Kita selalu dengar orang cakap untuk berjaya kita perlu ada visi yang besar.
Ia umpama destinasi yang kita nak tuju.
Dalam kelas-kelas bisnes atau motivasi, para penceramah suruh kita tulis visi yang kita nak capai dalam 10 tahun akan datang.
Mereka suruh kita gambarkan apa yang kita nak jadi dimasa akan datang.
Mereka suruh tampal visi tersebut ditempat yang mudah dilihat.
Ia sebagai motivasi kepada diri kita setiap hari.
Iya, betul. Hidup kita perlukan visi.
Kita perlukan destinasi.
Kita perlu tahu kemana kita nak pergi, barulah mudah untuk kita cari jalannya.
Tapi kan, bagaimana orang yang masih tidak ada visi dalam hidupnya? Dia tak tahu apa yang dia mahu.
Atau orang tersebut sudah ada visi tapi dia tak tahu visi itu betul atau tidak? Dia rasa ragu-ragu.
Dia rasa teragak-agak untuk meneruskan perjalanan mencapai visi.
Perkara ini banyak berlaku pada para graduan atau pada mereka yang masih baru dalam dunia pekerjaan.
Mereka masih tak nampak jalan dan masih lagi tak tahu destinasi yang mereka nak pergi.
Jadi apa yang perlu dibuat kalau kita dalam situasi tersebut? Ini antaranya:-
1. Teruskan bergerak dan bertindak.
Biasanya setiap orang tahu apa yang dia mahukan dalam hidup.
Naluri manusia secara fitrahnya mahukan kehidupan yang lebih baik.
Mahukan penambahbaikan dalam hidup.
Cuma bagaimana dan cara untuk mencapai kemahuan tersebut adalah berbeza.
Kebanyakan masa, kita tahu cara untuk mencapai matlamat yang kita impikan, tapi perasaan takut dan tidak yakin dalam diri menghalang kita untuk bertindak.
Oleh itu teruskan bergerak dan bertindak. Jangan duduk diam menunggu kesempurnaan untuk mula.
" Inaction breeds doubt & fear. Action breeds confidence and courage." ~ Dale Carniege.
2. Mula dan buat.
Mungkin anda dah pernah merancang sebelum ini.
Anda terus jalankan perancangan yang anda buat tu.
Jangan kisah nak periksa samada visi anda itu betul atau tidak.
Jangan kisah samada visi anda sama atau tidak dengan orang lain.
Apa yang penting ialah anda just "show up everyday."
Bangunkan tabiat anda dan praktis untuk buat apa yang anda rancangkan setiap hari. Kadang-kadang kerja-kerja kreatif berlaku apabila kita keep moving.
Ia berlaku sekiranya kita terus bergerak setiap hari dan ada progress, walaupun sekecil'-kecil progress.
Anda tak perlu visi yang hebat-hebat sangat pun.
Cukup sekadar anda tahu nak pergi mana?
Kemudian cari jalan untuk dapatkannya.
"One of the many things Lynda Barry has taught me: If you don’t know what to write in your diary, you write the date at the top of the page as neatly and slowly as you can and things will come to you. ~ Austin Kleon.
Analogi macam kita tulis diari atau jurnal. Kadang-kadang kita tak tahu nak tulis apa dalam diari. Tak da idea nak tulis apa.
Triknya ialah just tulis tarikh saja dulu di atas kertas, nanti secara perlahan-lahan anda akan ada idea untuk menulis.
Tulis saja apa yang anda mahu tulis, biarkan ianya keluar melalui pen anda.
Fokus apa yang ada didepan anda.
Kita tak perlu nak jadi terlalu "visionary".
Cukup anda fokus buat kerja apa dihadapan anda.
Anda buka 1 pintu dihadapan dan selalunya pintu itu akan membuka pintu-pintu yang lain pula.

No comments:
Post a Comment