Sk Biz Solution - Community: Ini antara silap faham ramai orang tentang marketing?

Tuesday, January 10, 2023

Ini antara silap faham ramai orang tentang marketing?

Bagi anda yang baru nak mula berbisnes, belajar marketing adalah perkara utama yang anda patut lakukan.

Ini antara ilmu yang anda perlu sebagai persediaan melangkah kedunia bisnes yang penuh dengan cabaran.

Apa silap faham orang tentang marketing?

i. Marketing ialah buat posting dan iklan di media sosial seperti di facebook, instagram dan buat live di tiktok.

ii. Marketing ialah buat ayat iklan, ayat gempak, ayat pukau dan ayat menawan.

iii. Marketing ialah buat gambar yang cantik, poster yang menawan, video yang lawak dan viral.

iv. Marketing ialah hantar email, jawab whatsapp, edar flyers, gantung banting dan letak signboard besar di lebuhraya.

v. Marketing ialah kumpul follower dan buat branding.

Dan sebagainya.

Bukan.

Marketing bukan sekadar buat posting di media sosial, beriklan di FB, kumpul followers di blog, live di tik tok , hantar email, jawab whatsapp dan sebagainya. 

Bukan, ia bukan definisi sebenar marketing.
Ia hanya sebahagian kecil kerja-kerja marketing.

Sebelum ada komputer, ada internet, ada media sosial seperti FB, Tik Tok,  sebelum ada whatsapp, telegram dan sebagainya, di mana orang dulu-dulu buat marketing?

Tak kanlah orang dulu-dulu tak buat marketing.

Bisnes atau perniagaan ini dah lama.
Dari dulu dah ada.

==

Apa itu marketing?

Marketing dalam bahasa mudah ialah :-

1. Kenalpasti kepada siapa kita nak jual.

2. Cari cara untuk yakinkan dia beli produk/servis kita.

Ini 2 panduan yang anda boleh pegang dalam membuat marketing.

Mulai dari hari ni, apabila anda terfikir nak buat posting FB, cuba fikirkan dulu 2 panduan di atas.

Kepada siapa posting ini dibuat?

Adakah posting ini membantu untuk yakinkan orang beli produk/servis anda?

==

3 Rukun marketing.

Bagaimana nak kenalpasti kepada siapa nak jual?

Bagaimana nak yakin orang beli?

Bagi menjawab 2 persoalan di atas, anda perlu faham 3 rukun marketing ini

i. Market

ii. Mesej

iii. Medium

Market - Target market ialah kumpulan orang atau prospek yang kita target nak jual pada mereka.

Mesej - Mesej yang kita nak sampaikan kepada target market dan tawaran yang kita nak berikan kepada target market.

Medium - Saluran di mana target market boleh melihat mesej kita dan platform kita berkomunikasi dengan prospek.

3 perkara di atas tidak boleh dilangkau. 
Ia mesti ikut susunan. 

Kesilapan ramai orang, mereka suka melompat tak ikut susunan.

Mereka terus melompat ke mesej dan medium tanpa peduli target market.
Mereka cari produk dulu, baru cari pelanggan.

Mereka sibuk cari produk, buat ayat iklan, fikir nak buat live, nak buat posting di FB tanpa faham target market.

Akhirnya tak da orang beli.
Produk susah nak jual.

Cari dan faham target market dahulu.
Mesej dan medium akan datang selepas itu.

==

1) TARGET MARKET

Kenapa kena mula dari market dulu?

Katakanlah anda menjual burger.

Anda boleh ambil apa saja kelebihan tentang burger seperti daging yang sedap dan juicy, roti yang lembut, gerai yang bersih, lokasi yang strategik, harga yang berpatutan dan sebagainya.

Anda boleh ambil semua kelebihan tu, kecuali "pelanggan yang lapar"(starving crowd)

"Pelanggan yang lapar" itu berikan pada saya.

Hasilnya, saya akan jual lebih banyak burger dari anda.

Itu lah yang dikatakan oleh Gary Halbert, seorang penulis iklan yang terhebat dan terkenal satu masa dulu.

Di hanya perlukan pelanggan yang lapar (starving crowd) untuk jual banyak burger.

Logik bukan?

Burger yang sedap, roti yang lembut, daging yang juicy, gerai yang bersih tidak berguna jika anda kenyang.

Tapi kalau anda lapar, burger biasa pun anda akan beli dan makan.

Begitu juga dengan bisnes.

Menjual kepada yang lapar lebih mudah dari menjual kepada pelanggan yang kenyang.

Cari pelanggan yang lapar kepada bisnes anda.
Cari pelanggan yang ada masalah untuk diselesaikan.

Cari ubat bukan vitamin.

