Dalam Part 1, kita belajar tentang prinsip reciprocation - beri dulu dan dunia akan balas balik.
Dalam Part 2, kita belajar tentang prinsip compound interest - konsisten dalam apa yang anda buat, sedikit demi sedikit, dalam jangka masa yang panjang.
Kalau anda perasan, kedua-dua prinsip ini sebenarnya tak lengkap tanpa satu sama lain. Ia kena ada dua-dua, bergabung dan meletop.
Reciprocation tanpa konsisten
Bayangkan anda mula buat baik pada seseorang. Anda beri perhatian.
Anda dengar dan hormati mereka.
Tapi selepas seminggu, anda berhenti. Anda sibuk atau anda lupa.
Apa yang berlaku?
Orang tu mula tertanya-tanya. "Dia ni genuine ke tidak? Atau dia ada agenda lain?" Kepercayaan yang mula terbina tadi mula goyah.
Contoh lain - Sebagai seorang jurujual anda selalu hubungi pelanggan untuk membangunkan hubungan yang baik.
Tapi selepas sebulan, anda sudah tidak hubungi pelanggan tersebut.
Apa yang akan terjadi?
Sudah tentu pelanggan tersebut akan lupa pada anda juga.
Iyalah, anda bukan seorang saja, jurujual yang berhubung dengan dia.
Tentu ada jurujual yang lain menghubungi pelanggan tersebut.
Reciprocation tanpa konsisten hanya menghasilkan kesan yang sementara.
Konsisten tanpa reciprocation
Sekarang bayangkan sebaliknya. Anda konsisten.
Setiap hari buat sesuatu. Tapi apa yang anda buat itu salah dari awal.
Anda konsisten menuntut perhatian tanpa memberi perhatian.
Anda konsisten mengharapkan orang dengar anda tanpa anda dengar mereka.
Anda konsisten mahu dihormati tanpa menghormati orang lain.
Apa yang berlaku?
Anda akan dapat hasil yang sama setiap hari - tiada apa-apa.
Atau lebih teruk, anda akan dapat lebih banyak penolakan.
Konsisten tanpa reciprocation adalah seperti mengayuh basikal ke arah yang salah dengan penuh semangat.
Anda penat, tapi anda tak sampai ke destinasi yang anda mahu.
Reciprocation + Consistent = Success in life.
Bila digabungkan inilah formula hidup terbaik dan berjaya.
Peter Kaufman simpulkan ini dalam satu ayat yang sangat mudah:
"Go positive and go first, and be constant in doing it."
Be positif dan mulakan dulu itu reciprocation.
Buat secara konsisten itu compound interest.
Gabungkan kedua-duanya dan anda ada formula hidup terbaik untuk capai apa yang anda mahu.
Bukan sahaja untuk berjaya dalam kerjaya atau bisnes.
Tapi untuk dapat apa yang semua manusia betul-betul mahu seperti perhatian, didengari, dihormati, rasa bermakna dan disayangi.
3 ciri pelaburan yang bagus dan kaitannya dengan hidup anda.
Peter Kaufman juga sebut sesuatu yang menarik tentang pelaburan.
Dia kata pelaburan yang bagus ada tiga ciri iaitu:
- Pulangan yang tinggi (superior returns)
- Risiko yang rendah (low risk)
- Jangka masa yang panjang (long duration)
Kebanyakan orang hanya fokus pada nombor satu - nak pulangan tinggi, nak hasil cepat. Dua lagi mereka abaikan.
Tapi orang yang bijak, dia akan lihat ketiga-tiga ciri itu sama penting.
Konsep pelaburan ini bukan sahaja untuk buat duit.
Ia boleh diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan anda.
Hubungan anda dengan orang sekeliling adalah satu pelaburan.
Kerjaya anda adalah satu pelaburan. Reputasi anda adalah satu pelaburan.
Soalan yang anda boleh tanya - adakah "pelaburan" anda dalam kehidupan ni menghasilkan tiga ciri yang sama?
Pulangan yang tinggi?
Kalau anda amalkan reciprocation - beri dulu, hormati dulu, dengari dulu , orang akan balas balik.
Kepercayaan akan terbina. Peluang akan datang.
Hubungan akan mengukuh.
Ini adalah pulangan yang jauh lebih tinggi dari sekadar menuntut tanpa memberi.
Risiko yang rendah?
