Sk Biz Solution - Community: 2025

Tuesday, November 25, 2025

Tukar cara berfikir: dari Victim Mindset ke Victory Mindset


Biasanya kebanyakan orang yang loser atau gagal dalam hidup mereka ada perangai tidak mahu bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri. 

Bila mereka gagal, mereka cepat menyalahkan orang lain. Mereka rasa diri mereka mangsa keadaan. Mereka rasa dizalimi.

Bila sakit - mereka salahkan makanan yang tak berkhasiat. 
Tapi realitinya mereka sendiri yang tidak jaga makan. 

Mereka makan berlebihan, ambil gula dan makan makanan berproses setiap hari. 
Mereka malas nak bergerak atau bersenam.

Bila susah, tak cukup duit - mereka salahkan ekonomi tak stabil, harga barang naik, kerajaan tak bantu. Tapi hakikatnya, mereka sendiri yang malas berusaha dan tak cuba ubah cara hidup mereka.

Bila bos tak naikkan gaji - mereka salahkan syarikat yang tak prihatin, mereka salahkan bos pilih kasih, mereka salahkan kawan sekerja yang “kaki bodek” atau “tikam belakang”. 

Tapi bila bekerja, mereka tak sunguh-sungguh, tidak tepati masa, hasil kerja tak mencapai KPI dan tidak ada nilai tambah pada syarikat.

Inilah punca utama kenapa ramai orang gagal dalam hidup.
Mereka masih kekal pada tahap sama bertahun-tahun.

Sebabnya mereka terperangkap dengan victim mindset - cara berfikir yang meletakkan diri sebagai mangsa keadaan.

Apa itu victim mindset?

Orang yang ada victim mindset sentiasa fikir bila sesuatu buruk berlaku pada diri dia - itu bukan salah dia. Dia fikir dunia yang jahat pada dia. 

Dia tak mahu bertanggung jawab ke atas apa yang berlaku dalam hidupnya. 
Dia hanya fokus pada apa yang orang lain buat, bukan apa yang dia boleh buat.

Contoh.

Bila gaji tak naik, dia salahkan bos. 
Bila kerja tak disiapkan, dia salahkan kawan sekerja. 
Bila gagal, dia salahkan keadaan.

Apa jadi kalau kita kekal dengan victim mindset?

1.Kita akan sentiasa stress.
Sebab kita cuba kawal perkara yang kita tak boleh kawal. Kita tak boleh kawal orang lain. Kita tak boleh kawal bos, ekonomi, kerajaan dan keadaan sekeliling.

2. Kita tidak akan berubah.
Bila kita fikir semua salah orang, kita tak akan cari jalan untuk perbaiki diri sendiri. Maka kita akan berhenti belajar. Kita akan kekal di tahap sama.

3. Kita tidak akan berjaya
Apabila berhenti belajar, kita tidak ada ilmu, sedangkan untuk berjaya kita perlukan ilmu. Sebab itu orang yang ada victim mindset akan sentiasa gagal.

Oleh itu, jika kita mahu berjaya dalam hidup, kita kena ada "Victory mindset"

Victory mindset: cara fikir orang yang menang

Orang yang ada victory mindset - dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang berlaku pada diri dia.

Sekiranya perkara itu berlaku disebabkan orang lain (bukan salah dia) dia tetap bertanggungjawab ke atas perkara itu. 

Ini kerana, dia tahu dia tak boleh kawal orang lain. 
Dia hanya boleh kawal diri dia sendiri. 
Dia boleh kawal cara dia berfikir dan bertindak. 

Kelebihan victory mindset:

1. Tak stress.

Dia tak bazir tenaga dan masa kawal benda yang tak boleh dikawal. 
Dia fokus pada diri sendiri dan perkara yang dia boleh kawal.

2. Mudah berubah.
Bila dia sedar, dia bertanggungjawab terhadap diri dia sendiri maka dia akan perbaiki diri. Dia akan berubah untuk menjadi lebih dari sebelumnya.

3. Lebih berjaya.

Orang yang konsisten belajar dan memperbaiki diri menjadi lebih baik, biasanya, dia akan berjaya capai impian yang dia mahu.

Kunci perubahan: sedar dan ubah

Hidup kita hari ini adalah hasil daripada tindakan kita sebelum ini.
Kita tak sihat sebab kita tak jaga makan dan bersenam dulu.
Kita miskin sebab kita tak belajar cara yang betul untuk menguruskan kewangan dan tambah skil dulu.
Kita tak naik gaji sebab kita tak beri nilai tinggi pada syarikat.

Jadi kalau kita betul-betul nak berubah, langkah pertama ialah kita kena sedar.

Kita kena sedar adakah selama ini kita berfikir dengan cara victim mindset?
Adakah kita suka salahkan orang lain apabila kita gagal capai impian kita?
Adakah kita bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang berlaku pada diri kita?

Apabila kita sedar yang kita berfikiran “victim mindset”, kita kena cepat-cepat berubah kepada "victory mindset"

Jom kita sama-sama audit dan check diri kita sekarang.

Kita ini banyak berfikir secara “Victim atau Victory?




Friday, November 14, 2025

Antara sebab kenapa ramai pekerja rasa tertekan sekarang ini


 
Ramai pekerja hidup dalam keadaan tertekan dengan keadaan sekarang.

Setiap hari  pergi kerja, jalan jem tak tentu masa, sampai pejabat banyak kerja yang nak disiapkan, dapat bos jenis tak faham, asyik mengarah.

Ada rakan sekerja banyak yang tak boleh nak tolong, jenis suka tikam belakang dan membodek bos banyak la, itu belum masuk lagi dengan politik ofisnya.

Kita ni kena kerja macam lembu, disuruh buat itu dan ini, tapi gaji masih ditahap sama, tak naik-naik bertahun.

Kita rasa tertekan, kita rasa marah, kecewa dan mula menyalahkan keadaan. 

Kita salahkan bos, kawan, ekonomi, syarikat. Kita rasa semua orang salah kecuali diri kita.

Adakah anda berada dalam situasi tersebut?

Kalau ya, cuba anda berhenti dan berfikir sejenak tentang hakikat dunia ini. 

Hakikat dunia ini - banyak perkara dalam hidup ini kita memang tak boleh kawal.


Kita tak boleh kawal bos.
Kita tak boleh paksa dia faham kita, atau hargai kita seperti yang kita mahu.

Kita tak boleh kawal syarikat.
Kita bukan pemilik syarikat, jadi kita tak boleh tentukan sistem atau polisi yang mereka guna.