Ramai orang akan serta merta mencari ubat ketika sakit.
Tak ramai orang yang akan serta merta mencari vitamin atau supplement.

=

Mencari target market.

Pada fasa ini anda perlu memilih target market yang tepat.
Pilih target market yang spesifik.
Lagi spesifik, lagi jelas, lagi bagus.

Ramai orang apabila ditanya siapa target market?

Mereka akan jawab -

Target market saya ialah semua orang.
Target market saya ialah semua orang yang ada masalah resdung. 
Target market ialah semua golongan ibu yang sedang mengandung.

Kesilapan ramai orang ialah mereka pilih target yang general.
Mereka pilih target market yang terlalu besar.

Alasannya mereka nak jual pada ramai orang.

Logik mereka ialah lagi ramai dan besar target mereka, lagi banyak mereka boleh jual.
Kalau boleh mereka nak satu Malaysia ni jadi pelanggan mereka.

"If you target to all people, means you target to none of them"

=

Kolam kecil atau kolam besar.

Anda nak jadi seekor ikan kecil dalam satu kolam yang besar bersama ikan jerung.

Atau,

Anda nak jadi seekor ikan besar dalam kolam yang kecil tanpa ada ikan jerung.

Sudah tentu kita nak jadi seekor ikan besar dalam kolam kecil.
Kurang persaingan dan kita lebih mudah menang. 

Memilih target yang general dan besar umpama anda duduk dalam satu kolam yang besar bersama para jerung yang ada dalam kolam tersebut.

Anda umpama ikan bilis dalam kolam tersebut.
Senang-senang anda kena telan dengan ikan jerung yang besar.

Anda susah nak bersaing dengan para jerung tersebut. 
Mereka sudah lama dari anda.
Sudah tentu anda akan kalah.

Anda jual ubat resdung? Sudah tentu ada ramai pemain dan penjual yang sudah lama menjual ubat resdung. Jenama mereka sudah terkenal.

Anda baru nak jual tudung? Sudah tentu ada jerung yang sudah lama menjual tudung dari anda. Mereka sudah berpengalaman menjual beribu helai tudung.

Anda susah nak menang.

Solusi bagi pemain baru dan kecil seperti anda ialah pilih satu kolam anda sendiri.

Pilih satu target market yang anda nak dominasi.
Mula dengan satu target market kecil yang anda nak jaga.

"Start with one small of viable audience."  ~ Seth Godin.

Mula dengan satu orang yang anda ambil berat.
Anda ambil berat tentang kehidupan mereka.
Anda obses untuk bantu dan selesaikan masalah mereka.

Itu lebih mudah.

=

Kenapa kena pilih target market yang spesifik?

1. Kita lebih mudah nak mula.
2. Kita lebih mudah nak fokus.

Jenama-jenama besar pun buat marketing secara spesifik.

Ada ubat gigi untuk kanak-kanak
Ada ubat gigi untuk gigi putih
Ada ubat gigi untuk perokok dan peminum kopi.
Ada ubat gigi untuk gigi sensitif.

Ada klinik general biasa.
Ada klinik untuk kanak-kanak.
Ada klinik untuk kulit.
Ada klinik untuk hidung, telinga dan mulut.
Ada klinik untuk wanita.
Ada klinik untuk lelaki.

Jika anak anda demam panas, klinik mana yang anda akan tuju? 
Sudah tentu klinik kanak-kanak.

Jika anda ada seorang wanita, klinik mana yang anda akan pergi? 
Sudah tentu klinik untuk wanita.

Jika anda ada masalah pada telinga, klinik mana yang anda yakin nak pergi? 
Sudah tentu anda pergi klinik hidung, telinga dan mulut.

Kenapa tak pergi klinik biasa dan general? 
Di situ pun ada juga doktor yang boleh merawat.

Itulah kelebihan spesifik.

=

Product is nothing.

Anda perlu pilih target market dulu, baru pilih produk.
Kesilapan ramai orang dia pilih produk dulu, baru target market.
Sebab itu dia susah nak menjual.

Jangan risau tentang produk.
Produk sangat mudah dicari.
Diluar sana ada terlalu banyak produk.

Anda boleh dapatkan produk dengan mudah jika anda ada sekumpulan orang yang bersedia nak membeli dengan anda.

=

Panduan mencari target market.

1. Cari yang mudah untuk anda akses kepada mereka.

Anda boleh lihat disekeliling anda.
Mungkin dari kawasan kejiranan anda.
Mungkin dari kawan-kawan kerja anda.
Mungkin dari group-group komuniti anda.
Mungkin dari group yang mempunyai hobi sama seperti anda.

Anda boleh lihat ciri-ciri demografik dan psikografik mereka.

Demografik -

*Jantina
*Umur
*Pekerjaan
*Gaji
*Status perkahwinan
*Tinggal di mana
* dan sebagainya.

