Kehidupan kita sekarang ini adalah hasil dari tindakan kita sebelum ini.
Nak jadi orang yang berilmu? Baca1 muka surat buku setiap hari.
Nak sihat? jaga pemakanan setiap hari.
Nak badan yang cergas? bersenam 15 minit setiap hari.
Tindakan yang dibuat setiap hari akan menjadi tabiat kita.
Orang yang berjaya mereka mempunyai tabiat yang tersendiri.
Apakah tabiat orang yang berjaya?
Steven Covey dalam bukunya yang bertajuk "The 7 habit of highly effective people" telah memperincikan 7 tabiat yang kita boleh bangunkan dalam kehidupan kita untuk menjadi orang yang berjaya.
Ini antaranya:-
Tabiat 1 - Be proactive - The habit of personal responsibility.
Kita boleh pilih untuk jadi orang yang proaktif atau reaktif.
Orang yang proaktif dia bertanggungjawab terhadap hidup dia sendiri.
Orang yang proaktif dia bertanggungjawab terhadap hidup dia sendiri.
Dia bertanggungjawab terhadap semua tindakan yang dia ambil.
Dia fokus kepada perkara yang dia boleh kawal.
Dia tidak fokus kepada perkara yang dia tidak boleh kawal.
Dia mengambil inisiatif untuk menjadikan sesuatu perkara berjaya seperti yang dia mahu.
Dia tidak menyalahkan situasi disekelilingnya.
Dia tahu dia boleh pilih tindakan atau tingkahlaku yang dia mahu.
Orang yang reaktif percaya dia tidak bertanggungjawab dengan apa yang dia cakap dan buat. Dia percaya dia tidak ada pilihan.
Dia fokus pada perkara yang dia tidak boleh kawal.
Dia selalu terkesan dengan keadaan disekelilingnya
Dia selalu terkesan dengan keadaan disekelilingnya
Dia terkesan dengan faktor cuaca, maka dia menyalahkan cuaca.
Dia terkesan dengan kedaan ekonomi , maka dia menyalahkan ekonomi yang tidak menentu.
Dia tidak mengambil inisiatif untuk merubah keadaan hidup dia.
Dia lebih suka mengambil sumber luar untuk disalahkan.
Manusia secara semulajadi akan respon kepada rangsangan luar.
Bagaimana kita respon terhadap rangsangan tersebut adalah atas pilihan kita.
Orang yang proaktif akan respon dan bertindak dengan positif.
Orang yang reaktif akan respon dan bertindak dengan keadaan negatif.
Orang yang proaktif akan menggunakan bahasa yang proaktif seperti saya boleh, saya akan buat sampai jadi, saya pilih untuk berjaya dan sebagainya.
Orang yang reaktif akan menggunakan bahasa yang reaktif seperti saya tak boleh, saya terpaksa, ini satu-satunya pilihan saya dan sebagainya.
Orang yang proaktif tidak dipengaruhi dengan cuaca.
Cuaca hujan atau cerah, ia tidak memberi apa-apa beza kepada orang yang proaktif.
Cuaca hujan atau cerah, ia tidak memberi apa-apa beza kepada orang yang proaktif.
Mereka dipandu oleh nilai.
Sekiranya nilai mereka ialah menghasilkan kerja yang berkualiti.
Ia tetap berjalan atau berfungsi samaada cuaca elok atau tidak.
Orang yang reaktif dipengaruhi oleh keadaan persekitaran sosialnya.
Ia tetap berjalan atau berfungsi samaada cuaca elok atau tidak.
Orang yang reaktif dipengaruhi oleh keadaan persekitaran sosialnya.
Emosi mereka dipengaruhi dengan keadaan sikap orang disekeliling.
Mereka membenarkan orang disekeliling mengawal diri mereka.
Sekiranya orang melayan dia dengan baik, mereka akan merasa baik.
Sekiranya orang tidak melayan dengan baik, mereka akan merasa defensive dan protective.
=
Mengambil inisiatif.
Fitrah semulajadi manusia ialah untuk bertindak.
Ia membolehkan kita memilih untuk respon terhadap sesuatu keadaan.
Ia juga membolehkan kita mencipta keadaan yang kita mahu.
Fitrah semulajadi manusia ialah untuk bertindak.
Ia membolehkan kita memilih untuk respon terhadap sesuatu keadaan.