Kita juga tak boleh kawal ekonomi.
Kita bukan orang yang buat dasar negara.

Dan kita tak boleh kawal orang lain. 
Kita tak boleh nak buat apa jika mereka tikam belakang , bodek bos atau tak suka kita.

Bila kita terlalu fokus pada perkara yang kita tak boleh kawal, kita sebenarnya sedang melepaskan kuasa yang kita ada untuk ubah hidup sendiri.

Kita penat sebab kita cuba kawal dunia luar, tapi kita lupa kawal dunia dalam diri kita.

Kawal diri sendiri.

Kita kena belajar kawal apa yang boleh kita kawal.
Jangan buang masa & tenaga untuk kawal perkara yang berada di luar kawalan kita seperti bos, kawan, ekonomi atau polisi syarikat.

Satu-satunya perkara yang kita boleh kawal ialah diri kita sendiri.

Kita boleh kawal cara kita berfikir.
Kita boleh kawal cara kita bertindak.
Kita boleh kawal cara kita melihat sesuatu situasi.

Inilah titik permulaan sebenar kepada perubahan hidup bila kita mula membangunkan diri sendiri.

Ramai orang nak hidup berubah, tapi masih gunakan cara fikir yang sama seperti semalam.

Mereka nak gaji naik, tapi tak bangunkan skil.

Mereka nak dihargai, tapi tak belajar memberi nilai lebih kepada tempat kerja.

Mereka nak bos faham mereka, tapi diri sendiri pun mereka tak faham

Perubahan sebenar bermula bila kita berhenti fokus pada apa yang orang lain patut buat dan mula tanya diri sendiri:-

Apa yang aku boleh buat hari ini untuk jadi lebih baik daripada semalam?

2 perkara kita kena bangunkan

Untuk bangunkan diri, ada dua perkara penting yang kita perlu bina.

1. Pertama, bangunkan mindset.

Cara kita berfikir menentukan arah tindakan kita.

Kalau kita terus fikir seperi kita mangsa keadaan, maka kita akan terus kekal sebagai mangsa.

Tapi bila kita ubah kepada “aku boleh belajar dan ubah”, kita akan mula nampak peluang baru.

2. Kedua, bangunkan skil dan kemahiran.

Bila kita ada skil yang bernilai, kita boleh beri manfaat kepada orang lain seperti bos, syarikat dan klien.

Orang yang memberi manfaat akan sentiasa bernilai dan bila nilai diri meningkat, pendapatan juga akan meningkat.

Jadi, kalau kita betul-betul nak ubah hidup, langkah pertama bukan pada ekonomi, bukan pada bos, bukan pada syarikat tapi pada diri sendiri.

Ubah cara berfikir.
Ubah cara melihat dunia.
Dan ubah cara bertindak.

Kawal apa yang boleh kita kawal.
Bangunkan diri sendiri.

Kerana bila diri kita berubah, dunia kita juga akan berubah.

Anda nak belajar dengan lebih mendalam bagaimana nak perbaiki diri supaya anda tingkatkan gaji atau pendapatan anda?



Monday, October 27, 2025

47% Pekerja Malaysia masih di bawah garis kemiskinan. Anda salah seorang?



Menurut Jabatan Statistik Malaysia (DOSM), hampir 47% pekerja formal Malaysia berada di bawah garis kemiskinan (RM2,589 sebulan).

Dalam laporan Suku Pertama 2025 (Mac 2025), DOSM melaporkan bahawa:

Median upah bulanan bagi pekerja formal Malaysia ialah RM3,000.

Ini bermaksud separuh daripada pekerja Malaysia dibayar kurang daripada RM3,000 sebulan.

Dianggarkan jumlah pekerja yang bekerja di sektor formal sekitar lebih kurang 6.8 juta orang. 

Jadi lebih kurang 3.4 juta orang pekerja masih masih hidup di bawah paras kemiskinan.

Dan yang lebih membimbangkan data DOSM juga menunjukan 27.4% pekerja formal masih dibayar bawah RM2,000 sebulan.

Maknanya 1 daripada 4 orang pekerja formal di Malaysia masih hidup dengan pendapatan di bawah paras garis kemiskinan bandar.

Dengan keadaan, inflasi yang berlaku sekarang ini.

Harga barang yang sentiasa akan naik, ia akan menyempitkan lagi hidup anda jika anda dalam kategori ini.

Ini realiti hidup ramai pekerja di Malaysia, termasuk mungkin anda sendiri.

Bayangkan, dalam dunia hari ini yang serba mahal, dengan harga rumah, petrol dan barang dapur yang terus naik setiap tahun,

Pendapatan RM3,000 itu bukan lagi jumlah yang selesa.

Kalau anda tinggal di bandar macam Shah Alam atau Kuala Lumpur, gaji RM3,000 hanya cukup untuk bayar rumah, kereta, taska anak dan bil bulanan.

Baki untuk simpanan? Hampir kosong.

Kita bukan sedang bercakap tentang orang malas atau tak bekerja.
Kita bercakap tentang orang yang bekerja setiap hari, tapi tetap tersepit.

Siapakah pekerja formal?

Pekerja formal ialah individu yang: - 

Bekerja di bawah majikan yang berdaftar secara rasmi - iaitu majikan yang berdaftar dengan KWSP, PERKESO atau LHDN dan menerima gaji tetap setiap bulan (biasanya melalui slip gaji)

Jikalau anda :-

*Ada majikan tetap
*Ada caruman KWSP & PERKESO
*Ada slip gaji rasmi
*Gaji dilapor dalam sistem kerajaan (formal employment sector)

Anda tergolong dalam pekerja formal.

Apa punca perkara ini berlaku?

Ada banyak punca atau faktor kenapa perkara ini berlaku.
Antara peyumbang terbesar ialah struktur ekonomi, organisasi dan individu itu sendiri.

1. Struktur Ekonomi Negara

i) Majoriti pekerjaan di Malaysia berada di tahap rendah hingga pertengahan.

Menurut DOSM dan Bank Negara, lebih 60% pekerjaan di Malaysia berada di tahap “low-skill” dan “semi-skill.”

Maksudnya kerja ini mudah diganti oleh orang lain. Ia tidak memerlukan kepakaran khas (contohnya: operator, kerani, jurujual, pembantu am).

Bila kerja anda mudah diganti, majikan mudah mencari orang lain untuk menggantikan anda sekiranya anda berhenti.

