Sk Biz Solution - Community: June 2023

Wednesday, June 28, 2023

Seni & Kreativiti - Adakah anda orang yang berSENI?




Bila terbaca perkataan SENI atau ART - apa perkara pertama yang tergambar dalam fikiran anda?

Biasanya orang akan tergambar :-

*Seorang yang berpakaian unik, pakai topi, pakai selendang, di tangan kanan ada pensel warna dan dia sedang melukis gambar seseorang.

*Seorang tua sedang mengukir sebuah kayu menjadi bentuk-bentuk tulisan khat.

*Seorang pemuzik sedang menyanyi sambil tangan kanan memetik gitar.

*Seorang komposer sedang menulis lagu dan mencari rentak iramanya.

Begitulah pemahaman kita tentang seni.

Kita faham seni itu sesuatu yang halus, unik dan susah untuk dihasilkan.

Kita faham seni itu bukan untuk semua orang, hanya orang yang kreatif saja boleh buat dan kreativiti itu satu anugerah. It is gifted.

Kalau anda berfikiran sedemikian.  Anda telah melihat seni itu dari sudut yang sempit.

Jom besarkan pandangan anda.

=

Apa itu seni?

Seni bukan eksklusif hanya untuk sebahagian orang saja.
Ia bukan hanya untuk pelukis, penulis, penyanyi, pelakon dan yang sewaktu dengannya saja.

Ia untuk semua.
Ia untuk anda yang sedang bekerja di pejabat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Ia untuk anda yang sedang hantar makanan menaiki motor.
Ia untuk anda yang sedang buka gerai berniaga di tepi jalan.
Ia untuk anda yang sedang melayan pelanggan di kaunter.

Ia untuk kita semua.
Ia untuk kita semua yang mahu menghasilkan sesuatu.

Seni ialah kesanggupan kita untuk keluar dari kepompong yang tersorok. Dari invisible to be visible. 

Seni ialah sikap dan kesungguhan kita untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik kita boleh hasilkan.  

Ia tak semestinya lukisan potret, lagu dan lakonan.

Ia boleh jadi applikasi atau sofware.
Boleh jadi sistem atau proses kerja dipejabat. 
Boleh jadi produk yang anda jual.
Boleh jadi layanan anda dikaunter.

Atau apa saja yang memberi manfaat kepada orang.
Ia memberi rasa pada orang.
Ia memberi rasa seronok, rasa terhibur, rasa terinspirasi, rasa disukai, rasa bangga, rasa dihargai, rasa lega pada orang.

Seni itu susah?

Iya, betul!

Ianya susah untuk anda yang pentingkan diri.
Ianya susah untuk anda yang mahu untung sekelip mata.
Ianya susah untuk anda yang tidak ada matlamat, visi dan misi.
Ianya susah untuk anda yang pasif, hanya duduk menunggu dan menyalahkan orang lain.

Seni itu untuk anda yang tidak pentingkan diri.
Ianya untuk anda yang mengambil berat tentang orang lain.
Ianya untuk anda yang mahu memahami dengan emphaty.
Ianya untuk anda yang ada visi dan misi.

Ianya untuk anda yang mahu menyelesaikan masalah orang dan memberi solusi kepada yang memerlukan.

Jika anda orang yang sebegitu, maka hasilkan lah sesuatu.

Lukis potret. 
Tulis lagu. 
Siapkan skrip.
Shoot the movie.
Tulis blog.
Tulis buku.
Sebarkan idea.
Bangunkan software.
Cipta produk. 
Bina sistem.
Bina proses kerja yang efektif.
Bangunkan bisnes.
Dan sebagainya.

Hasilkan sesuatu yang bernilai.
Hasilkan sesuatu yang bermanfaat.
Hasilkan sesuatu yang penting bagi orang lain.
Hasilkan sesuatu yang menyelesaikan masalah orang.
Hasilkan sesuatu yang menyentuh perasaan orang.
Hasilkan sesuatu yang orang dapat rasai.
Hasilkan sesuatu yang menggembirakan orang.
Hasilkan sesuatu yang memberi inspirasi pada orang.

Hasilkan dengan emphaty.
Hasilkan dengan rasa jujur, 
Hasilkan dengan rasa ingin memberi.
Hasilkan dengan rasa sifat pemurah.
Hasilkan dengan rasa obses mahu kebaikan pada orang.
Hasilkan dengan rasa mahu beri perubahan baik pada orang.

