Sk Biz Solution - Community: 2022

Wednesday, November 23, 2022

Bagaimana cara kita berfikir menentukan kejayaan kita?

Kita selalu mendengar nasihat dan tips dari orang, untuk berjaya kita perlu berfikiran positif seperti:-

"Berani ambil risiko"
"Jangan takut gagal"
"Percaya kepada diri sendiri"

Kita kena elakkan berfikiran negatif seperti:-

"Aku tidak pandai"
"Aku tidak kreatif"
"Masalah ini tak boleh diselesaikan"

Kita mungkin dapati tips dan nasihat sebegitu sangat berguna.
Kita rasa terinspirasi dari tips dan nasihat tersebut.

Tapi malangnya kita tak pasti bagaimana tips dan nasihat tersebut dapat membantu kita.
Kita tak mampu nak kaitkan tips tersebut ke dalam diri kita.

Sebenarnya, kita akan dapat melihat dengan lebih jelas bagaimana tips dan nasihat tersebut berkait dengan kita, jika kita faham konsep fixed mindset dan growth mindset.

=

Apakah dia fixed mindset dan growth mindset?

Dalam buku yang bertajuk "Mindset: changing the way you think to fulfil your potential "

Penulis iaitu , Dr Carol S. Dweck, seorang ahli psikologi di US, ada menerangkan dengan panjang lebar tentang 2 konsep mindset ini.

Selama 30 tahun Dr. Dweck membuat kajian, beliau mendapati cara kita berfikir dan melihat diri sendiri akan menentukan samada kita menjadi orang yang berjaya atau tidak.

=

Fixed mindset.

Orang yang mempunyai fixed mindset percaya bakat dan kepandaian adalah tetap.
Ia sudah semulajadi ada dalam diri seseorang itu sejak dia lahir.

Mereka percaya sekiranya anda tidak bagus dalam sesuatu perkara, maka anda selamanya tidak bagus dalam perkara tersebut. 

Mereka biasanya menjauhi cabaran dalam kehidupan, mudah putus asa dan merasa terancam dengan kejayaan orang lain. 

Ini kerana mereka tidak melihat kepandaian dan bakat itu sesuatu yang boleh dibangunkan.

Orang yang ada fixed mindset percaya sikap seseorang itu tidak boleh berubah, walaupun banyak usaha yang dilakukan. 

Antara ciri-ciri mereka yang mempunyai fixed mindset ialah :-
  • Percaya kepandaian dan bakat itu tetap.
  • Menjauhi cabaran untuk tidak gagal.
  • Mengabaikan maklumbalas dari orang lain.
  • Merasa terancam dengan kejayaan orang lain.
  • Menyorokan kelemahan supaya tidak dihakimi oleh orang lain.
  • Percaya daya usaha itu tidak bernilai.
  • Melihat maklumbalas itu sebagai satu kritikan.
  • Mudah putus asa.
Cara fikir begini menyebabkan seseorang itu sukar untuk berkembang dan maju dalam kehidupan,

=

Growth mindset.

Orang yang mempunyai growth mindset melihat kepandaian dan bakat boleh dibangunkan jangkamasa yang tertentu.

Walaupun setiap orang berlainan bakat, kebolehan, minat dan pencapaian, setiap orang boleh berubah dan berkembang melalui usaha dan pembelajaran.

Mereka percaya kepandaian dan bakat boleh diperbaiki melalui tindakan yang betul.

Growth mindset juga percaya masalah atau kepayahan adalah perkara yang sentiasa ada dalam proses pembelajaran. 

Mereka percaya kegagalan hanyalah bersifat sementara dan boleh diubah. 

Oleh itu mereka mementingkan pembelajaran, usaha, daya tahan, motivasi dan pencapaian dalam hidup mereka.

Antara ciri-ciri mereka yang mempunyai growth mindset ialah:-
  • Percaya kepada pembelajaran sepanjang hayat.
  • Percaya kepandaian boleh diperbaiki.
  • Mereka berusaha untuk belajar.
  • Percaya daya usaha akan membawa kepada kejayaan.
  • Percaya kegagalan hanya bersifat sementara.
  • Melihat feedback sebagai satu punca maklumat.
  • Mahu mengambil cabaran.
  • Melihat kejayaan orang lain sebagai satu inspirasi.
  • Melihat feedback sebagai satu peluang untuk belajar.
Ini ialah cara fikir atau mindset yang membolehkan seseorang itu berkembang maju dalam situasi yang mencabar dalam kehidupan.


































=

Growth Mindset Vs Fixed Mindset


1. Impian.

Setiap orang mempunyai impian yang mahu dicapai dalam hidup. 
Proses untuk mencapai impian ini bukan perkara yang mudah.

Ia proses yang mencabar. 

Jalan untuk mencapai impian akan dihalangi dengan berbagai masalah.
Kadang-kadang masalah yang datang terlalu sukar untuk diselesaikan. 

Bagi orang yang mempunyai fixed mindset, dia akan mudah putus asa dalam proses mencapai impian.

Dia akan menyalahkan diri sendiri kerana tidak dilahirkan dengan keupayaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Dia percaya dia seorang yang lemah.
Dia merasa malu dan menyorokan kelemahan dari pengetahuan orang. 

Mereka juga cenderung menyalahkan orang lain atau menyalahkan perkara-perkara yang diluar kawalan.

Disebabkan itu, ia sukar untuk mencapai impian yang dimahukan.

Berlainan dengan orang yang mempunyai growth mindset, dia melihat halangan dan masalah adalah sesuatu yang sementara.

Dia percaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan meningkatkan kemahiran diri atau dengan meminta bantuan dari orang lain.

Orang yang mempunyai growth mindset tidak akan mudah putus asa, dia akan mencuba sehingga dia berjaya mencapai impian yang dimahukan.

2. Peluang

Setiap peluang yang datang akan ada risiko yang mengikutinya. 
Apatah lagi peluang tersebut ialah peluang yang baru untuk kita.

Risiko untuk gagal adalah tinggi.

Kita perlu berani mengambil risiko, barulah kita akan berjaya. 

Orang yang mempunyai growth mindset mempunyai banyak peluang untuk berjaya. 

Ini kerana mereka berani menanggung risiko untuk gagal.

Mereka tidak malu dengan kegagalan.
Mereka melihat kegagalan adalah satu maklumbalas.
Ia peluang untuk mereka belajar.

Berbanding orang yang mempunyai fixed mindset, mereka takut menanggung risiko untuk gagal.

Mereka merasa malu dengan kegagalan.
Mereka melihat kegagalan itu menunjukan diri mereka itu bodoh.

Oleh sebab itu m
ereka tak berani nak ambil peluang. 

Mereka lebih selesa duduk dalam keadaan comfort zone.


3. Kejayaan

Orang yang mempunyai growth mindset akan lebih berjaya dari orang yang mempunyai fixed mindset.

Ini kerana mereka percaya kemahiran dan bakat boleh dibangunkan.

Sekiranya dia tidak tahu untuk membuat sesuatu perkara dia sanggup belajar sehingga dia jadi pandai dan mahir.

Berlawanan dengan orang yang mempunyai fixed mindset, dia melihat kemahiran dan bakat sudah semulajadi ada dalam diri sejak lahir.

Dia percaya dia tidak cukup pandai dan tidak ada bakat sekiranya dia gagal menyelesaikan sesuatu masalah itu.

Dia mudah putus asa dan dia tidak mahu belajar untuk meningkatkan kemahirannya.

Oleh sebab itu mereka kurang berjaya berbanding orang yang mempunyai growth mindset.

=

Bangunkan growth mindset.

Kita perlu menerima hakikat yang setiap orang mempunyai kedua mindset - fixed mindset dan growth mindset.

Bezanya, mindset manakah yang lebih dominan dalam diri kita?
Fixed mindset atau growth mindset?

Jika fixed mindset lebih dominan, maka kita perlu bangunkan growth mindset kita.

Ini antara langkah-langkah yang boleh kita ambil.


1. Kenalpasti waktu fixed mindset kita trigger.

Kita perlu kenalpasti bilakah waktu fixed mindset kita akan trigger.

Contohnya :-

* Mungkin ketika kita sedang memikirkan untuk mengambil bahagian dalam perkara yang besar atau cabaran yang baru.

