Sk Biz Solution - Community: January 2023

Monday, January 30, 2023

Bagaimana nak membangunkan market dari kosong?

"Almost every failed startup has a product. What failed startups don't have are enough customers." ~ Gabriel Weinberg

Bisnes yang berkembang dan berjaya biasanya mempunyai market atau pelanggan yang cukup untuk mereka berkembang.

Manakala, bisnes yang gagal mereka ada produk, tapi mereka tak cukup market atau pelanggan yang membeli.

Sebab itu, kita perlu mula dari market dulu.
Kita perlu faham pelanggan dulu.

"Market with people, not at them" ~ Seth Godin.

Antara cara mudah untuk dapatkan cukup pelanggan ialah dengan kita membangunkan market atau audience kita sendiri.

Sebab itu ramai orang berlumba-lumba untuk mengumpulkan pengikut mereka sendiri.

Mereka buat live di FB, buat video di Tik Tok setiap hari.
Mereka hasilkan konten yang bermanfaat untuk menarik audience mereka.

Ini kerana, secara prinsipnya di mana ada crowd atau orang ramai di situ lubuk duit.

Contoh mudah ialah Khairul Aming yang terkenal dengan sambal Nyetnya.

10,000 botol sambal terjual dalam masa 60 minit. 

Khairul Aming boleh jual sambal sebanyak tu dalam masa yang singkat ialah kerana beliau sudah ada market atau audience yang tersendiri. 

Lihatlah jumlah pengikut beliau di Twitter, lebih 1 juta pengikut.
Beliau sudah terkenal di seluruh Malaysia. 

Tapi sebenarnya, diluar sana ada ramai orang yang dapat buat jualan beribu ringgit dalam masa yang singkat. 

Cumanya kita tak tahu saja. 

Mereka itu tidaklah terkenal seperti Khairul Aming. 
Tapi mereka terkenal dikalangan pengikut mereka sendiri.

Itu lah kepentingan membangunkan konten untuk menarik audience yang tersendiri.

=

Platform.

Kalau dulu, anda perlu modal yang besar untuk berkongsi konten dan menarik orang follow anda.

Anda perlu masuk TV, masuk radio, hantar artikel pada penerbit majalah untuk menyebarkan konten anda.

Tapi sekarang tidak lagi, dengan adanya internet, dunia sudah terbuka luas.
Kita sudah ada berbagai platform untuk berkongsi dan menyebarkan konten.

Anda boleh kongsikan konten anda di sosial media, di blog, di Youtube dan sebagainya.
Rugilah kalau kita tidak gunakan platform yang ada semaksimanya.

=

Prinsip membina konten.

Ramai orang tanya soalan ini.

*Bagaimana nak buat konten yang menarik supaya orang follow kita?

Sebenarnya soalan tu salah, soalan yang betul ialah -

*Kenapa orang nak follow kita?

Apa yang mereka dapat kalau mereka follow kita?

Cuba jawab soalan tu dulu. 

Soalan ini kita boleh tanya diri kita sendiri.

Kita tentu pernah follow seseorang di sosial media atau apa-apa platform lain.

*Kenapa kita follow seseorang tu?

Sebab kita dapat sesuatu dari orang yang kita follow tu.
Kita dapat manfaat dari konten orang yang kita follow.

*Konten tersebut mungkin dapat menyelesaikan masalah kita.
*Konten tersebut mungkin memberi idea kepada kita.
*Konten tersebut mungkin memberi inspirasi kepada kita,
*Konten tersebut mungkin menghiburkan kita.

Oleh kerana itu kita perlu bina konten yang memberi MANFAAT kepada audience.
Barulah mereka akan follow kita. 

==

Bagaimana mana nak mula?

Bagi orang baru atau tidak pernah buat konten, anda mungkin masih stuck atau tak tahu nak mula dari mana.

Ini antara idea atau cara untuk anda bermula membina konten.

1. Mula dari hobi anda.

Apa hobi anda ?
Apa minat anda? 
Apa benda yang anda suka nak buat tanpa perlu dipaksa dan disuruh?

Anda minat menanam bunga?
Anda tulis lah konten tentang hobi menanam bunga anda tu.
Anda kongsikan lah ilmu-ilmu yang anda tahu tentang menanam bunga.
Jenis-jenis bunga yang anda tanam.

Kenapa tanam bunga ni, cara menanam bunga, di mana nak beli anak benih bunga ni.
Anda kongsilah tip-tip menanam bunga, penjagaan dan sebagainya.

Anda suka memancing?
Anda buat lah konten tentang hobi memancing anda tu.
Ceritalah pengalaman anda memancing di sungai, di laut, di kolam pancing..

Apa kelebihan memancing di sungai.
Apa kelebihan memancing di laut.
Apa tip untuk orang yang baru-baru nak pergi memancing dilaut.
Dan sebagainya.

Kongsikanlah kepada orang ramai.

Perkongsian sebegitu akan menarik orang yang minat perkara itu untuk follow anda.

Mereka sendiri akan kongsikan konten anda kepada orang lain jika konten itu bermanfaat.

Biasanya perkara hobi ini mempunyai audience yang ramai.
Geng hobi ini ada komuniti sendiri.

Anda boleh lihat di Facebook atau mana-mana platform, mesti ada komuniti yang ditubuhkan.

Anda suka berkebun, menanam sayur-sayuran - mesti ada group yang suka berkebun dan menanam sayuran.
Anda suka menanam bunga - mesti ada group yang suka menanam bunga.
Anda suka memancing - mesti ada group komuniti yang suka memancing.
Anda suka ride naik motor - mesti ada group komuniti yang suka ride naik motor
Anda suka memancing - mesti ada group komunit yang suka memancing.

Mereka semua berpotensi untuk menjadi audience anda.


2. Mulakan dengan kemahiran anda.

Selama anda bekerja apa kemahiran atau skil yang anda dah bangunkan?
Anda tentu ada kemahiran atau kepandaian yang anda bangunkan ketika anda bekerja.
Anda boleh buat konten dan kongsikannya kepada orang ramai tentang kemahiran anda.

Mungkin anda boleh tolong orang selesaikan masalah mereka dengan kemahiran anda.
Anda boleh ceritakan proses bagaimana untuk jadi mahir.
Anda boleh kongsikan pengalaman anda menggunakan kemahiran anda itu.
Konten-konten atau cerita sebegini akan menarik audience anda yang tersendiri.

