Sk Biz Solution - Community: February 2023

Tuesday, February 7, 2023

Ini senarai buku marketing untuk anda yang baru nak mula bisnes.

Masalah yang selalu dihadapi oleh orang yang baru nak mula bisnes ialah mereka tiada ilmu marketing.

Marketing ialah nadi kepada bisnes.
Tiada marketing, tiadalah pelanggan.

Sebagai orang baru, anda mungkin perlukan penerangan yang mendalam tentang marketing.

Oleh itu saya syorkan anda beli dan baca buku tentang marketing yang saya senaraikan di bawah ni. Harga bawah RM100.

Kebanyakan buku yang saya senaraikan ini ditulis oleh pemain industri itu sendiri. 

Penulis buku seorang usahawan dan dia menulis berdasarkan pengalamannya berniaga.

Oleh itu ia sangat praktikal dan mudah diikuti oleh newbie.



















1. The 1-page marketing plan - By Allan Dib.

Anda nak belajar bagaimana nak mulakan bisnes dari kosong? 
Bagaimana nak buat marketing plan dari kosong?

Buku ini sesuai untuk anda.
Ia sangat lengkap untuk anda yang baru nak bermula.

Dalam buku ini, penulis telah kongsikan langkah demi langkah apa yang anda perlu lakukan untuk mula berbisnes.

Secara ringkasnya , penulis telah bahagikan mengikut 3 fasa iaitu :-

i. Fasa sebelum mendapatkan pelanggan.

Apa yang anda perlu buat sebelum nak mendapatkan pelanggan seperti pemilihan target market, cara menulis mesej yang berpengaruh dan sebagainya.

ii. Fasa sedang mendapatkan pelanggan.

Fasa ini sangat best sebab penulis terangkan strategi bagaimana anda boleh dapatkan pelanggan yang berterusan iaitu dengan membina infrastruktur pemasaran anda sendiri.

iii. Fasa selepas mendapatkan pelanggan.

Ramai bisnes owner terlepas pandang fasa selepas mendapatkan pelanggan.

Fasa selepas mendapatkan pelanggan ini ialah fasa yang sangat penting supaya sesebuah bisnes itu bertahan lama.

Apa yang anda perlu buat pada fasa ini? 
Semuanya ada diterangkan oleh penulis dalam buku ini.

Buku ini memberi gambaran secara keseluruhan proses yang perlu dilakukan oleh pendiri bisnes supaya mendapat pelanggan yang berterusan.

Bahasa dan terma yang digunakan sangat mudah.

Perbincangannya juga tidak terlalu mendalam sehingga menyukarkan orang yang baru nak berniaga untuk memahaminya. 


















2. This is marketing - By Seth Godin

Google nama Seth Godin. 
Anda akan jumpa banyak maklumat berkenaannya.

Anda akan nampak blog post dan video perkongsian beliau tentang business, marketing, creativity, personal development dan sebagainya.

Seorang usahawan, marketer dan penulis buku.
Banyak buku beliau yang best seller, terjual ribuan naskhah.

Prinsip dan idea yang dibawa oleh Seth Godin sangat logikal, fundamental, mengikut hukum alam dan fitrah manusia.

Seth Godin sangat menekankan prinsip dan asas marketing.
Beliau terangkan prinsip dan asas tersebut  dengan lebih mendalam dalam buku ini.

Bagi saya buku ini perlu dibaca oleh mereka yang nak buat bisnes sebab ia akan memberikan banyak idea kepada anda.

Buku ini antara buku yang menjadi rujukan saya apabila saya stuck atau tak da idea.

Biasanya otak saya akan release dan banyak idea yang akan keluar selepas saya baca buku ini.


















3. All marketers are liars - By Seth Godin

Bagaimana anda mahu membina mesej yang berpengaruh?
Bagaimana anda mahu menyebarkan mesej anda kepada orang ramai?

Sekarang ini persaingan sangat tinggi.
Perhatian (attention) dan kepercayaan (trust) adalah 2 perkara yang terhad.

