Sk Biz Solution - Community: Bagaimana mahu dibayar tinggi dalam pekerjaan?

Friday, August 12, 2022

Bagaimana mahu dibayar tinggi dalam pekerjaan?




Kita semua mahu dibayar tinggi untuk kerja yang kita lakukan.

Tapi itulah, tak semua orang dapat.

Sebab perkara ini bergantung pada hukum permintaan dan penawaran (demand and supply) dalam ekonomi.

Secara amnya kita boleh bahagikan pada 2 kategori iaitu:-

Kategori 1 -  Permintaan tinggi, penawaran kurang = harga tinggi .

Kategori 2 - Permintaan kurang, penawaran tinggi = harga rendah .

Dalam kategori 1 - permintaan tinggi merujuk kepada permintaan tenaga kerja mahir dan berpengalaman.

Manakala penawaran kurang pula merujuk kepada penawaran tenaga kerja mahir dan berpengalaman.

Secara asasnya, majikan akan mencari pekerja yang mahir dan berpengalaman untuk bekerja di syarikat mereka (permintaan tinggi) , namun pekerja yang mahir dan berpengalaman ini tidak banyak dipasaran (penawaran kurang) , sebab itu pekerja yang mahir dibayar tinggi. 

Sebaliknya, dalam kategori 2 pula permintaan untuk pekerja yang tidak mahir dan tidak berpengalaman itu kurang (permintaan kurang) , namun ada banyak pekerja yang tidak mahir dan tidak berpengalaman di dalam pasaran (penawaran tinggi). Sebab itu pekerja yang tidak mahir dibayar rendah.

Contoh.

Setiap tahun, ada beribu pelajar yang menamatkan pelajaran.
Para pelajar atau graduan ini akan masuk kepasaran kerja.

Biasanya para graduan yang masih kurang mahir dan pengalaman dibayar rendah sebab masuk dalam kategori 2.

Kategori 2 - permintaan kurang, penawaran tinggi = dibayar rendah.

So sekiranya gaji kita rendah, cuba check diri kita sendiri, adakah kita masuk dalam kategori 2 ini?

Mungkin kita kata, 

"Aku dah kerja lama dengan syarikat ini. Aku dah ada pengalaman, aku dah mahir buat kerja, tapi kenapa gaji aku masih rendah?"

Iya betul, anda ada pengalaman dan anda mahir buat kerja, tapi diluar sana pun ramai lagi orang yang ada pengalaman dan mahir seperti anda juga (penawaran tinggi).

Kalau anda berhenti, syarikat dengan mudah dapat pengganti.

Oleh kerana itu, kita mesti rancang untuk masuk dalam kategori 1 iaitu permintaan tinggi, penawaran kurang = harga tinggi .

Kita kena jadikan diri kita tidak boleh ditukar ganti.
Kalau kita tidak ada, majikan tidak boleh cari orang orang lain seperti kita.

Bagaimana nak jadi macam itu?

Caranya kita perlu jadi unik dan rare.
Kita kena ada skil yang tak boleh diajar, tapi ia boleh dipelajari.

Kalau skil tersebut boleh diajar, maksudnya akan ada orang yang boleh belajar skil tersebut dan bila-bila masa saja dia boleh menggantikan tempat kita.

Bagaimana nak belajar skil tersebut?

Kita boleh gunakan framework ini.

Hard Skill + Art + Soft Skill = Unik & Rare skill.

1) HARD SKILL

Hard skill ialah skil tertentu yang berkait pada bidang tu saja.

Contoh.

Bidang IT - skil coding,  networking, IT security ialah hard skill.

Bidang HR - skil interview, training need analysis (TNA) ialah hard skill.

Bidang Marketing - copywriting, advertising, content creating ialah hard skill.

Oleh itu, kita perlu kenalpasti bidang yang kita mahu ceburi dan pilih satu skil yang kita nak bangunkan dalam diri kita.

Tip memilih bidang dan skil.

Ini antara panduan yang kita boleh gunakan dalam memilih bidang dan skil.

1. Minat yang mendalam (Passion)

Passion ialah satu perasaan atau nyala rasa kuat yang datang dari dalam diri kita.

Perasaan atau nyala rasa itu membuatkan kita bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai impian kita.