Apa contoh-contoh kemahiran yang anda ada?

i. Anda mungkin bekerja sebagai seorang sales admin di sebuah syarikat.

Kerja anda hari-hari menguruskan data jualan syarikat menggunakan perisian Excel. 

Anda tahu bagaimana nak menggunakan formula dalam Excel. 
Anda tahu bina report yang interaktif menggunakan Excel. 
Anda tahu bina dashbord jualan menggunakan Excel.

Kemahiran Excel ini bukan mudah untuk diperolehi. 
Ramai orang diluar sana yang tak mahir menggunakan Excel.

Jadi anda boleh kongsikan tips-tips penggunaan Excel kepada orang ramai.
Anda boleh kongsi bagaimana nak gunakan formula dalam Excel.
Anda boleh kongsi tips bagaimana nak buat report dengan Excel.
Dan sebagainya. 

ii. Anda mungkin seorang IT support di sebuah syarikat. 

Kerja anda hari-hari ialah buat support kepada 100 orang end user dalam syarikat tersebut. 

Oleh sebab itu, anda mahir tentang perkara berkaitan IT dan teknologi.

Anda tahu nak perbaiki lap top yang rosak. 
Anda tahu apa yang perlu dibuat kalau lap top kena virus.
Anda tahu nak selesaikan masalah sekiranya user tak boleh nak connect kepada internet.

Anda boleh buat konten tentang penjagaan laptop.
Anda boleh kongsikan tips pencegahan supaya lap top tak kena dengan virus
Dan sebagainya.

Mungkin juga anda banyak pengalaman berkerja dengan end user. 
Anda tahu masalah-masalah yang selalu dihadapi oleh end user ini in term of IT.

Pengalaman anda ini, anda boleh kongsikan ia secara online. 
Anda boleh jadikan ia konten untuk menarik orang follow anda. 

Lagi banyak anda berkongsi tentang kemahiran anda, audience ini akan akan kenal dan percaya pada anda. Apabila mereka dah kenal dan percaya, anda boleh berikan servis anda kepada mereka.


3. Takda kemahiran? Mulakan dengan kemahiran yang anda nak belajar.

Anda baru bekerja? 
Masih tidak ada kemahiran atau skil yang anda boleh kongsikan kepada umum?

Pilih 1 kemahiran yang anda nak belajar dan bangunkan.

Anda baru bekerja sebagai eksekutif khidmat pelanggan.
Setiap hari anda duduk dikaunter khidmat pelanggan melayan aduan pelanggan.

Ada pelanggan yang datang secara baik dan mungkin ada yang datang dengan marah-marah.
Bagaimana anda menguruskan pelanggan yang marah-marah ni?
Bagaimana anda selesaikan masalah mereka? 

Di sini anda belajar tentang kemahiran berkomunikasi.

Mungkin anda boleh bangunkan kemahiran berkomunikasi.
Diluar sana ramai orang yang tak pandai berkomunikasi dengan betul.

Anda belajarlah tentang kemahiran berkomunikasi ni.
Bacalah buku tentang komunikasi.
Hadirlah latihan yang diberikan oleh syarikat.

Kemudian, anda applikasikan ilmu tersebut dalam pekerjaan anda.
Di sini anda akan dapat banyak pengalaman.

Anda boleh kongsi pengalaman anda.
Anda boleh kongsikan proses anda membangunkan kemahiran komunikasi.

Apa yang anda tahu tentang komunikasi?
Apa yang anda faham tentang komunikasi?
Apa silap faham orang tentang komunikasi?
Apa tips komunikasi?

Anda juga boleh kongsikan bagaimana anda applikasikan ilmu yang anda belajar pada kerja harian anda.

Iyalah, andakan bekerja dalam bidang khidmat pelanggan.
Setiap hari anda bertemu ramai orang.
Berbagai ragam yang anda jumpa.
Sudah tentu banyak pengalaman yang anda boleh kongsikan. 

Pengalaman dan dapatan anda itu sangat menarik untuk dikongsikan.
Ia akan menarik orang untuk baca dan follow anda. 

Mereka ini lah audience anda.

4. Mulakan dengan benda yang anda nak terokai.

Anda tidak ada hobi untuk dikongsi?
Tak minat memancing, tak minat berkebun, tak minat buat kek, tak minat memasak.

Anda tak da kemahiran yang bernilai untuk dikongsi?
Anda tak da kemahiran yang nak dibangunkan?

Anda boleh mula dengan benda atau perkara yang anda nak terokai.

Sebagai manusia, sudah tentu anda ada impian yang mahu dicapai.
Sudah tentu anda ada cita-cita yang belum kesampaian.

Contoh.

Anda ada impian nak berbisnes satu hari nanti?
Mungkin anda boleh mula dengan explore atau terokai bisnes yang anda nak ceburi.

Belajar dari orang yang berpengalaman buat bisnes yang anda nak ceburi.
Baca buku, buat kajian dan sebagainya untuk explore.

Anda boleh buat konten dengan pengalaman exploration anda tu.

Kongsilah tentang proses anda explore, masalah atau halangan yang anda jumpa, bagaimana anda selesaikan masalah tersebut, eksperimen atau kajian yang anda buat.

Semua perkara itu amat menarik dan bermanfaat untuk dikongsikan.
Ia akan menarik orang untuk follow anda.


5. Mula dengan nak selesaikan masalah sendiri.

"Scratch you own itch"

Apa masalah yang anda hadapi sekarang dan anda sedang mencari solusinya?
Apa perkara yang anda tak puas hati dan anda sedang cari cara untuk perbetulkan perkara tersebut?

Biasanya masalah yang anda hadapi, orang lain juga mungkin menghadapi masalah yang sama.

Perkara yang anda tidak puas hati, orang lain juga mungkin tidak puas hati dengan perkara tersebut.

Semua ini anda boleh jadikan konten.

Anda boleh kongsikan proses anda mencari solusi kepada masalah tersebut.
Anda boleh tunjukan proses anda perbetulkan perkara yang anda tidak puas hati.

Ini akan menarik audience yang mempunyai masalah yang sama dengan anda.
Mereka juga mungkin sedang mencari solusi kepada masalah tersebut.


6. Mula dengan nak selesaikan masalah orang.

Di luar sana ada banyak masalah yang dihadapi oleh manusia.
Di luar sana ada banyak perkara yang orang tidak puashati dan perlu diperbaiki.

Setiap orang ada masalah mereka yang tersendiri.
Setiap orang ada perkara yang mereka tidak puashati.

