Kita selalu dengar orang kata, kalau mahu berjaya kita perlu bekerja keras.
Kita perlu bekerja keras untuk capai impian kita.
Tapi kalau sekadar bekerja keras, kita lihat ramai orang yang bekerja keras tapi mereka masih belum berjaya.
Masih ramai orang yang bekerja keras masih belum capai impian mereka.
Contohnya - dari sudut kewangan.
Ramai orang yang berimpian mahu pendapatan RM10k sebulan tapi masih belum tercapai walaupun mereka sudah berkerja keras.
Mereka bekerja keras setiap hari.
Keluar bekerja waktu pagi, pulang lewat malam.
Buat 2 kerja sekali. Tak da masa untuk cuti.
Namun, masih tak capai RM10k sebulan.
Dalam masa yang sama, ada orang bekerja 2 ke 3 jam saja sehari.
Ada masa untuk bercuti.
Pendapatan mereka lebih RM10k sebulan.
Dari sini kita faham, kerja keras itu bukanlah segalanya untuk berjaya.
Semata-mata berkerja keras, kita belum tentu dapat capai impian kita.
Kalau bukan kerja keras, then apa dia?
Kerja keras itu penting, tapi buat kerja yang betul itu lagi penting.
Kata orang, buat kerja yang betul lagi penting dari dari buat kerja dengan betul.
Kata kunci di sini ialah - Kerja yang betul.
Bagaimana nak tahu kerja tersebut betul atau tidak?
Cuba jawab soalan di bawah:-
Adakah kerja yang kita buat itu menyumbang kepada matlamat yang kita mahu?
Berapa besar impak kerja tersebut kepada matlamat kita?
Berapa peratus kerja tersebut menyumbang kepada matlamat kita?
Adakaha kerja tersebut ada leverage atau tidak?
Kita perlu pilih kerja yang betul sebelum kita mula bekerja keras.
Contoh.
Kerja A - menyumbang sebanyak 80% hasil kepada matlamat anda.
Kerja B - menyumbang sebanyak 20% hasil kepada matlamat anda.
Kerja manakah yang anda mahu buat?
Kerja A atau kerja B?
Sudah tentu kita akan pilih kerja A.
Kerja A memberi impak yang besar kepada matlamat kita.
Kerja A adalah kerja yang betul untuk kita kerjakan.
Setelah kita dah pilih kerja yang betul, barulah kita bekerja keras mengerjakan kerja tersebut.










