Sk Biz Solution - Community: Panduan pekerja SME keluar dari masalah kewangan.

Monday, April 13, 2026

Panduan pekerja SME keluar dari masalah kewangan.















Kerja kuat tapi duit tak kemana?
Pernahkah anda berada dalam situasi macam ini?

Anda bangun pagi pergi kerja.
Balik petang atau malam setiap hari.

Kadang-kadang tambah overtime.
Kadang-kadang buat part time.

Tapi setiap bulan…
Duit tetap tak cukup.

Buka aplikasi bank…
Baki tinggal dua atau tiga angka.

Belum hujung bulan, duit dah habis.
Dalam hati anda mula tertanya-tanya:

“Aku dah kerja kuat, tapi kenapa hidup aku masih tak berubah?”
“Apa sebenarnya masalah aku?”


Ini realiti yang anda tak perasan.

Masalah sebenar anda bukanlah sebab anda malas berusaha dan bekerja.
Tapi, ialah anda sedang bermain game yang salah.

REALITI HIDUP ZAMAN SEKARANG

Hari ini, hidup tidak sama seperti 10 atau 20 tahun lepas.

Sekarang, harga barang sentiasa naik.
Kos hidup sentiasa meningkat.

Inflasi perlahan-lahan menghakis duit kita tanpa kita sedar.
Apa yang dahulu bernilai RM50, hari ini mungkin menjadi RM80 atau lebih.

Namun masalahnya, pendapatan kita tidak naik seiring dengan kenaikan kos kehidupan sekarang.

Kalau naik pun, peningkatannya kecil.

Setiap bulan, ramai melalui kitaran yang sama iaitu:
  • Terima gaji
  • Bayar komitmen
  • Belanja keperluan
  • Duit berkurang
  • Tunggu gaji bulan depan
Kita ulang kitaran itu setiap bulan.
Dalam hati, kita mula bertanya:

“Kenapa hidup aku macam ni?”
“Kenapa aku dah kerja kuat tapi masih tak ke mana?”
“Bagaimana nak tambah pendapatan?”


Lalu kita mula buat macam-macam:
  • Kerja overtime
  • Buat part time
  • Berniaga online
  • Buat affiliate
  • Dan sebagainya
Tapi hasilnya tetap sama.
Hidup masih tak berubah.
Masa habis dan penat bertambah.

Ramai orang percaya.

Kalau kita rajin bekerja, rajin berusaha dan kerja kuat, hidup kita akan berubah,
Logik ini memang nampak masuk akal.

Namun dalam dunia moden sekarang, logik tersebut sudah tidak mencukupi.

Kenapa?

Kerana realiti dunia sekarang, ganjaran tidak lagi ditentukan semata-mata oleh:
  • Siapa paling rajin
  • Siapa paling kuat berusaha
  • Siapa paling lama bekerja
Sebaliknya, ganjaran ditentukan oleh satu perkara utama iaitu: NILAI

“Dunia tak bayar anda berdasarkan usaha semata-mata.”
“Dunia bayar anda berdasarkan nilai yang anda beri.”

Ramai orang sekarang sedang melawan arus tanpa mereka sedar.
Mereka fokus untuk tambah usaha dan tambah masa bekerja.

Tapi mereka tak pernah tanya:
“Apakah nilai yang aku beri?”

Sebab itu hidup mereka susah berubah.
Usaha mereka tidak menghasilkan nilai yang tinggi.

Analogi mudah.

Bayangkan anda berada dalam sungai yang airnya mengalir deras.
Kalau anda ikut arus, anda bergerak dengan lebih mudah.

Kalau anda lawan arus, anda akan penat tetapi masih tidak ke mana.
Begitulah juga dalam dunia ini.

Kalau anda faham bagaimana dunia ini bergerak, anda akan bergerak lebih mudah.
Kalau anda tak faham, anda akan penat melawan arus.

Apa itu nilai?

Nilai ialah manfaat yang anda beri kepada orang lain.
Lagi besar manfaat yang anda beri, lagi tinggi nilai anda.

Realitinya.

Kalau anda terus tambah usaha tanpa arah.
Buat benda yang sama berulang-ulang.

Hidup anda akan kekal sama.

Perubahan hanya berlaku apabila:

Anda faham bahawa ganjaran ditentukan oleh nilai yang anda beri
Anda mula bermain mengikut “game” yang betul

KENAPA GAJI SUSAH NAK NAIK?

