Bayar rumah, bayar kereta, bayar taska anak – lepas tu habis.
Sikit pun tak sempat nak simpan.
Mungkin anda pernah terfikir soalan-soalan macam ni:-
Macam mana nak tambah pendapatan?
Macam mana nak naik gaji tanpa perlu berhenti dan cari kerja baru?
Macam mana nak naik gaji tanpa perlu bodek bos atau tanpa perlu tunggu belas kasihan bos?
Kalau tanya saya, ini jawapannya → Tingkatkan Nilai diri anda.
Iya.. anda boleh tingkatkan pendapatan, boleh naik gaji dengan meningkat NILAI diri anda di tempat kerja sekarang.
Bos bayar gaji berdasarkan nilai
Kenapa syarikat bayar anda gaji?
Sebab anda buat kerja yang syarikat perlukan. Itu bermaksud anda telah memberi nilai kepada syarikat.
Asasnya mudah:
Jika nilai yang kita beri tinggi → syarikat akan bayar tinggi.
Jika nilai yang kita beri rendah → syarikat akan bayar rendah.
Syarikat takkan bayar kita tinggi hanya sebab kita rajin, kerja kuat atau datang awal.
Apa guna rajin, kerja kuat dan datang awal kalau takda hasil yang kita berikan pada syarikat?
Syarikat mahu lihat hasil.
Syarikat mahu lihat nilai yang kita berikan.
Apa itu NILAI?
Nilai ialah manfaat yang kita beri pada orang lain.
Lagi besar manfaat yang kita beri, lagi tinggi nilai kita.
Bagaimana nak beri nilai?
Cara mudah untuk beri nilai ialah:
1. Dengan kita selesaikan masalah orang.
2. Dan bantu orang dapat apa yang mereka mahu
2. Dan bantu orang dapat apa yang mereka mahu
Dalam hidup ini - orang tak nak ada masalah.
Sebab itu, sedaya upaya orang akan cari cara untuk selesaikan masalah dia.
Semua orang mahukan hidup yang lebih baik
Orang nak kerja mudah, nak cepat, nak selamat, nak gembira.
Orang tak nak susah, orang tak nak serabut-serabut.
Jadi kalau kita boleh bantu orang capai semua itu, kita sedang memberi nilai.
Jadi kalau kita boleh bantu orang capai semua itu, kita sedang memberi nilai.
Contoh Nilai di Tempat Kerja:-
1. Kita siapkan minutes meeting ringkas dan teratur → kita beri nilai dengan selesaikan masalah team yang selalu lupa keputusan mesyuarat. Ini memudahkan semua orang ikut tindakan seterusnya.
2. Kita siapkan laporan dengan jelas dan kemas → kita beri nilai dengan selesaikan masalah bos yang tak sempat nak semak data. Ini mudahkan bos buat keputusan penting.
3. Kita buat template email standard untuk jawab pelanggan → kita beri nilai dengan selesaikan masalah staf customer service yang selalu ambil masa lama nak karang ayat. Ini menjimatkan masa dan elak jawapan bercelaru.
4. Kita buat template dalam Excel untuk kira overtime pekerja → kita beri nilai dengan selesaikan masalah staf HR yang selalu ambil masa lama nak kira manual. Ini menjimatkan masa dan elak kesilapan kiraan.
5. Kita buat SOP langkah demi langkah cara nak cari pekerja baru → kita beri nilai dengan selesaikan masalah staf HR baru yang masih nak belajar. Ini menjimatkan masa dan elak kesilapan berulang.
Dan banyak lagi.
Inilah kuncinya.
Ramai orang terlepas pandang hal ini.
Nak naik gaji, kena jadi orang yang bernilai.
Nak naik gaji, kena jadi orang yang bernilai.
Dan cara mudah nak jadi orang bernilai ialah dengan :-
1. Selesaikan masalah orang lain dan,
2. Bantu mereka capai apa yang mereka mahukan.
Itulah kunci yang ramai orang terlepas pandang.
Simple bukan?
Semua orang boleh faham konsep memberi nilai ini.
Tapi itulah, tak ramai yang nak buat benda simple ini.
Kenapa tak ramai yang nak buat?
Benda ini saya akan cerita lagi dalam posting akan datang.
Anda nak belajar dengan lebih mendalam bagaimana nak perbaiki diri supaya anda tingkatkan gaji atau pendapatan anda?