Hasilkan sekarang.

Buat setiap hari. 
Buat sehingga jadi.
Buat sikit-sikit dan berterusan setiap hari.

Buat ketika rasa bermotivasi.
Buat ketika rasa seronok,
Buat ketika rasa boring,
Buat ketika rasa down.
Buat ketika tiada siapa lihat.
Buat ketika ada orang lihat.
Buat ketika orang mengkeji.
Buat ketika orang ramai puji.
Buat saja.
Just show up everyday.

Seni adalah satu journey.
Jom mulakan journey anda.

~ Shah - Sk Biz

Friday, June 23, 2023

Buat satu benda ini kalau mahu jadi kreatif dan inovatif.




Bagaimana nak menjadi seorang yang kreatif dan inovatif?

Caranya ialah "Praktis setiap hari untuk jadi seorang yang kreatif dan inovatif"

Kreatif dan inovatif boleh dibangunkan.
Ia boleh diusahakan oleh setiap orang.

Anda boleh menjadi seorang yang kreatif dengan berlatih menjadi kreatif setiap hari.

Mahu keluarkan idea yang kreatif? Praktis tulis 10 idea setiap hari.
Mahu hasilkan penulisan yang kreatif? Praktis menulis atau bloging setiap hari.
Mahu hasilkan video yang kreatif? Praktis hasilkan video setiap hari.

"You can practice innovating if you are willing to generously publish your work, your ideas & your thoughts of the world". ~ Seth Godin.

Praktis atau berlatih untuk terbitkan hasil kerja, idea dan buah fikiran anda setiap hari.

Do it generously.
Buat dengan sungguh-sungguh.
Buat dengan niat mahu membantu mereka yang memerlukan.
Buat dengan harapan dapat memberikan kehidupan yang lebih baik.

Buat walaupun tidak dibayar.
Anda mungkin tidak dibayar sekarang.
Kali pertama, kali ke lima, kali ke lima belas, kali ke dua puluh, anda tidak akan dibayar.

Tapi percayalah, jika anda konsisten untuk praktis setiap hari.
Konsisten "showing up" everyday.
Lama kelamaan orang akan datang mencari anda.

Thursday, June 22, 2023

Bagaimana second brain dapat meningkatkan daya kreativiti anda?



Tahukah anda, second brain dan membantu meningkatkan daya kreativiti anda.

Kata Steve Job, " creativity is about connecting things."

Kebanyakan idea bukan datang secara tiba-tiba dari kosong. Biasanya ia datang dari gabungan beberapa maklumat yang kita pernah baca, lihat dan dengar sebelum ini.

Kita mungkin dah lupa maklumat tersebut, tapi ia tetap tersimpan dalam otak sepada sedar.

Sebab itu kebanyakan orang yang kreatif mereka mempunyai tempat penyimpanan maklumat mereka sendiri.

Kalau mereka mahu berkarya mereka akan rujuk kembali maklumat yang berkaitan untuk mendapatkan idea dan feel. 

Saya pernah dengar (tak pasti kat mana sebab dah lama), dikatakan pelakon dan pengarah Jackie Chan, ada sebuah bilik khas untuk dia berkarya. 

Dalam bilik itu penuh dengan gambar, imej dan poster. Beliau dapat banyak idea dan inspirasi ketika bekerja dalam bilik tersebut.

Ada satu kajian yang telah dibuat oleh seorang Neuroscientist yang bernama Nancy C. Andreasen. 

Dia telah buat kajian terhadap ahli sains, ahli matematik, artis dan penulis yang berjaya. 

Dari kajian tersebut dia telah buat kesimpulan - kebanyakan orang yang kreatif bagus dalam mengenali hubungan antara maklumat dengan maklumat yang lain. 

Mereka dapat menghubung dan menggabung antara maklumat, walaupun pada mulanya maklumat tersebut tidak berkaitan langsung, tapi setelah diproses ia menjadi satu maklumat, idea atau produk yang berguna. 

Kita mudah melihat apabila maklumat tersebut disimpan dalam satu tempat.

Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan kebarangkalian kita untuk mengenal pasti hubungan antara maklumat.

Sekarang ini maklumat sangat mudah didapati. Ada maklumat yang berguna dan tidak berguna.

Maklumat yang berguna kita perlu simpan, tapi, masalahnya otak kita tak mampu nak simpan banyak maklumat. 

"Your mind is for having ideas, not holding them."
 ~ David Allen, Author of getting things done.

