham konsep ini.
  • Nampak masalah
  • Selesaikan masalah
  • Dan ulang
Tapi kenapa ramai orang tak boleh nak buat.
Kalau buat pun tak boleh nak konsisten.

Ini antara sebabnya:

Sebab 1 – Kita suka benda cepat nampak hasil

Otak kita suka benda yang:
  • Nampak jelas
  • Mudah difahami
  • Boleh dibuat cepat
  • Boleh beri hasil cepat
Sebab itu kita cenderung pilih:
  • Kerja overtime
  • Buat part time
  • Buat Grab
  • Berniaga online
  • Atau buat side income
Semua aktiviti ini nampak jelas dan hasilnya cepat.
Secara emosi, ia membuatkan kita rasa seperti sedang bergerak ke depan.

Tapi hakikatnya…

Kebanyakan usaha ini hanya beri hasil dalam jangka masa pendek.
Ia tidak ubah sistem hidup anda dalam jangka masa yang panjang.

Akhirnya, dalam jangka masa panjang anda akan penat dan burn out.

Sebab 2 – Kita suka main game jangka masa pendek.

Kita tak suka game jangka masa panjang.
Kita tak nampak gambaran besar keseluruhan hidup kita.

Ramai orang hidup dengan mindset:
“Apa aku boleh dapat sekarang?”

Sedangkan orang yang berjaya fikir:
“Apa aku bina sekarang untuk 3–5 tahun akan datang?”

Perbezaan ini nampak kecil, tapi impaknya besar

Jangka pendek:
  • Hasil cepat
  • Tapi lama-lama akan penat dan burn out
  • Ia tak tahan lama
Jangka panjang:
  • Hasil lambat
  • Naik perlahan
  • Tapi tahan lama dan stabil
Sebab 3 - Kita tak faham cara dunia berfungsi

Ramai orang tanya:
“Macam mana aku nak naik gaji?”
“Macam mana aku nak dapat lebih?”
“Kenapa bos tak naikan gaji aku?”


Semua soalan fokus kepada – apa yang aku dapat.

Kita jarang tanya apa yang orang lain dapat?
Dunia tak berfungsi macam itu.

Realitinya
  • Dunia tak peduli apa yang anda mahu dapat.
  • Kalau anda tak beri apa yang orang mahu,
  • Kenapa orang lain perlu beri apa yang anda mahu?
Konsep memberi nilai sebenarnya mudah difahami tapi susah dilaksanakan.
Kerana ia melawan sifat semula jadi manusia.

Sebab itu:
Ramai tahu, tapi tak ramai buat
Kalau buat pun tak ramai yang konsisten

Kebanyakan lebih suka buat perkara mudah yang tak beri hasil besar.

Kenapa?

Sebab kita ada satu bias yang sangat kuat iaitu – “action bias”.
Kita rasa buat sesuatu lebih baik daripada tidak buat apa-apa.

Walaupun benda itu tidak beri hasil besar.
Kita buat sebab nak sedapkan hati.

Ia membuatkan kita rasa seperti sedang berusaha.

Contoh mudah.

Bayangkan dua orang bernama Ali dan Abu.

Ali
  • Buat Grab lepas kerja
  • Balik lewat malam
  • Tambah RM500 sebulan
  • Penat dan masa habis
Abu
  • Belajar automasi Excel
  • Ambil masa untuk praktis sampai mahir
  • Jimat masa kerja
  • Naikkan visibility dengan boss
Dalam jangka masa pendek, Ali tambah income, nampak lebih rajin dan berusaha berbanding Abu.

Tapi dalam jangka masa panjang, Ali akan penat dan burn out.

Manakala Abu, dalam jangka masa pendek nampat seperti tidak berusaha, tapi dalam jangka masa panjang, skil Abu meningkat dan bos nampak sumbangan Abu.

Abu ada potensi naik pangkat dan dapat gaji lebih tinggi.