Psikografik-

*Masalah yang dihadapi.
*Kesakitan yang dialami.
*Ketakutan yang mereka takutkan.
*Kekecewaan yang mereka 
*Apa yang mereka mahu dan di capai.
*Apa impian mereka.
*Apa harapan mereka.
*Apa nilai dan prinsip yang mereka pegang.

==

2) MESEJ

Anda dah tahu secara spesifik tentang target market anda.

Anda dah tahu umur, jantina, status, pekerjaan, pendapatan mereka.
Anda dah faham masalah yang dihadapi oleh mereka.
Anda dah tahu kesakitan yang dialami oleh mereka.
Anda dah survey harapan dan impian mereka.

Sekarang, selesaikan masalah mereka.
Tawarkan produk atau servis yang dapat membantu mereka.

Anda kena yakinkan target market bahawasanya produk anda boleh bantu selesaikan masalah mereka.

=

Kenapa orang membeli?

Kenapa anda membeli nasi goreng petang tadi?
Sebab anda lapar. 
Sebab anda dah sehari tak makan.
Sebab tiada makanan di rumah.
Sebab anda malas masak.
Sebab anda nak mudah.


Kenapa anda membeli tudung?
Sebab anda nak tutup aurat.
Sebab anda nak rasa yakin apabila pergi ke pejabat.
Sebab anda nak rasa bangga, rasa cantik apabila pergi ke majlis makan malam anjuran pejabat.

Orang tak membeli produk atau servis.

Orang membeli manfaat produk dan servis.
Orang membeli penyelesaian yang diberikan oleh produk dan servis.

Orang membeli sebab nak lari daripada "pain" dan pergi ke arah "gain"

Secara fitrahnya orang tak nak "pain"
Orang nak lari dari kesakitan.
Orang tak nak masalah.
Kalau ada masalah, orang akan cuba sedaya upaya cari penyelesaiannya.

Orang tak nak rugi.
Orang tak nak kecewa.
Orang tak nak gagal.
Orang tak nak sengsara.

Secara fitrahnya orang nak pergi ke arah "gain"
Orang nak untung.
Orang tak nak masalah.
Orang nak sihat.
Orang nak seronok.
Orang nak kejayaan.
Orang nak keyakinan.
Orang nak capai impian.

Produk atau servis hanyalah medium untuk mereka lari daripada "pain" dan pergi ke arah "gain".

Produk atau servis hanyalah kenderaan untuk mereka lari daripada "pain" dan pergi ke arah "gain".

Bagaimana produk atau servis anda dapat membantu target market lari daripada "pain" dan pergi kepada "gain"?

=

Kaji manfaat produk anda.

Kaji apakah ciri-ciri produk yang dapat menyelesaikan masalah target market anda.
Tunjukan bagaimana produk anda dapat menyelesaikan masalah mereka.

Orang tak beli produk, orang membeli manfaat yang dia dapat dari produk tersebut.

Tunjukan manfaat produk anda.
Bagi nampak depan mata mereka apa yang mereka dapat dari produk tersebut.

Tunjukan situasi sebelum dan selepas menggunakan produk anda.

Berikan tawaran atau mesej yang meyakinkan target market untuk beli produk anda.

=

3) MEDIUM

Medium ialah saluran dimana anda boleh tunjukan mesej anda kepada target market.
Medium ialah platform untuk anda berkomunikasi dengan mereka.

Kalau anda dah betul-betul pada bahagian target market, biasanya anda tidak ada masalah pada bahagian medium.

Ini bahagian yang paling senang.

Anda dengan mudah sudah tahu dimana target market anda berkumpul.

Tunjukan mesej anda kepada mereka.
Tunjukan tawaran anda kepada mereka.
Hujani mereka dengan mesej anda.

Sekarang ini dah mudah, ada banyak medium atau platform yang tersedia. 
Online dan offline - ada Fb, twitter, tik tok, email, whatsapp, telegram, flyers, poster dan sebagainya.

Anda hanya perlu pilih saja medium mana yang sesuai untuk target market anda.

=

Khas untuk anda yang sedang bekerja tapi nak belajar tentang bisnes.

Atau anda dah nak bersara, anda rancang nak buat bisnes selepas bersara? 
Anda nak buat persediaan untuk belajar bisnes sebelum bersara?

Anda tak tahu nak mula bisnes dari mana? 
Takda idea nak jual apa? 
Tak da modal nak berniaga?

Anda boleh masuk ke dalam group telegram Sk Biz - Community.

Dalam group tu anda boleh tanya soalan dan berbincang tentang bisnes.


Semoga bermanfaat.

Shah - Sk Biz.

No comments:

Post a Comment