Sebagai orang yang bekerja makan gaji, 
Ini antara soalan yang selalu bermain dalam kepala:

“Macam mana nak tambah pendapatan?”
“Macam mana nak naik gaji?”
“Kenapa orang lain naik lebih cepat?”
“Kenapa syarikat tak naikkan gaji walaupun aku rajin bekerja?”


Jom kita pergi lebih dalam.

Kenapa bos atau syarikat bayar anda gaji?

Syarikat tak bayar anda gaji sebab:
  • Anda rajin bekerja
  • Anda bekerja kuat
  • Anda datang awal dan balik lewat
Kalau itu kriterianya, di luar sana ramai lagi orang yang bekerja kuat membanting tulang, tetapi pendapatan mereka masih kecil.

Syarikat bayar anda gaji kerana nilai yang anda beri.
Lagi tinggi nilai yang anda beri, lagi tinggi gaji anda.

Masalah besar pekerja SME ialah mereka fokus pada - buat kerja, siapkan task dan ikut arahan.

Tapi mereka tak sedar:

Itu semua hanyalah baseline – kerja asas yang memang syarikat jangka anda buat.
Itu belum cukup untuk jadi nilai tambahan dan menaikan nilai anda.

Contoh:

Staff A
  • Datang kerja
  • Siapkan task
  • Ikut arahan
Bos tengok:

“Ok… dia buat kerja dia.”
Gaji: RM1,700 – RM2,000

Staff B
  • Datang kerja
  • Siapkan task
  • Ikut arahan
  • Nampak masalah report lambat siap
  • Automate report guna Excel
  • Jimat masa team 5 jam seminggu
  • Bos guna report dia untuk meeting dan buat keputusan penting
Bos tengok:

“Orang ni memudahkan kerja aku.”
Gaji: RM4,000 – RM5,000

Kedua-dua siapkan tugas dan ikut arahan.

Namun hanya seorang yang memberi nilai tambah dengan jelas iaitu Staff B.

Selagi, anda hanya berada di baseline selagi itu gaji anda susah nak naik kerana:

Anda tidak ada beza dengan orang lain.
Ramai orang boleh buat kerja anda.
Anda mudah diganti.

Dan yang utama, kerja anda tidak ada NILAI tambah.

Berita baik, nilai boleh dibina.

BAGAIMANA NAK BINA NILAI?


Ramai orang fikir:

“Nak cipta nilai kena tunggu peluang besar.”
“Kena buat sesuatu yang besar dulu.”

Tapi sebenarnya tidak.

Kita boleh mula bina nilai dari perkara kecil.
Yang penting, ia dibuat dengan betul dan konsisten.

Secara asasnya, cara nak bina nilai ialah dengan:
  1. Selesaikan masalah orang
  2. Bantu orang capai apa yang mereka mahu
Ini 3 langkah nak bina nilai:

Langkah 1 – selesaikan masalah

Masalah = peluang.

Anda kena peka dengan keadaan sekeliling untuk kenal pasti masalah yang ada.

Ini antara soalan yang anda boleh tanya:
  • Apa yang selalu melambatkan kerja team?
  • Apa perkara yang bos selalu complain?
  • Apa kerja yang berulang-ulang setiap minggu?
  • Apa benda yang buat orang lain stres dalam kerja?
  • Apa halangan yang menghalang team capai KPI?
Contoh :

Dalam HR:
  • Data bersepah
  • Report lambat siap
  • Banyak kerja manual
  • Susah nak analisa data
Itu semua ialah peluang.
Kesilapan ramai orang:

Mereka nampak masalah, tapi mereka:
  • Mengeluh
  • Mengadu
  • Menyalahkan sistem
  • Biarkan saja
  • Tunggu orang lain selesaikan
Orang yang bernilai lihat masalah sebagai peluang.

Langkah 2 – ambil inisiatif (jangan tunggu arahan)

Ini beza antara orang biasa dan orang yang bernilai.
Orang biasa tunggu bos beri arahan baru nak bertindak.
Orang bernilai, bila nampak masalah, terus fikirkan solusi.

Contoh:

Masalah: buat report ambil masa 3 jam setiap minggu

Orang biasa fikir:“Biarkan saja, memang macam tu, tunggu orang lain selesaikan…”
Orang bernilai fikir:“Macam mana aku boleh siapkan report dalam masa 30 minit?”

Di sinilah nilai mula terbina.

Langkah 3: buat secara konsisten

Proses membina nilai ialah proses jangka masa panjang.

