Pernah tak kita rasa hati kita memberontak? Kita rasa kita boleh buat lebih. Kita tahu ada peluang depan mata. Tapi kita tetap tak bergerak.
Kenapa?
Sebab kita takut. Takut gagal. Takut orang gelak. Takut jatuh.
Jadi kita pilih jalan selamat. Kita tak buat aapa-apa. Kita fikir, “Kalau aku tak ambil risiko, sekurang-kurangnya aku takkan rugi.”
Tapi kita lupa satu benda.
Bila kita tak ambil risiko, kita bukan saja tak bergerak ke depan. Kita sebenarnya perlahan-lahan mundur ke belakang.
.
.
Otak kita memang tak suka risiko.
Kita rasa benda ni normal – takut buat silap, takut rugi, takut gagal. Tapi kenapa kita rasa macam ni?
Dalam psikologi, ini dipanggil Loss Aversion.
Kita lebih takut kehilangan sesuatu berbanding gembira mendapatkan sesuatu yang baru.
Ada satu kajian menarik dari pemenang Hadiah Nobel, Daniel Kahneman. Dia ni ada tulis buku yang bertajuk "Thinking, Fast & Slow.
Dalam buku tu dia ada cerita dengan mendalam tentang "Loss Aversion" ni.
Dia dapati, bila kita kehilangan RM50, kesakitannya lebih kuat daripada rasa gembira bila kita dapat RM50 secara percuma.
Itulah antara sebab kenapa
*Orang sanggup bertahan dalam kerja yang mereka benci bertahun-tahun.
*Ramai yang nak mula bisnes, tapi tak buat sebab takut rugi.
*Kita sayang nak tinggalkan sesuatu yang tak baik untuk kita – sebab takut kehilangan lebih daripada kita percaya pada apa yang kita boleh capai.
Tapi sampai bila?
Sampai bila kita nak biarkan otak kita halang kita dari hidup yang lebih baik?
Loss aversion buat kita terperangkap dalam zon selesa dan menyebabkan kita buat keputusan yang tak rasional.
.
.
Kita selalu fikir orang berjaya tak takut. Tapi sebenarnya mereka pun takut. Bezanya, mereka tetap buat.
Contoh yang mungkin ramai orang kenal – Jeff Bezos.
Sebelum Amazon jadi gergasi dunia, Bezos hanyalah seorang pekerja di Wall Street, kira dah besar juga la gaji dia tu.
Tapi dia ada impian. dia nampak potensi internet, dia tahu e-commerce akan jadi besar.
Tapi nak berhenti kerja untuk bina bisnes? Itu risiko gila-gila.
Bezos pun takut. Dia fikir, "Macam mana kalau aku gagal?"
Dia akan hilang kerja, hilang pendapatan tetap, dan mungkin malu kalau bisnes tak menjadi.
Si Bezos ni juga pernah cerita idea ini pada bos dia. Tapi tau apa bos dia cakap?
Bos dia cakap, lebih kurang.
" Bagus idea kau ni Bezos, nak jual buku dekat internet, tapi aku rasa idea ni lebih bagus untuk orang yang tak da kerja yang baik macam ko"
Dengan kata lain, Bos dia pun tak galakkan dia berhenti kerja.
Tapi Bezos tak puas hati, dia guna satu teknik iaitu "Regret Minimization Framework"
Dia tanya diri sendiri:
“Bila aku umur 80 tahun nanti, adakah aku akan menyesal sebab tak cuba?”
Jawapannya: YA.
Jadi dia ambil risiko. Dia berhenti kerja. Dia mulakan Amazon dari garaj rumah.
Hari ini, dia antara manusia terkaya di dunia. Semuanya sebab dia berani ambil risiko.
Sekarang tanya diri kita – kalau kita tak buat benda yang kita nak buat hari ini, adakah kita akan menyesal nanti?
.
.
Cuba bayangkan.
Suatu hari nanti, kita dah tua. Kita duduk seorang diri, tengok ke luar tingkap. Kita fikir balik pasal hidup kita.
Masa itu, bukan kegagalan yang kita akan sesalkan.
Tapi peluang yang kita lepaskan.
Kita teringat peluang bisnes yang kita tak berani ambil dulu
Kita teringat impian yang kita biarkan terkubur sebab takut gagal dan takut nak cuba.
Dan kita akan tertanya-tanya
"Kalau aku berani sikit dulu, hidup aku macam mana sekarang?"
Tapi masa itu dah terlambat.
Jadi, kenapa kita tak buat sekarang?
.
.
Macam Mana Nak Berani Ambil Risiko?
1. Kenali ketakutan kita
*Kita sedar yang rasa takut itu datang daripada Loss Aversion – otak kita lebih takut kehilangan daripada nak menang.
2. Tanya diri: Apa yang aku akan rugi kalau aku tak buat?
Kita selalu fikir apa yang kita boleh hilang, tapi jarang fikir apa yang kita boleh dapat kalau kita berani cuba.
3. Gunakan Teknik Jeff Bezos – Regret Minimization Framework
Bayangkan diri kita pada umur 80 tahun. Adakah kita akan menyesal kalau kita tak buat benda ini sekarang? Kalau jawapannya ya, maka kita patut ambil risiko itu.
4. Ambil risiko kecil dulu
Contoh - kalau takut berhenti kerja terus, mulakan bisnes secara part-time dulu.
Kalau takut kena reject, cuba dalam skala kecil. Bila kita berjaya buat yang kecil, keyakinan akan meningkat untuk ambil risiko yang lebih besar.
5. Berani untuk gagal
Encourage "successful failure" - ini antara satu prinsip yang diamalkan di Amazon. Dekat Amazon, Bezos memang galakan pekerja dia untuk sentiasa bereksperimen dan gagal.
Tapi bukanlah gagal kosong lah. Gagal dengan data dan fakta, selepas itu mereka cuba lagi dan perbaiki. Mereka belajar dari kegagalan.
Dengan prinsip ini banyak inovasi-inovasi hebat telah tercipta. antaranya Kindle, Amazon web dan sebagainya.
.
.
Hidup Ini hanya Sekali.
Kita nak ambil jalan selama atau nak buat sesuatu yang luar biasa?
Kalau kita terus duduk dalam zon selesa, memang kita takkan gagal. Tapi kita juga takkan menang.
Bak kata - Steven Bartlett dalam buku dia "The Diary of a CEO"
"Taking no risks will be your biggest risk. You have to risk failure to succeed. You have to risk heartbreak to love.
You have to risk criticism for the applause. You have to risk the ordinary to achieve the extraordinary.
If you live avoiding risk, you’re risking missing out on life." ~ The diary of a CEO
Jadi,
Pilihan di tangan kita. Buat sesuatu hari ini yang akan buat kita bangga nanti.
~Shah - Sk Biz Solution