Fixed mindset kita akan trigger, dan ia membisikan pada kita,

"Kau tak perlu buat semua ini .
 Cabaran ini susah. Orang lain akan buat semua ini"


* Mungkin ketika kita sedang struggling menyelesaikan satu masalah dan masih tak jumpa jalan penyelesaiannya.

Fixed mindset kita akan trigger, dan ia membisikan pada kita,

" Putus asa, kau tak perlu buat semua ini, ia membuatkan kau kecewa dan rasa malu. Buat perkara yang mudah saja"


* Mungkin ketika kita rasa gagal? seperti gagal mendapat kerja.

Fixed mindset kita akan trigger, dan ia membisikan pada kita.

"Kau memang tidak ada bakat untuk kerja ini, jadi buat lah kerja lain yang lebih mudah."


* Mungkin ketika kita berjumpa dengan orang yang lebih berjaya dari kita.

Fixed mindset kita akan trigger, dan ia membisikan pada kita

"Orang itu beruntung, dia memang semulajadi pandai. Sebab itu dia berjaya. Aku tak pandai seperti dia"

Dan sebagainya. 

Ada banyak keadaan atau situasi yang akan menyebabkan fixed mindset kita trigger.

Cuba dengar apa bisikan atau nasihat yang kita selalu dengar dalam fikiran kita.

2. Fahami diri kita

Kita perlu fahami keadaan diri kita apabila fixed mindset kita trigger.

Apa yang kita fikir? 
Apa yang kita rasa? 
Apa yang kita buat?

Bagaimana ia memberi kesan kepada sekeliling kita?

Contoh - Ketika dalam keadaan rakan sekerja kita dinaikan pangkat tapi kita tidak dinaikan.

Kita mungkin akan rasa down atau rasa dengki. 
Kita mungkin akan terfikir rakan kita itu beruntung sebab dia memang berbakat dan berkemahiran.

Kita mungkin terfikir diri kita tidak berbakat seperti rakan kita itu.
Kita rasa rendah diri. 
Kita rasa malu nak jumpa orang lain.

3. Praktikan growth mindset self talk. 

Setelah kita kenalpasti dan faham diri kita.

Maka kita boleh bersedia untuk menghadapi fixed mindset apabila ia trigger.

Kita boleh didik fixed mindset kepada growth mindset dengan selalu praktikan growth mindset self talk.

Contoh.

* Kita sedang berusaha keluar dari comfort zone.

Fixed mindset kita trigger - 
Ia mahu kita berhenti dan putus asa. 

Kita boleh didik dan kata kan padanya (self talk).

"Terima kasih dengan input tersebut, nyatakan kenapa kita mahu keluar dari comfort zone. Dan ajak fixed mindset tersebut ikut sekali proses perubahan yang kita lakukan"

*Kita berhadapan dengan masalah yang sukar.

Fixed mindset kita trigger - Ia nyatakan kita tidak mampu untuk selesaikan masalah.

Katakan padanya (self talk) , yang kita sedang belajar untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Sekiranya kita tak dapat selesaikan, kita boleh minta bantuan dari orang berpengalaman untuk selesaikan.





=

Kesimpulan.


Proses membangunkan growth mindset adalah proses yang berterusan.
Ia perlu dilatih dan dididik secara konsisten sehingga ia menjadi identiti kita.

Ia memang susah, tapi berbaloi.

Kita mungkin lebih berjaya, lebih kaya, lebih ceria, lebih bersemangat, lebih terbuka dan sebagainya dengan growth mindset.

Apabila kita menghadapi masalah dan cabaran, ia sentiasa ada dan dapat menunjukan jalan yang betul dimasa hadapan. 

Kalau anda nak explore lebih lanjut berkenaan topik mindset ni saya syorkan anda baca 2 buku di bawah ni.

































1. Buku yang bertajuk "Mindset changing the way you think to fulfil you potential" tulisan Dr. Carol S. Dweck.

Dalam buku ini penulis akan terangkan dengan lebih mendalam perbezaan fixed mindset dan growth mindset terutamanya dalam bidang perniagaan, kepimpinan, sukan, perhubungan dan pendidikan.

Selepas anda baca buku pertama ni, jikalau anda nak tahu lebih mendalam bagaimana nak bangunkan growth mindset dan applikasi kan dalam kehidupan harian, saya syorkan anda baca kedua ni.

































2. Buku yang bertajuk "The growth mindset workbook". Tulisan Dr. Elaine Elliot Moskwa. Beliau ni student kepada Dr. Carol S. Dweck.

Dalam buku ini penulis akan terangkan dengan lebih terperinci cara dan teknik yang boleh kita guna dan applikasi untuk membangunkan growth mindset dalam kehidupan seharian kita.

Semoga bermanfaat. 

Follow blog ini untuk dapat perkongsian terbaru berkenaan pembangunan diri.


Semoga bermanfaat.

~ Shah - Sk Biz Solution


Thursday, October 27, 2022

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, the power of compounding effect.

Jika diberikan pilihan seperti di bawah, anda pilih yang mana? 

Pilihan A :- Anda diberikan duit RM3 juta hari ini.

Pilihan B :- Anda diberikan duit 1 sen hari ini, tapi nilainya akan berganda setiap hari selama 31 hari.

Anda pilih A atau pilih B?

Kalau anda jenis orang yang melihat "short term" anda akan pilih A.
Tapi jika anda jenis orang yang melihat "long term" anda akan pilih B.

Kenapa? Jom kita lihat dengan lebih dekat.

Katakanlah anda memilih A dan kawan anda iaitu Ali telah memilih B.

Anda sudah menerima duit RM3 juta hari ini. Manakala, kawan anda, Ali yang memilih B, baru menerima 16 sen pada hari ke 5.

Pada hari ke 10, Ali baru menerima RM5.12 berbanding anda yang sudah menerima RM3 juta.

Pada hari ke 20, Ali baru menerima RM5,243.

Bayangkan perasaan Ali ketika itu? 

Dia baru ada RM5 ribu lebih, berbanding anda yang sudah ada RM3 juta. 

1 sen, 2 sen, 4 sen, 8 sen, 16 sen, 32 sen, 64 sen, RM1.28, RM2.56, RM5.12, RM10.24, RM20.48, RM40.96, RM81.92, RM163.84, RM327.68 (kira secara berganda sehingga hari ke 31) "

Ali terpaksa bersabar dan menunggu, manakala anda dah boleh buat macam-macam dengan duit tersebut.

Pada hari keseterusnya, keajaiban sudah boleh dilihat sedikit demi sedikit, kesan "compounding effect" sudah boleh dilihat.

Pada hari ke 31, Ali  menerima RM10,737,418.24 . Ia lebih banyak dari anda yang menerima RM3 juta pada hari pertama.

Itu lah konsep compounding effect yang sentiasa mempengaruhi kehidupan kita.

Tak kisah apa yang anda belajar, apa strategi atau taktik yang anda gunakan, kejayaan datang dari hasil " compounding effect".

=

Apakah dia " compounding effect"?

Compound effect ialah prinsip di mana kita menuai hasil yang besar dari tindakan kecil dan betul yang kita buat secara konsisten.

Pernah dengar ungkapan, " Slow and steady win the race"?
Pernah dengar cerita tentang perlumbaan seekor kura-kura dan seekor arnab?

Seekor arnab lebih laju berlari dari kura-kura.

Di awal perlumbaan arnab sudah memecut laju meninggalkan kura-kura, kemudian dia rasa penat dan berhenti dipertengahan jalan lalu terus tertidur.

Manakala, kura-kura memulakan perlumbaan dengan langkah yang kecil.

Dia berjalan perlahan-lahan dengan konsisten tanpa henti.

Dipertengahan jalan dia memotong arnab dan mengalahkannya sehingga tiba digarisan penamat.

Konsep compounding effect - Berikan masa yang cukup, anda akan capai kejayaan yang anda mahukan.

=

Walaupun ramai orang tahu konsep compounding effect ini, tetapi kenapa ramai orang masih susah nak applikasikan konsep ini dalam kehidupan?

Jawabnya ialah compounding effect ini akan mengambil masa yang panjang untuk melihat kesannya.