Ada masalah dengan anak-anak, ada masalah ditempat kerja, ada masalah dengan rumah, ada masalah dengan kenderaan dan sebagainya.

Anda perlu perhatikan dan peka dengan keadaan sekeliling.
Cari masalah yang berbaloi untuk diselesaikan.
Cari masalah yang anda mampu berikan solusi yang terbaik.

Anda boleh kongsikan pendapat anda tentang masalah tersebut.
Anda boleh tulis idea untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ini akan menarik orang yang ada masalah tersebut untuk follow anda.

7. Mula dengan perkara yang anda nak ubah.

Apa perubahan yang anda nak bawa kepada komuniti?

Mungkin ada perkara yang anda tidak puashati, dan anda rasa perkara tersebut boleh diubah menjadi lebih baik.

Anda boleh mula dengan perkara tersebut. 

Anda kongsilah idea anda, pendapat anda dan cadangan anda tu.
Anda tunjukanlah perubahan yang anda nak bawa. 
Kebaikan yang mereka akan dapat.

Nak bawa perubahan pada satu komuniti bukan perkara mudah.
Tambahan lagi perubahan yang anda bawa itu berlawanan dengan status quo.

Lagi la susah. Orang tak suka perubahan. 
Perubahan tersebut akan mengambil masa.

Anda perlu konsisten mendidik mereka dengan konten-konten anda.
Tapi jika anda berjaya, ianya berbaloi.


8. Mula dengan perkara harian yang anda buat 

Dalam kehidupan kita seharian berbagai perkara yang kita buat. 
Dari bangun pagi hinggalah ke malam hari.

Anda boleh tulis tentang aktiviti yang anda lakukan setiap hari.
Tapi jangan lah tulis secara direct tanpa manfaat.

Anda masukan lah tips, nasihat, rekomendasi, pengajaran atau perkara yang dapat memberi inspirasi kepada orang yang membaca.

Orang suka nak baca perkara-pekara yang dapat memberi manfaat kepada diri sendiri.

Anda pergi ke pasar membeli ayam, mungkin anda boleh kongsikan bagaimana anda memilih ayam yang baik dan segar. 

Anda kongsikan la tips bagaimana nak bezakan ayam lama dan ayam baru.

Anda pergi makan mee rebus di satu gerai, anda rasa mee rebus mak cik tu sedap sangat, anda kongsikan la kenapa anda rasa mee rebus tu sedap sangat sehingga orang lain patut cuba mee rebue tersebut.

Anda tersangkut 1 jam dalam kesesakan semasa ambil anak pulang dari sekolah, biasanya jalan tu jarang sesak macam tu, anda mungkin boleh kongsikan info tersebut pada orang lain. 

Perkongsian begini dapat menarik orang untuk follow anda.
Ia membantu anda untuk membangunkan audience anda sendiri.

=

Konsisten.

Kita nampak mudah saja Khairul Aming menjual kan?

Tapi sebenarnya, Khairul Aming mengambil masa selama 4 tahun membangunkan market atau audience nya yang tersendiri. 

Beliau konsisten selama 4 tahun menghasilkan konten video masakan untuk menarik pengikutnya.


Oleh itu jom kita konsisten berkongsi konten yang bermanfaat kepada audience kita.

=

Khas untuk anda yang sedang bekerja tapi nak belajar tentang bisnes.

Atau anda dah nak bersara, anda rancang nak buat bisnes selepas bersara? 
Anda nak buat persediaan untuk belajar bisnes sebelum bersara?

Anda tak tahu nak mula bisnes dari mana? 
Takda idea nak jual apa? 
Tak da modal nak berniaga?

Anda boleh masuk ke dalam group telegram Sk Biz - Community.

Dalam group tu anda boleh tanya soalan dan berbincang tentang bisnes.


Semoga bermanfaat.

Shah - Sk Biz.

#berilmu
#bermanfaat

Monday, January 16, 2023

Bagaimana nak mula bisnes tanpa risiko dan modal besar?

Dalam satu interview podcast, Seth Godin seorang penulis, usahawan dan marketer hebat, telah ditanya dalam interview tersebut secara spontan.

Sekiranya dia kena mula bisnes dari kosong, tanpa menggunakan namanya dan tanpa followers sekarang, apakah bisnes yang dia akan buat? Bagaimana dia akan mulakan bisnes tersebut?

Jawapan yang diberikan oleh Seth Godin sangat bernas dan membuka mata.

Ia sangat sesuai diikuti oleh anda yang baru belajar-belajar nak mulakan bisnes.

Ini jawapan Seth Godin.

1. Mulakan dengan mencari market.

"First thing which is we are going to be marketing with people, not at them." ~ Seth Godin

Mulakan dengan sekumpulan manusia yang anda mahu selesaikan masalah mereka.
Ini adalah cara fikir yang betul dalam memulakan bisnes.

Ramai orang fikir nak mula bisnes kena cari produk dulu.

Mereka fikir mereka perlu buat satu produk yang hebat kemudian cari cara untuk orang percaya bahawa produk tersebut terbaik untuk mereka. 

Itu yang keluar semua penipuan dan manipulasi marketing semata-mata mahu melakukan produk tersebut.

We, marketers, are selfish, lying, short-term thinking scum. We believe that our job is to manipulate people as we market to them.”  ~ Seth Godin

Sebenarnya cara itu sudah tidak berkesan lagi di zaman sekarang.
50 tahun dulu cara ini mungkin berkesan. 

Anda hanya perlu duit yang banyak untuk bayar media seperti iklan TV dan radio untuk dapatkan perhatian orang ramai, kemudian buat mereka beli produk anda.

Tapi zaman sekarang dengan adanya internet, cara tersebut sudah tidak berkesan lagi.
Orang sudah banyak pilihan. 

Mereka sudah boleh memilih kepada siapa mereka mahu beri perhatian.
Adakah berbaloi untuk mereka beri perhatian pada anda.

Oleh itu anda perlu libatkan manusia dalam memulakan bisnes anda.


2. Focus on the smallest viable audience.

Ini mungkin berlawanan dengan logik ramai orang.
Ramai orang apabila mula berbinse dia akan fokus untuk target kepada audience yang besar.

Logik mereka ialah, lagi besar audience lagi ramai orang akan beli produk mereka.

Itu yang apabila ditanya, siapa target market? mereka akan jawab -  semua orang.

"When you target to all, you target to none" ~ Seth Godin.

Realitinya, syarikat besar pun mula dengan fokus kepada audience kecil.

