Sk Biz Solution - Community: Ini nasihat untuk orang yang sedang bekerja tapi minat nak buat bisnes.

Wednesday, January 4, 2023

Ini nasihat untuk orang yang sedang bekerja tapi minat nak buat bisnes.

Anda sedang bekerja? 
Sudah ada kerja tetap? 
Tapi ada cita-cita nak mulakan perniagaan sendiri satu hari nanti?

Ini antara persediaan yang anda boleh buat.

Sebelum itu, jom kita lihat masalah yang sering dihadapi oleh mereka yang baru nak mula berniaga. Ini antaranya:-

1. Tak tahu nak jual apa.

2. Tak tahu nak mula dari mana.

3. Takda modal nak mula berniaga.

4. Takut rugi / takut kena tipu.

5. Takda masa.

6. Takda ilmu yang betul untuk mula berniaga.

7. Rasa berniaga terlalu susah sehingga tak berani nak mula.

8. Rasa berniaga tu mudah / overconfident boleh untung. 

===

Faham realiti sebenar dunia perniaagaan.

Berniaga itu susah. Ia tidaklah semudah yang digembar gemburkan di luar sana, yang mengatakan semua orang boleh berbisnes.

Kalau anda jumpa orang yang mengatakan bisnes itu mudah, saya nasihatkan anda cepat-cepat lari. 

Itu samaada mereka nak pancing anda jual produk mereka dengan menjadi ejen atau mereka nak jual kelas bisnes mereka.

Apabenda yang susah tu?

Susah bermaksud anda perlu luangkan masa yang cukup untuk membangunkan bisnes anda. 

Tambahan lagi untuk orang yang baru berjinak-jinak dalam berniaga.
Tambahla susah. Pertama kali buat kan?

Sekiranya anda sedang bekerja, siang anda bekerja dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. 

Bilakah masa untuk anda luangkan terhadap perniagaan anda?

Sudah tentu masa yang ada hanya di watktu malam. 

Meluangkan masa selama 1 ke 2 jam setiap malam setelah penat bekerja disiang hari bukan perkara yang mudah.

Ada orang mungkin boleh luangkan masa selama 2 jama setiap malam untuk minggu pertama saja. 

Masuk minggu ke dua dah tak mampu.
Susah sebenarnya untuk konsisten luangkan masa pada perniagaan setiap malam.

Anda perlu berkorban, tidak ada masa untuk keluarga dan anak-anak, tidak ada masa untuk lepak-lepak minum teh tarik dengan kawan-kawan di kedai mamak, tidak ada masa untuk rileks layan netflix dan sebagainya.

Masa yang ada , anda pelu gunakan untuk belajar tentang bisnes dan jalankan bisnes.

=

Bisnes tidak semudah kita buat iklan dan ia terjual dengan sendiri. 

Ia tidak semudah kita panggil orang dan tunjuk produk kita pada orang dan orang akan terus beli.

Ia tidak semudah kita buat posting di fb, instagram, buat live di tik tok kemudian orang terus beli produk kita. tidak begitu.

Anda perlukan masa untuk buat marketing. Anda perlu faham pelanggan. Anda perlu buat kajian mendalam tentang pelangga.

Tanya pelanggan apa masalah mereka, apa kesusahan mereka, apa kekecewaan mereka dan sebagainya.

Bukan perkara mudah untuk buat marketing ini, terutamanya perihal mengenal pelanggan. Banyak kajian yang perlu dibuat, banyak perkara yang perlu diujikaji.

==

Bisnes tidak semudah anda melihat orang naik kereta mewah, beli rumah besar, bercuti sana sini, beli barangan berjenama dan sebagainya.

Jangan terpedaya dengan simbol-simbol kemewahan yang kadangkala sengaja ditunjukan di media sosial. 

Biasanya orang yang betul-betul kaya dia tidak akan menunjuk-nunjuk kemewahan mereka. 

Orang-orang yang jenis suka menunjukan kemewahan ini mesti ada sesuatu yang dia mahukan dari anda. Anda udang disebalik mee.

Mungkin dia nak anda jual produk mereka, mungkin dia nak tarik anda masuk skim mereka dan sebagainya. 

=

Tip of iceberg.

Orang - orang bisnes yang kita lihat mereka berjaya hari ini, mereka naik kereta mewah, bercuti sana sini, beli rumah besar, itu hanyalah satu bahagian dari kehidupan mereka.

Itu ialah kehidupan setelah mereka berjaya. 