Majikan tak perlu bayar gaji anda tinggi, sebab di luar ada ramai lagi orang yang boleh menggantikan anda.

Nilai kerja rendah = gaji pun rendah.

2. Faktor Organisasi (Syarikat & Budaya Kerja)

i) Majikan bayar berdasarkan nilai yang anda beri, bukan semata-mata masa.

Ramai pekerja masih fikir “kalau aku setia, bos akan naikkan gaji.”

Tapi sebenarnya syarikat bayar gaji berdasarkan prestasi & nilai bukan semata-mata kesetiaan.

Jadi kalau pekerja buat kerja yang sama setiap tahun, tanpa peningkatan nilai , bos pun susah nak naikkan gaji

ii) Tiada budaya “upskilling” dalam organisasi kecil. 

Majoriti pekerja Malaysia (lebih 70%) bekerja di syarikat SME (Small & Medium Enterprise).

Biasanya, syarika SME jarang ada bajet atau sistem latihan terancang.
Akibatnya, ramai pekerja buat benda sama bertahun-tahun tanpa peningkatan skil.

Tapi Allhamdulillah, sekarang ini ada HRDC, sedikit sebanyak dapat membantu SME untuk ada bajet latihan sendiri. 

3. Faktor Individu (Sikap & Mindset Pekerja itu Sendiri)

i) Tak mahu tambah skil baru

Ramai pekerja rasa diri dia “dah cukup pandai” sebab dah lama bekerja.

Tapi mereka tak sedar yang dunia berubah denga cepat. Skill lama mungkin tak lagi relevan.

Contoh: dulu Excel asas cukup, sekarang syarikat perlukan orang yang boleh buat analisis lebih mendalam dengan Power BI.

ii) Tak berani keluar dari zon selesa.

Bila dah lama bekerja, mereka sudah duduk dalam zon selesa.
Mereka dah tak mahu belajar benda baru.

Tak berani nak mencuba perkara baru sebab takut gagal atau risiko.
Akhirnya kekal buat kerja rutin yang tak bawa nilai tambah pada diri dan juga syarikat.

iii). Tak ada perancangan kerjaya.

Kata orang gagal merancang = merancang untuk gagal.

Ramai pekerja tak merancang laluan kerjaya mereka
Mereka tak tahu ke mana arah kerjaya mereka.

Tak tahu nak naik ke jawatan mana, tak tahu skil apa yang perlu ada.
Akhirnya kerja sekadar habiskan hari je. 
Hanya ikut orang atau arus saja.

Apa solusi sebagai pekerja?

Sebagai individu kita hanya boleh kawal faktor ke tiga iaitu diri kita.

Kita hanya boleh kawal sikap dan mindset kita sendiri.

Sebagai individu apa yang boleh kita lakukan ialah:-

1.Naikkan nilai diri

Kenapa syarikat bayar anda gaji?

Kerana anda buat kerja yang syarikat perlukan. 
Itu bermaksud anda telah memberi nilai kepada syarikat.

Asasnya mudah:

Jika nilai yang kita beri tinggi → syarikat akan bayar tinggi.

Jika nilai yang kita beri rendah → syarikat akan bayar rendah.

Syarikat takkan bayar kita tinggi hanya sebab kita rajin, kerja kuat atau datang awal.

Apa guna rajin, kerja kuat dan datang awal kalau takda hasil yang kita berikan pada syarikat?

Syarikat mahu lihat hasil.

Syarikat mahu lihat nilai yang kita berikan.

Oleh itu, tingkatkan NILAI yang anda beri pada syarikat.

2.Tingkatkan skil diri anda.

Antara cara untuk naikkan nilai diri anda ialah dengan membantu syarikat capai matlamat yang ditetapkan.

Sudah tentu anda perlukan tingkatkan skil anda, untuk bantu syarikat capai matlamat.

Oleh itu kenalpasti apa yang syarikat mahu dan tingkatkan skil anda supaya anda dapat bantu syarikat capai matlamat mereka.

3. Rancang kerjaya anda

Ramai orang yang rajin dan boleh bekerja keras, tapi mereka tak pergi jauh sebab mereka tak da perancangan yang jelas.

Bila tak da perancangan yang jelas mereka tak tahu nak pergi mana. Tak tahu nak buat apa.

Oleh itu, tanya diri sendiri:-

*Dalam 3 tahun akan datang, anda nak jadi siapa?
*Jawatan tu perlukan skil apa?
*Apa yang anda boleh mula belajar sekarang untuk ke arah itu?

4. Bertindak sekarang

Perjalanan yang panjang bermula dari langkah pertama.
Anda dah rancang maka realisasikan dengan tindakan.

Buat sekarang, jangan tunggu, sebab masa berjalan.

Diri anda 3 tahun akan datang, bermula dari tindakan anda sekarang.

Kesimpulan.

Masalah gaji tak naik ni bukan salah satu pihak saja.
Ia kombinasi struktur ekonomi yang perlahan, budaya kerja organisasi dan sikap individu itu sendiri.

Kita tak boleh  nak ubah sistem ekonomi,
Kita tak boleh nak ubah dasar syarikat,Tapi kita boleh ubah diri kita sendiri.

Tingkat skil diri, tingkatkan nilai diri, maka pendapatan anda juga akan meningkat.

Anda nak belajar dengan lebih mendalam bagaimana nak perbaiki diri supaya anda tingkatkan gaji atau pendapatan anda?


Monday, October 6, 2025

Bayangkan umur 45, gaji masih kecil sama macam sekarang. Apa perasaan anda?


Bayangkan umur anda sudah 45 tahun.
Tapi gaji anda masih kecil sama macam sekarang .

Apa perasaan anda?

Pada masa itu, anak anda mungkin sudah masuk sekolah menengah.
Malah mungkin sudah melangkah ke universiti.
Kos untuk pendidikan mereka bukan sedikit.

Dalam masa yang sama, harga barang makin meningkat.

Kos hidup makin tinggi.
Tapi pendapatan anda tetap tidak berubah.

Kalau sekarang pun hujung bulan sudah rasa tertekan,
cuba bayangkan 10 atau 15 tahun lagi.

Beban makin berat, tapi gaji masih di tahap yang sama.

Sanggupkah anda hidup macam itu?

Ramai orang sangka, bila kerja lama automatik gaji akan naik.
Ramai juga percaya, bila rajin bekerja pendapatan akan meningkat.

Hakikatnya, tidak begitu.
Kerja lama tidak menjamin gaji anda akan naik.
Rajin bekerja belum tentu membuatkan pendapatan anda meningkat.