Ketika Mark Zuckerberg memulakan facebook dahulu, dia hanya fokus pada student di Harvard saja. 

Tujuan Facebook ditubuhkan ialah untuk menghubungkan student yang belajar di Harvard saja.

Kemudian ia tersebar diluar sekeliling Harvard, sehinggalah ia tersebar ke seluruh dunia seperti sekarang ini.

Kalau kita tanya pada Mark masa dia mula-mula bangunkan Facebook dahulu, bolehkah dia bangunkan sosial network untuk seluruh penduduk dunia, Si Mark pun akan pening kepala macam mana nak mula.

Jadi mulakan bisnea dengan fokus pada sekumpulan target market yang kecil.

Dalam interview tersebut, Seth Godin mula dengan memilih satu kumpulan orang dari Amerika yang mempunyai anak berumur 3 - 5 tahun yang mencari tempat tinggal untuk bercuti di Paris.

Ini sangat spesifik. 

Masalah dan solusi yang ditawarkan juga sanga spesifik.

Keluarga dari Amerika mahu kan intenet yang laju supaya mereka dapat berhubung dengan saudara mara yang berada di San Diego. 

Mereka mahu melihat Eiffel Tower dari balkoni rumah mereka seperti mereka lihat dalam movie. 

Mereka mahu rasa makanan yang popular dan tersedap di Paris.


3. Create a remarkable product.

Setelah anda pilih "targeted audience" yang anda mahu.

Anda faham masalah yang mereka hadapi.
Anda tahu impian yang mereka mahu capai. 

Barulah anda cari produk atau servis yang mereka tidak boleh hidup tanpanya. 

Produk atau servis yang audience akan beritahu dan rekemen kepada ahli keluarga dan teman-teman rapatnya tanpa perlu kita minta.

That's remarkable product.

Jadi apa yang Seth Godin buat ialah dia create satu dokumen PDF setebal 40 muka surat.

Dalam dokumen tu dia senaraikan dan terangkan 150 tempat terbaik Airbnb yang anda boleh tinggal di Paris.

Seth Godin berikan dokumen tersebut secara percuma.

Dia post di Medium dan di merata tempat supaya sesiapa saja yang mencari tempat percutian di Paris akan jumpa dokumen pdf tersebut.

Lagi bagus mereka yang jumpa dokumen tersebut, mereka kongsikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain kerana dokumen tersebut sangat berguna dan diperlukan oleh mereka.


4. Build trust

Trust adalah sangat penting dalam bisnes.

Kita hanya beli dari orang yang kita percaya.
Kita tidak akan membeli dari orang yang kita tidak percaya.

Oleh kerana itu, Seth Godin fokus untuk bina trust kepada targeted audience.
Dia sentiasa berhubung dan engage dengan audience.

Dia berikan nasihat secara percuma sehingga audience percaya.

I’m just giving people an abundance of confidence by creating an abundance of value and all I’m asking in return is to be trusted. ~ Seth Godin.

Audience yang percaya, tidak akan segan silu untuk bertanya tentang extra service seperti minta anda jadi tour guide atau sebagainya.

Audience yang telah percaya pada anda, akan datang dan berkata "Hi, boleh tak anda buat benda ni, saya akan bayar anda".


5. Take a simple idea and take it seriously.

Langkah-langkah yang dikongsikan oleh Seth Godin ni benda yang biasa saja. 
Ia benda yang simple, logik dan mengikut fitrah kita sebagai manusia.

Manusia tidak akan beli jika produk tak releven dengan dia.
Manusia tidak akan beli dari orang yang dia tak percaya.

Logik kan?

Nak berbisnes ni tak perlu teknik advanced, teknik rahsia atau teknik terhebat yang tak pernah orang guna.

Kita hanya gunakan teknik simple dan biasa saja.

Apa yang penting ialah daya usaha dan kesungguhan kita untuk buat benda yang simple dan biasa itu secara konsisten sehingga berjaya. 

"Take a simple idea and take it seriously." ~ Charlie Munger.

Kesimpulan.

Secara ringkas ini antara perkara yang anda boleh ambil manfaat.

1. Mulakan dengan mencari market yang anda nak serve. Market with people not at them. Pelanggan kita ialah manusia biasa sama seperti kita.

2. Focus on the smallest viable audience, kita boleh kembangkan kemudian.

3. Create a remarkable product. Sekiranya audience sebarkan kebaikan produk atau servis kita secara sukarela, tanpa kita minta maka kita dah jumpa "remarkable product". Tapi kalau belum, kumpulkan maklumbalas dan mula semula.

4. Build trust. Berterusan beri value kepada audience sehingga audience percaya dan sanggup keluarkan duit untuk  dapat extra service dari anda.

5. Fokus buat perkara yang simple dan biasa ini dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

==

Khas untuk anda yang sedang bekerja tapi nak belajar tentang bisnes.

Atau anda dah nak bersara, anda rancang nak buat bisnes selepas bersara? 
Anda nak buat persediaan untuk belajar bisnes sebelum bersara?

Anda tak tahu nak mula bisnes dari mana? 
Takda idea nak jual apa? 
Tak da modal nak berniaga?

Anda boleh masuk ke dalam group telegram Sk Biz - Community.

Dalam group tu anda boleh tanya soalan dan berbincang tentang bisnes.


Semoga bermanfaat.

Shah - Sk Biz.


Tuesday, January 10, 2023

Ini antara silap faham ramai orang tentang marketing?

Bagi anda yang baru nak mula berbisnes, belajar marketing adalah perkara utama yang anda patut lakukan.

Ini antara ilmu yang anda perlu sebagai persediaan melangkah kedunia bisnes yang penuh dengan cabaran.

Apa silap faham orang tentang marketing?

i. Marketing ialah buat posting dan iklan di media sosial seperti di facebook, instagram dan buat live di tiktok.

ii. Marketing ialah buat ayat iklan, ayat gempak, ayat pukau dan ayat menawan.

iii. Marketing ialah buat gambar yang cantik, poster yang menawan, video yang lawak dan viral.

iv. Marketing ialah hantar email, jawab whatsapp, edar flyers, gantung banting dan letak signboard besar di lebuhraya.

v. Marketing ialah kumpul follower dan buat branding.

Dan sebagainya.

Bukan.

Marketing bukan sekadar buat posting di media sosial, beriklan di FB, kumpul followers di blog, live di tik tok , hantar email, jawab whatsapp dan sebagainya. 