Macam mana nak dapat risiko yang rendah?
Jawapannya ialah - win-win.
Peter Kaufman kata ini adalah blind spot terbesar dalam bisnes dan kehidupan.
Ramai orang bangga dengan hubungan win-lose - "aku dapat lebih, dia dapat kurang." Mereka rasa itu kejayaan.
Tapi hubungan win-lose adalah hubungan yang rapuh.
Bila pihak yang kalah ada pilihan lain, mereka akan pergi.
Dan anda terpaksa mulakan semula dari kosong.
Hubungan win-win pula adalah hubungan yang kukuh.
Bila kedua-dua pihak rasa mereka menang, mereka tak ada sebab untuk pergi.
Risiko jadi rendah secara automatik.
Jangka masa yang panjang?
Inilah di mana compound interest masuk.
Hubungan win-win yang konsisten akan berkembang dari masa ke masa.
Kepercayaan yang terbina hari ini akan jadi lebih kuat esok.
Dan semakin lama anda konsisten, semakin kuat "pelaburan" anda dalam kehidupan.
Ini bukan tentang berjaya semata-mata
Ada satu perkara penting yang perlu anda faham.
Prinsip ini bukan semata-mata untuk berjaya dalam kerjaya atau untuk buat lebih banyak duit.
Ia tentang sesuatu yang jauh lebih besar dari itu.
Ia tentang cara hidup yang terbaik.
Fikirkan dua jenis kehidupan ini:-
Hidup pertama - anda habiskan setiap hari melawan orang sekeliling anda.
Anda lawan untuk dapatkan apa yang anda mahu.
Anda pentingkan diri.
Anda fokus pada apa yang anda boleh dapat, bukan apa yang anda boleh beri.
Mungkin anda berjaya dari segi material. Tapi anda penat. Anda rasa kosong.
Dan bila anda sampai ke penghujung hidup, anda sedar yang anda tak ada apa yang betul-betul bermakna.
Hidup kedua - anda habiskan setiap hari dengan memberi dulu.
Anda beri perhatian, anda dengari, anda hormati.
Anda beri makna pada hidup orang lain.
Anda buat ini secara konsisten, setiap hari, tanpa mengharapkan balasan segera.
Mungkin perjalanan anda lebih perlahan.
Tapi anda ada sesuatu yang lebih berharga - kepercayaan, hubungan yang bermakna dan rasa yang betul-betul hidup.
Ada peribahasa menyebut: "Kalau nak pergi cepat, pergi sorang. Kalau nak pergi jauh, pergi bersama."
Ramai orang pilih untuk pergi cepat sorang.
Tapi bila mereka sampai ke destinasi, mereka sedar tiada siapa bersama mereka.
Anda berani nak mulakan dulu?
Kita semua tahu prinsip ini. Kita semua faham ia logik.
Tapi seperti yang kita belajar dari Daniel Kahneman - mengetahui dan melakukan adalah dua perkara yang berbeza.
Jadi soalan sebenar bukan "Adakah prinsip ini betul?"
Soalan sebenar adalah - adakah anda berani untuk mulakan dulu?
Berani untuk beri perhatian dulu, walaupun anda tak pasti orang tu akan balas.
Berani untuk hormati orang lain dulu, walaupun anda rasa anda yang lebih layak dihormati.
Berani untuk konsisten, walaupun hasilnya tak nampak lagi.
Berani untuk cipta hubungan win-win, walaupun anda cenderung untuk menang sorang-sorang.
Dunia ini bergerak mengikut prinsip reciprocation dan compound interest.
Ia tak pilih kasih. Ia tak kira siapa anda, apa latar belakang anda atau berapa banyak duit yang anda ada.
Ia hanya balas apa yang anda beri secara konsisten, sedikit demi sedikit, dalam jangka masa yang panjang.
Soalnya sekarang apa yang anda nak mulakan dulu hari ini?
Sebenarnya banyak prinsip dan konsep dalam alam ini, kalau kita betul-betul faham dan applikasikan dalam hidup ini, kita boleh dapat apa yang kita mahu.
Saya pun sedang belajar dan terokainya dengan lebih mendalam. Kalau anda mahu sertai perjalanan ini boleh join channel whatsapp Sk Biz Solution.
Saya akan kongsikan apa yang saya dapat supaya kita sama-sama belajar.