Tak ramai orang yang boleh bersabar dalam jangka masa yang panjang.
Kebanyakan orang suka perkara yang shortcut.
Mereka hanya melihat short term.

Mereka mahu kesan yang cepat. Mereka tidak mahu menunggu.
Mereka mahu kaya cepat, pandai cepat, kurus cepat dan semua perkara yang instant.

Hari ini berniaga minggu depan sudah mahu untung berganda.
Hari ni baca buku, esok sudah jadi pandai.
Hari ini berjoging, esok sudah kurus.

=

Sebenarnya tiada perkara yang ajaib, formula rahsia, teknik terhebat dan tercepat untuk berjaya.

Kita tidak akan hilang 3 pounds seminggu dengan hanya makan ubat kurus.
Kita tidak akan jadi pandai dengan hanya makan coklat minda.
Kita tidak akan kaya dengan masuk skim cepat kaya.

Kita mungkin selalu digembar gemburkan dengan mesej pemasaran seperti:-

"Jom jadi kurus sepantas 7 hari atau wang dikembalikan."
"7 hari kulit putih  atau wang dikembalikan."

Jom jadi kaya, jadi sihat, jadi muda, jadi kurus, jadi pandai dengan cepat dengan usaha yang yang sedikit.

Mesej pemasaran yang berulang-ulang sebegini menyebabkan pemikiran kita terganggu dengan prinsip sebenar untuk berjaya.

Kita hilang rasa logik terhadap perkara yang "too good to be true".

Kejayan itu tidak mudah. 
Ia proses yang sukar dan membosankan.

Ramai orang boleh memulakan sesuatu perjalanan.
Tapi tak ramai yang mampu bertahan hingga ke akhir. 

Ramai yang berhenti ditengah jalan.

Mereka berhenti selepas 30 hari berlari sebab masih lagi terlebih berat.
Mereka berhenti berlatih selepas 6 bulan setelah mereka tidak nampak perubahan.

Sebenarnya perubahan itu ada, tetapi ia sangat kecil sehingga tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Ia perlukan masa.

Radical difference = small & smart action + consistency + time.

(Perubahan yang besar = tindakan yang betul dan kecil + konsisten + masa)

=

Compound interest is the 8th wonder of the world. He who understands it, earns it; he who doesn’t, pays it.” - Albert Einstein


Bagaimana nak applikasikan konsep Compound Effect?

Buat pilihan yang betul

Prinsip asas kejayaan itu adalah sama.

Kejayaan datang bukan dengan kita buat 100 perkara yang berbeza.

Tetapi, kejayaan datang dengan kita buat 1 perkara yang betul sebanyak 100 kali.

Kita akan menuai apa yang kita semai atau tanam.

Sekiranya kita mahu kasih sayang, berikan kasih sayang dulu.
Sekiranya kita mahukan kejayaan, bantu orang untuk capai kejayaan dulu.

Berhenti dari hidup secara mode reaktif, jadilah orang yang proaktif.

Pilih untuk kawal kehidupan kita sendiri.
Pilih keputusan yang betul dan bijak.

Pilihan yang kita buat akan menentukan destinasi kita.

Dari apa yang kita makan?
Dimana kita bekerja?
Siapa kita berkawan? 
Bagaimana kita habiskan masa terluang?

Pilihan yang kita buat setiap hari walaupun kecil, ia akan memberi kesan yang baik atau buruk kepada kehidupan kita akan datang.

Kita tak perlu buat perkara yang besar. 
Kita hanya perlu pilih dan buat perkara yang kecil.

Satu perkara kecil yang dibuat setiap hari akan memberikan kesan yang besar dalam jangkamasa yang panjang.

Nak jadi orang yang berilmu? Pilih untuk baca 1 muka surat buku setiap hari.
Nak sihat dan cergas? Pilih untuk bersenam selama 10 minit setiap hari.

Oleh kerana itu, kita perlu buat pilihan yang betul dalam kehidupan kita.

Nak buat pilihan yang betul ni tak susah.
Kita sudah tahu dan maklum pilihan yang patut dibuat.

Ramai orang tahu untuk berjaya kita perlukan ilmu.
Ramai orang tahu untuk jadi sihat kita perlu jaga makan dan senaman.
Ramai orang tahu nak jadi orang berilmu kena membaca buku.

Walaupun ramai yang tahu, tapi tak ramai yang sedar.

Kebanyakan masa kita tidak sedar pilihan yang kita buat. 
Kita tidak sedar yang kita sedang memilih.

Pilihan yang kita buat selalunya dibentuk dari budaya, didikan dari kecil dan persekitaran kita.

Ia biasanya sudah berakar dalam rutin kehidupan kita.
Ia sudah jadi tabiat yang diluar kawalan kita.

Balik rumah, lepak atas sofa, switch on Netflix, layan movie sambil makan junk food.
Sedar tak sedar, dah berlalu 2 jam. 
Sedar tak sedar, 2 bungkus junk food kita makan.

Lepas tu, tengok hp, layari media sosial. 
Baca gosip-gosip artis.
Komen di posting kawan-kawan.
Tengok video-video viral di tiktok.
Sedar tak sedar dah 1 jam kita online.

Begitulah rutin seharian.
Sedar tak sedar, sudah berpuluh jam masa kita terbuang.

=

Kesedaran diri.

Langkah pertama untuk berubah ialah kesedaran.
  
Kita kena sedar, diri kita dimana sekarang? 
Kita kena sedar, kemana kita mahu pergi?

Kita perlu track setiap tindakan yang kita buat.

Ia dapat membantu kita menjadi orang yang sedar terhadap setiap pilihan yang dibuat setiap hari, 

Sekiranya kita mahu keluar dari hutang, kita perlu track setiap duit yang kita belanjakan setiap hari.

Mahu jadi kurus? track setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam mulut kita setiap hari.

Mahu jadi orang berilmu? track berapa muka surat kita baca buku setiap hari.

Bawa satu buku kecil dalam poket kita, dan mula tulis tindakan kita.

Proses tracking ini akan memaksa kita untuk sedar setiap tindakan yang kita buat setiap hari.

Proses tracking akan membantu kita berada pada jalan yang sebenar sekiranya selama ini kita tergelincir.

Setelah kita track dengan menulis dalam buku, kita akan terkejut betapa banyaknya tindakan yang salah kita buat dalam kehidupan kita.

Dari situ kita akan cuba ubah tindakan tersebut.

Setiap pemenang adalah seorang tracker.

Atlet profesional akan track performance mereka setiap minit.
Mereka tahu bahagian mana yang perlu diperbaiki.

Mereka tumpukan perhatian pada setiap rekod dan buat perubahan berdasarkan rekod tersebut.

=

Start small.

Sebagai permulaan kita boleh mula dengan track satu tindakan saja dulu.
Fikir apa satu tindakan yang anda nak track dalam hidup setiap hari.

Mulakan dengan satu tabiat saja dulu, nanti bila anda sudah selesa dan rasai kesan compound effect anda akan mula untuk praktikan kepada perkara yang lain pula.

Apabila kita sudah mula track hidup kita, perhatian kita akan mula fokus kepada perkara yang kita buat setiap hari.

Kita akan mula nampak tindakan salah yang selama ini kita tidak sedar.
Kita akan mula untuk memperbaiki perkara yang salah tersebut.
Apabila ini berterusan, hidup akan bertambah baik.


Tabiat.

"We are what we repeatedly do" ~ Aristotle

Diri kita ialah apa yang kita buat berulangkali. Itulah tabiat.

Tabiat ialah tindakan yang kita buat berulangkali tanpa kita sedar. Ia berlaku secara automatik.

Dalam kehidupan seharian, tindakan secara automatik ini penting supaya kita dapat menyimpan tenaga otak kita.

Kalau lah setiap kali tindakan yang kita buat perlukan kita berfikir langkah demi langkah, kita akan kelesuan.

Nak gosok gigi, nak mandi, nak menyediakan sarapan, nak memandu, jalan yang kita lalui semuanya dilakukan secara autopilot.

Kita tak perlu fikir langkah demi langkah setiap tindakan ini. 

Ia menjimatkan tenaga otak kita. 