Ia bukan magic yang dibuat sekali anda terus naik gaji.

Ia proses yang berterusan:
  • Nampak masalah
  • Selesaikan
  • Ulang
  • Improve
Lama-lama orang akan nampak corak itu.
Dan bila itu berlaku, nilai anda akan naik secara natural.

Contoh.

Situasi: HR buat report manual setiap minggu.

Langkah anda:
  • Nampak masalah → report lambat siap
  • Ambil inisiatif → belajar formula Excel
  • Automate → jimat 3 jam
  • Tunjuk hasil → boss nampak
  • Ulang → jadi orang rujukan

Inilah cara sebenar untuk naikkan nilai.

CARA NAK NAIK GAJI

 Anda boleh fokus pada 3 perkara ini jika mahu naik gaji dengan bina nilai.

1. Kesan / hasil besar

Ini solan penting untuk dijawab.

Apakah hasil kerja anda?
Adakah hasil itu memberi kesan besar kepada syarikat?

Contoh 1:

Anda key-in data dalam template Excel atau sistem → hasil kerja anda beri kesan kecil pada syarikat.

Kenapa?
  • Kerja ini mudah diganti oleh orang lain
  • Tidak membantu membuat keputusan
  • Hanya menyokong proses, bukan menentukan arah
Maksudnya:
Kalau tidak ada orang buat kerja ni pun, syarikat masih boleh berjalan,
atau orang lain boleh ambil alih dengan cepat

Contoh 2:

Anda sediakan report yang jelas yang membantu bos buat keputusan penting → hasil kerja anda beri kesan besar pada syarikat.

Kenapa?
  • Membantu bos buat keputusan lebih cepat
  • Mengurangkan risiko kesilapan
  • Memberi arah kepada tindakan syarikat
Maksudnya, keputusan yang dibuat berdasarkan report anda boleh:
  • Menjimatkan kos
  • Menambahkan keuntungan
  • Mengelakan masalah besar
2. Nampak (visibility)

Ini soalan penting untuk dijawab.

Adakah orang nampak hasil kerja anda?
Adakah bos sedar nilai yang anda beri?

Ramai pekerja:
  • Buat kerja dengan baik
  • Siapkan semua task
  • Rajin dan komited
Namun, bos tak tahu, susah untuk menilai.
Oleh itu, anda perlu simpan dan rekod pencapaian anda.

Ia boleh dijadikan bukti ketika proses penilaian kerja atau performance appraisal.

Contoh 1:

Kerja anda bagus tapi senyap.
Anda buat report yang baik.
Data lengkap. Analisis betul.

Tapi anda hanya hantar report tanpa explain.

Hasilnya?

Bos tengok: “Ok, report siap.”

Nilai anda rendah di mata bos.

Kenapa?
  • Anda tidak highlight apa yang penting
  • Anda tidak tunjuk impact kerja anda
  • Anda anggap orang akan faham sendiri
Realitinya: Orang lain sibuk dengan diri sendiri, mereka tidak akan nampak jika anda senyap.

Contoh 2:

Anda buat report yang sama.
Tapi kali ini anda tambah:
  • Ringkasan utama
  • Insight penting
  • Cadangan tindakan
Hasilnya?

Bos nampak:
“Ini membantu bos buat keputusan.”
Anda telah menambah nilai dihadapan bos.

Kerja yang sama.

Tapi:

Satu = tak nampak nilai
Satu = jelas nampak nilai

Nampak atau visibility di sini bukanlah anda beria-ia nak tunjuk depan bos seperti mahu membodek bos.

Ia cukup sekadar setiap kali anda buat kerja, cuba tanya diri sendiri:

“Kalau aku bos… apa yang aku nak nampak dari kerja ini?”
“Apa manfaat yang aku terima dari kerja ini?”

3. Gandaan (leverage)


Kita hidup dalam dunia moden yang penuh dengan leverage.

Apa itu leverage?

Bahasa mudah leverage ialah:
  • Kerja sikit → hasil banyak
  • Kerja sekali → hasil berganda atau berulang kali
Cuba tanya diri:
Adakah kerja anda ada leverage?
Adakah kerja anda dapat meningkatkan hasil dengan banyak atau berganda?

Contoh 1: Kerja tanpa leverage

Anda buat laporan secara manual setiap minggu.
Ambil masa 3 jam.
Setiap minggu ulang benda sama.