Pelanggan dihujani dengan berbagai maklumat dan mesej setiap hari.

Ada berpuluh papan tanda terpampang disepanjang lebuhraya dari utara ke selatan.
Ada beratus mesej didengari di radio.
Ada beribu mesej terlihat di sosial media.

Pelanggan sudah banyak pilihan.
Mereka boleh memilih kepada siapa untuk beri perhatian dan kepercayaan mereka.

Tanpa perhatian mesej anda tidak akan tersebar.
Pelanggan tidak baca mesej anda.
Pelanggan tidak akan percaya pada anda.

Apa solusinya?

Apa strategi yang boleh digunakan untuk memenangi perhatian dan kepercayaan pelanggan?

Jawabnya ialah STORY.

Story di sini bukan storytelling, seperti once upon a time, bla bla bla .....
Story di sini lebih besar, luas dan mendalam.

Story di sini adalah shorcut yang anda boleh gunakan untuk menyebarkan mesej anda.
Ia adalah shorcut untuk anda dapatkan perhatian pelanggan dan kepercayaan mereka.

Nak tahu lebih lanjut saya syorkan anda baca buku ini.


















4. Permission marketing - By Seth Godin.

Most marketing is spam. TV ads are spam. 
Direct mail to strangers is spam. 
Permission the privilege of talking to people who want to hear from you, is the future. 
~ Seth Godin.

Sekiranya anda menghantar email kepada 100 orang pelanggan berapa orang yang buka email anda?

Berapa orang yang baca email anda?
Berapa orang yang menjawab email anda?

Sekiranya hanya 4 orang, then anda kena lihat balik mesej anda, lihat balik produk anda.

Build a better product that worth for people to talk about.

Ini antara idea yang dibawa dalam buku permission marketing.

Kebanyakan marketing diluar sana ialah interruption marketing.
Marketer menghantar mesej yang tidak releven kepada audience.
Marketer menggangu audience dengan spamming. 

Mesej anda akan masuk ke kotak junk email.
Mesej anda tidak akan dibaca.
Mesej anda tidak diendahkan.

Solusi kepada masalah ini ialah permission marketing.

Audience sendiri memberi anda kebenaran untuk menghantar mesej kepada mereka.
Audience tertunggu-tunggu mesej daripada anda.
Audience akan tercari-cari anda jika sudah lama mereka tidak mendapat mesej dari anda.

Dalam buku ini Seth Godin akan kongsikan bagaimana untuk praktikan strategi permission marketing dalam bisnes anda.


















5. Dotcom secrets - By Russell Brunson

Anda nak belajar berkenaan online marketing?
Anda nak belajar bagaimana nak memasarkan produk atau servis anda secara online?

Saya syorkan anda baca buku ini.

Mungkin anda rasa memasarkan produk secara online ni nampak mudah. 
Anda tak perlu keluar jumpa orang. 
Hanya duduk dihadapan komputer dan tunggu duit masuk.

Realitinya tidak begitu, online atau offline sama saja. 

Malah tanpa strategi yang betul, menjual secara online lagi sukar.

Anda tidak boleh melihat reaksi prospek ketika menjual secara online.
Anda tidak boleh jawab soalan prospek secara terus.
Ini akan mengurangkan keyakinan dan minat mereka membeli.

Berlainan, kalau menjual secara berdepan.
Anda boleh lihat muka prospek. 
Anda boleh lihat reaksi prospek.

Ada komunikasi 2 hala.

Prospek boleh tanya anda terus jika ada kemuskyilan dan anda boleh jawab dihadapan mereka.

Prospek lebih percaya dan minat apabila berjumpa depan-depan.

Selain itu, persaingan di online sangat tinggi. 
Sekarang ini semua orang boleh menjual secara online.

Anda dah tak boleh nak menjual secara terus seperti dulu, ketika online marketing baru diperkenalkan.

Kalau dulu, anda buat website, buat iklan, ramai orang akan hubungi anda.

Sekarang tidak lagi.