Oleh itu, kita perlukan otak kedua atau second brain.

Ada orang panggil external brain, swipe file, knowledge management system dan sebagainya. 

Ini semua merujuk kepada satu tempat khas untuk kita kumpul dan simpan maklumat yang kita mahukan.

Pernahkah anda mengalami situasi ini?

Semasa tengah memandu terlintas satu idea yang menarik dalam fikiran anda, tapi bila sampai ke destinasi idea tersebut hilang. Anda tak boleh nak ingat idea tu.

Atau, anda ada terbaca satu artikel yang menarik. Anda dapati maklumat dalam artikel itu berguna untuk projek anda akan datang. Anda pun simpan artikel tersebut.

Tapi, bila sampai masa anda nak rujuk, anda tak jumpa cari artikel tu. Akhirnya, masa anda habis dengan mencari artikel tu saja.

Pernah jadi situasi di atas?

Jika ya, anda perlu membina "Second Brain" anda sendiri.

Tuesday, June 20, 2023

Ini latihan untuk berfikir secara kreatif.




Berfikir ialah satu kerja yang berimpak tinggi. Sebab itu para CEO syarikat dibayar tinggi untuk berfikir. Mereka perlu memikirkan strategi syarikat dan sebagainya,


Ramai orang tidak biasa berfikir dengan mendalam. Bila tak biasa, itu yang menyebabkan kita tak jumpa jalan penyelesaian apabila kita ada masalah.

Sebenarnya, banyak masalah boleh diselesaikan dengan kita duduk berfikir. Otak kita kalau dilatih berfikir setiap hari, ia mampu menghasilkan banyak idea yang kreatif.

Mula-mula memang kita rasa macam susah nak berfikir. Kita rasa susah nak keluarkan idea-idea yang kreatif. Tapi kalau dilatih setiap hari ia akan jadi mudah.

Bagaimana mahu berfikir?

Banyakan membaca dan menulis - 2 aktiviti ini sangat membantu kita dalam proses berfikir.

Membaca menambahkan input dalam otak, jadi otak kita akan menerima banyak maklumat untuk diproses.

Menulis pula sebagai output kepada otak. 

Kita tidak tahu hasil berfikir sehinggalah kita luahkan ia di atas sekeping kertas.

Apabila kita tulis barulah kita nampak hasilnya.
Itu lah karya kita.

Dari situ kita boleh perbaiki kelemahan yang ada.

Apa yang nak difikirkan?

Terpulang pada anda nak fikirkan apa. Ia tidak ada satu peraturan atau SOP yang khusus.
Setiap orang berlainan situasi. 

Tapi jika anda baru nak praktikan, anda boleh ambil ini sebagai panduan:-

1. Fikirkan tentang diri sendiri.

Ramai orang masih tak kenal diri dia sendiri. Dia masih tak tahu apa yang dia mahu dalam hidup. Masih tak tahu matlamat yang dia mahu capai. 

Tak tahu kekuatan, kelemahan, minat, prinsip dan nilai yang dipegang dalam hidup.

Sebab itu, hidupnya macam lalang. Tidak ada pendirian. 
Mudah dipermainkan dan digula-gulakan. 

2. Fikirkan tentang aktiviti hari ini.

Kalau saya boleh balik ke 20 tahun dahulu, saya akan cakap pada diri saya, untuk mula menulis jurnal atau diari setiap hari. 

Menulis jurnal dapat merangsang otak kita untuk berfikir. Ia juga membantu kita untuk sedar diri.

Tak perlu tulis panjang-panjang, cukup sekadar tulis apa perkara penting yang berlaku hari itu.

Tulis apa perasaan kita, apa pelajaran dan kesilapan yang boleh dipelajari pada hari tersebut.

Menulis jurnal secara tidak langsung membantu kita untuk buat refleksi diri.

3. Fikirkan masalah dan solusi.

Anda ada masalah yang perlu diselesaikan?

Ambil sehelai kertas, tulis masalah anda dan juga solusinya.

Senaraikan semua solusi yang terlintas dalam otak. Lagi banyak lagi bagus. Jangan kisah solusi itu dapat dijalankan atau tidak. Jangan kisah ialah logik atau tidak.

Anda tak perlu bimbang semua itu.

Tujuan kita untuk latih otak kita supaya berfikir dengan lebih mendalam.

Lagi dalam kita menggali, lagi bernilai. Macam-macam kita akan jumpa nanti.