Bukan, ia bukan definisi sebenar marketing.
Ia hanya sebahagian kecil kerja-kerja marketing.

Sebelum ada komputer, ada internet, ada media sosial seperti FB, Tik Tok,  sebelum ada whatsapp, telegram dan sebagainya, di mana orang dulu-dulu buat marketing?

Tak kanlah orang dulu-dulu tak buat marketing.

Bisnes atau perniagaan ini dah lama.
Dari dulu dah ada.

==

Apa itu marketing?

Marketing dalam bahasa mudah ialah :-

1. Kenalpasti kepada siapa kita nak jual.

2. Cari cara untuk yakinkan dia beli produk/servis kita.

Ini 2 panduan yang anda boleh pegang dalam membuat marketing.

Mulai dari hari ni, apabila anda terfikir nak buat posting FB, cuba fikirkan dulu 2 panduan di atas.

Kepada siapa posting ini dibuat?

Adakah posting ini membantu untuk yakinkan orang beli produk/servis anda?

==

3 Rukun marketing.

Bagaimana nak kenalpasti kepada siapa nak jual?

Bagaimana nak yakin orang beli?

Bagi menjawab 2 persoalan di atas, anda perlu faham 3 rukun marketing ini

i. Market

ii. Mesej

iii. Medium

Market - Target market ialah kumpulan orang atau prospek yang kita target nak jual pada mereka.

Mesej - Mesej yang kita nak sampaikan kepada target market dan tawaran yang kita nak berikan kepada target market.

Medium - Saluran di mana target market boleh melihat mesej kita dan platform kita berkomunikasi dengan prospek.

3 perkara di atas tidak boleh dilangkau. 
Ia mesti ikut susunan. 

Kesilapan ramai orang, mereka suka melompat tak ikut susunan.

Mereka terus melompat ke mesej dan medium tanpa peduli target market.
Mereka cari produk dulu, baru cari pelanggan.

Mereka sibuk cari produk, buat ayat iklan, fikir nak buat live, nak buat posting di FB tanpa faham target market.

Akhirnya tak da orang beli.
Produk susah nak jual.

Cari dan faham target market dahulu.
Mesej dan medium akan datang selepas itu.

==

1) TARGET MARKET

Kenapa kena mula dari market dulu?

Katakanlah anda menjual burger.

Anda boleh ambil apa saja kelebihan tentang burger seperti daging yang sedap dan juicy, roti yang lembut, gerai yang bersih, lokasi yang strategik, harga yang berpatutan dan sebagainya.

Anda boleh ambil semua kelebihan tu, kecuali "pelanggan yang lapar"(starving crowd)

"Pelanggan yang lapar" itu berikan pada saya.

Hasilnya, saya akan jual lebih banyak burger dari anda.

Itu lah yang dikatakan oleh Gary Halbert, seorang penulis iklan yang terhebat dan terkenal satu masa dulu.

Di hanya perlukan pelanggan yang lapar (starving crowd) untuk jual banyak burger.

Logik bukan?

Burger yang sedap, roti yang lembut, daging yang juicy, gerai yang bersih tidak berguna jika anda kenyang.

Tapi kalau anda lapar, burger biasa pun anda akan beli dan makan.

Begitu juga dengan bisnes.

Menjual kepada yang lapar lebih mudah dari menjual kepada pelanggan yang kenyang.

Cari pelanggan yang lapar kepada bisnes anda.
Cari pelanggan yang ada masalah untuk diselesaikan.

Cari ubat bukan vitamin.

Ramai orang akan serta merta mencari ubat ketika sakit.
Tak ramai orang yang akan serta merta mencari vitamin atau supplement.

=

Mencari target market.

Pada fasa ini anda perlu memilih target market yang tepat.
Pilih target market yang spesifik.
Lagi spesifik, lagi jelas, lagi bagus.

Ramai orang apabila ditanya siapa target market?

Mereka akan jawab -

Target market saya ialah semua orang.
Target market saya ialah semua orang yang ada masalah resdung. 
Target market ialah semua golongan ibu yang sedang mengandung.

Kesilapan ramai orang ialah mereka pilih target yang general.
Mereka pilih target market yang terlalu besar.

Alasannya mereka nak jual pada ramai orang.

Logik mereka ialah lagi ramai dan besar target mereka, lagi banyak mereka boleh jual.
Kalau boleh mereka nak satu Malaysia ni jadi pelanggan mereka.

"If you target to all people, means you target to none of them"

=

Kolam kecil atau kolam besar.

Anda nak jadi seekor ikan kecil dalam satu kolam yang besar bersama ikan jerung.

Atau,

Anda nak jadi seekor ikan besar dalam kolam yang kecil tanpa ada ikan jerung.

Sudah tentu kita nak jadi seekor ikan besar dalam kolam kecil.
Kurang persaingan dan kita lebih mudah menang. 

Memilih target yang general dan besar umpama anda duduk dalam satu kolam yang besar bersama para jerung yang ada dalam kolam tersebut.

Anda umpama ikan bilis dalam kolam tersebut.
Senang-senang anda kena telan dengan ikan jerung yang besar.

Anda susah nak bersaing dengan para jerung tersebut. 
Mereka sudah lama dari anda.
Sudah tentu anda akan kalah.

Anda jual ubat resdung? Sudah tentu ada ramai pemain dan penjual yang sudah lama menjual ubat resdung. Jenama mereka sudah terkenal.

Anda baru nak jual tudung? Sudah tentu ada jerung yang sudah lama menjual tudung dari anda. Mereka sudah berpengalaman menjual beribu helai tudung.

Anda susah nak menang.

Solusi bagi pemain baru dan kecil seperti anda ialah pilih satu kolam anda sendiri.

Pilih satu target market yang anda nak dominasi.
Mula dengan satu target market kecil yang anda nak jaga.

"Start with one small of viable audience."  ~ Seth Godin.

Mula dengan satu orang yang anda ambil berat.
Anda ambil berat tentang kehidupan mereka.
Anda obses untuk bantu dan selesaikan masalah mereka.

Itu lebih mudah.

=

Kenapa kena pilih target market yang spesifik?

1. Kita lebih mudah nak mula.
2. Kita lebih mudah nak fokus.

Jenama-jenama besar pun buat marketing secara spesifik.

Ada ubat gigi untuk kanak-kanak
Ada ubat gigi untuk gigi putih
Ada ubat gigi untuk perokok dan peminum kopi.
Ada ubat gigi untuk gigi sensitif.