Hasilnya:
  • Masa habis
  • Output terhad
  • Tiada peningkatan
Kenapa nilai anda rendah?
  • Kerja tidak berkembang
  • Tiada penjimatan masa
  • Tiada kesan besar
Anda tukar masa dengan kerja (time for money)

Contoh 2: Kerja dengan leverage

Anda belajar Excel.
Anda automate laporan tersebut.
Masa untuk siapkan laporan : dari 3 jam → 30 minit

Hasilnya:
  • Jimat masa
  • Kurang error
  • Boleh buat lebih banyak kerja lain
Nilai anda meningkat.

Kenapa nilai anda tinggi?
  • Buat sekali → hasilnya berkali-kali
  • Jimat masa syarikat
  • Tingkatkan produktiviti
Ini dipanggil leverage

Secara ringkas.

Manual = buat sekali → guna sekali
Leverage = buat sekali → guna banyak kali

Dalam dunia moden sekarang ini:

Orang yang ada leverage akan bergerak lebih laju dan cepat naik.
Orang yang kerja takda leverage akan kekal sibuk.

BENDA SIMPLE TAPI SUSAH

Konsep membina dan memberi nilai ini nampak simple dan mudah.

Semua orang boleh faham konsep ini.
  • Nampak masalah
  • Selesaikan masalah
  • Dan ulang
Tapi kenapa ramai orang tak boleh nak buat.
Kalau buat pun tak boleh nak konsisten.

Ini antara sebabnya:

Sebab 1 – Kita suka benda cepat nampak hasil

Otak kita suka benda yang:
  • Nampak jelas
  • Mudah difahami
  • Boleh dibuat cepat
  • Boleh beri hasil cepat
Sebab itu kita cenderung pilih:
  • Kerja overtime
  • Buat part time
  • Buat Grab
  • Berniaga online
  • Atau buat side income
Semua aktiviti ini nampak jelas dan hasilnya cepat.
Secara emosi, ia membuatkan kita rasa seperti sedang bergerak ke depan.

Tapi hakikatnya…

Kebanyakan usaha ini hanya beri hasil dalam jangka masa pendek.
Ia tidak ubah sistem hidup anda dalam jangka masa yang panjang.

Akhirnya, dalam jangka masa panjang anda akan penat dan burn out.

Sebab 2 – Kita suka main game jangka masa pendek.

Kita tak suka game jangka masa panjang.
Kita tak nampak gambaran besar keseluruhan hidup kita.

Ramai orang hidup dengan mindset:
“Apa aku boleh dapat sekarang?”

Sedangkan orang yang berjaya fikir:
“Apa aku bina sekarang untuk 3–5 tahun akan datang?”

Perbezaan ini nampak kecil, tapi impaknya besar

Jangka pendek:
  • Hasil cepat
  • Tapi lama-lama akan penat dan burn out
  • Ia tak tahan lama
Jangka panjang:
  • Hasil lambat
  • Naik perlahan
  • Tapi tahan lama dan stabil
Sebab 3 - Kita tak faham cara dunia berfungsi

Ramai orang tanya:
“Macam mana aku nak naik gaji?”
“Macam mana aku nak dapat lebih?”
“Kenapa bos tak naikan gaji aku?”


Semua soalan fokus kepada – apa yang aku dapat.

Kita jarang tanya apa yang orang lain dapat?
Dunia tak berfungsi macam itu.

Realitinya
  • Dunia tak peduli apa yang anda mahu dapat.
  • Kalau anda tak beri apa yang orang mahu,
  • Kenapa orang lain perlu beri apa yang anda mahu?
Konsep memberi nilai sebenarnya mudah difahami tapi susah dilaksanakan.
Kerana ia melawan sifat semula jadi manusia.

Sebab itu:
Ramai tahu, tapi tak ramai buat
Kalau buat pun tak ramai yang konsisten

Kebanyakan lebih suka buat perkara mudah yang tak beri hasil besar.

Kenapa?

Sebab kita ada satu bias yang sangat kuat iaitu – “action bias”.
Kita rasa buat sesuatu lebih baik daripada tidak buat apa-apa.

Walaupun benda itu tidak beri hasil besar.
Kita buat sebab nak sedapkan hati.

Ia membuatkan kita rasa seperti sedang berusaha.

Contoh mudah.

Bayangkan dua orang bernama Ali dan Abu.

