It is not what you know, but who you know.
Orang kata nak berjaya kena kenal ramai orang.
Kita kena ada connection, kena ada network baru mudah untuk berjaya.
Iya.
Kalau kita ada connection dan network yang besar, lebih mudah kita dapatkan pertolongan ketika kita memerlukan.
Disebabkan itu ramai orang risau jika dia tiada connection dan network.
Ramai orang try hard buat sesuatu disebabkan mahu network.
Ada orang, setiap minggu dia ajak orang lain berjumpa atau minum coffee.
Ada orang, dia join satu program networking berkumpul setiap minggu.
Ada orang, dia kumpul email orang yang dia baru jumpa dan email setiap minggu.
Ada orang, dia bayar beribu semata-mata mahu join satu komuniti untuk bernetwork.
Dan sebagainya.
Ada berbagai cara dan teknik yang boleh dibuat untuk dapatkan connection dan network.
Tapi pernah anda terfikir.
Semata-mata kita suka jumpa orang, tak bermakna orang itu suka jumpa kita.
Semata-mata kita rasa orang itu bernilai, tak bermakna orang itu rasa kita bernilai pada mereka.
Semata-mata kita rasa orang itu penting, tak bermakna orang itu rasa kita penting pada mereka.
Berapa ramai orang yang kita ajak jumpa, tapi mengelak untuk jumpa kita?
Berapa ramai orang yang kita jumpa pertama kali, kemudian mengelak untuk jumpa kita kali kedua?
Berapa ramai orang yang kita email, tapi mereka tak jawab email kita?
Berapa ramai orang kita telefon, tapi tak jawab panggilan telefon kita?
Kita mungkin selalu tanya.
Bagaimana nak bina connection dan network dengan orang yang kita rasa penting tu?
Tapi, pernah tak kita tanya.
Kenapa orang tersebut nak berkawan dengan kita?
Kenapa orang tersebut nak bernetwork dengan kita?
Apa yang mereka dapat dari kita?
Persoalannya.
Apa manfaat yang kita beri pada connection dan network tersebut?
Apa perkara bernilai pada kita sehingga orang mahu berconnection dan bernetwork dengan kita?
Ramai orang mahu menerima saja, tapi tidak mahu memberi.
Sebab itu kita try hard untuk dapatkan connection dan network.
Realitinya, kita kena beri sesuatu, untuk dapat sesuatu.
Anda nak perhatian, anda kena beri perhatian dulu.
Anda nak disukai, anda kena suka orang lain dulu.
Sebenarnya, siapa yang kita kenal sangat bergantung kepada siapa diri kita dan apa yang kita buat.
Connection dan networking tidak boleh buat apa-apa sekiranya kita sendiri tidak boleh beri manfaat pada orang.
Mereka juga tidak boleh buat apa-apa sekiranya kita sendiri tidak boleh tunjuk apa perkara atau kerja terbaik yang kita boleh berikan.
Mereka nak hubungkan kita macam mana?
Apa nilai yang kita boleh beri?
Apa manfaat yang kita boleh beri?
Ramai orang buang masa dan tenaga untuk bernetwork daripada jadi terbaik pada perkara yang dia buat.
Jadi yang terbaik dan buat kerja yang terbaik adalah cara untuk bernetwork dan berconnection.
Buat perkara yang kita suka, jadi terbaik pada perkara yang kita suka, bercakap tentang perkara yang kita suka, ia akan menarik orang yang suka pada perkara tersebut.
Jangan risau berapa ramai connection kita.
Jangan risau berapa ramai follower kita.
Jangan risau berapa ramai orang nak berkawan dengan kita.
Tapi jadi lah orang yang bernilai supaya orang lain mahu connect dengan kita.
Jadi lah orang yang memberi manfaat supaya orang lain mahu datang dekat dengan kita.
Kalau kita buat sesuatu yang bagus dan bernilai.
Kita buat sesuatu yang memberi manfaat pada orang.
Kita mampu memberi solusi kepada masalah orang.
Secara automatik orang lain akan datang pada kita.
Orang lain mahu berkawan dengan kita.
Orang lain dengan rela hati mahu berconnection dan bernetwork dengan kita.
Jadilah seumpama gula, yang menarik semut-semut menghurunginya.
People willingly to follow you if you worth to be followed.
People willingly to follow you if you interesting to be followed.
Bagaimana caranya?
Jadi terbaik pada perkara yang anda sedang buat.
Jadi kreatif dan beri manfaat pada orang.
Kongsi idea dan solusi.
Beri inspirasi.
Lama-lama anda dapat bina network anda sendiri.

No comments:
Post a Comment