Ada klinik general biasa.
Ada klinik untuk kanak-kanak.
Ada klinik untuk kulit.
Ada klinik untuk hidung, telinga dan mulut.
Ada klinik untuk wanita.
Ada klinik untuk lelaki.

Jika anak anda demam panas, klinik mana yang anda akan tuju? 
Sudah tentu klinik kanak-kanak.

Jika anda ada seorang wanita, klinik mana yang anda akan pergi? 
Sudah tentu klinik untuk wanita.

Jika anda ada masalah pada telinga, klinik mana yang anda yakin nak pergi? 
Sudah tentu anda pergi klinik hidung, telinga dan mulut.

Kenapa tak pergi klinik biasa dan general? 
Di situ pun ada juga doktor yang boleh merawat.

Itulah kelebihan spesifik.

=

Product is nothing.

Anda perlu pilih target market dulu, baru pilih produk.
Kesilapan ramai orang dia pilih produk dulu, baru target market.
Sebab itu dia susah nak menjual.

Jangan risau tentang produk.
Produk sangat mudah dicari.
Diluar sana ada terlalu banyak produk.

Anda boleh dapatkan produk dengan mudah jika anda ada sekumpulan orang yang bersedia nak membeli dengan anda.

=

Panduan mencari target market.

1. Cari yang mudah untuk anda akses kepada mereka.

Anda boleh lihat disekeliling anda.
Mungkin dari kawasan kejiranan anda.
Mungkin dari kawan-kawan kerja anda.
Mungkin dari group-group komuniti anda.
Mungkin dari group yang mempunyai hobi sama seperti anda.

Anda boleh lihat ciri-ciri demografik dan psikografik mereka.

Demografik -

*Jantina
*Umur
*Pekerjaan
*Gaji
*Status perkahwinan
*Tinggal di mana
* dan sebagainya.

Psikografik-

*Masalah yang dihadapi.
*Kesakitan yang dialami.
*Ketakutan yang mereka takutkan.
*Kekecewaan yang mereka 
*Apa yang mereka mahu dan di capai.
*Apa impian mereka.
*Apa harapan mereka.
*Apa nilai dan prinsip yang mereka pegang.

==

2) MESEJ

Anda dah tahu secara spesifik tentang target market anda.

Anda dah tahu umur, jantina, status, pekerjaan, pendapatan mereka.
Anda dah faham masalah yang dihadapi oleh mereka.
Anda dah tahu kesakitan yang dialami oleh mereka.
Anda dah survey harapan dan impian mereka.

Sekarang, selesaikan masalah mereka.
Tawarkan produk atau servis yang dapat membantu mereka.

Anda kena yakinkan target market bahawasanya produk anda boleh bantu selesaikan masalah mereka.

=

Kenapa orang membeli?

Kenapa anda membeli nasi goreng petang tadi?
Sebab anda lapar. 
Sebab anda dah sehari tak makan.
Sebab tiada makanan di rumah.
Sebab anda malas masak.
Sebab anda nak mudah.


Kenapa anda membeli tudung?
Sebab anda nak tutup aurat.
Sebab anda nak rasa yakin apabila pergi ke pejabat.
Sebab anda nak rasa bangga, rasa cantik apabila pergi ke majlis makan malam anjuran pejabat.

Orang tak membeli produk atau servis.

Orang membeli manfaat produk dan servis.
Orang membeli penyelesaian yang diberikan oleh produk dan servis.

Orang membeli sebab nak lari daripada "pain" dan pergi ke arah "gain"

Secara fitrahnya orang tak nak "pain"
Orang nak lari dari kesakitan.
Orang tak nak masalah.
Kalau ada masalah, orang akan cuba sedaya upaya cari penyelesaiannya.

Orang tak nak rugi.
Orang tak nak kecewa.
Orang tak nak gagal.
Orang tak nak sengsara.

Secara fitrahnya orang nak pergi ke arah "gain"
Orang nak untung.
Orang tak nak masalah.
Orang nak sihat.
Orang nak seronok.
Orang nak kejayaan.
Orang nak keyakinan.
Orang nak capai impian.

Produk atau servis hanyalah medium untuk mereka lari daripada "pain" dan pergi ke arah "gain".

Produk atau servis hanyalah kenderaan untuk mereka lari daripada "pain" dan pergi ke arah "gain".

Bagaimana produk atau servis anda dapat membantu target market lari daripada "pain" dan pergi kepada "gain"?

=

Kaji manfaat produk anda.

Kaji apakah ciri-ciri produk yang dapat menyelesaikan masalah target market anda.
Tunjukan bagaimana produk anda dapat menyelesaikan masalah mereka.

Orang tak beli produk, orang membeli manfaat yang dia dapat dari produk tersebut.

Tunjukan manfaat produk anda.
Bagi nampak depan mata mereka apa yang mereka dapat dari produk tersebut.

Tunjukan situasi sebelum dan selepas menggunakan produk anda.

Berikan tawaran atau mesej yang meyakinkan target market untuk beli produk anda.

=

3) MEDIUM

Medium ialah saluran dimana anda boleh tunjukan mesej anda kepada target market.
Medium ialah platform untuk anda berkomunikasi dengan mereka.

Kalau anda dah betul-betul pada bahagian target market, biasanya anda tidak ada masalah pada bahagian medium.

Ini bahagian yang paling senang.

Anda dengan mudah sudah tahu dimana target market anda berkumpul.

Tunjukan mesej anda kepada mereka.
Tunjukan tawaran anda kepada mereka.
Hujani mereka dengan mesej anda.

Sekarang ini dah mudah, ada banyak medium atau platform yang tersedia. 
Online dan offline - ada Fb, twitter, tik tok, email, whatsapp, telegram, flyers, poster dan sebagainya.

Anda hanya perlu pilih saja medium mana yang sesuai untuk target market anda.

=

Khas untuk anda yang sedang bekerja tapi nak belajar tentang bisnes.

Atau anda dah nak bersara, anda rancang nak buat bisnes selepas bersara? 
Anda nak buat persediaan untuk belajar bisnes sebelum bersara?

Anda tak tahu nak mula bisnes dari mana? 
Takda idea nak jual apa? 
Tak da modal nak berniaga?

Anda boleh masuk ke dalam group telegram Sk Biz - Community.

Dalam group tu anda boleh tanya soalan dan berbincang tentang bisnes.


Semoga bermanfaat.

Shah - Sk Biz.

Wednesday, January 4, 2023

Ini nasihat untuk orang yang sedang bekerja tapi minat nak buat bisnes.