Kenapa passion ini penting?

Sebab proses membangunkan skil ini proses yang panjang dan membosankan.

Ada berbagai cabaran yang mendatang.
Ia mungkin mengambil masa 3 tahun,  5 tahun, 10 tahun atau lebih.

Jika kita tidak ada passion yang mendalam, kita mungkin akan berhenti di tengah jalan.

Soalan-soalan di bawah dapat membantu kita menggali passion. 

i. Sekiranya kita tidak dibayar untuk buat perkara tersebut, adakah kita masih mahu buat?

ii. Sekiranya, duit bukan lagi satu isu, kita dah banyak duit, adakah kita masih mahu buat perkara tersebut?

iii. Dalam masa 15 ke 20 tahun akan datang, adakah kita masih mahu buat perkara tersebut?

2. Bermanfaat

Panduan seterusnya ialah kenal pasti adakah skil yang kita mahu bangunkan itu dapat memberi manfaat kepada orang lain?

Adakah skil tersebut dapat menyelesaikan masalah orang lain?

Ini kerana orang sanggup bayar tinggi sekiranya kita dapat menyelesaikan masalah dia.
Lagi susah masalah, lagi tinggi orang sanggup bayar.


2) ART

Art atau seni ini tidak boleh diajar.
Ia tidak seperti hard skill yang boleh diajar dalam kelas.

Hard skill ada prescription.
Ada metod, ada formula, ada cara langkah demi langkah.

Art tidak ada prescription.
Ia tidak ada metod, tidak ada formula dan cara langkah demi langkah.

Ia datang dengan sendiri apabila kita bergelumbang dalam bidang tersebut.

Ia datang dari passion kita terhadap sesuatu bidang itu.
Ia datang dari kerja keras kita.
Ia datang dari curiosity kita.

Orang yang ada passion, dia akan buat perkara itu dengan sungguh-sunguh.
Orang yang ada passion, dia akan ada curiosity yang tinggi.

Dia akan gali dengan mendalam perkara itu untuk memenuhi curiosity dia.
Biasanya dari situ dia akan dapat apa yang orang lain tidak dapat.
Dia akan nampak apa yang orang lain tidak nampak.

Art akan terlekat pada batang tubuh kita.
Art akan membuatkan kita unik dan rare.

Orang lain boleh tiru idea kita, tiru sistem kita, tiru skil kita, tapi mereka tidak boleh tiru diri kita.



3) SOFT SKILL.

Dalam proses kita membangunkan diri, kita akan jumpa berbagai masalah.

Kita akan cuba berbagai cara untuk selesaikan masalah tersebut.
Proses tersebut ialah pengalaman yang sangat berharga.

Pengalaman ini sangat menarik untuk dikongsi kepada orang lain.
Ia boleh menjadi inspirasi dan panduan untuk orang lain.  

Soft skil di sini ialah kebolehan kita untuk menyampaikan maklumat dengan jelas.


Komunikasi ada 2 cara iaitu bercakap dan menulis. 

Kita kena bangunkan skil bercakap atau menulis supaya kita dapat kongsikan pengalaman kita kepada orang lain.

Ini supaya orang lain dapat belajar dari pengalaman kita itu.

Ada setengah perkara atau masalah, orang lain tidak tahu menyelesaikannya.
Tetapi kita yang sudah berpengalaman dapat menyelesaikannya dengan mudah.

Apabila kita dapat berkongsi jalan penyelesaian tersebut mereka akan melihat kita sebagai pakar dan berpengalaman dalam bidang tersebut.

Ini akan menarik perhatian syarikat-syarikat di luar sana.
Mereka sanggup bayar tinggi untuk dapatkan kemahiran kita. 

Pada masa itu kita boleh letak harga yang kita mahu.

Kesimpulannya, kita perlu rancang hidup kita dari sekarang.
Kita perlu ada pemikiran jangka panjang.

Ini kerana, kejayaan yang besar datang dari compounding effect.

Dan compounding effect itu memerlukan masa yang panjang.

Anda suka perkongsian sebegini?

Follow blog ini untuk dapatkan tips dan perkongsian berkaitan pembangunan diri. 


Semoga bermanfaat.

~ Shah - Sk Biz Solution

No comments:

Post a Comment