Sk Biz Solution - Community: Bagaimana nak mula bisnes tanpa risiko dan modal besar?

Monday, January 16, 2023

Bagaimana nak mula bisnes tanpa risiko dan modal besar?

Dalam satu interview podcast, Seth Godin seorang penulis, usahawan dan marketer hebat, telah ditanya dalam interview tersebut secara spontan.

Sekiranya dia kena mula bisnes dari kosong, tanpa menggunakan namanya dan tanpa followers sekarang, apakah bisnes yang dia akan buat? Bagaimana dia akan mulakan bisnes tersebut?

Jawapan yang diberikan oleh Seth Godin sangat bernas dan membuka mata.

Ia sangat sesuai diikuti oleh anda yang baru belajar-belajar nak mulakan bisnes.

Ini jawapan Seth Godin.

1. Mulakan dengan mencari market.

"First thing which is we are going to be marketing with people, not at them." ~ Seth Godin

Mulakan dengan sekumpulan manusia yang anda mahu selesaikan masalah mereka.
Ini adalah cara fikir yang betul dalam memulakan bisnes.

Ramai orang fikir nak mula bisnes kena cari produk dulu.

Mereka fikir mereka perlu buat satu produk yang hebat kemudian cari cara untuk orang percaya bahawa produk tersebut terbaik untuk mereka. 

Itu yang keluar semua penipuan dan manipulasi marketing semata-mata mahu melakukan produk tersebut.

We, marketers, are selfish, lying, short-term thinking scum. We believe that our job is to manipulate people as we market to them.”  ~ Seth Godin

Sebenarnya cara itu sudah tidak berkesan lagi di zaman sekarang.
50 tahun dulu cara ini mungkin berkesan. 

Anda hanya perlu duit yang banyak untuk bayar media seperti iklan TV dan radio untuk dapatkan perhatian orang ramai, kemudian buat mereka beli produk anda.

Tapi zaman sekarang dengan adanya internet, cara tersebut sudah tidak berkesan lagi.
Orang sudah banyak pilihan. 

Mereka sudah boleh memilih kepada siapa mereka mahu beri perhatian.
Adakah berbaloi untuk mereka beri perhatian pada anda.

Oleh itu anda perlu libatkan manusia dalam memulakan bisnes anda.


2. Focus on the smallest viable audience.

Ini mungkin berlawanan dengan logik ramai orang.
Ramai orang apabila mula berbinse dia akan fokus untuk target kepada audience yang besar.

Logik mereka ialah, lagi besar audience lagi ramai orang akan beli produk mereka.

Itu yang apabila ditanya, siapa target market? mereka akan jawab -  semua orang.

"When you target to all, you target to none" ~ Seth Godin.

Realitinya, syarikat besar pun mula dengan fokus kepada audience kecil.

Ketika Mark Zuckerberg memulakan facebook dahulu, dia hanya fokus pada student di Harvard saja. 

Tujuan Facebook ditubuhkan ialah untuk menghubungkan student yang belajar di Harvard saja.

Kemudian ia tersebar diluar sekeliling Harvard, sehinggalah ia tersebar ke seluruh dunia seperti sekarang ini.

Kalau kita tanya pada Mark masa dia mula-mula bangunkan Facebook dahulu, bolehkah dia bangunkan sosial network untuk seluruh penduduk dunia, Si Mark pun akan pening kepala macam mana nak mula.

Jadi mulakan bisnea dengan fokus pada sekumpulan target market yang kecil.

Dalam interview tersebut, Seth Godin mula dengan memilih satu kumpulan orang dari Amerika yang mempunyai anak berumur 3 - 5 tahun yang mencari tempat tinggal untuk bercuti di Paris.

Ini sangat spesifik. 

Masalah dan solusi yang ditawarkan juga sanga spesifik.

Keluarga dari Amerika mahu kan intenet yang laju supaya mereka dapat berhubung dengan saudara mara yang berada di San Diego. 

Mereka mahu melihat Eiffel Tower dari balkoni rumah mereka seperti mereka lihat dalam movie. 

Mereka mahu rasa makanan yang popular dan tersedap di Paris.