Kita boleh fokus gunakan otak kita untuk berfikir perkara yang lebih kreatif dan menyelesaikan masalah yang lebih besar.

Dari sudut lain pula, tabiat juga ada keburukannya jika kita tidak kawal dan pilih tindakan yang kita buat setiap hari.

Tabiat menghabiskan masa yang lama di media sosial, membaca berita-berita sensasi dan viral, makan junk food setiap hari, bersembang kosong berjam-jam di kedai kopi, ini antara tindakan yang akan memberi kesan yang buruk pada kita dalam jangkamasa panjang.

Bayangkan setiap hari kita menghabiskan masa membaca berita-berita sensasi dan viral selama 1 jam, kalau 30 hari sudah bersamaan dengan 30 jam.

Kalau 6 bulan, sudah bersamaan dengan 180 jam. 
Kalau 1 tahun, sudah bersamaan 365 jam.

Apa jadi dengan minda kita apabila diisi dengan perkara-perkara yang tidak ada manfaat tersebut? Sudah tentu banyak sampah sarap dalam otak kita.

Tetapi bayangkan kalau kita tukarkan tabiat membaca berita sensasi dan viral selama 1 jam ini kepada membaca buku?

Dalam masa 6 bulan kita sudah membaca 180 jam, dalam masa 1 tahun kita sudah membaca 365 jam. Sudah tentu banyak buku yang kita dapat baca. 

Minda kita diisi dengan ilmu. Mesti banyak idea-idea yang kita dapat fikirkan. Ia akan membangunkan diri kita.

Inilah "compounding effect". Kesan besar yang kita akan dapat dengan melakukan tindakan kecil secara berulangkali.

Oleh kerana besarnya impak tabiat kepada kehidupan, kita perlu sedar dan ada kawalan terhadap tabiat kita. 

Jika ada tabiat yang buruk yang kita sedang lakukan, maka kita perlu menggantikan tabiat tersebut kepaada tabiat yang baik.

Orang yang berjaya  tidak semestinya dia lebih pandai atau lebih berbakat dari orang lain, tapi tabiat mereka yang menyebabkan mereka lebih berpengetahuan, lebih kreatif dan lebih berkemahiran.

Oleh kerana itu, kita perlu pastikan rutin kita setiap hari menyumbang kepada matlamat yang kita mahu capai.

==

Momentum

Bukan mudah nak berubah. Lagi-lagi kalau tabiat itu kita sudah lakukan dalam masa yang lama. Tapi kita perlu lakukan juga untuk mencapai apa yang kita mahukan.

Sebab itu kita jangan berubah terlalu mendadak, kerana ia boleh menyebabkan kita tak nak berubah langsung nanti.

Kita boleh mula berubah dengan mengambil satu langkah kecil. Langkah demi langkah.

Pada permulaan ia mungkin lambat, tapi kalau kita konsisten dengan tindakan kita setiap hari, makin lama tindakan tersebut akan menjadi rutin harian kita. 

Ia akan jadi mudah. Kita akan bertindak dengan sendirinya. Ketika ini kita sudah dapat momentum.


















Ia seperti bola salji di dalam gambar . Mula-mula bola salji itu kecil saja, ia lambat dan susah nak bergerak,  tapi ia tetap bergerak secara konsisten,  semakin lama ia bergerak bola salji makin membesar, dan apabila ia membesar bola salji tersebut sudah ada momentum, ia akan bergerak dengan sendiri dan menjadi laju.

Begitulah analogi dengan tabiat kita, mula-mula kita rasa susah nak buat, kita perlu paksa diri untuk buat setiap hari. 

Tetapi semakin lama kita buat dengan konsisten setiap hari, tabiat tersebut sudah ada momentum, kita makin mudah nak buat tabiat tersebut. Tak perlu pun di paksa.

Bagaimana kita nak bina momentum ini?

1. Buat pilihan yang terbaik berdasarkan matlamat dan nilai diri kita.

2. Realisasikan pilihan tersebut dengan membuat tindakan yang positif.

3. Ulang tindakan yang positif tersebut dalam jangka masa lama supaya ia menjadi tabiat kita.

4. Bangunkan rutin harian kita setiap hari secara berdisiplin.

5. Tetap konsisten dalam jangka masa yang panjang dan cukup.

Kita akan dapat momentum tersebut.

=

Konsisten.

Masih ingat lagi tentang cerita perlumbaan diantara kura-kura dan arnab, dan dimenangi oleh kura-kura.

Kenapa kura-kura boleh menang walaupun dia tidak boleh berlari laju seperti arnab.

Itu lah kehebatan konsisten.

Kura-kura yang hanya mampu berjalan lambat terus berjalan tanpa berhenti. Dia konsisten berjalan.

Manakala, arnab yang laju berlari tapi berhenti di tengah jalan. Dia tidak konsisten berlari.

Kalau perlumbaan itu ialah perlumbaan 100 meter, sudah tentu ia dimenangi oleh arnab.

Tapi perlumbaan itu bukan perlumbaan 100 meter, ia perlumbaan marathon. Ia perlumbaan jarak jauh. 

Begitu juga dengan kehidupan ini.

Kehidupan ini bukan perlumbaan jarak dekat 100 meter, yang mana kita perlu pecut.
Kehidupan ini seperti perlumbaan marathon. Ia perlumbaan jarak jauh.

Ia memerlukan ketahanan dan konsisten yang tinggi.

Oleh itu, kita perlu design hidup kita supaya kita dapat lakukan satu tindakan yang konsisten.

Tindakan yang kita buat bukan tindakan yang hanya bertahan selama 90 hari atau 365 hari.
 
Tapi kita nak buat tindakan yang mampu bertahan selama 30 tahun atau hingga kita mati.

=

Influences

Kita perlu sedar kepentingan untuk mengawal diri kita sendiri. 

Kadang-kadang kita sukar nak kawal diri sendiri sebab kita terpengaruh dengan perkara lain.

Supaya kita kekal pada jalan ini, kita perlu kawal perkara yang dapat mempengaruhi kita daripada tersasar dari landasan.

Secara amnya setiap orang akan terpengaruh dengan 3 perkara:-

1. Input - apa yang kita masukan dalam minda.
2. Association - orang yang kita selalu habiskan masa bersama.
3. Environment - keadaan persekitaran kita.

=

1.Input - garbage in, garbage out.

Sampah yang masuk dalam kepala, maka sampah lah yang keluar dari kita.
Itulah peri pentingnya perkara yang masuk ke dalam otak kita.

Sekiranya kita mahu badan yang sihat, kita pelu pastikan makanan yang masuk ke dalam badan mempunyai khasiat yang diperlukan.

Begitu juga jika kita mahu otak yang sihat, kita perlu kawal perkara yang kita masukan dalam otak kita.

Jikalau setiap hari kita baca berita tentang rompakan dan kemalangan, kita dengar gosip-gosip artis dan perkara yang negatif, otak kita akan serap dan proses maklumat tersebut.

Akhirnya kita akan sentiasa rasa risau, takut dan perasaan negatif.

Tapi jika setiap hari kita baca buku yang bermanfaat, dengar nasihat-nasihat yang berguna.
Kita akan rasa bersemangat dan positif. Kita akan dapat banyak idea. Kita akan rasa lebih kreatif.

Oleh itu kita perlu kawal maklumat yang masuk dalam otak kita. Berhenti dari baca berita-berita buruk dan hiburan sensasi.

2. Association - orang yang kita selalu habiskan masa bersama.

"Birds of a feather flock together"

Siapa kawan yang kita selalu habiskan masa bersama?
Kawan kita menentukan siapa diri kita.

Kita boleh lihat kualiti kesihatan, perangai dan pendapatan seseorang itu dengan melihat kawan seseorang itu.

Orang yang selalu bersama kita akan menentukan cara kita bercakap, cara kita bertindak dan cara kita berfikir.

Kita akan makan apa yang kawan kita makan, bercakap seperti kawan kita bercakap, baca apa yang kawan kita baca, fikir seperti kawan kita berfikir dan sebagainya.

Kaki pancing akan berkawan dengan kaki pancing.
Kaki motor akan berkawan dengan kaki motor.
Kaki bergosip akan berkawan dengan bergosip.