Pesaing semakin ramai, pelanggan sudah banyak pilihan dan kos iklan makin mahal.
Oleh itu, anda perlu cara dan strategi yang betul supaya kekal lama dan untung.

Bagaimana caranya? Semua ada dikongsikan dalam buku ini.


















6. Oversubscribed - By Daniel Priestly

10,000 ribu botol sambal nyet terjual dalam masa 60 minit.
Itulah dia Khairul Aming yang terkenal dengan konten masakan dan sambal nyetnya.

Orang berbaris menunggu untuk membeli sebelum beliau buka jualan.
Itulah dia oversubscribed. 

Dalam buku ini ada dikongsikan strategi untuk jadikan sesuatu bisnes itu oversubscribed.

Bagaimana nak jadikan pelanggan menunggu-nunggu mahu beli produk anda seperti Khairul Aming.


















7. Tribes - By Seth Godin

Kenapa ramai orang sekarang ini berlumba-lumba mahu kumpul follower.

Antara sebabnya ialah mereka nak bina audience, market, tribes, raving fans, die hard fans dan true fans mereka sendiri.

Diluar sana ada berbagai istilah yang digunakan tapi prinsip dia sama.

A tribe is a group of people connected to one another, connected to a leader, and connected to an idea. ~ Seth Godin.

Menjual kepada tribes lebih mudah dari menjual kepada stranger.
Ini kerana mereka sudah kenal anda, percaya kepada anda.

Membina tribes adalah permission marketing.
Membina tribes adalah cara untuk bisnes anda oversubscribed seperti Khairul Aming.

Diluar sana ada beribu tribes yang sedang menunggu anda.
Mereka ini boleh dicapai dengan adanya internet.

Tapi di mana nak cari?
Bagaimana caranya?
Apakah strategi yang betul untuk membina tribes?

Dalam buku ini Seth Godin dah terangkan dengan panjang lebar.
Anda hanya perlu baca, fahamkan dan applikasikannya dalam bisnes anda.

Kalau anda perasan saya dah rekemen 4 buku yang ditulis oleh Seth Godin.
Saya syorkan anda baca 4 buku Seth Godin ni.

Prinsip yang diterangkan dalam keempat buku saling berkait. 
Ia akan meningkatkan lagi kefahaman anda tentang marketing.

=

Membaca buku berkaitan marketing adalah perkara pertama yang anda boleh buat sebagai persediaan nak berbisnes.

Anda mungkin tak faham bila baca kali pertama.
Nasihat saya jangan putus asa.
Teruskan baca walaupun tak faham.

Saya pun dulu macam tu juga.
Tak faham bila baca kali pertama.

Kadang-kadang ada prinsip yang dibawa oleh penulis berlawanan dengan prinsip saya.
Ada idea yang dikongsi oleh penulis saya tak setuju.

Ia tidak selari dengan prinsip saya, dengan kepercayaan saya.
Saya rasa macam susah, macam tak boleh buat dan sebagainya.

Tapi saya teruskan saja baca.

Habis satu buku, saya baca buku lain.
Saya buat carian di internet untuk lebih faham.

Saya buat nota saya sendiri.
Sikit-sikit saya praktikan idea dan prinsip dalam buku yang saya baca.

Ada juga buku yang saya baca berulangkali.
Saya jadikan rujukan apabila saya stuck dalam bisnes.

Lama-lama saya makin faham.

Sebenarnya ada banyak lagi buku-buku yang bagus di baca untuk orang bisnes.
Nanti saya akan kongsikannya lagi.

=

Khas untuk anda yang baru nak mula buat bisnes.
Atau yang sedang bekerja tapi minat dan ada cita-cita nak mula bisnes.

Anda nak buat persediaan sebelum melangkah masuk ke dalam dunia bisnes.

Anda boleh masuk ke dalam group telegram Sk Biz - Community.

Dalam group tu anda boleh tanya soalan dan berbincang tentang bisnes.
Group ini sesuai untuk newbie.


Semoga bermanfaat.

Shah - Sk Biz.

#berilmu
#bermanfaat