Bos pula tidak menilai berdasarkan berapa lama anda berkhidmat,
dan bukan juga kerana anda rajin semata - mata.

Apa yang bos lihat ialah:

👉 hasil kerja anda,
👉 dan nilai sebenar yang anda bawa kepada syarikat.

Lagi besar manfaat yang anda sumbangkan, lagi tinggi nilai diri anda.

Oleh itu, kalau anda tidak tingkatkan nilai diri sekarang, anda akan rugi di kemudian hari.

Sebab,

Masa sentiasa berjalan.
Ia tidak akan menunggu anda.

Anda kena bertindak sekarang.
Sekarang inilah peluang untuk perbaiki kehidupan anda.

Tindakan yang anda buat hari ini akan menentukan kehidupan anda di masa akan datang.

Kalau hari ini anda sudah tahu anda perlu berubah,
kenapa masih tunggu?
Kenapa masih biar masa berlalu tanpa tindakan?

Masa tidak pernah tunggu sesiapa.
Dia tetap berjalanm sama ada anda bergerak atau tidak.

Dan setiap hari yang anda tangguh,
anda sebenarnya sedang kehilangan peluang.

Oleh itu, bertindaklah sekarang.

Mula sahaja dulu. Buat sahaja dulu.
Mulakan dengan satu langkah kecil yang konsisten.
Kerana lama-lama nanti langkah kecil itu akan membesar.

Yang penting… anda mahu atau tidak

Jika mahu, komen mahu.

Anda nak belajar dengan lebih mendalam bagaimana nak perbaiki diri supaya anda dapat tingkatkan gaji atau pendapatan anda?


Friday, September 19, 2025

Kenapa kita susah nak dapat apa yang kita mahu dalam hidup dan pekerjaan?



Ramai antara kita ada impian yang sama.

Dalam pekerjaan, kita mahu gaji yang tinggi.
Tempat kerja yang selesa. 
Rakan sekerja yang membantu. 
Bos yang baik dan faham kita. Dan sebagainya.

Tapi sampai sekarang kita susah nak dapat apa yang kita mahu. 
Kenapa ya?

Sebab kita tak faham dunia ini. 
Kita tak faham bagaimana dunia ini berfungsi.

Bila kita tak faham, kita lawan sistem dan peraturan dalam dunia ini.

Contoh dalam pekerjaan.

Kita mahu gaji yang tinggi.
Katakanlah kita mahu gaji RM5,000 sebulan.

Tapi, pernahkah kita fikir kenapa bos atau syarikat mahu beri kita gaji sebanyak itu?

Cuba bayangkan kita duduk di kerusi bos kita sekarang.

*Adakah kita sendiri sanggup bayar RM5,000 sebulan kepada staf macam diri kita hari ini?

*Kita lihat prestasi kerja kita, perangai kita - Kenapa syarikat kena bayar gaji RM5,000 sebulan kepada kita, bukan kepada orang lain?

*Apa manfaat ataupun nilai yang kita dah beri pada syarikat sehingga syarikat sanggup bayar RM5,000 sebulan?

Kalau kita pun teragak-agak nak jawab soalan-soalan ini, jangan peliklah kita masih tak dapat gaji sebanyak itu.

Ini lah masalah sebenar kita...

Inilah antara punca kita tak dapat apa yang kita mahu.
Kita pentingkan diri sendiri. 
Kita hanya fikir tentang diri kita.

Kita tak fikir tentang orang lain. 
Kita tak ada empati untuk faham keadaan orang lain.

Kita suka bermain Win-Lose game.
Kita saja yang nak menang, orang lain kalah tak apa.

Sebab itu kita susah nak dapat apa yang kita mahu.

Ini hakikat tentang dunia.

Hakikatnya dunia ini tak berjalan sebegitu.
Dunia ini tidak berjalan seperti yang kita mahu.

Dunia ini tidak berhutang apa-apa dengan kita.
Dunia ini tidak kisah pun tentang diri kita.

Kenapa dunia ini perlu bagi apa yang kita mahu?
Apa yang kita dah buat sehinggakan dunia ini perlu beri apa yang kita mahu?

Cuba anda bayangkan...

Bayangkan anda sedang berdiri di depan sebuah lif. 
Pintu lif terbuka.

Di dalam lif itu ada satu orang yang anda tak kenal.
Anda masuk ke dalam lif.

Dan anda ada tiga pilihan bagaimana mahu bertindak.

1. Pilihan pertama: anda boleh senyum dan ucap salam atau selamat pagi pada orang dalam lif. Apa yang anda akan terima? 
98% masanya orang itu akan senyum dan balas balik salam atau ucapan selamat pagi anda.

2. Pilihan kedua: anda boleh masuk, sambil buat muka masam dan mendengus kepada orang asing dalam lif itu. Dia tak tahu kenapa anda buat begitu. Dan 98% masanya, mungkin dia tak mendengus balik, tapi dia akan tarik muka juga kepada anda sambil cakap dalam hati, "Apahal dia ni?"

3. Pilihan ketiga: anda boleh masuk ke lif dan tidak buat apa-apa. Jadi, apa yang anda dapat bila anda masuk lif dan tidak buat apa-apa? Anda juga dapat “tiada apa-apa”

Inilah prinsip reciprocation (timbal balik).

Dunia ini bergerak mengikut prinsip reciprocation (timbal balik)
Anda beri sesuatu, anda akan dapat sesuatu.

Psikologi manusia memang cenderung membalas apa yang orang beri pada kita.
Kita rasa tak selesa kalau kita tak balas balik pada orang yang memberi budi.

*Orang senyum dulu, kita pun balas senyum.
*Orang beri salam, kita pun balas salam.
*Orang belanja kita makan, kita pun rasa nak belanja dia balik.
*Orang buat muka masam, kita pun tarik muka.
*Orang tak buat apa-apa, kita pun tak buat apa-apa.

Antara cara mudah untuk kita dapat apa yang kita mahu ialah dengan kita ikut cara dunia ini bergerak. 

Bagaimana nak aplikasikan prinsip ini?

We must go positive first.
Kita kena buat dulu.
Kita kena mula dulu.

Mahu gaji tinggi?
Beri nilai atau manfaat dulu pada syarikat.
Selesaikan dulu masalah dalam syarikat.
Nanti kita akan terima apa yang kita mahu.

Mahu bos / syarikat faham kita?
Kita fahami dulu bos.
Kita ambil berat dulu tentang syarikat.

