Sk Biz Solution - Community: January 2026

Tuesday, January 13, 2026

Tanda-tanda kita ada "Victim Mindset"

Bagaimana kita nak tahu yang kita ini ada victim mindset?

Ramai orang mungkin tak sedar yang dia sendiri ada victim mindset. Atau mungkin kita tak mengaku yang kita ada victim mindset.

Kita mungkin rasa yang kita sudah berusaha bersungguh-sungguh. Kita mungkin rasa yang kita dah buat yang terbaik.

Ini antara tanda-tanda yang kita ada victim mindset

1. Kita selalu ada alasan yang “masuk akal”

Apabila kita gagal atau tak berjaya capai apa yang kita mahu. Kita sentiasa cari alasan untuk menyedapkan diri kita.

Kita kata :-

*Ekonomi sekarang teruk, tak menentu
*Dia bolehlah, dia popular
*Dia dah lama kerja, memanglah power
*Bos tu memang jenis pilih kasih.

Kita sentiasa cari alasan atas kegagalan kita.

2. Kita fokus pada siapa yang salah, bukan apa yang boleh dibuat

Apabila gagal atau berlaku sesuatu masalah, kita akan terus cari, siapa yang salah? Bukan apa yang boleh dibuat untuk diperbetulkan

*Bos yang salah, sebab memang perangai bos jenis pilih kasih
*Kerajaan yang salah, sebab tak bantu orang-orang macam aku
*Rakan sekerja yang salah, sebab dia suka bodek bos
*Staff lain yang salah, sebab memang dia kerja lambat.

Biar orang lain salah, yang penting diri kita tak salah.
Kita tak cari cara solusi untuk perbaiki kesalahan

3. Kita rasa diri kita sudah cukup baik

*Aku dah berusaha sebaiknya
*Apa yang aku buat ini dah terbaik
*Orang lain lagi teruk

Fikiran macam ini bahaya, sebab bila kita rasa kita dah cukup baik kita akan berhenti belajar. Bila kita berhenti belajar kita tidak akan perbaiki diri kita.

Maka kita tidak akan berkembang. Hidup kita akan statik. Kita hidup dalam comfort zone.

4. Kita selalu bandingkan diri dengan orang lain

“Dia naik sebab bodek.”
“Dia senang sebab ada kabel.”
“Dia berjaya sebab bernasib baik.”

Kita suka membandingkan diri kita dengan orang lain.

Kita membanding ini bukan untuk tujuan belajar, tetapi untuk menenangkan ego kita. Kita nak menenangkan perasaan kita

Orang yang ada "Victim mindset" selalu berkata:

“Aku sebenarnya boleh jadi macam dia, cuma aku tak da peluang ja"

Sedangkan realitinya, setiap orang membayar harga yang berbeza untuk kejayaan mereka. 

Peluang yang datang itu adalah hasil dari usaha orang itu sebelum ini dan kita cuma nampak hasil, bukan proses.

5. Kita banyak mengeluh, tapi sedikit bertindak

Mengeluh itu lumrah sebagai manusia.

Tapi bila hidup kita dipenuhi dengan keluhan tanpa tindakan, itu tanda kita sedang terperangkap dalam victory mindset.

Kita tahu apa yang salah.
Kita pandai cerita apa yang tak betul.

Tapi kita tak buat apa-apa yang konsisten untuk berubah.

Victim mindset selesa dengan mengeluh dan menyalahkan orang lain.
Victory mindset sentiasa bertindak untuk selesaikan masalah.

6. Kita takut ambil risiko, tapi mengeluh hidup kekal sama

Ini konflik paling menyakitkan.

Kita takut mencuba sebab kita takut gagal.
Kita takut rugi.
Takut orang kata.
Takut belajar benda baru.
Takut keluar dari rutin.

Tapi dalam masa yang sama, kita juga mengeluh hidup kita tak berubah.

Akhirnya, kita tidak bertindak. 

Kita pilih jalan yang paling selamat iaitu kekal di tempat yang sama dan salahkan keadaan.

Kesedaran adalah permulaan untuk perubahan diri.

Semua orang termasuk saya pernah berada dalam keadaan victim mindset.

Bila kita sedar kita ada victim mindset, maka kita kena cepat-cepat berubah.

Berubah kepada victory mindset.

Friday, January 9, 2026

Kalau Tak Ada Steve Jobs, Kita Tak Akan Guna Microsoft Excel


Setiap kali kita buka Excel, kita nampak ribuan kotak kecil tempat kita isi nombor, rumus, bajet dan data.

