Sk Biz Solution - Community: 2020

Wednesday, June 24, 2020

Apakah dia Sk Biz Solution Komuniti?

Sk Biz Solution Komuniti (SBSK) adalah satu platform di mana pihak kami di Sk Biz Solution dapat berkongsi idea, pengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan latihan, perniagaan dan pembangunan diri.

Tujuan utama ia dibangunkan ialah :-

1) Sebagai rekod dan rujukan.

Dalam proses kami membangunkan jenama Sk Biz, ada berbagai cabaran dan masalah yang datang.

Blog ini sebagai tempat kami merekod prinsip, idea dan kaedah kami menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Prinsip, idea dan kaedah ini kami dapat dari proses pembelajaran dari kelas, seminar, buku-buku yang kami baca dan juga perkongsian pengalaman dari orang-orang yang pernah melalui dan menyelesaikan masalah tersebut.

Kebanyakannya kami akan tulis di dalam blog ini sebagai rekod dan rujukan di masa akan datang.

2) Beri manfaat kepada orang lain.

Kebanyakan masalah yang kita hadapi adalah masalah yang sama dihadapi oleh orang lain juga.

Ada orang yang telah melalui masalah tersebut dan berjaya menyelesaikannya.

Mereka ini suka berkongsi dapatan mereka untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Begitu juga dengan blog ini.

Kami berharap apa yang ditulis di dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada orang lain yang menghadapi masalah yang sama.

Akhir sekali terima kasih kerana membaca.

Jika anda sebarang komen atau pertanyaan anda boleh komen di bawah.

~ Shah