Ia juga membolehkan kita mencipta keadaan yang kita mahu.
Mengambil inisiatif tidak bermaksud menjadi seorang yang pushy atau aggresif.
Ia bermaksud kita tahu tanggungjawab kita dan mahu menjadikan ia realiti.
Ia bermaksud kita tahu tanggungjawab kita dan mahu menjadikan ia realiti.
Ramai orang suka menunggu sesuatu berlaku.
Mereka menunggu orang lain yang mengubahnya.
Mereka memilih untuk menjadi reaktif daripada proaktif.
Contoh - bila bercakap tentang soal cinta atau love
Orang yang reaktif fokus kepada perasaan ( feeling)
Orang yang proaktif fokus kepada tindakan (action, verb)
Orang yang proaktif fokus kepada tindakan (action, verb)
Reaktif - Love is feeling
Proaktif - Love is verb.
Orang yang reaktif fokus love kepada perasaan.
Dia dipandu oleh perasaan.
Dia membenarkan perasaan memandu tindakannya.
Orang yang proaktif fokus cinta kepada tindakan.
Cinta ialah sesuatu yang anda buat.
Pengorbanan yang anda buat.
Pemberian yang anda beri.
Dia dipandu oleh perasaan.
Dia membenarkan perasaan memandu tindakannya.
Orang yang proaktif fokus cinta kepada tindakan.
Cinta ialah sesuatu yang anda buat.
Pengorbanan yang anda buat.
Pemberian yang anda beri.
Cintai dia, layani dia, berkorban untuk dia, jadi pendengarnya, fahaminya, empati kepadanya, hargainya.
Seperti seorang ibu yang melahirkan anaknya ke dunia ini.
Sekiranya anda mahu mengkaji tentang cinta, kaji tentang orang yang berkorban kerana cinta.
Sekiranya anda seorang ibubapa, lihat cinta dan pengorbanan yang anda buat terhadap anak anda.
Cinta ialah nilai yang direalisasikan dengan tindakan.
Orang yang proaktif meletakan perasaan di bawah nilai.
=
Salah dalam membuat keputusan.
Kita boleh memilih tindakan kita, tetapi kita tidak boleh memilih akibat daripada tindakan tersebut.
Kita boleh memilih tindakan kita, tetapi kita tidak boleh memilih akibat daripada tindakan tersebut.
Kesan atau akibat dipengaruhi oleh hukum semulajadi.
Ia perkara yang diluar kawalan kita.
Kita boleh pilih untuk berusaha, tapi kita tidak boleh pilih hasil daripada usaha tersebut.
Ia perkara yang diluar kawalan kita.
Kita boleh pilih untuk berusaha, tapi kita tidak boleh pilih hasil daripada usaha tersebut.
Kadangkala kita memilih tindakan yang salah.
Kita salah membuat keputusan.
Kita tidak dapat hasil yang dimahukan.
Orang yang proaktif akan menerima kesilapan tersebut.
Dia sedar kesilapan tersebut diluar kawalan dia.
Dia memperbaikinya dan belajar dari kesilapan tersebut.
Dia akan ubah kegagalan tersebut menjadi kejayaan.
Orang yang reaktif dia tidak menerima kesilapan tersebut.
Dia tidak belajar dari kesilapan dan cuba membetulkannya kembali.
Ini akan mencederakan diri sendiri.
Dia memperbaikinya dan belajar dari kesilapan tersebut.
Dia akan ubah kegagalan tersebut menjadi kejayaan.
Orang yang reaktif dia tidak menerima kesilapan tersebut.
Dia tidak belajar dari kesilapan dan cuba membetulkannya kembali.
Ini akan mencederakan diri sendiri.
“I am not a product of my circumstances. I am a product of my decisions.”
— Dr. Stephen R. Covey
=====
Tabiat 2 - Begin with the end in mind - The habit of personal vision.
Begin with the end in mind bermaksud kita bermula dengan memahami destinasi yang kita nak pergi dengan jelas.
— Dr. Stephen R. Covey
=====
Tabiat 2 - Begin with the end in mind - The habit of personal vision.
Begin with the end in mind bermaksud kita bermula dengan memahami destinasi yang kita nak pergi dengan jelas.
Kemana kita nak pergi?
Apa yang kita nak capai dalam hidup?
Apa matlamat kita dalam hidup?
Apa misi dan visi kita dalam hidup?
