Tapi hakikatnya, krisis ini nyata dan kesannya paling terasa kepada pekerja SME seperti kita.
Pekerja SME bersediakah anda menghadapinya?
Kenapa krisis ini berlaku?
Perang ini memberi kesan besar kepada ekonomi dunia kerana kerana 20% bekalan minyak dunia datangnya dari Selat Hormuz yang dikawal oleh Iran.
Apabila laluan ini terganggu disebabkan perang yang sedang berlaku, kapal-kapal yang membawa minyak tidak dapat bergerak seperti biasa.
Ini menyebabkan bekalan minyak dunia berkurang.
Dan bila harga minyak naik, kesan rantaian akan berlaku:
- Kos pengangkutan meningkat
- Kos pengeluaran meningkat
- Harga barang dan makanan turut naik
67% daripada baja yang digunakan di dunia, bahan mentahnya iaitu ammonia dan nitrogen datang dari selat ini.
Sekiranya bekalan baja terganggu, negara pengeluar makanan seperti Thailand, Vietnam dan India akan terjejas.
Apabila pengeluaran makanan menurun, bekalan dunia akan berkurang.
Dan prinsip asas ekonomi - Bekalan berkurang dan permintaat kekal atau meningkat, harga akan naik.
Apa kesannya kepada Malaysia?
Sebahagian besar makanan kita diimport dari luar.
40% beras kita import dari Thailand dan Vietnam, gandum kita import dari India dan sebahagian besar ikan kita import dari Bangladesh.
Apabila negara-negara ini terjejas, bekalan kepada Malaysia juga akan terkesan.
Dalam masa yang sama, apabila harga minyak global naik, kos dalam negara juga akan meningkat.
Walaupun Malaysia masih mempunyai subsidi, dikatakan kerajaan tidak mampu menanggungnya dalam jangka panjang.
Dan ketika saya menulis artikel ini tanda itu sudah mula kelihatan apabila subsidi mula dikurangkan dari 300 liter kepada 200 liter baru-baru ini.
Kesan domino akan berlaku iaitu harga minyak naik → kos pengeluaran naik → harga barang asas naik → kos sara hidup meningkat → daya beli rakyat menurun.
Apa kesan kepada Pekerja SME?
Sektor SME adalah sektor yang rapuh.Bila jualan jatuh syarikat akan mula berjimat dan kurangkan kos seperti potong elaun, hentikan overtime, kurangkan bonus dan paling teruk mungkin juga akan memberhentikan pekerja.
Realiti pahit pekerja SME
Kebanyakan pekerja SME gaji tidak besar.
Ia mungkin sekitar RM1,700 ke RM3,000 sebulan.
Bagi mereka yang sudah berkeluarga dan tinggal di Lembah Klang, RM3,000 sebulan tidak cukup untuk menampung kenaikan kos sara hidup yang tinggi.
Sebelum ni, dikala ekonomi stabil, mereka mungkin boleh mendapat pendapatan tambahan dari elaun, overtime atau bonus.
Namun, ketika krisis dan situasi yang tidak menentu macam ini, semua “extra income” ini akan hilang dulu.
Dan bila itu berlaku, ramai akan jatuh dari “cukup-cukup makan” kepada “tak cukup makan”.
Tindakan yang kita perlu buat?
1. Tenang - jangan panik
Panik atau bimbang keterlaluan tidak membantu apa-apa.
Malah ia buat keadaan lagi teruk.
Tujuan saya berkongsi maklumat ini bukanlah untuk menakutkan anda, tapi untuk anda bersedia.
Kalau kita panik, kita akan hilang kawalan, mudah buat silap dan tergesa-gesa membuat keputusan.
Sebagai muslim, kita percaya semua perkara yang berlaku dalam alam ini berlaku dengan takdir dan kehendak Allah.
Itu prinsip asasnya.
Oleh itu, kita mohon dan berdoa dengan sungguh-sungguh supaya Allah bantu kita untuk harungi ujian ini.
Kita bergantung harap sepenuhnya kepadaNya..
Bila kita faham prinsip ini, hati kita akan tenang dan dari situlah kita boleh bergerak ke langkah seterusnya.
2. Fokus pada apa yang kita boleh kawal
Realitinya, kita tak boleh kawal:
- Perang
- Ekonomi global
- Harga minyak
- Polisi kerajaan
Orang yang berjaya dia buat benda sebaliknya:
Dia fokus pada apa yang dia boleh kawal.
3. Kawal aliran tunai - ini survival mode
Benda pertama yang kita kena jaga semasa krisis ialah aliran tunai atau duit kita.
Kita tetap kena makan, bayar rumah, bayar kereta dan tunaikan semua komitmen bulanan.
Jadi apa yang perlu dibuat:
- Kurangkan perbelanjaan tak penting
- Fokus pada keperluan sahaja
- Elakkan hutang baru
- Elakkan pelaburan berisiko
Elakan untuk menjadi terdesak.
Bila seseorang terdesak:
- Dia tak boleh fikir panjang dan rasional
- Dia cenderung buat keputusan secara beremosi
- Dia tak banyak pilihan
Ia umpama keluar mulut buaya, masuk mulut singa.
Apabila terdesak, anda akan susah untuk buat langkah penting seterusnya iaitu:-
4. Tambah pendapatan
Kita tidak boleh selamanya bertahan kalau duit sentiasa keluar tanpa ada yang masuk.
Prinsip mudah:- Duit masuk mesti sekurang-kurangnya sama dengan duit keluar.
Oleh itu anda perlu cari pendapatan tambahan untuk menampung bahagian yang kurang.
Peluang dalam krisis.
Setiap kesusahan akan ada kesenangan.
Setiap krisis akan ada peluang.
Tapi bukan semua orang boleh ambil peluang itu.
Hanya pada orang yang bersedia.
Bersedia dari skil dan ilmu.
Ramai orang nampak peluang.
Tapi tak boleh ambil peluang sebab tak bersedia.
Lebih teruk lagi , ada yang langsung tak nampak peluang tersebut.
Cara nak ambil peluang.
Cara nak ambil peluang dan tambah pendapatan ialah dengan membina dan memberi NILAI.
Tanya diri sendiri:-
- Apa manfaat yang aku boleh beri?
- Apa masalah yang aku boleh selesaikan?
- Siapa aku boleh bantu?
- Apa hasil yang aku boleh beri?
Krisis ini bukan untuk ditakuti.
Tapi untuk difahami dan dihadapi
Orang yang panik akan tenggelam.
Orang yang bersedia akan bertahan.
Orang yang ada nilai akan naik tinggi.
Membina nilai bukan satu kerja yang mudah. Ia bukan kerja satu hari.
Ia adalah satu perjalanan atau proses yang panjang.
Terutamanya untuk anda yang baru nak mula, ia akan ambil masa.
Saya sendiri sedang belajar dan banyak bereksperimen untuk menerokai lebih dalam lagi konsep dan proses membina nilai.
Anda mahu belajar dan terokainya bersama?
Dalam channel tu, saya akan kongsikan idea dan insight yang saya dapat hasil pembelajaran dan eksperimen saya secara konsisten.
Dari situ, anda tidak keseorangan dan boleh tanya saya sekiranya ada soalan.
Klik sini untuk join WhatsApp Channel

No comments:
Post a Comment