Sebelum mereka berjaya, dimana mereka berada? Apa yang mereka buat?

Kejayaan yang kita lihat itu ialah hanya "one tips of iceberg".

Cuba tanya kepada mereka yang dah berjaya, bagaimana kehidupan mereka sebelum mereka berjaya?

Mungkin ada yang pernah rugi ratus ribu, berhutang sana-sini, ada masa tak cukup duit nak makan, duit dalam wallet hanya tinggal RM5 saja, tidur tak menentu, selalu tak balik rumah, hanya tidur di ofis saja, tak da masa nak pergi bercuti, dah buat macam-macam ekperimen tapi masih tak jadi, dan sebagainya.

Berbagai kesusahan yang mereka hadapi sebelum mereka dapat apa yang mereka usahakan.

===

Bisnes itu susah, tapi ramai saja yang berjaya.

Iya, bisnes itu susah.
Iya, bisnes itu berisiko.

Orang kata, Bisnes itu rugi dah tentu, untung belum tahu.

Bila kita kata bisnes itu susah, itu bukan bermaksud mustahil untuk kita berjaya dalam bisnes. Anda boleh lihat ramai saja orang yang berjaya dalam berbisnes.

Bisnes walaupun ia susah, tapi dengan persediaan dan cara yang betul, kita boleh saja berjaya.

Apabila kita faham realiti bisnes itu susah, maka kita perlu buat persediaan untuk menghadapinya.

Sebenarnya, ada cara yang betul untuk kita mulakan bisnes tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. 

Ada saja cara untuk kita kurangkan risiko rugi dalam berbisnes.
Ada saja cara, kalau kita rugi pun, kita tidak terasa sangat, kita boleh tanggung kerugian tersebut.

===

Apa persediaan yang anda kena buat?

1. Persediaan ilmu. 

Belajarlah ilmu berkaitan tentang bisnes. 
Zaman sekarang sudah banyak orang berkongsi tentang ilmu yang berkaitan bisnes. 

Kalau anda Google, anda akan jumpa banyak tips tentang bisnes.

Ada yang kata anda perlu belajar menjual, belajar kira-kira bisnes, belajar pengurusan bisnes, belajar buat iklan di FB dan sebagainya.

Kalau tanya saya apakah yang pertama sekali anda kena belajar ialah anda kena belajar mengenal pelanggan.

Mengenal pelanggan bermaksud :-

Anda tahu dengan jelas siapa pelanggan anda.
Anda faham masalah pelanggan.
Anda tahu apa yang pelanggan mahu.

Kenapa kena kenal pelanggan?

Sebab dengan kenal pelanggan :-

Anda akan tahu nak jual apa.
Anda akan dapat banyak idea nak jual produk atau servis apa.
Anda akan lebih mudah menjual.
Anda akan lebih mudah buat iklan.

Ini dapat mengurangkan risiko anda rugi.
Anda juga tak perlu modal besar untuk bermula.

Dimana nak belajar ilmu mengenal pelanggan ni?

Anda boleh belajar ilmu mengenal pelanggan dengan belajar marketing.

Sekarang ni banyak orang berkongsi tentang marketing.
Anda Google je.

Kalau nak mudah dan murah anda beli je buku yang bercerita tentang marketing.
Ada banyak buku marketing yang bagus-bagus di luar sana.

Harga bawah RM100 saja. 


Apabila anda belajar dan faham tentang marketing, anda sedang buat bersediaan untuk berbisnes, anda telah mengurangkan risiko untuk anda rugi dalam berbisnes.


=

2. Persediaan minda

Bisnes yang bagus ialah bisnes yang menyelesaikan masalah pelanggan. 

Apabila kita berbisnes, secara tidak langsung kita sukarela mahu menyelesaikan masalah pelanggan.

Pelanggan ada berbagai masalah yang mahu diselesaikan, maka kita mesti mampu berfikir untuk mencari solusi kepada masalah pelanggan.

Selain itu, bisnes ni susah. 

Anda akan jumpa berbagai masalah dan halangan. 
Anda perlu berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan semua masalah dan halangan tu.

Klik sini untuk tahu cara jadi kreatif.

Anda kena mula baca buku sebagai persediaan minda.
Baca buku supaya minda anda dapat input atau maklumat yang berguna.

Dengar podcast tentang ilmu. 

Ada banyak podcast yang bagus diluar sana yang anda boleh dengar.

Pergi ke Youtube search nama-nama ni Seth Godin, Farnam street, Tim Feris dan sebagainya.

Baca blog atau artikel yang bermanfaat.

Kurangkan membaca perkara yang tidak bermanfaat seperti gosip artis, berita-berita sensasi dan sebagainya.

Kurangkan mendengar radio yang berceloteh ntah apa-apa.
Bercoleteh tentang perkara yang tidak memberi manfaat kepada anda.

Tapis segala maklumat yang masuk kedalam minda anda.

"Garbage in, garbage out" - kalau sampah yang masuk dalam minda, maka sampah la yang keluar. 

Kalau permata yang masuk dalam kepala, maka permata yang berharga lah yang keluar.

Kita lihat apa orang yang betul-betul kaya cakap tentang tabiat membaca seperti di bawah ini.

"“In my whole life, I have known no wise people (over a broad subject matter area) who didn't read all the time -- none, zero. 

You'd be amazed at how much Warren reads--and at how much I read. My children laugh at me. They think I'm a book with a couple of legs sticking out.”

~ Charles T. Munger.

=

3. Persediaan emosi

Kena tahan stress atau tekanan. 

Ramai orang yang bekerja faham, apabila dia berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri, dia akan kurang stress.

Dia rasa dia tidak akan stress lagi dengan arahan bos ditempat kerja.
Dia rasa dia tidak akan stress lagi dengan dateline di pejabat. 

Iyalah dah kerja sendiri kan? Dah jadi bos sendiri.

Sebenarnya, itu cara fikir yang salah.
Bisnes bukan tempat anda hilangkan stress. 

Iya betul.

Anda sudah tidak perlu dengar arahan dari bos yang anda tak suka. 
Anda sudah tidak perlu bekerjasama dengan rakan sekerja yang tak sebulu. 
Anda sudah tidak perlu mengejar deadline yang ditentukan.

Tapi anda mungkin akan stress memikir jualan tak masuk-masuk.
Anda dah buat macam-macam tapi jualan masih tidak ada.

Anda mungkin stress tak cukup duit bulanan untuk bayar utiliti seperti sewa rumah, kereta dan sebagainya. 

Iyalah, jualan tidak ada kan?

Anda mungkin stress dengan bebelan isteri anda.
Stress dengan kata-kata dan kutukan orang lain.

Anda mungkin akan stress sebab bersengkang mata fokus membangunkan bisnes. 
Stress lihat kawan-kawan lain dah ada rumah, dah ada kereta besar, tapi anda masih tidak ada. 

Bermacam-macam jenis stress anda bakal hadapi.

==

4. Persediaan fizikal.

Sudah tentu kita perlukan fizikal yang sihat supaya kita dapat bekerja membangunkan bisnes tersebut.

Kalau sakit, macam mana nak buat kerja.
Kalau badan sakit, mental dan emosi juga akan terganggu.

Oleh itu, anda perlu jaga pemakanan. 

Kurangkan gula, kurangkan karbohidrat dalam pemakanan. 
Makan lebih protin. 
Bersenam, buat aktiviti fizikal.

Buat medical check up selalu.

===

Mula je, buat je.

Anda dah buat semua persediaan di atas.

Then, what's next?
Apa yang perlu dibuat seterusnya?

Anda applikasikan lah ilmu marketing yang anda belajar tu.

Buat je.
Mula sikit-sikit.
Buat kecil-kecil dulu.

Mula dengan mencari pelanggan dulu.
Mula dengan mengenal pelanggan dulu.

Mula dengan bertanya, masalah pelanggan mana yang nak diselesaikan? 
Jual sikit-sikit dulu. 

Dari 1 jualan, gandakan kepada 2 jualan, kemudian gandakan kepada 4 jualan, kemudian gandakan kepada 8 jualan dan seterusnya.

==

Khas untuk anda yang sedang bekerja tapi nak belajar tentang bisnes.

Atau anda dah nak bersara, anda rancang nak buat bisnes selepas bersara? 
Anda nak buat persediaan untuk belajar bisnes sebelum bersara?

Anda tak tahu nak mula bisnes dari mana? 
Takda idea nak jual apa? 
Tak da modal nak berniaga?

Anda boleh masuk ke dalam group telegram Sk Biz - Community.

Dalam group tu anda boleh tanya soalan dan berbincang tentang bisnes.
Sesuai untuk newbie.


Semoga bermanfaat.

~ Shah - Sk Biz.

No comments:

Post a Comment