Kita perlu tentukan semua perkara tersebut dengan jelas supaya kita dapat bina jalan dan cara untuk mencapainya.
Ramai orang mahu berjaya dalam hidup, tapi dia tidak jelas apakah maksud berjaya itu.
Dia tidak tahu bentuk kejayaan itu.
Dia hanya cakap di mulut saja, tapi tindakan yang dibuat setiap hari tidak menyumbang kepada kejayaan yang dia mahu.
Antara punca perkara ini berlaku kerana dia tidak tahu dengan jelas destinasi yang dia mahu pergi.
Dia tidak jelas matlamat yang dia mahu capai.
Dia tidak sedar apa yang penting dalam hidup dia.
Apabila matlamat tidak jelas maka dia tidak ada rancangan yang jitu dalam hidup.
Orang yang tidak ada rancangan atau action plan, hidup dia seperti lalang.
Dia mudah terikut orang.
Dia akan hidup mengikut acuan orang.
Dia membenarkan perkara dari luar mencorak kehidupan dia.
Secara tidak sedar hidup dia dikawal oleh orang lain.
Dia tidak mengawal kehidupan dia.
Dia hidup secara reaktif.
=
Misi dan visi dalam hidup.
Antara cara untuk kita praktikan tabiat "begin with the end in mind" ini ialah dengan kita memahami dengan jelas misi dan visi kita dalam hidup.
Apa tujuan kita dalam hidup?
Orang yang macam mana kita mahu jadi dalam hidup?
Apa yang penting dalam hidup?
Apa prinsip kita dalam hidup?
Apa nilai yang kita pegang dalam hidup?
Apa sumbangan kita dalam hidup?
Apa pengakhiran yang kita mahu dalam hidup?
Kita perlu jelas semua perkara tersebut.
Ambil masa untuk fikir dengan mendalam dan tulis dalam diari kita.
Semua ini akan memandu kita mencapai kejayaan yang kita mahu.
Setiap orang perlu buat aktiviti mengenal diri sendiri atau refleksi diri/
Fikir dan selami rasa dalam diri.
Bercakap dengan diri sendiri.
Fahami diri sendiri.
Jangan ikut orang.
Jangan jadi pak turut tanpa tahu hujung pangkal.
Kita menentukan hidup kita sendiri.
Kita mampu mencorakan hidup yang bagaimana kita mahu.
Hidup ini ada pilihan dan kita sendiri yang memilih.
— Dr. Stephen R. Covey
=====
Tabiat 3: Put first things first - The habit of personal management.
Ramai orang tanya, bagaimana nak mengurus masa?
Sebenarnya masa tidak boleh diurus.
Masa sentiasa berjalan meninggalkan kita.
Apa yang perlu diurus ialah keutamaan atau priority.
Cuba jawab soalan ini.
Soalan 1 - Apa satu perkara yang anda boleh buat (sesuatu yang anda tidak buat sekarang) yang, sekiranya anda buat setiap hari, ia akan memberi impak positif yang besar dalam kehidupan anda?
Soalan ini sangat penting sebab jawapan anda itu akan menentukan kejayaan anda.
Cuba ambil masa duduk bertenang, fikir dalam-dalam dan senaraikan perkara tersebut.
=
4 quadrant of time management matrix.
Secara asasnya, kita menggunakan masa kita dalam 4 kuadran di atas.
Urgent.
Urgent bermaksud aktiviti yang memerlukan tindakan segera. Maksudnya "Sekarang!"
Ia bertindak ke atas diri kita.
Contoh - deringan bunyi telefon. Ramai orang tidak boleh dengar bunyi telefon, mesti nak jawab telefon tersebut.
Bunyi whatsapp, bunyi email masuk dan sebagainya.
Perkara yang urgent ini biasanya kita boleh lihat.
Ia berada di sekeliling kita, dia berada depan mata kita.
Ia memerlukan tindakan dari kita.
Biasanya ia aktiviti yang mudah dan seronok untuk dibuat.
Tetapi, selalunya ia aktiviti yang tidak penting (not important)
Importance.
Aktiviti yang penting atau importance ialah aktiviti yang memberikan kita hasil.
Ia menyumbang kepada misi, nilai dan matlamat kita.
Kuadran 1 - Urgent & Important.
Aktiviti yang memberikan kita hasil dan memerlukan kita bertindak atau melakukannya dengan segera seperti menyelesaikan masalah atau krisis yang berlaku.