Kesimpulannya,

Nak jadi seorang penulis? Tulislah setiap hari, anda sudah jadi seorang penulis.
Nak jadi seorang pelari? Berlarilah setiap hari, anda sudah jadi seorang pelari.
Nak jadi seorang pemikir? Befikirlah setiap hari, anda sudah jadi seorang pemikir.

Monday, June 19, 2023

Bagaimana menulis dapat meningkatkan daya kreativiti?



Jika membaca ialah input , maka menulis ialah output.

Kita masukan input (maklumat) ke dalam otak, otak memproses maklumat (berfikir) dan kita keluar kan output (hasil) dengan menulis.

Menulis ialah antara cara untuk mengeluarkan apa yang terkandung dalam otak.
Penulisan kita tidak teratur, caca merba dan tidak jelas?
Maka begitulah situasinya dalam otak kita.

Menulis dapat membantu kita menyusun kembali maklumat dalam otak.
Menulis dapat melatih otak berfikir dengan jelas.

Kadang-kadang kita pun rasa malu nak baca apa yang kita tulis.
Kita pun tak faham apa yang ditulis.

Itu biasa.
Terutamanya bagi yang baru menulis,

Seth Godin seorang marketer dan best seller author kata - Teruskan menulis. Just showing up everyday.

Dalam satu temubual, beliau pernah ditanya soalan-soalan sebegini:-

Bagaimana nak hasilkan penulisan yang bagus?
Bagaimana nak hasilkan idea yang bagus dan kreatif?
Tulisan saya teruk, bagaimana saya nak perbaikinya?

Seth Godin jawab.

Anda nak hasilkan tulisan yang bagus? Tunjukan saya 100 tulisan anda yang teruk.
Anda nak hasilkan idea yang bagus dan kreatif? Tunjukan saya 100 idea anda yang teruk dan tidak kreatif.

Di sini kita faham, jangan fokus pada hasil, tapi fokus pada proses menulis.
Konsisten menulis itu lebih penting dari hasil yang kita mahu.

Tulis je. Buat je.
Buat, belajar dan perbaiki.

Menulis adalah proses kita membuang sampah dari otak kita.
Ia umpama kita melombong emas.

Pada awalnya, kita buang tanah dan batu keras yang tidak diperlukan.
Kita gali sehingga bertemu emas yang berharga.

Begitu juga dengan otak kita.
Kita gali dan lombong otak dengan menulis.
Kita keluarkan sampah-sampah yang tidak diperlukan.
Kita gali dengan dalam sehingga jumpa emas yang bernilai.

Menulis dapat melatih otak kita berfikir dengan kreatif.
Ramai orang kata berfikir adalah proses dalaman yang berlaku dalam otak.

Sebenarnya, menulis itu adalah satu proses berfikir.

Satu hari ada orang datang ke pejabat Richard Fenyman untuk menemubual beliau.

Richard Fenyman ialah antara ahli fizik yang hebat dan penerima nobel prize dalam fizik di Amerika.

Setelah orang itu menemubual Fenyman, dia ternampak buku nota yang sering dibawa oleh Fenyman. 

Orang itu kata, "alangkah beruntungnya aku dapat melihat rekod hasil dari pemikiran Fenyman".

Bila dengar macam itu, Fenyman cepat-cepat jawab. "Dalam buku nota itu bukan rekod hasil dari pemikiran saya , tapi ia ialah proses saya berfikir, saya buat kerja saya di atas kertas."

Kata orang itu lagi, "Oh baik, kerja telah dilakukan dalam otak anda, tapi hasilnya direkodkan dalam buku itu".

Sekali lagi, Fenyman menafikan. "Tidak, tidak, ia bukannya rekod. Ia ialah kerja saya. Saya kena bekerja dengan kertas, dan itu lah kertasnya." 

Ramai bijak pandai masih lagi berdebat tentang bagaimana otak berfungsi, tapi ramai daripada mereka bersetuju tentang proses berfikir memerlukan sesuatu dari luar seperti scaffolding khususnya dalam bentuk penulisan.

"Creativity is just connecting the things. ~ Steve Jobs.

Dan Sfaffolding ini dapat membantu kita untuk connecting the things.
Menyambungkan satu maklumat kepada maklumat yang lain.

Oleh itu, menulislah.

Saturday, June 17, 2023

Bagaimana nak jadi seorang yang kreatif?




Ramai orang nak jadi kreatif.
Boleh selesaikan berbagai masalah.