Pengaruh kawan-kawan ini boleh membawa diri kita kepada perkara yang positif atau negatif.

Oleh kerana itu, pilihlah kawan-kawan yang positif.
Pilihlah kawan-kawan yang boleh membantu menarik kita kepada kejayaan.

3. Environment - keadaan persekitaran kita.

Keadaan persekitaran akan mempengaruhi kualiti kehidupan kita.

Persekitaran yang betul dapat membantu kita membangunkan tabiat kita.

Nak bangunkan tabiat membaca buku setiap hari? Tukar persekitaran kita. 

Letakan buku dikawasan yang mudah dilihat dan dicapai contohnya di tepi meja kerja kita.

Delete applikasi FB dan media sosial yang lain ditelefon kita. Matikan segala notifikasi yang tak penting. Install applikasi untuk membaca secara online seperti kindle dan medium.

Nak mula makan makanan yang berkhasiat? Tukar persekitaran kita. 

Bersihkan peti sejuk dari segala junk food yang ada. Berhenti beli junk food tersebut. Beli buah dan sayuran. Letakan di tempat yang mudah dilihat dan dicapai.

Persekitaran yang betul membantu kita membangunkan tabiat kita.

Oleh itu, design lah persekitaran kita mengikut matlamat yang kita mahu capai.

=

Ini adalah antara sedikit nota dan catatan berkenaan buku "the compound effect - jumpstart your income, your life, your success. Tulisan Darren Hardy.


















Ada banyak lagi input menarik dan berguna yang kita boleh praktikan dalam kehidupan kita. Ia sangat membuka mata. 

Saya syorkan anda baca buku ni, sangat membuka minda.

Semoga bermanfaat.

~ Shah - Sk Biz Solution

#berilmu
#bermanfaat

Monday, October 3, 2022

Nasihat follow your passion sudah tidak releven lagi?

Bagaimana nak bina satu kerjaya yang kita minat dan suka? 
Dan kerjaya tersebut dapat menampung kehidupan kita? 

Bagi anda yang sudah lama bekerja dan ada kerjaya yang stabil, adakah anda gembira dengan kerjaya anda sekarang? Jika YA, tahniah.

Tetapi jika TIDAK, kenapa?

Bagi anda yang baru memulakan kerjaya, adakah anda sudah jumpa kerjaya yang anda minat? Adakah anda gembira dengan kerjaya anda sekarang? Jika YA, tahniah.

Tetapi jika TIDAK, kenapa?

Bagi anda yang menjawab TIDAK, kepada persoalan di atas.

Apakah puncanya?

Adakah kerana kerjaya tersebut bukan apa yang anda minat? Ia bukan passion anda?

=

Kita mungkin biasa dengar dari orang yang telah berjaya mereka memberikan nasihat seperti:-

"Buat apa yang anda suka dan minat untuk berjaya"
"To be happy, you must follow your passion."
"Do what you love and the money will follow."

Nasihat sebegini kita mungkin selalu lihat dan dengar di dalam buku atau ceramah motivasi di luar sana.

Malah, pada bulan Jun 2005, Steve Job telah berucap kepada 23,000 graduan di Universiti Standford, dan antara ucapannya ialah

"You've got to find what you love...
The only way to do great work is to love what you do.
If you haven't found it yet, keep looking and don't settle.

Video ucapan tersebut telah dimasukan ke dalam YouTube dan ditonton oleh berjuta orang.

Ramai yang memberikan komen dalam video tersebut, dan ramai menyatakan antara pengajaran penting dalam video tersebut ialah 

"To find your purpose, follow your passion..."
"Follow your passion - life is for the living"
"Passion is the engine to living your life"

=

Don't follow your passion.

Jangan ikut nasihat “follow your passion”. Ia sudah tidak releven lagi.

Nasihat ini hanya cantik di permukaan saja, tapi jika kita gali dengan lebih mendalam, nasihat ini tidak sesuai diikuti lagi. 

Ini antara alasannya.

i) Ramai orang keliru antara passion dengan hobi.

Jika kita ikut “follow your passion” mindset, secara tidak sedar kita menyatakan “passion” sudah sedia wujud di dalam diri. Dan ia menunggu untuk dijumpai oleh kita.

Kita perlu mencari passion tersebut dalam diri. Selagi tidak jumpa, kita tidak akan gembira.

Ini bermakna kunci kepada kerjaya yang gembira ialah cari passion dulu kemudian cari kerja yang selari dengan passion.

Realitinya, ramai orang tidak tahu apa passion mereka.

Mereka mungkin rasa passion mereka ialah menyanyi, melukis, bermain bola sepak atau sebagainya.

Tetapi adakah passion tersebut boleh dijadikan satu kerjaya yang dapat menampung kehidupan mereka?

Mereka keliru antara passion atau sekadar hobi mengisi masa lapang.

=

Pada tahun 2002, ada satu kajian yang dijalankan oleh seorang ahli psikologi disebuah Universiti di Canada.

Kajian tersebut ingin menjawab 2 persoalan penting iaitu:-

Adakah para pelajar mempunyai passion? 
Dan sekiranya ada, apakah dia?

Setelah satu kajiselidik dijalankan terhadap 539 pelajar, didapati 84% pelajar mempunyai passion.

Ini 5 jenis passion yang teratas iaitu menari, bermain hoki, bermain ski, membaca dan berenang.

Masalahnya passion ini tidak banyak kerja yang ada. Bagaimana nak selarikan passion ini dengan kerjaya nanti?

Malah kurang dari 4% saja yang mempunyai passion yang mempunyai kaitan dengan kerja dan pembelajaran. Selebihnya 96% berkaitan dengan hobi.

Bagaimana kita nak follow passion sekiranya kita tidak ada passion yang sesuai untuk diikuti?

=

ii) Passion memerlukan masa yang panjang.

Apabila kita ada mindset “follow your passion” , ia menyebabkan kita sentiasa tertanya adakah pekerjaan ini sesuai untuk diri kita.

Terutamanya untuk anda yang baru saja melangkah ke alam pekerjaan.

Anda akan rasa down dan cepat putus asa sekiranya menghadapi cabaran dalam kerja.

Anda mudah memberi alasan yang kerja tersebut bukan passion anda. Sebab itu anda rasa susah dan down. 

Hakikatnya, alasan itu hanya untuk menyedapkan perasaan saja.

Akibatnya, anda kerap bertukar kerja (chronic job-hoping). 
Akhir sekali tiada satu pun kerja yang anda betul-betul mahir.

=

Ada satu professor di Universiti Yale telah membuat kajian berkenaan "bagaimana orang berfikir tentang pekerjaan mereka?

Beliau mahu explore perbezaan antara  a job, a career dan a calling.

A job - kerja yang dilakukan semata-mata untuk duit.
 
A career - laluan untuk mencapai kerjaya yang terbaik. 

A calling - kerja yang memberi makna kepada kehidupan. Anda sanggup keluar air mata darah untuk buat kerja ini.

Professor tersebut telah mengkaji pekerja dari berbagai pekerjaan, dari doktor hingga ke programmer komputer hingga ke kerani.

Hasil penemuan mendapati kebanyakan mereka yang mengkategorikan pekerjaan mereka sebagai "a calling"  ialah mereka yang telah lama bekerja.

Dengan kata lain lagi banyak pengalaman, lagi mereka suka dengan pekerjaan mereka.

Dalam kajian tersebut didapati orang yang gembira dan ada passion dengan kerja mereka bukanlah daripada mereka yang ikut mindset "follow your passion" tetapi ialah mereka yang telah lama bekerja dan menjadi terbaik dengan apa yang mereka buat. 

Penemuan ini berlawanan dengan teori follow your passion hipotesis dimana menekankan keseronakan yang cepat datang apabila kita dapat selarikan atau kaitkan pekerjaan kita dengan passion kita.

==

iii) Passion ialah side effect of mastery.

Daniel Pink penulis buku Drive, telah memberitahu, dia telah membuat penyelidikan berkenaan "science of human motivation".

Dia kata antara perkara yang memotivasikan orang di tempat kerja ialah, ia memerlukan kita memenuhi 3 asas psikologi keperluan ini iaitu:-

*Autonomi - perasaan yang apabila kita boleh mengawal sendiri hari kita dan tindakan kita.