Anda sedang bekerja? 
Sudah ada kerja tetap? 
Tapi ada cita-cita nak mulakan perniagaan sendiri satu hari nanti?

Ini antara persediaan yang anda boleh buat.

Sebelum itu, jom kita lihat masalah yang sering dihadapi oleh mereka yang baru nak mula berniaga. Ini antaranya:-

1. Tak tahu nak jual apa.

2. Tak tahu nak mula dari mana.

3. Takda modal nak mula berniaga.

4. Takut rugi / takut kena tipu.

5. Takda masa.

6. Takda ilmu yang betul untuk mula berniaga.

7. Rasa berniaga terlalu susah sehingga tak berani nak mula.

8. Rasa berniaga tu mudah / overconfident boleh untung. 

===

Faham realiti sebenar dunia perniaagaan.

Berniaga itu susah. Ia tidaklah semudah yang digembar gemburkan di luar sana, yang mengatakan semua orang boleh berbisnes.

Kalau anda jumpa orang yang mengatakan bisnes itu mudah, saya nasihatkan anda cepat-cepat lari. 

Itu samaada mereka nak pancing anda jual produk mereka dengan menjadi ejen atau mereka nak jual kelas bisnes mereka.

Apabenda yang susah tu?

Susah bermaksud anda perlu luangkan masa yang cukup untuk membangunkan bisnes anda. 

Tambahan lagi untuk orang yang baru berjinak-jinak dalam berniaga.
Tambahla susah. Pertama kali buat kan?

Sekiranya anda sedang bekerja, siang anda bekerja dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. 

Bilakah masa untuk anda luangkan terhadap perniagaan anda?

Sudah tentu masa yang ada hanya di watktu malam. 

Meluangkan masa selama 1 ke 2 jam setiap malam setelah penat bekerja disiang hari bukan perkara yang mudah.

Ada orang mungkin boleh luangkan masa selama 2 jama setiap malam untuk minggu pertama saja. 

Masuk minggu ke dua dah tak mampu.
Susah sebenarnya untuk konsisten luangkan masa pada perniagaan setiap malam.

Anda perlu berkorban, tidak ada masa untuk keluarga dan anak-anak, tidak ada masa untuk lepak-lepak minum teh tarik dengan kawan-kawan di kedai mamak, tidak ada masa untuk rileks layan netflix dan sebagainya.

Masa yang ada , anda pelu gunakan untuk belajar tentang bisnes dan jalankan bisnes.

=

Bisnes tidak semudah kita buat iklan dan ia terjual dengan sendiri. 

Ia tidak semudah kita panggil orang dan tunjuk produk kita pada orang dan orang akan terus beli.

Ia tidak semudah kita buat posting di fb, instagram, buat live di tik tok kemudian orang terus beli produk kita. tidak begitu.

Anda perlukan masa untuk buat marketing. Anda perlu faham pelanggan. Anda perlu buat kajian mendalam tentang pelangga.

Tanya pelanggan apa masalah mereka, apa kesusahan mereka, apa kekecewaan mereka dan sebagainya.

Bukan perkara mudah untuk buat marketing ini, terutamanya perihal mengenal pelanggan. Banyak kajian yang perlu dibuat, banyak perkara yang perlu diujikaji.

==

Bisnes tidak semudah anda melihat orang naik kereta mewah, beli rumah besar, bercuti sana sini, beli barangan berjenama dan sebagainya.

Jangan terpedaya dengan simbol-simbol kemewahan yang kadangkala sengaja ditunjukan di media sosial. 

Biasanya orang yang betul-betul kaya dia tidak akan menunjuk-nunjuk kemewahan mereka. 

Orang-orang yang jenis suka menunjukan kemewahan ini mesti ada sesuatu yang dia mahukan dari anda. Anda udang disebalik mee.

Mungkin dia nak anda jual produk mereka, mungkin dia nak tarik anda masuk skim mereka dan sebagainya. 

=

Tip of iceberg.

Orang - orang bisnes yang kita lihat mereka berjaya hari ini, mereka naik kereta mewah, bercuti sana sini, beli rumah besar, itu hanyalah satu bahagian dari kehidupan mereka.

Itu ialah kehidupan setelah mereka berjaya. 

Sebelum mereka berjaya, dimana mereka berada? Apa yang mereka buat?

Kejayaan yang kita lihat itu ialah hanya "one tips of iceberg".

Cuba tanya kepada mereka yang dah berjaya, bagaimana kehidupan mereka sebelum mereka berjaya?

Mungkin ada yang pernah rugi ratus ribu, berhutang sana-sini, ada masa tak cukup duit nak makan, duit dalam wallet hanya tinggal RM5 saja, tidur tak menentu, selalu tak balik rumah, hanya tidur di ofis saja, tak da masa nak pergi bercuti, dah buat macam-macam ekperimen tapi masih tak jadi, dan sebagainya.

Berbagai kesusahan yang mereka hadapi sebelum mereka dapat apa yang mereka usahakan.

===

Bisnes itu susah, tapi ramai saja yang berjaya.

Iya, bisnes itu susah.
Iya, bisnes itu berisiko.

Orang kata, Bisnes itu rugi dah tentu, untung belum tahu.

Bila kita kata bisnes itu susah, itu bukan bermaksud mustahil untuk kita berjaya dalam bisnes. Anda boleh lihat ramai saja orang yang berjaya dalam berbisnes.

Bisnes walaupun ia susah, tapi dengan persediaan dan cara yang betul, kita boleh saja berjaya.

Apabila kita faham realiti bisnes itu susah, maka kita perlu buat persediaan untuk menghadapinya.

Sebenarnya, ada cara yang betul untuk kita mulakan bisnes tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. 

Ada saja cara untuk kita kurangkan risiko rugi dalam berbisnes.
Ada saja cara, kalau kita rugi pun, kita tidak terasa sangat, kita boleh tanggung kerugian tersebut.

===

Apa persediaan yang anda kena buat?

1. Persediaan ilmu. 

Belajarlah ilmu berkaitan tentang bisnes. 
Zaman sekarang sudah banyak orang berkongsi tentang ilmu yang berkaitan bisnes. 

Kalau anda Google, anda akan jumpa banyak tips tentang bisnes.

Ada yang kata anda perlu belajar menjual, belajar kira-kira bisnes, belajar pengurusan bisnes, belajar buat iklan di FB dan sebagainya.

Kalau tanya saya apakah yang pertama sekali anda kena belajar ialah anda kena belajar mengenal pelanggan.

