Sk Biz Solution - Community: Tanda-tanda kita ada "Victim Mindset"

Tuesday, January 13, 2026

Tanda-tanda kita ada "Victim Mindset"

Bagaimana kita nak tahu yang kita ini ada victim mindset?

Ramai orang mungkin tak sedar yang dia sendiri ada victim mindset. Atau mungkin kita tak mengaku yang kita ada victim mindset.

Kita mungkin rasa yang kita sudah berusaha bersungguh-sungguh. Kita mungkin rasa yang kita dah buat yang terbaik.

Ini antara tanda-tanda yang kita ada victim mindset

1. Kita selalu ada alasan yang “masuk akal”

Apabila kita gagal atau tak berjaya capai apa yang kita mahu. Kita sentiasa cari alasan untuk menyedapkan diri kita.

Kita kata :-

*Ekonomi sekarang teruk, tak menentu
*Dia bolehlah, dia popular
*Dia dah lama kerja, memanglah power
*Bos tu memang jenis pilih kasih.

Kita sentiasa cari alasan atas kegagalan kita.

2. Kita fokus pada siapa yang salah, bukan apa yang boleh dibuat

Apabila gagal atau berlaku sesuatu masalah, kita akan terus cari, siapa yang salah? Bukan apa yang boleh dibuat untuk diperbetulkan

*Bos yang salah, sebab memang perangai bos jenis pilih kasih
*Kerajaan yang salah, sebab tak bantu orang-orang macam aku
*Rakan sekerja yang salah, sebab dia suka bodek bos
*Staff lain yang salah, sebab memang dia kerja lambat.

Biar orang lain salah, yang penting diri kita tak salah.
Kita tak cari cara solusi untuk perbaiki kesalahan

3. Kita rasa diri kita sudah cukup baik

*Aku dah berusaha sebaiknya
*Apa yang aku buat ini dah terbaik
*Orang lain lagi teruk

Fikiran macam ini bahaya, sebab bila kita rasa kita dah cukup baik kita akan berhenti belajar. Bila kita berhenti belajar kita tidak akan perbaiki diri kita.

Maka kita tidak akan berkembang. Hidup kita akan statik. Kita hidup dalam comfort zone.

4. Kita selalu bandingkan diri dengan orang lain

“Dia naik sebab bodek.”
“Dia senang sebab ada kabel.”
“Dia berjaya sebab bernasib baik.”

Kita suka membandingkan diri kita dengan orang lain.

Kita membanding ini bukan untuk tujuan belajar, tetapi untuk menenangkan ego kita. Kita nak menenangkan perasaan kita

Orang yang ada "Victim mindset" selalu berkata:

“Aku sebenarnya boleh jadi macam dia, cuma aku tak da peluang ja"

Sedangkan realitinya, setiap orang membayar harga yang berbeza untuk kejayaan mereka. 

Peluang yang datang itu adalah hasil dari usaha orang itu sebelum ini dan kita cuma nampak hasil, bukan proses.

5. Kita banyak mengeluh, tapi sedikit bertindak

Mengeluh itu lumrah sebagai manusia.

Tapi bila hidup kita dipenuhi dengan keluhan tanpa tindakan, itu tanda kita sedang terperangkap dalam victory mindset.

Kita tahu apa yang salah.
Kita pandai cerita apa yang tak betul.

Tapi kita tak buat apa-apa yang konsisten untuk berubah.

Victim mindset selesa dengan mengeluh dan menyalahkan orang lain.
Victory mindset sentiasa bertindak untuk selesaikan masalah.

6. Kita takut ambil risiko, tapi mengeluh hidup kekal sama

Ini konflik paling menyakitkan.

Kita takut mencuba sebab kita takut gagal.
Kita takut rugi.
Takut orang kata.
Takut belajar benda baru.
Takut keluar dari rutin.

Tapi dalam masa yang sama, kita juga mengeluh hidup kita tak berubah.

Akhirnya, kita tidak bertindak. 

Kita pilih jalan yang paling selamat iaitu kekal di tempat yang sama dan salahkan keadaan.

Kesedaran adalah permulaan untuk perubahan diri.

Semua orang termasuk saya pernah berada dalam keadaan victim mindset.

Bila kita sedar kita ada victim mindset, maka kita kena cepat-cepat berubah.

Berubah kepada victory mindset.

No comments:

Post a Comment