Soalan penting untuk anda.

Cuba tanya diri:

“Apakah aku sanggup buat benda yang susah sekarang untuk hidup yang lebih mudah nanti?”

Kalau jawapan anda ialah ya…
Maka anda sudah berada di jalan yang betul.

3 FASA KELUAR DARI MASALAH KEWANGAN


Sekarang anda sudah faham:

Dunia kerja tak bayar rajin dan kerja keras semata-mata, tapi bayar pada nilai.
Proses untuk keluar dari masalah kewangan bukannya proses jangka pendek.
Tapi ia proses berterusan yang mengambil masa panjang.

Oleh itu anda perlu roadmap yang jelas supaya anda tidak cepat berputus asa.

Ini 3 fasa roadmap yang anda boleh guna.

Fasa 1 – Sedar & Faham


Apa yang anda sedang buat sekarang:
  • Faham tentang hakikat dunia berfungsi
  • Faham konsep nilai
  • Nampak kesilapan lama
  • Ubah cara fikir
Ini penting.
Kalau tak betul di sini, langkah seterusnya akan salah.

Fasa 2 – Bina Nilai

Ini fasa paling kritikal. Ini fasa anda bertindak

Fokus pada:
  1. Kenal pasti masalah di tempat kerja
  2. Selesaikan masalah secara konsisten walaupun ia kecil
  3. Bangunkan diri dan belajar skill yang relevan jika perlu
Di sinilah ramai orang give up.

Sebab:
  • Lambat nampak hasil
  • Rasa penat
  • Rasa susah
  • Rasa tak da perubahan

Tapi kalau anda lepas fasa ini.
Hidup anda akan mula berubah.

Fasa 3 – Gandakan Nilai

Bila anda dah ada skill dan pengalaman:
  • Ambil tanggungjawab lebih besar
  • Jadi orang rujukan dalam team
  • Tingkatkan visibility
Di sini biasanya:
  • Gaji mula naik
  • Banyak peluang baru datang
  • Anda ada lebih banyak pilihan
Masalah besar yang ramai tak sedar
Ramai orang nak lompat terus ke fasa 3.

Mereka nak: Gaji tinggi, peluang besar

Tapi mereka tak nak melalui fasa 2 - proses membina nilai.

Satu perkara anda kena faham - “Anda tak boleh tuai hasil kalau anda tak tanam apa-apa.”

Proses membina nilai ini bukan kerja satu hari.
Ia proses panjang yang sunyi dan berliku.

Namun ia berbaloi untuk diterokai.

Antara kesilapan ramai orang dalam membina nilai ialah mereka:
  • Tak da direction
  • Tak ada guidance
  • Tak ada environment yang betul
Sebab itu, ramai yang tak berjaya dan cepat putus asa.

Saya sendiri sedang belajar dan banyak bereksperimen untuk menerokai lebih dalam lagi konsep dan proses membina nilai.

Jika anda mahu memahami dan mendalami konsep dan proses membina nilai, anda boleh join Whatsapp Channel Sk Biz Solution seperti link di bawah.

Dalam channel tu, saya akan kongsikan idea dan insight yang saya dapat hasil pembelajaran dan eksperimen saya secara konsisten.

Dari situ, anda tidak keseorangan dan boleh tanya saya sekiranya ada soalan.

Klik sini untuk join WhatsApp Channel

Atau anda boleh scan QR di bawah untuk join



Perjalanan ini bermula dengan satu keputusan kecil.
Semoga bermanfaat untuk anda.

Perhatian dan masa anda amat saya hargai.

Sekiranya anda dapat manfaat daripada perkongsian ini, saya mohon anda kongsikannya juga kepada rakan-rakan anda yang lain, yang mungkin menghadapi masalah sama seperti anda.

Mari kita sebarkan manfaat dan kebaikan.

Terima kasih atas perhatian.

Shah.
Sk Biz Solution Technology Sdn Bhd.