Antara cara untuk berjaya ialah dengan kita buat sesuatu yang baru.
Jalan untuk buat sesuatu yang baru memerlukan kita tinggalkan perkara yang lepas di belakang.
Ada sesetengah orang dia sukar untuk melepaskan perkara yang lepas.
Ini menyebabkan dia sukar untuk membuat keputusan.
Itulah kesan sunk cost dalam membuat keputusan.
Sunk cost atau kos melepas - ialah kos pilihan yang kita telah buat, ia telah berlaku dan ia tidak akan dapat dikembalikan semula.
Ini contoh sunk cost mempengaruhi orang dalam membuat keputusan yang tidak rasional.
* Just because anda ada ijazah dalam undang-undang, tidak semestinya anda perlu bekerja sebagai seorang peguam.
* Just because anda pernah bekerja sebagai seorang pemandu pelancong selama 20 tahun tidak semestinya anda perlu buka syarikat pelancongan.
* Just because anda ada bakat memasak tidak semestinya anda perlu buka kedai makan atau terlibat dalam industri makanan.
Kadang-kadang kita perlu buat perkara baru untuk jadi kreatif.
Kita perlu buat perkara luar dari kebiasaan kita.
Kita perlu buat perkara yang luar dari comfort zone kita.
Tapi kita tidak boleh move on.
Kita susah nak buat keputusan sekiranya kita sibuk membuat kira-kira berapa banyak keputusan lama memberi kos kepada kita.
Kita sibuk buat kira-kira berapa banyak kita rugi masa dan pelaburan yang kita buat dulu.
Itu lah kesan sunk cost.
Hakikatnya kita kena sedar, masa yang lepas tidak dapat diputarkan kembali.
Perkara yang lepas, biarkan ia lepas.
Kita tidak boleh ubah apa-apa pun.
Kita hanya boleh ubah perkara yang sekarang.
Pengaruh sunk cost dalam merancang masa depan.
Ramai orang dipengaruhi dengan masa lalu (sunk cost) ketika membuat perancangan masa depan.
Contoh.
"Aku dah belajar engineering, so kena kerja sebagai engineer, kalau tidak, rugi dan sia-sia saja belajar"
Kita selalu dengar orang sebut perkara ni kan?
Kita selalu tersangkut dan terperangkap dengan sijil dan perkara yang kita dah ada.
Ini menyebabkan pilihan kita terhad.
Dari awal kita sudah terhadkan fikiran kita.
Kita hanya boleh memilih perkara yang berkaitan dengan sijil kita.
Salah ke? Tak salah pun.
Cuma, dunia ini luas.
Banyak perkara yang kita tidak tahu.
Banyak perkara yang kita belum terokai.
Mari kita besarkan pandangan kita dalam melihat dunia.
Daripada 'input based' kepada 'output based'.
Cara biasa yang kita lakukan tadi adalah berdasarkan input based.
Maksudnya, kita lihat apa aset yang kita ada, kemudian kita bertindak dari situ.
Contoh - Kita ada segulung ijazah dalam kejuruteraan awam, maka kita kena kerja sebagai jurutera di syarikat pembinaan, developer, consulting atau kerajaan seperti JKR dan lain lain lagi.
Pilihan kita ada sangat terhad bukan?
Kita tersangkut dengan masa lalu.
Kita dipengaruhi dengan kesan sunk cost.
Sekarang cuba kita berfikir secara output based.
Kita tentukan dulu output yang kita mahu.
Kita fikir dulu masa depan yang kita mahu.
Kita fikir dulu cara hidup yang kita impikan.
Kita fikir dulu hasil yang kita idamkan.
Contoh.
1. Pekerjaan yang macam mana kita mahukan? Mahu kerja flexible kah? Mahu kerja dari jam 9.00pagi ke 5.00 petang kah? atau sebagainya.
2. Berapa jumlah gaji yang kita mahukan sebulan? RM5,000 sebulan? RM7,000 sebulan?
Kita tulis saja dulu output yang kita mahu.
Dari output, barulah kita bergerak kebelakang untuk cipta jalan mencapai output.
Kita mahukan gaji RM5,000 sebulan? (output)
Baru kita fikir.
Bagaimana kita mahu capai RM5,000 sebulan?
Apakah aset yang aku ada sekarang?
Adakah ijazah kejuruteraan awam yang aku ada sekarang boleh untuk dapatkan output yang aku mahu?
Jika tidak boleh.
Apa skil yang aku boleh perlu ada untuk capai RM5,000 sebulan?
Apa skil yang aku boleh belajar untuk capai RM5,000 sebulan?
Apa skil dalam kejuruteraan yang aku pernah belajar , yang aku boleh gunakan untuk capai RM5,000 sebulan?
Apa kelebihan yang aku ada?
Apa pengalaman yang aku ada?
Siapa kenalan atau network aku?
Nampak tak, apabila kita berfikir secara "backward", kita tidak terikat kepada perkara yang lepas.
Kita tidak dipengaruhi dengan " sunk cost" bias.
Kita ada banyak pilihan.
Dunia ini luas.
Kita yang sempitkan pandangan kita selama ini.
Jangan kisah perkara yang lepas.
Move on please.

No comments:
Post a Comment