3. Create a remarkable product.

Setelah anda pilih "targeted audience" yang anda mahu.

Anda faham masalah yang mereka hadapi.
Anda tahu impian yang mereka mahu capai. 

Barulah anda cari produk atau servis yang mereka tidak boleh hidup tanpanya. 

Produk atau servis yang audience akan beritahu dan rekemen kepada ahli keluarga dan teman-teman rapatnya tanpa perlu kita minta.

That's remarkable product.

Jadi apa yang Seth Godin buat ialah dia create satu dokumen PDF setebal 40 muka surat.

Dalam dokumen tu dia senaraikan dan terangkan 150 tempat terbaik Airbnb yang anda boleh tinggal di Paris.

Seth Godin berikan dokumen tersebut secara percuma.

Dia post di Medium dan di merata tempat supaya sesiapa saja yang mencari tempat percutian di Paris akan jumpa dokumen pdf tersebut.

Lagi bagus mereka yang jumpa dokumen tersebut, mereka kongsikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain kerana dokumen tersebut sangat berguna dan diperlukan oleh mereka.


4. Build trust

Trust adalah sangat penting dalam bisnes.

Kita hanya beli dari orang yang kita percaya.
Kita tidak akan membeli dari orang yang kita tidak percaya.

Oleh kerana itu, Seth Godin fokus untuk bina trust kepada targeted audience.
Dia sentiasa berhubung dan engage dengan audience.

Dia berikan nasihat secara percuma sehingga audience percaya.

I’m just giving people an abundance of confidence by creating an abundance of value and all I’m asking in return is to be trusted. ~ Seth Godin.

Audience yang percaya, tidak akan segan silu untuk bertanya tentang extra service seperti minta anda jadi tour guide atau sebagainya.

Audience yang telah percaya pada anda, akan datang dan berkata "Hi, boleh tak anda buat benda ni, saya akan bayar anda".


5. Take a simple idea and take it seriously.

Langkah-langkah yang dikongsikan oleh Seth Godin ni benda yang biasa saja. 
Ia benda yang simple, logik dan mengikut fitrah kita sebagai manusia.

Manusia tidak akan beli jika produk tak releven dengan dia.
Manusia tidak akan beli dari orang yang dia tak percaya.

Logik kan?

Nak berbisnes ni tak perlu teknik advanced, teknik rahsia atau teknik terhebat yang tak pernah orang guna.

Kita hanya gunakan teknik simple dan biasa saja.

Apa yang penting ialah daya usaha dan kesungguhan kita untuk buat benda yang simple dan biasa itu secara konsisten sehingga berjaya. 

"Take a simple idea and take it seriously." ~ Charlie Munger.

Kesimpulan.

Secara ringkas ini antara perkara yang anda boleh ambil manfaat.

1. Mulakan dengan mencari market yang anda nak serve. Market with people not at them. Pelanggan kita ialah manusia biasa sama seperti kita.

2. Focus on the smallest viable audience, kita boleh kembangkan kemudian.

3. Create a remarkable product. Sekiranya audience sebarkan kebaikan produk atau servis kita secara sukarela, tanpa kita minta maka kita dah jumpa "remarkable product". Tapi kalau belum, kumpulkan maklumbalas dan mula semula.

4. Build trust. Berterusan beri value kepada audience sehingga audience percaya dan sanggup keluarkan duit untuk  dapat extra service dari anda.

5. Fokus buat perkara yang simple dan biasa ini dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

==

Khas untuk anda yang sedang bekerja tapi nak belajar tentang bisnes.

Atau anda dah nak bersara, anda rancang nak buat bisnes selepas bersara? 
Anda nak buat persediaan untuk belajar bisnes sebelum bersara?

Anda tak tahu nak mula bisnes dari mana? 
Takda idea nak jual apa? 
Tak da modal nak berniaga?

Anda boleh masuk ke dalam group telegram Sk Biz - Community.

Dalam group tu anda boleh tanya soalan dan berbincang tentang bisnes.


Semoga bermanfaat.

Shah - Sk Biz.


No comments:

Post a Comment