Kalau diberi pilihan :-
1. Kerja sikit tapi hasilnya banyak.
2. Kerja banyak tapi hasilnya sikit.
Anda pilih yang mana? Nombor 1 atau 2?
Sudah tentu anda pilih yang no.1 kan?
Siapa yang tak nak, buat kerja sikit tapi hasilnya banyak atau berganda.
Semua orang nak.
Tapi bagaimana caranya?
Gunakan 4 kuadran masa seperti di bawah ni.

Semua kerja yang kita buat bergantung pada 4 kuadran masa ini.
Kita boleh semak kerja-kerja yang kita buat setiap hari termasuk dalam kuadran yang mana?
Urgent atau segera - Kerja mendesak yang memerlukan perhatian kita dengan segera.
Ia perlu dibuat sekarang seperti menjawab panggilan telefon, menyelesaikan masalah pelanggan dan sebagainya.
Important atau penting - Kerja yang mesti kita buat untuk mencapai matlamat yang kita mahu.
=
Kuadran 1 - urgent & important.
Kerja-kerja di kuadran ini ialah kerja yang penting dan memerlukan perhatian kita dengan segera. Ia menyumbang kepada matlamat yang kita mahu capai.
Contoh.
Anda seorang peniaga - menjawab panggilan pelangan adalah aktiviti dikuadaran 1.
Anda seorang pekerja - mengejar deadline adalah aktiviti dikuadran 1.
Aktiviti dikuadran ini biasanya bersifat jangkamasa pendek dan berulang-ulang.
Ia akan sentiasa ada dan sentiasa bertambah.
Jika tidak diurus dengan baik, kita akan menjadi sangat sibuk.
Itu yang menyebabkan kita seolah-olah tidak ada life.
Lama kelamaan kita akan penat dan burn-out.
Bila penat dan burn-out kita cenderung untuk buat aktiviti dikuadran 4.
=
Kuadran 2 - Not urgent & important.
Kerja-kerja di kuadran ini penting tapi ia tidak mendesak.
Ia tidak memerlukan perhatian yang segera.
Sebab itu ramai orang terlepas pandang aktiviti dikuadran ini.
Aktiviti di kuadran ini bersifat jangka masa panjang namun, ia ialah kunci kepada hidup yang produktif.
Ia memberi impak yang besar pada kita.
Ia menyumbang hasil yang banyak pada matlamat kita.
Tapi ramai orang tak fokus buat kerja di kuadran ini sebab hasilnya lambat.
Hari ini kita buat, kita tak dapat hasilnya esok.
Mungkin 3 bulan, mungkin 1 tahun atau lebih.
Orang yang berjaya mereka banyak buat aktiviti dikuadran ini.
Contoh.
Anda seorang peniaga - Belajar marketing dan membuat rancangan marketing adalah aktiviti di kuadran 2.
Anda seorang jurujual - Membina hubungan yang baik dengan pelanggan adalah aktiviti di kuadran 2.
=
Kuadran 3 - Urgent & not important.
Kerja yang perlu perhatiaan segera tapi ia tidak penting pada kita.
Kerja tersebut tidak menyumbang pada matlamat kita.
Kerja pada kuadran ini ialah gangguan pada kita.
Biasanya kerja-kerja di sini ialah kerja yang menyumbang kepada agenda orang lain.
Contoh
- Menjawab panggilan telefon dari telesale atau orang yang tidak dikenali.
- Gantikan kawan untuk masuk meeting yang tidak ada kena mengena dengan skop kerja.
=
Kuadran 4 - Not urgent & not important.
Kita perlu elakan dari membuat kerja-kerja di kuadran ini kerana ia tidak penting dan tidak menyumbang kepada matlamat kita.
Contohnya - Main game, melepak bersembang kosong dengan kawan-kawan dan sebagainya.
=
Tak banyak masa dah.
Kita tak punyai banyak masa, satu hari kita hanya ada 24 jam saja.
24 jam ini kita kena bahagi kepada banyak perkara antaranya masa untuk bekerja, masa untuk keluarga, masa untuk kawan-kawan, masa untuk diri sendiri, masa untuk pencipta kita dan sebagainya.
Oleh kerana itu, kita perlu cermat dan berhati-hati membahagikan masa.
Kita perlu membahagikan masa mengikut keutamaan.
Jika tidak, kita akan sentiasa sibuk, tapi hasilnya tiada.
Rugi je.
=
Capai impian dan matlamat anda.
Setiap orang mempunyai impian dan matlamat yang mahu dicapai.
Tapi malangnya ramai orang masih tak capai apa yang dia mahu.
Puncanya ialah mereka tak buat kerja atau tindakan yang memberi impak pada impian dan matlamat mereka.
Oleh kerana itu, kita perlu semak semula tindakan atau kerja yang kita buat setiap hari.
Kita sedang buat kerja atau aktiviti pada kuadran mana?
Orang yang berjaya , dia akan fokus untuk buat kerja di kuadran 1 dan 2.
Tetapi secara perlahan-lahan dia akan cuba lebihkan untuk buat kerja di kuadran 2, kerana ini lah kunci kepada produktif.
Orang yang berjaya, dia akan elakan untuk buat kerja di kuadran 3 dan 4, kerana aktiviti dikuadran ini tidak menyumbang kepada impian dan matlamatnya.
Semoga bermanfaat.
~ Shah - Sk Biz.