Tapi bagaimana nak jadi kreatif?
Ada tak cara untuk kita latih otak kita menjadi kreatif?

Jawabnya, ada.

Sebelum nak jadi kreatif, kita kena tahu apa yang dimaksudkan dengan kreatif?
Kreatif itu bagaimana bentuk dia?
Apa definasi kreatif pada pandangan kita?

Biasanya kita akan panggil orang itu kreatif apabila:-

1. Dia dapat berikan idea yang kita pun tak pernah fikir idea tu.
2. Dia dapat selesaikan satu masalah yang kita pun tak tahu nak selesaikan masalah tersebut.
3. Dia hasilkan sesuatu karya seni yang unik dan bermanfaat seperti lukisan, lagu, filem, podcast, tulisan dan sebagainya.

Maka kita pun panggil dia kreatif

Ada juga orang kata, kreativiti ini satu pemberian. It's gifted.

Iya betul ia satu pemberian. 
Jadi beruntunglah kepada mereka yang dapat pemberian tersebut.

Dalam masa yang sama, kreativiti ini juga boleh diusahakan.

Selagi kita ada otak dan mampu berfikir, kita boleh berusaha untuk jadi kreatif.

Kita boleh latih diri  untuk jadi kreatif.

Bagaimana cara nak jadi kreatif?

Ada banyak cara untuk jadi kreatif.
Satu cara untuk jadi kreatif ialah dengan banyak membaca.

Boringkan jawapan?
Memang boring pun jawapannya. Tapi itulah hakikatnya.

Bill Gates membaca 50 buah buku setahun.
Mark Zuckerberg siap ada kelab buku lagi. 

Warren Buffett menghabiskan 80% masanya sehari dengan membaca.

Charlie Munger kawan rapat kepada Warren Buffet, pernah cakap banyak membaca adalah faktor utama kepada kejayaan dia hari ini.

Elon Musk, dalam satu interview dia pernah cakap, dia suka baca buku yang berkaitan dengan science fiction. Idea dan inovasi yang dia buat banyak dipengaruhi dari pembacaan tersebut.

Malah dia cerita, masa mula-mula dia bangunkan SpaceX, dia banyak buat kajian dengan membaca buku-buku teks, kertas-kertas akademi dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan roket, kejuruteraan aerospace dan sebagainya.

Anda semua kenal mereka ini kan?
Google je nama mereka anda akan jumpa siapa mereka.

Garbage in, garbage out.

Kita berfikir dengan memproses maklumat dalam otak kita.
Kita connecting the dots antara maklumat yang tersimpan dalam otak kita.

Jadi kalau maklumat yang ada dalam kita itu sampah, maka sampah la yang keluar.

Kalau maklumat yang ada dalam otak kita itu emas pertama, maka emas permata lah yang keluar.

Mana boleh dalam otak penuh sampah tiba-tiba nak keluar emas.

Itu analogi mudahnya.

Membaca dapat menambahkan maklumat emas dalam otak kita.
 
Baca buku tentang perkara yang anda nak pelajari.
Baca artikel-artikel yang berilmu, yang merangsang anda berfikir.

Dengar podcast atau interview-interview yang bermanfaat.
Hadiri training atau seminar-seminar yang berkaitan dengan kerja anda.
Tonton Youtube atau rancangan-rancangan yang mendidik.

Itu cara untuk kita tambah maklumat emas dalam otak kita.

Kurangkan atau jangan baca gosip-gosip artis yang ntah apa-apa.
Kurangkan baca berita-berita sensasi yang tak perlu.

Jangan layan konten-konten bodoh di YouTube, di Tik Tok atau mana-mana platform dengan alasan sekadar nak berhibur je.

Kurangkan sembang-sembang kosong di kedai kopi yang tak beri manfaat tu.

Jangan dengar lawak-lawak lucah yang tak lawak di radio-radio atau di mana-mana platform.

Itu cara untuk kita buang sampah dalam otak kita.
Kita kena jaga otak kita dari dicemari dengan maklumat sampah tu.

Kita kena pandai pilih dan tapis perkara yang masuk dalam otak kita.
Sebab, apa yang ada dalam otak kita, benda itu lah yang akan keluar.

Sebagai kesimpulan.

Akan ada orang tanya, masalahnya saya tak minat membaca.
Ada tak cara untuk saya minat membaca?

Jawabnya ada, yang itu, nanti ada masa saya akan cerita. :)