Tapi tahukah anda kalau tak ada Steve Jobs, mungkin kotak-kotak tu takkan pernah wujud.

Mungkin kita tak akan guna Microsoft Excel
Kedengaran pelik kan?

Sebab Excel tu produk Microsoft.
Tapi sejarah sebenar dia... bermula dalam dunia Apple.

=====
Dunia sebelum Excel
=====

Awal tahun 1980-an, Microsoft tengah gagal.
Mereka dah ada satu perisian spreadsheet — nama dia Multiplan.

Tapi kalah teruk dengan pesaing utama masa tu — Lotus 1-2-3.
Bill Gates pening kepala.

Nak baiki Multiplan atau bina produk baru dari kosong?

Satu malam, mereka buat mesyuarat besar di Red Lion Hotel.
Dan kat situlah bermulanya segalanya.

=====
Steve Jobs ubah arah dunia
=====

Beberapa minggu selepas mesyuarat itu.
Steve Jobs naik pentas dan umumkan Apple Macintosh.

Komputer pertama yang ada mouse, ikon dan grafik.
Tak payah taip arahan lagi pada skrin hitam.

Kita cuma klik dan drag ja dan Kita boleh nampak grafik pada skrin
Itulah masa depan komputer sebenar.

Bill Gates nampak benda tu dan dia tahu kalau Microsoft kekal dengan skrin hitam putih, dia akan tenggelam.

Jadi dia buat keputusan berani - buang semua kerja lama Multiplan dan mula semula dari kosong.
Projek baru tu dinamakan Odyssey,diketuai oleh seorang jurutera bernama Doug Klunder.
Dan Gates arah supaya Odyssey dibina khas untuk Apple Macintosh.
Ya produk baru Microsoft akan dibuat untuk komputer Apple.

=====
Gates & Jobs di atas pentas sekali
=====

Beberapa bulan kemudian, Bill Gates jumpa Steve Jobs.
Dia pujuk Jobs supaya Apple jual Excel bersama Macintosh.

Dan Jobs setuju.
Malah dia naik pentas bersama Gates masa pelancaran Excel.

2 Mei 1985, di New York, dua pesaing besar duduk sebelah-sebelah,
memperkenalkan Excel kepada dunia.

Di atas pentas, Steve Jobs sendiri yang umumkan,

‘Excel is the fastest, largest, and most full-function spreadsheet in the world.

Tapi di belakang pentas, Jobs beritahu Gates…
Produk ni belum cukup bagus. Betulkan semua sebelum aku benarkan Apple jual.

=====
Malam terakhir Excel
=====

Lepas sidang media tu, pasukan Microsoft bekerja siang malam tanpa henti.
Bug baru muncul setiap hari.

Tapi mereka tahu Steve Jobs tak akan terima produk separuh masak.
Hari terakhir sebelum pelancaran rasmi, 29 September 1985,

Pasukan Microsoft masih jumpa satu bug terakhir.
Semua orang panik.

Mereka buat code audit penuh sampai tengah malam.
Dan akhirnya — lepas tengah malam, cakera induk Excel 1.0 siap.

Esok paginya — 30 September 1985, Excel 1.0 untuk Macintosh dijual di kedai pertama.
Harga dia $395, seratus dolar lebih murah daripada pesaing utama, Lotus Jazz.

Dan dari situlah, Excel mula menawan dunia.

=====
Ini sejarah Excel
=====

Produk Microsoft pertama yang benar-benar berjaya…
dilahirkan di atas pentas Apple.

Kalau Steve Jobs tak cipta Macintosh,
Bill Gates takkan ubah haluan.
Dan kalau Jobs tak setuju untuk lancarkan Excel di platform Apple,
Excel mungkin takkan pernah sampai ke tangan kita.

Excel lahir daripada idea berani nak bantu manusia buat kerja dengan lebih bijak.
Dan tujuan tu masih sama sampai hari ni.

Cuma bezanya sekarang, ramai yang guna Excel tapi tak guna dengan betul.

Sebab tu di Sk Biz Solution, kami ada kelas Microsoft Excel - Foundation to advance untuk bantu anda yang tak mahir menggunakan Excel.
Kami mahu bantu anda menggunakan Excel dengan lebih PRO.

Anda nak belajar dan tingkatkan kemahiran Excel anda?

Komen NAK di bawah