Aktiviti di kuadran 1 menyumbang kepada matlamat kita dalam jangka masa pendek.
Ramai orang banyak habiskan masa untuk buat aktiviti di kuadran 1 sebab mereka akan dapat hasil yang cepat.
Aktiviti di kuadran 1 - jika tidak diurus dengan betul ia akan menjadi semakin banyak dan menguasai diri kita.
Kita akan rasa penat dan burn out dan akhirnya kita akan buat aktiviti di kuadran 4 untuk relief the burn out.
Kuadran 2 - Not urgent & important.
Aktiviti di kuadran 2 adalah jantung kepada pengurusan masa yang betul.
Ia menyumbang kepada misi, nilai dan matlamat kita dalam jangka masa panjang.
Ramai orang tidak fokus untuk buat aktivit di kuadran 2 sebab mereka tidak dapat hasil yang cepat.
Ia tidak urgent tapi ia sangat important, sebab kalau kita tidak buat aktiviti di kuadaran 2, kita akan menjadi seorang yang sangat sibuk.
Kita akan sangat sibuk membuat kerja-kerja di kuadran 1,
Kita akan banyak membazirkan masa dengan membuat kerja-kerja di kuadaran 3 & 4.
Orang yang efektif akan buat kerja di kuadran 1 dan 2, tetapi secara perlahan-lahan dia akan kurangkan buat kerja-kerja di kuadran 1 dengan fokus untuk buat kerja-kerja di kuadran 2.
Kuadran 3 - Urgent & not important.
Ramai orang habiskan masa dengan membuat aktiviti pada kuadran 3, tapi dia fikir dia buat aktiviti di kuadran 1.
Dia fikir dia sedang buat kerja yang menyumbang kepada matlamat diri dia, tapi hakikatnya dia buat kerja-kerja yang menyumbang kepada matlamat orang lain.
Kuadran 4 - Not urgent & not important.
Kita perlu hindari atau kurangkan melakukan aktiviti di kuadran ini sekiranya kita mahu berjaya dalam kehidupan.
Ini kerana ia tidak menyumbang kepada misi, nilai dan matlamat kita dalam jangka masa pendek atau panjang.
Ia satu pembaziran.
Orang yang banyak menghabiskan masa melakukan aktiviti di kuadran 3 & 4 , hidupnya tidak berjaya.
Orang yang efektif akan menghindari dari melakukan kerja-kerja di kuadran 3 dan kuadran 4. Urgent atau tidak, ia masih tidak penting,
=
Say No.
Antara cara untuk kita mendapatkan lebih masa untuk membuat aktiviti di kuadran 2 ialah dengan menghindari terus dari melakukan aktiviti dikuadran 3 dan kuadran 4.
Kita tak boleh abaikan kuadran 1 kerana ia urgent and important.
Ia akan berkurang apabila kita habiskan lebih masa dengan pencegahan dan persediaan di kuadran 2.
Kita perlu lebih proaktif untuk habiskan lebih masa di kuadran 2.
Kita perlu berani untuk kata YES pada kuadran 2, dan kata NO pada aktiviti di kuadran 3 dan kuadran 4.
“Putting first things first means organizing and executing around your most important priorities. It is living and being driven by the principles you value most, not by the agendas and forces surrounding you.
The challenge is not to manage time, but to manage ourselves”
— Dr. Stephen R. Covey
— Dr. Stephen R. Covey
=====
Tabiat 4 - Think Win / Win - The habit of mutual benefit.
Ramai orang berfikir kejayaan itu datang disebabkan kegagalan orang lain.
Sekiranya saya menang, anda kalah.
Sekiranya saya kalah, anda menang.
Sekiranya saya untung , anda rugi.
Sekiranya saya rugi, anda untung.
Mereka fikir kehidupan ini seperti zero sum games.
Seolah-olah, di sana hanya ada satu kek saja.
Sekiranya saya dapat sebahagian kek yang besar, ia bermaksud bahagian anda sudah berkurang.
Dan anda rasa ini tidak adil.
Anda akan pastikan yang saya tidak akan dapat lagi.
Ramai orang bermain zero sum games ini dalam kehidupan mereka.
Ia amat memenatkan.
Kita akan sentiasa mencari kelemahan orang dan tidak fokus pada perkara yang kita patut fokus.
Dalam jangkamasa panjang kita akan burn out dan tidak boleh berkembang.