Ali
  • Buat Grab lepas kerja
  • Balik lewat malam
  • Tambah RM500 sebulan
  • Penat dan masa habis
Abu
  • Belajar automasi Excel
  • Ambil masa untuk praktis sampai mahir
  • Jimat masa kerja
  • Naikkan visibility dengan boss
Dalam jangka masa pendek, Ali tambah income, nampak lebih rajin dan berusaha berbanding Abu.

Tapi dalam jangka masa panjang, Ali akan penat dan burn out.

Manakala Abu, dalam jangka masa pendek nampat seperti tidak berusaha, tapi dalam jangka masa panjang, skil Abu meningkat dan bos nampak sumbangan Abu.

Abu ada potensi naik pangkat dan dapat gaji lebih tinggi.

Soalan penting untuk anda.

Cuba tanya diri:

“Apakah aku sanggup buat benda yang susah sekarang untuk hidup yang lebih mudah nanti?”

Kalau jawapan anda ialah ya…
Maka anda sudah berada di jalan yang betul.

3 FASA KELUAR DARI MASALAH KEWANGAN


Sekarang anda sudah faham:

Dunia kerja tak bayar rajin dan kerja keras semata-mata, tapi bayar pada nilai.
Proses untuk keluar dari masalah kewangan bukannya proses jangka pendek.
Tapi ia proses berterusan yang mengambil masa panjang.

Oleh itu anda perlu roadmap yang jelas supaya anda tidak cepat berputus asa.

Ini 3 fasa roadmap yang anda boleh guna.

Fasa 1 – Sedar & Faham


Apa yang anda sedang buat sekarang:
  • Faham tentang hakikat dunia berfungsi
  • Faham konsep nilai
  • Nampak kesilapan lama
  • Ubah cara fikir
Ini penting.
Kalau tak betul di sini, langkah seterusnya akan salah.

Fasa 2 – Bina Nilai

Ini fasa paling kritikal. Ini fasa anda bertindak

Fokus pada:
  1. Kenal pasti masalah di tempat kerja
  2. Selesaikan masalah secara konsisten walaupun ia kecil
  3. Bangunkan diri dan belajar skill yang relevan jika perlu
Di sinilah ramai orang give up.

Sebab:
  • Lambat nampak hasil
  • Rasa penat
  • Rasa susah
  • Rasa tak da perubahan

Tapi kalau anda lepas fasa ini.
Hidup anda akan mula berubah.

Fasa 3 – Gandakan Nilai

Bila anda dah ada skill dan pengalaman:
  • Ambil tanggungjawab lebih besar
  • Jadi orang rujukan dalam team
  • Tingkatkan visibility
Di sini biasanya:
  • Gaji mula naik
  • Banyak peluang baru datang
  • Anda ada lebih banyak pilihan
Masalah besar yang ramai tak sedar
Ramai orang nak lompat terus ke fasa 3.

Mereka nak: Gaji tinggi, peluang besar

Tapi mereka tak nak melalui fasa 2 - proses membina nilai.

Satu perkara anda kena faham - “Anda tak boleh tuai hasil kalau anda tak tanam apa-apa.”

Proses membina nilai ini bukan kerja satu hari.
Ia proses panjang yang sunyi dan berliku.

Namun ia berbaloi untuk diterokai.

Antara kesilapan ramai orang dalam membina nilai ialah mereka:
  • Tak da direction
  • Tak ada guidance
  • Tak ada environment yang betul
Sebab itu, ramai yang tak berjaya dan cepat putus asa.

Saya sendiri sedang belajar dan banyak bereksperimen untuk menerokai lebih dalam lagi konsep dan proses membina nilai.

Jika anda mahu memahami dan mendalami konsep dan proses membina nilai, anda boleh join Whatsapp Channel Sk Biz Solution seperti link di bawah.

Dalam channel tu, saya akan kongsikan idea dan insight yang saya dapat hasil pembelajaran dan eksperimen saya secara konsisten.

Dari situ, anda tidak keseorangan dan boleh tanya saya sekiranya ada soalan.

Klik sini untuk join WhatsApp Channel

Atau anda boleh scan QR di bawah untuk join



Perjalanan ini bermula dengan satu keputusan kecil.
Semoga bermanfaat untuk anda.

Perhatian dan masa anda amat saya hargai.

Sekiranya anda dapat manfaat daripada perkongsian ini, saya mohon anda kongsikannya juga kepada rakan-rakan anda yang lain, yang mungkin menghadapi masalah sama seperti anda.

Mari kita sebarkan manfaat dan kebaikan.

Terima kasih atas perhatian.

Shah.
Sk Biz Solution Technology Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment