Sk Biz Solution - Community: January 2024

Thursday, January 25, 2024

3 Fasa mengembangkan bisnes

Secara asas ada 3 fasa atau tahap dalam bisnes iaitu start, systemize & scale up.

1. Fasa Start 

Pada fasa ini kita mula dari kosong. Kita mula saja dengan apa yang kita ada. Pada fasa ini sebenarnya kita tak perlu banyak modal pun, sebab matlamat untuk fasa ini ialah kita nak validate the market.

Kita mungkin ada berbagai idea bisnes, jadi pada fasa inilah kita akan buat banyak eksperimen untuk sahkan idea kita. 

Kita nak tahu nak tahu produk atau servis kita ini betul ke ada permintaan. 
Kita nak tahu ada ke orang nak beli produk atau servise kita.
Kita nak tahu betul ke produk kita ini dapat menyelesaikan masalah orang dan sebagainya.
 
2. Systemize 

Kita dah sahkan idea bisnes memang menjadi. Memang ada permintaan untuk produk yang kita jual. Orang memang membeli produk atau servis kita. Dan ada diantara mereka membeli lagi dari kita, maknanya kita sudah validate idea bisnes tersebut. 

Kita sudah melepasi fasa start, dan sekarang kita dah boleh pergi ke fasa systemize.

Matlamat kita pada fasa ini ialah nak bina satu infrastruktur bisnes supaya mudah untuk kita scale up. Kita nak bina satu infrastruktur bisnes yang kukuh dan berjalan dengan lancar.

Kita nak bina satu infra bisnes yang apabila kita pump saja minyak ia terus berjalan dengan laju (scale up)


3. Scale up 

Matlamat kita ialah untuk kembangkan bisnes mengikut target yang kita tetapkan. 

Secara realitinya, fasa systemize dan scale up ni akan berjalan dengan serentak.