=
Menang / Menang.
Kenapa perlu ada kalah dan menang, kalau kita boleh menang / menang. (win / win).?
Kenapa perlu berlawan dan bersaing, jika kita ada ruang untuk berkerjasama?
Berfikir secara menang menang bermaksud melihat kehidupan ini sebagai satu tempat untuk berkerjasama.
Kita saling memberi dan mendapatkan manfaat bersama.
Kita bersama makan kek yang besar.
Daripada kita berlawan mendapatkan satu kek yang kecil, apakata kita bekerjasama membesarkan lagi kek tersebut.
Dalam realiti sebenar, membuat keputusan tidak semudah kita memilih warna baju yang nak dipakai hari ini.
Nak pakai baju warna merah atau hijau?
Nak pergi makan di kedai A atau kedai B?
Perkara yang sebegini kalau kita salah memilih pun ia tidak lah memberikan impak yang besar kepada kehidupan kita.
Tapi dalam perniagaan dan kerjaya contohnya, ia akan memberi impak yang besar jika kita salah dalam membuat keputusan.
Contoh
Dalam perniagaan - Kita jual goreng pisang, gerai B pun jual goreng pisang.
Jika kita berfikir secara kalah/ menang (zero sum games) , kita mahu gerai B rugi dan tutup supaya kita boleh dapat banyak pelanggan.
Kita akan sentiasa fokus bersaing dan mencari kelemahan gerai B.
Setiap hari kita akan berfikir untuk mencari cara berlawan.
Kita sudah hilang fokus sebenar, iaitu memberi nilai kepada pelanggan.
Kalau kita berfikir secara menang/menang atau win/win, fikiran kita lebih fokus kepada perkara utama iaitu memberi nilai kepada pelanggan.
Kita bekerjasama dengan gerai B memberikan goreng pisang yang terbaik kepada pelanggan.
Mungkin kita boleh jual goreng pisang cheese, manakala gerai B jual goreng pisang krispi.
Mungkin kita boleh berpakat dengan geray B untuk cari cara tarik lagi ramai pelanggan datang ke kawasan kita.
Mungkin kita boleh cari lagi peniaga-peniaga lain untuk berniag di kawasan kita.
Ini boleh menarik lagi ramai pelanggan datang.
Sebagai pelanggan, anda pilih untuk datang ke kawasan yang hanya ada 1 gerai atau ke kawasan yang ada 10 gerai?
Sudah tentu kita akan datang ke kawasan yang ada 10 gerai. Di situ ada banyak pilihan.
“In the long run, if it isn’t a win for both of us, we both lose. That’s why win-win is the only real alternative in interdependent realities.”
— Dr. Stephen R. Covey
=====
Tabiat 5: Seek First to Understand, Then to Be Understood - The habit of emphatic communication.
Anda nak orang dengar anda? Dengari orang lain dulu.
Anda nak orang faham anda? Fahami orang lain dulu.
Anda nak pengaruhi orang supaya ikut cakap anda?
Fahami kehendak dan keperluan orang dari perspektif mereka sendiri dulu.
Ini ialah kunci kepada komunikasi yang berkesan.
Komunikasi ialah skil paling penting dalam kehidupan.
Komunikasi ialah skil paling penting dalam kehidupan.
Kita menghabiskan masa bertahun belajar bagaimana membaca, menulis dan bercakap.
Tapi bagaimana dengan skil mendengar (listening skill)?
Apa latihan yang kita pernah hadiri supaya kita dapat mendengar secara mendalam, faham orang lain dengan mendalam? Mungkin tidak ada, bukan?
Kita berpura-pura mendengar, memilih untuk mendengar sebahagian perbualan atau hanya fokus pada perkataan yang dikatakan, tapi tidak faham maksud sebenar apa yang ingin disampaikan oleh orang lain.
Ini kerana kita mendengar untuk menjawab, bukan untuk memahami.
Kita tapis apa yang kita dengar melalui pengalaman kita dan cara kita.
Kita mendengar sebagai persediaan untuk kita bercakap, bertanya soalan dan sebagainya.
Kita cuba memahami dari sudut perspektif kita, bukan dari perspektif orang yang kita dengar.
Akibatnya, kita buat keputusan atau kesimpulan awal sebelum orang lain habis berkomunikasi.
Kita salah dalam memberi nasihat, idea atau cadangan.