*Kompeten - perasaan apabila kita pandai terhadap apa yang kita buat.

*Relatedness - perasaan yang berkaitan dan perhubungan dengan orang lain.

Di sini menunjukan autonomy dan kompeten ia saling berkait.

Apabila kita kompeten, kita pandai buat kerja maka kita akan mendapat kawalan terhadap diri kita.

Bos atau orang atasan akan memberikan tanggungjawab dan kepercayaan kepada kita.

Kemungkinan ini yang menyebabkan ramai orang yang berpengalaman dan telah lama bekerja gembira dengan kerja mereka.

Mereka telah bekerja dalam tempoh yang lama untuk jadi kompeten dan master dalam kerja mereka.

==

Apakah solusinya?

Jika mindset "follow your passion" tidak releven lagi, then apa solusinya?

"Be so good they can't ignore you"

Ada satu interview yang dilakukan oleh Charlie Rose seorang journalist di Amerika dalam talk show dia pada tahun 2007.

Beliau telah interview seorang actor dan comedian yang terkenal di Amerika iaitu Steve Martin.

Apabila ditanya apakah nasihat beliau untuk memberi inspirasi kepada perfomer baru, ini nasihat beliau.

" Be so good they can't ignore you"

Martin berkata, ramai orang tanya nasihat dia, apakah rahsia dia berjaya menjadi seorang performer yang terkenal dan hebat?

Di jawab nasihat ini tak ramai orang nak dengar, mereka nak dengar nasihat yang mudah saja.

Tapi saya selalu nasihatkan " Be so good they can't ignore you".

Tidak ada jalan pendek untuk berjaya dan menjadi terkenal. Fokus berlatih untuk menjadi lebih baik.

Jika kita tidak fokus untuk menjadi " So good they can't ignore you", kita akan tertinggal kebelakang.

=

Craftsman mindset.

Tukar cara fikir kita dari follow your passion mindset kepada craftsman mindset.

Follow your passion mindset - Passion sudah tersedia dalam diri untuk dijumpai. Kita mesti mencari passion tersebut. 

Craftsman mindset - Buat kerja tanpa tunggu passion datang. Berusaha jadi terbaik. "Be so good they can't ignore you".

Follow your passion mindset - Fokus kepada apa yang dunia boleh tawarkan pada kita.

Craftsman mindset - Fokus kepada apa yang kita boleh tawarkan pada dunia.

Dunia ini tidak berhutang dengan kita. Tiada siapa yang berhutang "kerjaya yang terbaik". Kita perlu dapatkannya sendiri. Ia perlu melalui proses yang bukan mudah.

Buat kerja kita dulu. Beri nilai dan manfaat pada dunia.

"Be so good they can't ignore you".  Jadi master pada kerja-kerja tersebut. Passion akan datang selepas itu.

Letak tepi persoalan adakah kerja ini passion aku yang sebenar?  Kerjakan dahulu then baru tahu.

Follow your passion mindset - Cari passion dulu, dah dapat passion baru buat kerja.

Craftsman mindset - Buat kerja sampai pandai. "Be so good they can't ignore you" dan passion akan datang kemudian.

==

Bagaimana nak apply "craftsman mindset"?

Berlatih hari-hari. 
Buat "deliberate practice"

Deliberate practice refers to a special type of practice that is purposeful and systematic. While regular practice might include mindless repetitions, deliberate practice requires focused attention and is conducted with the specific goal of improving performance.

~ James Clear.

Kenapa ada 2 orang berlatih satu skil yang sama, dalam jangkamasa yang sama, tapi 1 orang ni skilnya bertambah baik manakala 1 orang lagi skilnya masih ditakuk lama. Tidak bertambah baik?

Jawabnya ialah deliberate practice & regular practice.

Deliberate practice - kaedah latihan yang bersistem dan ada matlamat yang nak di capai, iaitu untuk memperbaiki pencapaian atau menjadi lebih baik.

Regular practice - kita hanya mengulang-ulang latihan tanpa ada matlamat yang mahu dicapai.

2 kata kunci di sini ialah bersistem dan matlamat menjadi lebih baik.

Sistem di sini ialah jadual latihan yang disusun & kaedah latihan yang digunakan.

Cabaran pertama untuk membangunkan skil ialah pastikan kita praktis setiap hari tanpa gagal dalam satu jangkamasa yang panjang. 

Ia bukan kerja mudah. Ramai orang hanya mampu praktis dalam masa seminggu atau dua minggu, lepas tu hilang ntah kemana.

Itu lah beza antara amatur dan professional. 

Amatur hanya muncul untuk buat latihan ketika bermotivasi saja, tapi professional muncul untuk buat latihan setiap hari tanpa hiraukan motivasi, mereka ikut jadual atau sistem yang telah mereka tentukan.

Matlamat menjadi lebih baik - setelah kita mampu untuk berlatih setiap hari, kita kena pastikan latihan yang kita buat itu membawa kita ketahap yang lebih baik.

Ada orang dia hanya membuat latihan pengulangan. Dia tidak pantau prestasi. Tiada maklumbalas. Sebab itu skilnya tidak ada peningkatan. (regular practice)

Kita perlukan maklumbalas atau feedback supaya kita tahu tahap prestasi skil kita.

Sebab itu ahli sukan profesional mereka ada coach. 
Coach tersebut yang akan memberikan mereka feedback.

Bagaimana jika kita tidak ada coach?  
Ada banyak cara kita boleh gunakan untuk dapatkan feedback.

Kita boleh jumpa orang yang lebih berpengalaman dalam bidang tersebut untuk minta feedback mereka.

Atau kita buat analisa dan perbandingan dengan data sebelum ini.

 Contoh kita sedang membangunkan skil bercakap, kita boleh rekod sendiri percakapan kita dan bandingkan dengan yang sebelumnya.

Apa yang penting ialah kita kena tracking atau lihat kembali latihan yang kita buat dan analisa hasilnya, kemudian design kembali untuk menjadikan ia lebih baik.

=

Pengalaman saya berkenaan passion.

Bagi para pelajar atau graduan yang sedang mencari kerja, anda boleh gunakan konsep ini dalam kehidupan anda.

Dalam situasi sekarang ini, anda mungkin sukar untuk mendapat pekerjaan yang anda minat.

Atau anda bekerja bukan dalam bidang dan jurusan yang anda belajar dahulu.

Jangan risau , anda buat saja kerja anda dengan bersungguh-sungguh sehingga anda betul-betul mahir.

Mungkin di awalnya anda rasa susah, kerja tersebut bukan passion anda tetapi apabila anda semakin mahir, kerja tersebut akan jadi mudah. Dengan itu, secara perlahan-lahan passion anda akan terbina terhadap kerja tersebut.

Perkara ini saya pernah alaminya dahulu. Saya pun tidak tahu passion saya.

Selepas habis belajar, saya juga pernah merasa susah untuk mendapatkan kerja walaupun sudah pergi banyak temuduga.

Akhirnya saya ikuti kursus jangka pendek tajaan Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Selepas tamat kursus saya jalani latihan praktikal sebagai seorang jurujual di sebuah syarikat penyedia latihan korporat di Petaling Jaya.

Di situlah pertama kali saya tahu tentang pekerjaan jurujual ni.

Mula-mula memang susah. Saya tidak ada pengalaman menjual dan sudah tentulah ianya bukan passion saya. Takut, malu, segan semua perasaan bercampur baur.

Setiap minggu ada sale meeting.

Saya akan dihujani dengan berbagai soalan sekiranya target tidak dicapai. Sangat stress, banyak kali saya rasa mahu berhenti kerja, tapi mujur saya bertahan.

Saya sahut cabaran, belajar dan buat bersungguh-sungguh sehingga saya mahir.

Akhirnya dari pelajar praktikal saya diserap masuk menjadi eksekutif jualan, kemudian naik pangkat menjadi penolong pengurus jualan. Selepas setahun, naik lagi menjadi pengurus jualan.

Saya rasa seronok dan puas hati. Sekarang, dunia latihan ini adalah bidang yang saya minat. Saya dah jumpa passion saya.

