Sk Biz Solution - Community: Pekerja SME - 3 halangan utama anda keluar dari masalah kewangan.

Monday, April 20, 2026

Pekerja SME - 3 halangan utama anda keluar dari masalah kewangan.


Pekerja SME - anda dah berusaha keras, tapi hidup masih belum berubah?

Bagi anda yang dah baca ebook saya tentang panduan keluar dari masalah kewangan, mungkin anda sudah sedar satu perkara:

Selama ini, anda tersalah main “game”.

Anda masuk padang permainan tanpa faham peraturannya.
Anda buat kerja tanpa pelan tindakan dan strategi yang betul.

Sebab itu, walaupun anda rajin dan kuat berusaha, hidup tetap tidak berubah.

Masalah sebenar bukan usaha.
Masalah sebenar ialah strategi.

Kalau anda sudah berusaha tapi hasil masih kecil, itu bermaksud:

Anda buat kerja yang tidak beri impak besar.
Anda letakkan usaha pada perkara yang tidak berbaloi.

Masalah sebenar: anda tak tahu nak pilih perkara yang betul

Ini punca paling penting.

Anda tak tahu kerja mana yang beri hasil besar.
Sebab itu anda buat banyak kerja, tapi impaknya kecil.

Ia tidak cukup untuk ubah hidup anda.

Jalan keluar: berfikir secara strategik

Kalau anda nak ubah keadaan, tambah usaha sahaja tidak cukup.

Anda kena ada strategi.
Anda kena ubah cara berfikir.

Anda kena berfikir secara strategik.

Apa itu berfikir secara strategik?

Bezakan ini dulu:

Tidak strategik:

  • Sibuk
  • Buat banyak kerja
  • Ikut arahan, tanpa faham 
  • Fokus jangka pendek

Strategik:

  • Fikir: “Apa hasil akhir yang aku nak capai?”
  • Pilih kerja yang beri impak besar
  • Faham kenapa kerja itu penting
  • Fikir kesan jangka panjang

Strategik bukan buat banyak benda.
Strategik ialah memilih benda yang paling penting.

Ia adalah cara berfikir yang menilai matlamat, pilihan dan kesan sebelum bertindak. 

Ini supaya tindakan memberi impak paling besar dalam jangka masa panjang.

Leverage: konsep yang ramai orang tak nampak

Sekarang ini, kita dalam dunia moden yang ada banyak leverage.

Kita mahu tindakan yang ada leverage.

Leverage ialah pengganda kepada keputusan kita.

Bahasa mudahnya:

  • Buat sikit → hasil berganda
  • Buat sekali → hasil berkali-kali

Sebab itu, proses membuat keputusan itu penting. Kita tidak mahu buat keputusan yang salah.

Kalau keputusan salah → leverage akan menggandakan hasil yang salah.
Kalau keputusan betul → leverage akan menggandakan hasil yang betul.

Macam mana nak tahu pilihan itu betul?

Pilihan yang betul ialah pilihan yang:

  • Selari dengan matlamat.
  • Memberi impak  dan kesan besar dalam jangka masa panjang.

Dan yang paling penting ia selari dengan cara dunia ini bergerak.

Analogi mudah

Bayangkan anda di Kuala Lumpur nak ke Johor Bahru. Anda hanya ada basikal.

Tapi anda kayuh ke arah utara, bukan selatan.

Kenapa?

Sebab anda tak tahu arah.
Anda main kayuh sahaja.

Sudah tentu anda tak sampai.

Begitulah dalam hidup.

Tanpa arah dan strategi, kita hanya “sibuk”, tapi tidak sampai ke mana-mana.

Realiti: jalan ini memang susah

Proses keluar dari masalah kewangan bukan mudah.

Ia panjang dan banyak halangan.

Sebab itu:

Kalau dah alang-alang susah, pastikan anda susah pada perkara yang betul.

Jangan susah pada perkara yang tidak betul dan tiada hasil.

3 halangan utama yang anda kena hadap.

1. Sumber terhad

Realiti yang kita kena hadap ialah setiap orang mempunyai sumber yang terhad iaitu :

  • Masa
  • Tenaga
  • Duit
Setiap hari kita gunakan 3 sumber ini samada sedar atau tidak.

Oleh kerana ia terhad, kita kena gunakannya secara bijak.

Kalau anda sudah guna pada satu perkara, anda tak boleh guna pada perkara lain.

Contoh:

Anda buat Grab Food selama 4 jam selepas habis kerja.

Masa dan tenaga itu dah habis.
Anda sudah tak boleh guna masa dan tenaga yang sama untuk belajar skill atau buat sesuatu yang lain.

Masalah ramai orang - mahu buat semua benda.

Tapi, hakikatnya tak boleh!

Anda mesti memilih.

2. Sifat semulajadi manusia

Halangan kedua ialah diri sendiri.

Manusia macam kita ini, kebanyakannya:

  • Nak semua benda dalam satu masa
  • Mahu hasil cepat dan suka shortcut
  • Tak konsisten 
  • Mudah putus asa
  • Ikut trend 
  • Susah nak fokus
  • Mudah dipengaruhi emosi & bias

Semua ini akan mempengaruhi keputusan atau pilihan yang kita buat setiap hari.

Jika kita tidak hati-hati dan berfikir dalam memilih, kita akan pilih perkara yang salah.

3. Gangguan luar

Dunia hari ini penuh dengan gangguan.

Semua mahu ambil perhatian dan mempengaruhi kita.

Mereka ini, antaranya:-

  • Syarikat yang mahu kita beli produk atau service mereka. 
  • Ahli politik yang nak sokongan dari kita.
  • NGO yang mahu mencari dana.
  • Influencer yang mahu follower.
  • Dan sebagainya

Kita tidak boleh lari dari ganguan ini. Kita sentiasa terdedah walau dimana kita berada.

Masalahnya bukan kewujudan mereka.

Masalahnya bila kita tidak kawal atau filter gangguan yang masuk dalam otak kita.

Secara tidak sedar ia mempengaruhi keputusan yang kita buat.

Keputusan tersebut bukan dari kita sendiri.

Jadi, apa jalan keluar?

Jadi pemikir strategik.

  • Tahu apa yang anda mahu
  • Tahu apa yang penting
  • Fikir dengan jelas sebelum bertindak

Kalau tidak, anda akan terus:

Sibuk.
Penat.
Tapi tak ke mana.

Bagaimana untuk jadi pemikir strategik? Nanti saya akan kongsi diartikel akan datang.

Saya juga sedang belajar dan meneroka lebih dalam tentang topik ini.

Kalau anda nak ikut perjalanan ini, boleh join channel WhatsApp Sk Biz Solution.

Dalam channel itu, saya akan kongsikan apa yang saya belajar supaya kita sama-sama jadi lebih jelas dalam membuat keputusan.

No comments:

Post a Comment