Mahu perhatian? Mahu didengari? Mahu disayangi?
Beri perhatian dulu, dengari dulu, sayangi dulu.

Simple kan prinsip ni?
Semua orang boleh aplikasikan prinsip ini dalam hidup

Tapi masalahnya…

Tak ramai orang yang nak buat benda ini.
Apa yang ramai orang buat ialah berlawanan dari prinsip ini.

Kemudian mereka merungut,

“Bila dunia nak bagi aku sesuatu? Bila giliran aku?”

Tapi apa yang mereka pernah buat?
Pernahkah mereka bangun pagi dan senyum kepada dunia?

Tidak!

Sama ada mereka tidak buat apa-apa, atau mereka mencebik dan mendengus kepada dunia.
Maka mereka akan dapat apa yang mereka beri.

Kenapa ramai yang tak buat benda ini, walaupun mereka tahu mereka akan dapat manfaat besar?

Daniel Kahneman, pemenang Hadiah Nobel dalam bidang ekonomi tingkah laku, pernah menjawab soalan ini dalam buku dia - Thinking fast & slow

Dia kata- manusia ada ketidakseimbangan besar antara dua perkara:

1. Keinginan untuk mendapat keuntungan.
2. Keinginan untuk mengelak kerugian.


Dan yang lebih kuat dalam diri manusia bukanlah keinginan untuk dapat untung, tapi keinginan untuk mengelak rugi.

Walaupun kita tahu ada 98% peluang kita akan dapat manfaat bila kita mula positif dan mulakan dahulu, tapi tetap ramai tak berani buat.

Kenapa? 

Sebab ada 2% risiko - kita takut ditolak, takut malu, takut kena kritik, takut orang cakap, takut rugi dan segala jenis ketakutan dok ada dalam diri kita.

Itu realiti tentang psikologi manusia.

Dan itulah sebabnya ramai orang terus terperangkap di tempat yang sama, walaupun mereka sebenarnya sudah tahu jalan untuk dapatkan apa yang mereka mahu.

Bagaimana nak atasi halangan ini?

Kalau kita terus biarkan rasa takut rugi itu mengawal kita, kita akan kekal di takuk lama.
Kita tahu jalan ke depan, tapi kita tetap berpusing-pusing di tempat sama.

Ada tiga cara praktikal untuk kita mula atasi halangan ini:

1.Sedar bahawa kerugian itu kecil, tapi keuntungan itu besar.

Kita kena biasakan diri fikir macam seorang pelabur.
Adakah berbaloi untuk korbankan 2% risiko ketakutan, untuk 98% peluang dapat manfaat?
Jawapannya, sudah tentu ya.

2. Ubah cara kita lihat dunia.

Kita selalu lihat diri sebagai pekerja biasa.
Tapi bila kita mula lihat diri dengan perspektif pemilik atau bos, kita akan mula fikir:
“Apa nilai aku boleh tambah supaya syarikat ini berkembang?”
Bila cara pandang berubah, cara kita bekerja juga berubah.

3. Mula dengan langkah kecil tapi konsisten.

Mulakan dengan senyum pada rakan sekerja.
Mulakan dengan ambil inisiatif kecil - siapkan laporan lebih awal, bantu rakan yang stuck, betulkan proses yang selalu salah.
Lama-kelamaan, kita akan bina momentum dan keyakinan untuk beri nilai lebih besar.

Kesimpulan

Kita boleh lihat prinsip reciprocation (timbal balik) di mana-mana.
Malah kita sendiri pun biasa mengalaminya.

Kita akan dapat apa yang kita beri.

Oleh itu, mulakanlah dulu.

Hasilkan lah sesuatu.
Berilah nilai pada dunia.
Berilah manfaat pada dunia.

Pilihan ada pada kita:

Mahu hidup dalam ketakutan 2% itu, atau mahu rebut peluang 98% yang terbentang di depan mata.


Anda ada benda nak tanya?
Komen di bawah.

Anda nak belajar dengan lebih mendalam bagaimana nak perbaiki diri supaya anda dapat tingkatkan gaji atau pendapatan anda?

Tuesday, September 2, 2025

Kenapa gaji anda susah naik walaupun rajin bekerja?



Ramai orang cakap, kalau nak naik gaji atau naik pangkat, tak cukup sekadar rajin.
Kita kena jadi orang yang bernilai pada syarikat.

Sebelum ini pun kita sudah kongsikan maksud nilai.

Kita sudah faham bahawa kita boleh memberi nilai dengan menyelesaikan masalah orang lain dan bantu orang untuk capai apa yang mereka mahu.

Soalan seterusnya:

“Macam mana nak praktikkan benda ini di tempat kerja kita sekarang?”

Ini antara 2 langkah yang kita boleh mula praktikan di tempat kerja atau di mana-mana saja.

1. Peka dengan masalah sekeliling


Nilai wujud bila ada masalah yang nak diselesaikan.
Kalau kita tak nampak masalah, kita takkan nampak peluang untuk memberi nilai.

Oleh itu, kita kena kenal pasti masalah yang berlaku di sekeliling kita.
Kita kena ada empati iaitu kita cuba faham apa yang orang lain sedang hadapi.

Kita boleh praktik dengan tanya soalan-soalan berikut:-

  • Apa matlamat yang syarikat mahu capai?
  • Apa cabaran yang syarikat sedang hadapi sekarang?
  • Apa masalah atau cabaran yang dihadapi dalam department atau bahagian anda sekarang?
  • Apa halangan  yang buat kerja orang lain jadi lambat, susah atau rumit?
  • Apa masalah dan cabaran yang bos anda sedang hadapi sekarang?
  • Apa cara untuk anda bantu syarikat capai matlamat ?

Ini antara cara untuk kita kenal pasti masalah yang berlaku di sekeliling kita.
Kita kena peka dengan situasi yang berlaku di sekitar kita.

Cuba dengar apa yang bos selalu ulang dalam mesyuarat.
Perhatikan apa yang rakan sekerja selalu merungut.

Kita sebagai pekerja di situ, cuba lihat apa masalah yang kita selalu hadapi.
Lihat bahagian mana dalam kerja kita yang selalu ambil masa lama atau selalu salah.

Kita sendiri cara jalan penyelesaiannya atau kita tambah baik.

Biasanya, masalah yang kita hadapi itu, pekerja lain juga menghadapi masalah yang sama.

Selain itu, kita boleh tanya dan bincang terus dengas bos tentang masalah dan matlamat yang syarikat mahu capai.