Mengenal pelanggan bermaksud :-

Anda tahu dengan jelas siapa pelanggan anda.
Anda faham masalah pelanggan.
Anda tahu apa yang pelanggan mahu.

Kenapa kena kenal pelanggan?

Sebab dengan kenal pelanggan :-

Anda akan tahu nak jual apa.
Anda akan dapat banyak idea nak jual produk atau servis apa.
Anda akan lebih mudah menjual.
Anda akan lebih mudah buat iklan.

Ini dapat mengurangkan risiko anda rugi.
Anda juga tak perlu modal besar untuk bermula.

Dimana nak belajar ilmu mengenal pelanggan ni?

Anda boleh belajar ilmu mengenal pelanggan dengan belajar marketing.

Sekarang ni banyak orang berkongsi tentang marketing.
Anda Google je.

Kalau nak mudah dan murah anda beli je buku yang bercerita tentang marketing.
Ada banyak buku marketing yang bagus-bagus di luar sana.

Harga bawah RM100 saja. 


Apabila anda belajar dan faham tentang marketing, anda sedang buat bersediaan untuk berbisnes, anda telah mengurangkan risiko untuk anda rugi dalam berbisnes.


=

2. Persediaan minda

Bisnes yang bagus ialah bisnes yang menyelesaikan masalah pelanggan. 

Apabila kita berbisnes, secara tidak langsung kita sukarela mahu menyelesaikan masalah pelanggan.

Pelanggan ada berbagai masalah yang mahu diselesaikan, maka kita mesti mampu berfikir untuk mencari solusi kepada masalah pelanggan.

Selain itu, bisnes ni susah. 

Anda akan jumpa berbagai masalah dan halangan. 
Anda perlu berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan semua masalah dan halangan tu.

Klik sini untuk tahu cara jadi kreatif.

Anda kena mula baca buku sebagai persediaan minda.
Baca buku supaya minda anda dapat input atau maklumat yang berguna.

Dengar podcast tentang ilmu. 

Ada banyak podcast yang bagus diluar sana yang anda boleh dengar.

Pergi ke Youtube search nama-nama ni Seth Godin, Farnam street, Tim Feris dan sebagainya.

Baca blog atau artikel yang bermanfaat.

Kurangkan membaca perkara yang tidak bermanfaat seperti gosip artis, berita-berita sensasi dan sebagainya.

Kurangkan mendengar radio yang berceloteh ntah apa-apa.
Bercoleteh tentang perkara yang tidak memberi manfaat kepada anda.

Tapis segala maklumat yang masuk kedalam minda anda.

"Garbage in, garbage out" - kalau sampah yang masuk dalam minda, maka sampah la yang keluar. 

Kalau permata yang masuk dalam kepala, maka permata yang berharga lah yang keluar.

Kita lihat apa orang yang betul-betul kaya cakap tentang tabiat membaca seperti di bawah ini.

"“In my whole life, I have known no wise people (over a broad subject matter area) who didn't read all the time -- none, zero. 

You'd be amazed at how much Warren reads--and at how much I read. My children laugh at me. They think I'm a book with a couple of legs sticking out.”

~ Charles T. Munger.

=

3. Persediaan emosi

Kena tahan stress atau tekanan. 

Ramai orang yang bekerja faham, apabila dia berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri, dia akan kurang stress.

Dia rasa dia tidak akan stress lagi dengan arahan bos ditempat kerja.
Dia rasa dia tidak akan stress lagi dengan dateline di pejabat. 

Iyalah dah kerja sendiri kan? Dah jadi bos sendiri.

Sebenarnya, itu cara fikir yang salah.
Bisnes bukan tempat anda hilangkan stress. 

Iya betul.

Anda sudah tidak perlu dengar arahan dari bos yang anda tak suka. 
Anda sudah tidak perlu bekerjasama dengan rakan sekerja yang tak sebulu. 
Anda sudah tidak perlu mengejar deadline yang ditentukan.

Tapi anda mungkin akan stress memikir jualan tak masuk-masuk.
Anda dah buat macam-macam tapi jualan masih tidak ada.

Anda mungkin stress tak cukup duit bulanan untuk bayar utiliti seperti sewa rumah, kereta dan sebagainya. 

Iyalah, jualan tidak ada kan?

Anda mungkin stress dengan bebelan isteri anda.
Stress dengan kata-kata dan kutukan orang lain.

Anda mungkin akan stress sebab bersengkang mata fokus membangunkan bisnes. 
Stress lihat kawan-kawan lain dah ada rumah, dah ada kereta besar, tapi anda masih tidak ada. 

Bermacam-macam jenis stress anda bakal hadapi.

==

4. Persediaan fizikal.

Sudah tentu kita perlukan fizikal yang sihat supaya kita dapat bekerja membangunkan bisnes tersebut.

Kalau sakit, macam mana nak buat kerja.
Kalau badan sakit, mental dan emosi juga akan terganggu.

Oleh itu, anda perlu jaga pemakanan. 

Kurangkan gula, kurangkan karbohidrat dalam pemakanan. 
Makan lebih protin. 
Bersenam, buat aktiviti fizikal.

Buat medical check up selalu.

===

Mula je, buat je.

Anda dah buat semua persediaan di atas.

Then, what's next?
Apa yang perlu dibuat seterusnya?

Anda applikasikan lah ilmu marketing yang anda belajar tu.

Buat je.
Mula sikit-sikit.
Buat kecil-kecil dulu.

Mula dengan mencari pelanggan dulu.
Mula dengan mengenal pelanggan dulu.

Mula dengan bertanya, masalah pelanggan mana yang nak diselesaikan? 
Jual sikit-sikit dulu. 

Dari 1 jualan, gandakan kepada 2 jualan, kemudian gandakan kepada 4 jualan, kemudian gandakan kepada 8 jualan dan seterusnya.

==

Khas untuk anda yang sedang bekerja tapi nak belajar tentang bisnes.

Atau anda dah nak bersara, anda rancang nak buat bisnes selepas bersara? 
Anda nak buat persediaan untuk belajar bisnes sebelum bersara?

Anda tak tahu nak mula bisnes dari mana? 
Takda idea nak jual apa? 
Tak da modal nak berniaga?

Anda boleh masuk ke dalam group telegram Sk Biz - Community.

Dalam group tu anda boleh tanya soalan dan berbincang tentang bisnes.
Sesuai untuk newbie.


Semoga bermanfaat.

~ Shah - Sk Biz.