Ini akan mengurangkan kepercayaan orang terhadap diri kita sendiri.
Sebelum kita memberi nasihat, cadangan atau berkomunikasi dengan orang lain, kita mesti memahami orang lain dulu dengan mendengar secara empati.
Mendengar untuk memahami dengan mendalam keperluan dan kehendak orang lain dari perspektif mereka sendiri bukan dari perspektif kita.
Kita cuba meletakan perasaan dan diri kita pada tempat orang lain. Barulah nasihat, cadangan atau idea kita didengari oleh orang lain.
“If I were to summarize in one sentence the single most important principle I have learned in the field of interpersonal relations, it would be this: Seek first to understand, then to be understood.”
— Dr. Stephen R. Covey
=====
Tabiat 6: Synergize - The Habit of Creative Cooperation
— Dr. Stephen R. Covey
=====
Tabiat 6: Synergize - The Habit of Creative Cooperation
Apabila kita memahami perbezaan orang lain dari perspektif mereka sendiri, kita berpeluang untuk bersinergi atau berkerjasama dengan mereka.
2 orang lebih baik dari 1 orang.
Kalau 1 orang kita hanya dapat 1 idea, kalau 2 orang, lagi banyak idea atau solusi yang kita akan dapat.
Sinergi ialah kita berkerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.
Kita bersama-sama dengan minda terbuka mencari solusi kepada masalah yang ada.
Setiap orang memberi cadangan dan idea yang berbeza mengikut pengalaman mereka.
Lagi banyak idea , lagi banyak solusi atau peluang baru yang terhasil dari gabungan tersebut.
Bagaimana nak bersinergi dengan baik?
Kita boleh mula dengan tabiat 4 dan 5 - Kita mesti berfikir "win-win" dan "seek first to understand".
Apabila kita sudah ada mindset yang sama, mudah untuk kita berkerjasama.
Kita bersama menyelesaikan sesuatu masalah, memahami keperluan yang ada, berkerjasama mencipta dan mencari alternatif terbaru yang dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Asas kepada sinergi ialah kita memahami dan menerima nilai perbezaan setiap orang dari segi mental, emosi dan psikologi.
“Synergy is not the same as compromise. In a compromise, one plus one equals one and a half at best.”
— Dr. Stephen R. Covey
=====
— Dr. Stephen R. Covey
=====
Tabiat 7: Sharpen the Saw - The Habit of Daily Self-Renewal
Sharpen the saw bermaksud mengekalkan dan meningkatkan aset yang kita ada.
Ia bermaksud mempunyai keseimbangan terhadap pembaharuan diri dalam empat perkara dalam kehidupan iaitu : fizikal, sosial/ emosi, mental dan kerohanian.
Apabila kita memperbaharui keempat-empat aset ini, hidup kita akan membangun dan berubah menjadi lebih baik.
Kita akan dapat mempraktikan keenam-enam tabiat dengan lebih mudah jika 4 aset kita terjaga dan membangun.
Kita mampu menghadapi apa jua cabaran yang datang terhadap kita.
Tanpa pembaharuan, 4 aset ini tidak terjaga, ia tidak berkembang dengan seimbang.
Fizikal kita akan jadi lemah, mudah terkena penyakit.
Minda kita menjadi seperti robot, tidak kreatif dan inovatif.
Emosi kita kering, tidak prihatin dengan keadaan sekeliling.
Rohani kita tidak sensitif dan menjadi seorang yang tamak dan lemah.
Ini perkara yang tidak bagus.
Bagaimana nak memperbaharui 4 aset ini.
Fizikal - Fizikal atau badan kita perlu dijaga supaya kita kekal sihat dan bertenaga untuk melakukan aktiviti seharian kita.
Kita menjaga fizikal dengan makan makanan yang berkhasiat, dapatkan rehat yang cukup dan bersenam secara konsisten.
Kerohanian - Kita perlu tahu dengan jelas nilai dan kepercayaan yang kita pegang. Sentiasa beribadah, berdoa, berharap dan bertawakal kepada Allah. Sebagai manusia, kita ini lemah , oleh itu kita perlu sentiasa bergantung kepada Allah.
Mental - Kita perlu setiasa perbaharui dan baja minda kita dengan memasukan input yang baik dan bermanfaat. Sentiasa belajar perkara baru dan membaca buku.