Bila anda nampak masalah, anda sebenarnya sudah jumpa pintu masuk untuk jadi orang bernilai.
 
2. Ambil inisiatif jangan tunggu arahan.


Kebanyakan pekerja hanya buat bila disuruh. 
Mereka tidak pro-aktif, mereka hanya menunggu arahan.

Cuba bayangkan anda sebagai bos, ada dua orang staf.

1. Seorang hanya menunggu arahan 
2. Dan seorang lagi bersikap proaktif. Bila nampak masalah dia terus bertindak cari jalan penyelesaian,

Staf mana yang anda rasa ada potensi untuk pergi lebih jauh? 
Sudah tentu staf yang bersikap proaktif.

Oleh itu, kalau mahu jadi orang yang bernilai:

  • Jangan tunggu disuruh baru nak buat, kita sendiri cari jalan selesaikan masalah yang ada.
  • Kita cari cara untuk bantu syarikat capai matlamat yang ditetapkan
  • Kita obses untuk tambah baik sistem yang ada supaya syarikat berkembang maju.
  • Kita buat kerja dengan tujuan nak beri nilai pada orang lain.
  • Kita beriya-iya mahu bantu orang lain capai apa yang mereka mahu.

Benda simple tapi susah.

Sebenarnya, konsep memberi nilai ini simple dan mudah difahami.

Cumanya, ramai orang hanya mahu faham sekadar di permukaan saja.
Mereka tak nak faham dan pergi ke lapisan mendalam lagi.

Kenapa? Sebab ia susah.

Ia susah nak dipraktikan.
Ia melawan kebiasaan kita.

Ia adalah satu perjalanan yang jauh, sunyi dan penuh liku.
Ia perlukan usaha berterusan dan keberanian.

Dan sudah tentu tak ramai yang berani mahu ikut jalan ini.

Tapi, ia jalan yang berbaloi untuk diterokai.
Ia jalan yang dilalui oleh ramai orang berjaya di luar sana.

Bak kata Charlie Munger - seorang bilionair dan pelabur terkenal. Dia kata :- 

“To get what you want, you have to deserve what you want. The world is not yet a crazy enough place to reward a bunch of undeserving people.” 

~ Buku "Poor Charlie’s Almanack: The Wit and Wisdom of Charles T. Munger"
    
Maksudnya lebih kurang.

Kalau kita nak sesuatu - contohnya nak gaji naik, nak naik pangkat, nak hidup lebih selesa & etc, kita kena jadi orang yang layak untuk benda itu dulu.

Sebab dunia ini tak berhutang apa-apa dengan kita.
Ia tak gila untuk beri ganjaran pada orang yang tak layak.

Ini soalan untuk refleksi diri kita sendiri. 

"Adakah aku layak untuk dapat apa yang aku nak?"

Kalau kita berani untuk tanya soalan ini dan jawab dengan jujur. 
Kita sudah selangkah kehadapan.

Kesimpulan.

Ini 2 cara atau langkah yang kita boleh praktikan sekarang sekiranya kita mahu tingkatkan nilai diri kita di mata majikan.

1. Peka dengan masalah disekeliling kita.
2. Ambil inisiatif untuk selesaikan masalah tersebut, tanpa tunggu arahan.

Anda rasa mudah ke susah?
Komen di bawah

Anda nak belajar dengan lebih mendalam bagaimana nak perbaiki diri supaya anda tingkatkan gaji atau pendapatan anda?

Monday, August 25, 2025

Kenapa rajin saja tidak cukup untuk anda dinaikan gaji?



Pernah tak anda rasa penat bekerja, tapi gaji tetap tak naik-naik?

Setiap bulan cukup-cukup makan saja.
Bayar rumah, bayar kereta, bayar taska anak – lepas tu habis.
Sikit pun tak sempat nak simpan.

Mungkin anda pernah terfikir soalan-soalan macam ni:-

Macam mana nak tambah pendapatan?
Macam mana nak naik gaji tanpa perlu berhenti dan cari kerja baru?
Macam mana nak naik gaji tanpa perlu bodek bos atau tanpa perlu tunggu belas kasihan bos?

Kalau tanya saya, ini jawapannya 
Tingkatkan Nilai diri anda.

Iya.. anda boleh tingkatkan pendapatan, boleh naik gaji dengan meningkat NILAI diri anda di tempat kerja sekarang.

Bos bayar gaji berdasarkan nilai

Kenapa syarikat bayar anda gaji?
Sebab anda buat kerja yang syarikat perlukan. Itu bermaksud anda telah memberi nilai kepada syarikat.

Asasnya mudah:

Jika nilai yang kita beri tinggi → syarikat akan bayar tinggi.
Jika nilai yang kita beri rendah → syarikat akan bayar rendah.

Syarikat takkan bayar kita tinggi hanya sebab kita rajin, kerja kuat atau datang awal.
Apa guna rajin, kerja kuat dan datang awal kalau takda hasil yang kita berikan pada syarikat?

Syarikat mahu lihat hasil. 
Syarikat mahu lihat nilai yang kita berikan.

Apa itu NILAI?

Nilai ialah manfaat yang kita beri pada orang lain.

Lagi besar manfaat yang kita beri, lagi tinggi nilai kita.

Bagaimana nak beri nilai?

Cara mudah untuk beri nilai ialah:

1. Dengan kita selesaikan masalah orang.
2. Dan bantu orang dapat apa yang mereka mahu

Dalam hidup ini - orang tak nak ada masalah. 
Sebab itu, sedaya upaya orang akan cari cara untuk selesaikan masalah dia.

Semua orang mahukan hidup yang lebih baik
Orang nak kerja mudah, nak cepat, nak selamat, nak gembira.
Orang tak nak susah, orang tak nak serabut-serabut.

Jadi kalau kita boleh bantu orang capai semua itu, kita sedang memberi nilai.

Contoh Nilai di Tempat Kerja:-

1. Kita siapkan minutes meeting ringkas dan teratur → kita beri nilai dengan selesaikan masalah team yang selalu lupa keputusan mesyuarat. Ini memudahkan semua orang ikut tindakan seterusnya.

2. Kita siapkan laporan dengan jelas dan kemas → kita beri nilai dengan selesaikan masalah bos yang tak sempat nak semak data. Ini mudahkan bos buat keputusan penting.

3. Kita buat template email standard untuk jawab pelanggan → kita beri nilai dengan selesaikan masalah staf customer service yang selalu ambil masa lama nak karang ayat. Ini menjimatkan masa dan elak jawapan bercelaru.

4. Kita buat template dalam Excel untuk kira overtime pekerja → kita beri nilai dengan selesaikan masalah staf HR yang selalu ambil masa lama nak kira manual. Ini menjimatkan masa dan elak kesilapan kiraan.

5. Kita buat SOP langkah demi langkah cara nak cari pekerja baru → kita beri nilai dengan selesaikan masalah staf HR baru yang masih nak belajar. Ini menjimatkan masa dan elak kesilapan berulang.

Dan banyak lagi.

Inilah kuncinya.

Ramai orang terlepas pandang hal ini.
Nak naik gaji, kena jadi orang yang bernilai.

Dan cara mudah nak jadi orang bernilai ialah dengan :-

1. Selesaikan masalah orang lain dan, 
2. Bantu mereka capai apa yang mereka mahukan.

Itulah kunci yang ramai orang terlepas pandang. 

Simple bukan? 
Semua orang boleh faham konsep memberi nilai ini.

Tapi itulah, tak ramai yang nak buat benda simple ini.
 
Kenapa tak ramai yang nak buat?
Benda ini saya akan cerita lagi dalam posting akan datang. 

Anda nak belajar dengan lebih mendalam bagaimana nak perbaiki diri supaya anda tingkatkan gaji atau pendapatan anda?

Tuesday, April 8, 2025

5 Sebab kenapa anda rajin tapi masih tidak dinaikan gaji atau pangkat?




Pernah tak anda rasa…

Anda kerja rajin, datang awal, balik lambat.
Buat kerja lebih daripada yang disuruh.
Tapi bila sampai masa naik gaji atau pangkat—nama anda langsung tak disebut.

Bukan sekali. Tapi berkali-kali.

Kalau anda pernah alami perkara ni, ketahuilah anda tak keseorangan. Ramai pekerja di luar sana yang menghadapi perkara sama.

Persoalannya, kenapa jadi macam tu?

Mari kita lihat 5 sebab utama yang sering berlaku dalam dunia kerja:

1. Rajin bukan lagi ukuran utama

Dulu mungkin, siapa paling rajin dialah paling dihargai. Tapi dalam dunia kerja moden hari ini, majikan lebih utamakan:

Siapa yang mampu bawa hasil (output & impak)
Siapa yang boleh selesaikan masalah
Siapa yang boleh fikir sendiri, bukan sekadar tunggu arahan

Contoh:

Anda bekerja keras menaip data berjam-jam setiap hari.
Tapi rakan sekerja anda cipta satu sistem mudah yang jimatkan masa semua orang.

Siapa lebih bernilai?
.

2. Anda buat kerja yang orang lain boleh juga buat

Jika kerja anda boleh diganti dengan sesiapa sahaja dalam masa 1-2 hari latihan, itu tandanya kerja tersebut mudah diganti.

Majikan mungkin tidak melihat keperluan untuk menaikkan gaji anda kerana mereka tahu, jika anda berhenti, orang lain boleh ambil alih dengan cepat.

Seth Godin dalam bukunya Linchpin, cakap benda yang sama:

"If you’re not indispensable, you’re a cog in the system."

Jika anda orang yang mudah diganti, anda hanyalah salah satu gear kecil dalam mesin besar.

Bila anda tiada, mesin tetap berjalan, kerana sesiapa sahaja boleh gantikan anda


Beliau kata ramai pekerja dilatih untuk “ikut sistem”, bukan untuk berfikir sendiri. Akibatnya, mereka menjadi biasa-biasa, boleh diganti, dan tidak dikenang.

Untuk jadi “mahal” di mata syarikat, anda perlu jadi "
indispensable". Seseorang yang tidak boleh diganti. Seseorang yang bernilai tinggi.
.

3. Bos tidak nampak nilai anda


Bukan semua majikan tahu atau perasan apa yang anda sumbangkan.

Kadang-kadang: 

Anda buat kerja senyap-senyap tanpa menunjukkan hasil.
Anda tak bentangkan pencapaian anda dengan jelas.
Anda terlalu merendah diri atau takut untuk menonjol.

Dalam dunia kerja, siapa yang boleh menunjukkan impak kerja dia dengan jelas, itulah yang akan diingati ketika waktu penilaian prestasi.
.

4. Anda Tidak Ada Data atau Bukti

Ramai orang bekerja keras, tapi bila tiba masa appraisal, mereka tak tahu nak tunjuk apa.

Simpan rekod kerja anda. Tunjukkan:

Berapa masa anda jimatkan?
Berapa banyak kesilapan yang anda kurangkan?
Bagaimana kerja anda membantu team atau bos?

Majikan tak bayar usaha, mereka bayar hasil.
Dan hasil perlu dibuktikan.

5 Anda tidak ada “Ownership” dan "leadership"

Pekerja yang naik lebih cepat biasanya:

Mereka urus kerja sendiri tanpa disuruh.
Meraka ambil inisiatif selesaikan masalah.
Mereka mampu bantu team buat keputusan.

Kalau anda hanya menunggu arahan setiap masa, anda mungkin dilihat sebagai pelaksana sahaja, bukan pemimpin.

Dan majikan cari pemimpin untuk dinaikkan pangkat, bukan sekadar pengikut yang rajin.
.

Kesimpulan:

Rajin itu bagus. Tapi dalam dunia kerja hari ini, rajin semata-mata tidak cukup.

Yang penting adalah NILAI yang anda beri.

Nilai bukan datang dari berapa banyak kerja anda buat, tapi dari berapa besar kesan kerja anda terhadap syarikat. Apa manfaat yang anda beri pada syarikat.

Berita baik: nilai boleh dibina.

Dengan langkah yang betul, anda boleh bina nilai pada diri anda.

Bagaimana nak cipta dan bangunkan NILAI supaya anda dapat naik gaji dan pangkat? 

Anda nak tahu lebih lanjut berkenaan nilai dan belajar untuk beri nilai supaya anda naik gaji dan pangkat?



Tuesday, March 25, 2025

Tak Ambil Risiko Itu Sendiri Adalah Risiko Terbesar

Pernah tak kita rasa hati kita memberontak? Kita rasa kita boleh buat lebih. Kita tahu ada peluang depan mata. Tapi kita tetap tak bergerak.