=

Ini ialah sedikit catatan atau nota saya berkenaan buku " So Good They Can't Ignore You: Why Skills Trump Passion in the Quest for Work You Love". Tulisan Cal Newport, Seorang Professor di US.


















Ada banyak lagi persoalan yang di jawab oleh penulis seperti:-

Bagaimana kalau kita masih lagi tidak seronok dengan kerjaya kita walaupun dah apply " Craftsman mindset"? 

Adakah patut kita tinggalkan kerjaya tersebut?

Penulis juga ada kongsikan perjalanan Steve Job bagaimana dia memulakan Apple sehingga menjadi sebuah syarikat yang bernilai billion ringgit. 

Sebenarnya Steve Job tidak ikut nasihat dia sendiri semasa dia muda. Dia tidak ikut passion pun semasa dia mengasaskan Apple, dan Apple computer terbina bukan sebab Job follow his passsion tapi sebab lain.

Dan banyak lagi sebenarnya.

Saya syorkan anda baca buku ni, sangat membuka minda.

Semoga bermanfaat.

~ Shah - Sk Biz Solution

#berilmu
#bermanfaat


Friday, September 16, 2022

4 kesalahan dalam membuat keputusan.




Apa yang kita dapat hari ini ialah hasil dari keputusan yang kita buat sebelum ini.

3 tahun lepas kita buat keputusan tidak mahu sambung belajar, kita mahu duit cepat dengan terus bekerja, dan hasilnya gaji kita terhenti pada satu tahap, tidak naik-naik.

5 tahun lepas kita buat keputusan untuk tetap bekerja di syarikat sekarang walaupun banyak kerja yang perlu dibuat, dan hasilnya kita sudah ada banyak pengalaman dan dinaikan pangkat.

10 tahun lepas kita buat keputusan untuk berhenti kerja dan fokus membina perniagaan yang kita minat, hasilnya sekarang kita sudah ada rangkaian perniagaan yang sedang berkembang.

Keputusan yang kita buat akan menghasilkan perkara yang baik dan buruk dalam jangka masa panjang.

Oleh itu, kebolehan untuk kita membuat keputusan yang betul dalam hidup adalah sangat penting.

=

4 proses dalam membuat keputusan.

Biasanya kita akan melalui 4 proses dalam membuat keputusan iaitu:-

i. Kita mencari pilihan yang ada.

ii. Kita analisa pilihan tersebut.

iii. Kita membuat pilihan.

iv. Kita terima pilihan tersebut.

Setiap proses ada kesalahan yang biasa dilakukan secara kita tak sedar.

=

4 kesalahan yang biasa dilakukan ketika membuat keputusan.

1. Sempitkan pilihan.

Kebanyakan masa kita suka berfikir secara binari atau hitam putih.

"Aku perlu buat ini atau itu?"
" Kalau A salah, B mesti betul"
" Mahu duduk di rumah atau keluar dengan kawan?"

Kita suka menggunakan kaedah "Whether OR".

Cara fikir begini akan menyempitkan atau menghadkan pilihan yang kita ada dalam membuat keputusan.

Contoh situasi.

Ali bekerja di syarikat ABC Sdn Bhd. 

Ali suka dengan persekitaran pejabat yang bagus dan gaji yang diberi cukup untuk dia menampung kehidupan. Namun begitu, beban kerja di syarikat itu terlalu banyak sehinggakan Ali rasa tertekan dalam kehidupan dia.

Apa pilihan Ali?

Pilihan 1 -  Berhenti kerja.

Atau 

Pilihan 2 - Kekal di syarikat ABC Sdn Bhd.

Apabila kita guna kaedah "Whether OR"  kita hanya ada 2 pilihan saja. 

Kita telah menghadkan pilihan yang kita ada. Kita tidak ada pilihan lain.

Ada satu study yang dibuat oleh pengkaji dari "faculty business of school, Ohio State University, US".

Pengkaji telah kumpul data dan interview pembuat keputusan seperti CEO dan COO syarikat di US.

Dia telah analisa 168 keputusan dan didapati lebih kurang 70% menggunakan kaedah "Whether OR" dalam membuat keputusan.

Didapati keputusan yang dibuat mengikut kaedah "whether OR" , 52% gagal dalam jangka masa yang panjang.

Berlawanan dengan yang tidak menggunakan kaedah ini, hanya 32% saja yang gagal.

Kenapa kaedah "whether OR" ini gagal? 

Apabila seorang pengurus itu menggunakan kaedah "whether OR" dia hanya fokus pada 1 pilihan saja.

Dia menghabiskan banyak masa dengan bertanya soalan: Bagaimana saya nak jadikan pilihan ini menjadi? Bagaimana saya nak rakan sekerja lain menyokong saya?

Dia telah mengabaikan soalan yang lagi penting dari itu iaitu: Ada tak cara lain yang lebih berkesan? Apa lagi pilihan yang kita boleh buat?

=

Besarkan pandangan kita.

Kita boleh tambah pilihan kita dengan menggunakan kaedah "Whether AND". 

Dalam situasi di atas, Ali boleh tambah lagi pilihan yang dia ada seperti berikut.

Pilihan 1 -  Berhenti kerja 

Atau 

Pilihan 2 - Kekal di syarikat ABC Sdn Bhd dan bincang dengan bos tentang beban yang ditanggung.

Apabila kita tambah "dan", kita sudah besarkan perspektif tentang masalah tersebut. Kita sudah tambah pilihan yang ada.

Contoh.

Nak pergi makan malam atau nak pergi tengok wayang? boleh saja kita tukar kepada pergi makan malam awal sedikit dan lepas itu kita tengok wayang. Atau kita pergi main bowling.

Nak belajar atau bekerja? boleh saja kita tukar kepada belajar dan sambil tu kita bekerja.

Nak berhenti kerja atau nak berniaga? boleh saja kita tukar kepada bekerja dan sambil itu kita berniaga kecil-kecilan dahulu. Kalau perniagaan dah maju baru kita berhenti atau upah pengurus untuk menguruskan perniagaan.

=

2. Cenderung pada kepercayaan sendiri (confirmation bias)

Kita secara semulajadi cenderung untuk dengar perkara yang selari dengan kepercayaan kita.

Kita suka dengar perkara yang kita setuju. Kita akan beratkan perkara yang kita suka. 

Ini menyebabkan adanya "confirmation bias" ketika kita menganalisa pilihan . 

"Confirmation bias" menyebabkan kita mengabaikan maklumat baru yang bercanggah dari kepercayaan kita.

Kita tidak analisa pilihan yang lain dengan mendalam. Banyak perkara kita terlepas pandang.

Oleh itu, kemungkinan kita buat pilihan salah adalah tinggi.

=

Uji andaian atau pendapat kita.

Kita perlu selalu tanya soalan yang berlawanan terhadap kepercayaan kita, selalu tanya balik idea dan pandangan kita.

Kita boleh tanya soalan-soalan seperti:-

1.Betul ke pandangan aku ni?

2.Apakata pandangan aku ini salah?

3.Apa pandangan yang berlawanan dari idea aku ni?

4.Kenapa aku berpandangan sebegini?

5.Kenapa orang lain berpandangan sebegitu?

Apabila kita tanya soalan-soalan provokasi sebegini, kita sedang buka pilihan dan minda kita pada perkara yang lain juga. 

Kita sedang uji idea atau pandangan kita samaada ianya betul atau tidak. Ini dapat mengurangkan blindspot kita.

Selain itu, kita boleh saja tanya pendapat orang lain yang lebih berpengalaman dari kita. 

Kita boleh tanya mereka yang sama bidang dari kita atau yang luar dari bidang kita untuk mendapatkan perspektif yang berbeza.

=

Jalankan eksperimen kecil.

Dalam setengah keadaan kita juga boleh jalan eksperimen kecil untuk mengesahkan teori kita. 

Contoh.

Kita ada satu idea produk untuk kita berniaga. Kita dah buat kajian pelanggan tentang produk ini. Kita lihat di tempat lain produk seumpama ini laku keras. Kita cenderung untuk mengatakan produk ini akan berjaya.

Nanti dulu, jangan terlalu yakin. 

Sebelum kita keluarkan modal beribu ringgit untuk buat produk tersebut, apakata kita buat eksperimen kecil untuk uji idea kita. 