Jangan masukan minda kita dengan perkara-perkara yang tidak memberi manfaat seperti berita sensasi, gosip artis dan sebagainya.
Sosial/emosional - Fizikal, kerohanian dan mental sangat berkait rapat dengan tabiat 1, tabiat 2 dan tabiat 3 - personal victory.
Sosial / emosional berkait rapat dengan tabiat 4, 5 dan 6. Hubungan kita sesama manusia dapat dijaga dengan jika kita berusaha mempraktikan tabiat 4, 5 dan 6.
Dan sudah tentu ia memerlukan kesabaran dan mengambil masa untuk kita pandai mempraktikan ketiga tabiat ini.
“Renewal is the principle—and the process—that empowers us to move on an upward spiral of growth and change, of continuous improvement.”
— Dr. Stephen R. Covey
===
Kesimpulan.
Private victory.
Tabiat 1 - Jadi seorang yang proaktif.
Kita bertanggungjawab dengan kehidupan kita sendiri.
Kita fokus kawal perkara yang kita boleh kawal.
Kita tidak terkesan dan dipengaruhi oleh keadaan sekeliling yang cuba mengawal kita.
Kita tidak menyalahkan keadaan sekeliling.
Kita proaktif buat kerja untuk mencapai matlamat yang kita mahu di tabiat 2.
Tabiat 2 - begin with the end of mind.
Kita tahu dengan jelas misi, visi, nilai dan prinsip kita.
Kita tentukan destinasi yang kita mahu pergi.
Kita tahu apa yang kita mahu dalam hidup.
Kita ada matlamat yang jelas yang mahu dicapai.
Tabiat 3 - Put first things, first.
Tabiat 3 ialah tamsilan kepada tabiat 1 dan tabiat 2.
Kita hanya boleh capai matlamat yang kita mahu dengan buat kerja.
Kita susun keutamaan kita, kita rancang dan susun gerak kerja kita.
Kita sudah mampu kuasai diri kita (private victory) apabila kita mampu amalkan 3 tabiat ini
Tapi adakah kita sudah berjaya?
Belum lagi.
Orang yang berjaya ialah apabila dia mampu bawa orang lain berjaya bersama dia.
Ini kerana kita tidak hidup bersendirian.
Kita hidup dalam masyarakat.
Oleh itu kita perlu kuasai tabiat yang seterusnya.
Tabiat yang berkaitan dengan perhubungan sesama orang lain.
Public victory.
Tabiat 4 - Think win/win
Kita melihat dunia ini tempat kita bekerjasama bukan untuk bersaing.
Kita melihat kejayaan itu bukan disebabkan kegagalan orang lain.
Kita bekerjasama untuk membesarkan kek yang ada supaya mendapat manfaat bersama (win/win).
Kita saling lengkap melengkapi dalam satu ekosistem yang harmoni.
Tabiat 5 - Seek First to Understand, Then to Be Understood
Kita fahami orang lain dari perspektif mereka sendiri, bukan dari perspektif kita.
Kita tidak menapis maklumat terlalu awal mengikut acuan dan pengalaman kita.
Kita tidak membuat kesimpulan sesuatu perkara itu terlalu awal tanpa memahami perspektif orang lain.
Kita cuba fahami orang dengan mendengar secara empati.
Ini supaya, kita dapat memberi nasihat, cadangan atau idea yang releven dengan orang.
Tabiat 6: Synergize
Apabila kita praktikan tabiat 4 dan tabia 5, kita mudah untuk bersinergi atau berkerjasama dengan orang lain.
Kita boleh bekerja dalam satu pasukan.
Walaupun, latarbelakang kita berbeza kita masih lagi dapat bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama.
Tabiat 7: Sharpen the Saw
Perbaharui 4 aset penting kita iaitu fizikal, sosial/ emosi, mental dan kerohanian.
Jika 4 aset ini lemah maka kita susah nak mempraktikan 6 tabiat sebelum ini.
Sebenarnya ada banyak lagi yang Dr Stephen Covey kongsikan perihal 7 tabiat ini dalam buku beliau yang bertajuk "The 7 habits of highly effective people" .
Kalau kita dapat praktikan 1 tabiat dari dalam buku ini pun dah cukup untuk memberi impak yang besar kepada kehidupan kita.
Anda boleh dapat buku tersebut. Memang membuka mata.
Semoga bermanfaat.
~ Shah - Sk Biz



No comments:
Post a Comment