Kenapa?
Sebab kita takut. Takut gagal. Takut orang gelak. Takut jatuh.
Jadi kita pilih jalan selamat. Kita tak buat aapa-apa. Kita fikir, “Kalau aku tak ambil risiko, sekurang-kurangnya aku takkan rugi.”
Tapi kita lupa satu benda.
Bila kita tak ambil risiko, kita bukan saja tak bergerak ke depan. Kita sebenarnya perlahan-lahan mundur ke belakang.
.
.
Otak kita memang tak suka risiko.
Kita rasa benda ni normal – takut buat silap, takut rugi, takut gagal. Tapi kenapa kita rasa macam ni?
Dalam psikologi, ini dipanggil Loss Aversion.
Kita lebih takut kehilangan sesuatu berbanding gembira mendapatkan sesuatu yang baru.
Ada satu kajian menarik dari pemenang Hadiah Nobel, Daniel Kahneman. Dia ni ada tulis buku yang bertajuk "Thinking, Fast & Slow.
Dalam buku tu dia ada cerita dengan mendalam tentang "Loss Aversion" ni.
Dia dapati, bila kita kehilangan RM50, kesakitannya lebih kuat daripada rasa gembira bila kita dapat RM50 secara percuma.
Itulah antara sebab kenapa
*Orang sanggup bertahan dalam kerja yang mereka benci bertahun-tahun.
*Ramai yang nak mula bisnes, tapi tak buat sebab takut rugi.
*Kita sayang nak tinggalkan sesuatu yang tak baik untuk kita – sebab takut kehilangan lebih daripada kita percaya pada apa yang kita boleh capai.
Tapi sampai bila?
Sampai bila kita nak biarkan otak kita halang kita dari hidup yang lebih baik?
Loss aversion buat kita terperangkap dalam zon selesa dan menyebabkan kita buat keputusan yang tak rasional.
.
.
Kita selalu fikir orang berjaya tak takut. Tapi sebenarnya mereka pun takut. Bezanya, mereka tetap buat.
Contoh yang mungkin ramai orang kenal – Jeff Bezos.
Sebelum Amazon jadi gergasi dunia, Bezos hanyalah seorang pekerja di Wall Street, kira dah besar juga la gaji dia tu.
Tapi dia ada impian. dia nampak potensi internet, dia tahu e-commerce akan jadi besar.
Tapi nak berhenti kerja untuk bina bisnes? Itu risiko gila-gila.
Bezos pun takut. Dia fikir, "Macam mana kalau aku gagal?"
Dia akan hilang kerja, hilang pendapatan tetap, dan mungkin malu kalau bisnes tak menjadi.
Si Bezos ni juga pernah cerita idea ini pada bos dia. Tapi tau apa bos dia cakap?
Bos dia cakap, lebih kurang.
" Bagus idea kau ni Bezos, nak jual buku dekat internet, tapi aku rasa idea ni lebih bagus untuk orang yang tak da kerja yang baik macam ko"
Dengan kata lain, Bos dia pun tak galakkan dia berhenti kerja.
Tapi Bezos tak puas hati, dia guna satu teknik iaitu "Regret Minimization Framework"
Dia tanya diri sendiri:
“Bila aku umur 80 tahun nanti, adakah aku akan menyesal sebab tak cuba?”
Jawapannya: YA.
Jadi dia ambil risiko. Dia berhenti kerja. Dia mulakan Amazon dari garaj rumah.
Hari ini, dia antara manusia terkaya di dunia. Semuanya sebab dia berani ambil risiko.
Sekarang tanya diri kita – kalau kita tak buat benda yang kita nak buat hari ini, adakah kita akan menyesal nanti?
.
.
Cuba bayangkan.
Suatu hari nanti, kita dah tua. Kita duduk seorang diri, tengok ke luar tingkap. Kita fikir balik pasal hidup kita.
Masa itu, bukan kegagalan yang kita akan sesalkan.
Tapi peluang yang kita lepaskan.
Kita teringat peluang bisnes yang kita tak berani ambil dulu
Kita teringat impian yang kita biarkan terkubur sebab takut gagal dan takut nak cuba.
Dan kita akan tertanya-tanya
"Kalau aku berani sikit dulu, hidup aku macam mana sekarang?"
Tapi masa itu dah terlambat.
Jadi, kenapa kita tak buat sekarang?
.
.
Macam Mana Nak Berani Ambil Risiko?

1. Kenali ketakutan kita
*Kita sedar yang rasa takut itu datang daripada Loss Aversion – otak kita lebih takut kehilangan daripada nak menang.

2. Tanya diri: Apa yang aku akan rugi kalau aku tak buat?
Kita selalu fikir apa yang kita boleh hilang, tapi jarang fikir apa yang kita boleh dapat kalau kita berani cuba.

3. Gunakan Teknik Jeff Bezos – Regret Minimization Framework
Bayangkan diri kita pada umur 80 tahun. Adakah kita akan menyesal kalau kita tak buat benda ini sekarang? Kalau jawapannya ya, maka kita patut ambil risiko itu.

4. Ambil risiko kecil dulu
Contoh - kalau takut berhenti kerja terus, mulakan bisnes secara part-time dulu.
Kalau takut kena reject, cuba dalam skala kecil. Bila kita berjaya buat yang kecil, keyakinan akan meningkat untuk ambil risiko yang lebih besar.

5. Berani untuk gagal
Encourage "successful failure" - ini antara satu prinsip yang diamalkan di Amazon. Dekat Amazon, Bezos memang galakan pekerja dia untuk sentiasa bereksperimen dan gagal.
Tapi bukanlah gagal kosong lah. Gagal dengan data dan fakta, selepas itu mereka cuba lagi dan perbaiki. Mereka belajar dari kegagalan.
Dengan prinsip ini banyak inovasi-inovasi hebat telah tercipta. antaranya Kindle, Amazon web dan sebagainya.
.
.
Hidup Ini hanya Sekali.
Kita nak ambil jalan selama atau nak buat sesuatu yang luar biasa?
Kalau kita terus duduk dalam zon selesa, memang kita takkan gagal. Tapi kita juga takkan menang.
Bak kata - Steven Bartlett dalam buku dia "The Diary of a CEO"
"Taking no risks will be your biggest risk. You have to risk failure to succeed. You have to risk heartbreak to love.
You have to risk criticism for the applause. You have to risk the ordinary to achieve the extraordinary.
If you live avoiding risk, you’re risking missing out on life." ~ The diary of a CEO
Jadi,
Pilihan di tangan kita. Buat sesuatu hari ini yang akan buat kita bangga nanti.

~Shah - Sk Biz Solution