Kita boleh saja iklankan dulu ciri-ciri produk atau kelebihan produk kepada target market yang kita nak jual tu. 

Kita cuba buat pre-order dulu. 

Kalau ramai pelanggan yang buat pre-order barulah kita keluarkan modal untuk buat produk tersebut.

=

3. Terpengaruh dengan emosi jangka pendek.

Apabila kita membuat keputusan ia akan memberi kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang. 

Sebaiknya kita perlu lihat kesan dalam jangka masa yang panjang kerana ia bertahan lama. 

Berlawanan dengan kesan jangka masa pendek yang hanya sekejap saja.

Ramai orang terperangkap dengan emosi jangka masa pendek ketika membuat keputusan.

Contoh.

Setengah jurujual menggunakan taktik hype dalam proses jualan mereka. 

Mereka akan memainkan emosi kita dengan menunjukan manfaat-manfaat yang kita akan dapat secara berlebihan.

Mereka tunjuk duit berkepuk, kereta mewah, rumah banglo, tempat percutian menarik dan sebagainya untuk meningkatkan keterujaan kita. 

Mereka berikan harga diskaun yang sangat susah untuk kita lepaskan.

Semua taktik tersebut akan mempengaruhi emosi jangka pendek kita dalam membuat keputusan.

Kita akan rasa rugi kalau tidak rebut diskaun yang diberikan.

=

Ambil masa dan ruang sebelum buat keputusan.

"Jangan buat keputusan ketika beremosi"

Jangan buat sebarang keputusan ketika marah, gembira, sedih atau teruja.

Kita tidak boleh berfikir secara rasional ketika beremosi. 

Tanyakan soalan ini pada diri sendiri.

"Apa nasihat yang akan aku beri pada kawan baik aku  jika dia dalam situasi ini?

Ada satu kajian yang dibuat oleh ahli psikologi terhadap sekumpulan pelajar. Mereka dikehendaki memilih antara 2 pekerjaan seperti berikut:-

Pekerjaan A - kerja yang anda sudah belajar. Anda sudah ambil course di kolej walaupun sebenarnya anda tak minat, tapi disebabkan pressure dari parents, anda ambil juga course tersebut. Gaji yang ditawarkan juga tinggi dalam jangka masa panjang.

Pekerjaan B - kerja yang anda minat. Gaji sederhana tapi kerja ini memberi anda lebih makna. Ia juga memberi anda kebebasan yang mendalam untuk mengenali diri sendiri dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Apabila para pelajar dikehendaki memilih antara 2 kerjaya ini 66% memilih pekerjaan B dan 34% memilih pekerjaan A.

Tetapi apabila para pelajar dikehendaki memberi nasihat kepada kawan baik mereka, 83% memberi nasihat supaya rakan mereka memilih pekerjaan B.

Kenaikan 17% pada pekerjaan B.

Pilihan lebih jelas apabila para pelajar diminta untuk memberi nasihat kepada kawan baik mereka daripada membuat keputusan untuk diri sendiri. 

Para pengkaji mendapati, apabila kita memberikan nasihat kepada orang lain kita mudah untuk fokus pada 1 perkara yang penting saja.

Kita cadangkan pekerjaan B kepada kawan kita.

Kita rasa pekerjaan B akan memberi keseronokan dan kepuasan kepada kawan kita dalam jangka masa yang panjang.

Tetapi dalam situasi yang sama, apabila kita berfikir untuk diri sendiri, ada banyak faktor yang mempengaruhi kita.

"Kalau pilih pekerjaan B, kita fikir akan mengecewakan mak dan ayah kita yang cenderung kepada pekerjaan A? 

Kita juga mungkin fikir gaji yang diterima dari pekerjaan B kurang dari pekerjaan A dan sebagainya. 

Itulah kelebihan nasihat yang kita beri pada orang lain.

Kita cenderung untuk lebih bijak apabila memberi kaunseling kepada orang lain supaya jangan fokus pada emosi jangka pendek.

Nasihat yang diberikan kepada orang lain ada 2 kelebihan.

i) Ia secara semulajadi memberi keutamaan kepada perkara yang paling penting.

ii) Ia tidak fokus pada emosi jangka pendek.

Oleh itu, ketika kita mahu membuat keputusan, tanyakan soalan 

"Apa nasihat yang akan aku beri pada kawan baik aku  jika dia dalam situasi yang sama?

Soalan ini dapat memberi masa dan ruang kepada kita dalam berfikir.

==

4. Terlalu yakin dengan keputusan sendiri (over confidence)

Ada sebahagian orang dia terlalu yakin dengan keputusan yang dibuat. 

Ini mungkin disebabkan dia sudah analisa dan buat kajian yang mendalam tentang keputusan tersebut. Atau mungkin, dia pernah menyelesaikan masalah yang serupa.

Tapi harus diingat dunia ini penuh dengan ketidakpastian. Ada banyak perkara yang boleh berubah. 

Terlalu yakin juga menyebabkan kita boleh terlepas pandang petanda-petanda awal kegagalan. Ia menyebabkan kita tidak bersedia sekiranya menghadapi situasi yang tak dijangka.

=

Bersedia sekiranya kita salah.

Don't put all your money in one basket. We need to cover the downside.

Kita perlu ada perancangan lain sekiranya rancangan kita tidak berlaku seperti yang diharapkan.

Fikirkan apa risiko atau masalah yang bakal kita hadapi sekiranya perancangan kita tidak menjadi seperti yang dirancang. Bagaimana kita mahu hadapi situasi tersebut?

Sediakan buffer atau ruang untuk kita bernafas sekiranya berlaku sesuatu yang kita tidak jangka.

Contoh.

Kita mahu berhenti kerja untuk fokus pada perniagaan kita. Kita sudah analisa pilihan kita. Kita dah buat eksperimen kecil tentang produk yang kita nak jual. 

Kita lihat ramai pelanggan yang membeli produk kita. 

Ok, sebelum berhenti pastikan kita sudah sediakan buffer sekiranya tiba-tiba produk kita tidak laku selepas kita berhenti.

Bagaimana kita nak tampung perbelanjaan kita sekiranya tiba-tiba perancangan kita tidak berjalan seperti yang kita harapkan?

Buffer di sini mungkin kita sudah sediakan wang yang cukup untuk menampung kehidupan kita selama 6 bulan.

Mungkin kita sudah kurangkan perbelanjaan kita dengan hidup secara minimalis.

==

Secara ringkas ini kesimpulan dari 4 proses dalam membuat keputusan.

1. Dalam proses mencari pilihan, pandangan yang sempit menyebabkan kita kehilangan banyak pilihan yang lain.

Solusinya ialah besarkan pandangan kita. Gunakan kaedah "whether AND" dalam mencari pilihan.

2. Apabila kita menganalisa pilihan yang ada, kecenderung pada diri sendiri (confirmation bias) menyebabkan kita mengumpul bukti atau maklumat yang kita suka saja.

Solusinya ialah uji andaian atau pendapat kita. Tanya soalan-soalan provokasi pada diri kita. Lihat pandangan yang berlawanan dengan kita. Jalankan eksperimen kecil terhadap idea kita.

3. Ketika kita membuat pilihan, emosi jangka pendek selalu mempengaruhi kita.

Solusinya ialah jangan buat keputusan ketika beremosi. Ambil masa dan ruang sebelum membuat keputusan. 

Tanyakan soalan ""Apa nasihat yang akan aku beri pada kawan baik aku  jika dia dalam situasi yang sama?

4. Dan akhir sekali, setelah membuat keputusan, kita terlalu yakin dengan pilihan kita.

Solusinya ialah buat persediaan sekiranya kita salah. Sediakan buffer atau ruang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka berlaku.

=

Ini antara catatan atau nota saya berkenaan buku Decisive : How to Make Better Decisions, tulisan Chip & Dan Heath.














Ada banyak lagi tip dan teknik yang dikongsikan oleh penulis buku ni tentang cara membuat keputusan yang betul.

Anda boleh cari dan baca buku ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Anda suka perkongsian sebegini?

Follow blog ini untuk dapatkan tips dan perkongsian berkaitan pembangunan diri. 


Semoga bermanfaat.

~ Shah - Sk Biz Solution