Sk Biz Solution - Community: Bagaimana nak jadi seorang yang kreatif?

Saturday, June 17, 2023

Bagaimana nak jadi seorang yang kreatif?




Ramai orang nak jadi kreatif.
Boleh selesaikan berbagai masalah.

Tapi bagaimana nak jadi kreatif?
Ada tak cara untuk kita latih otak kita menjadi kreatif?

Jawabnya, ada.

Sebelum nak jadi kreatif, kita kena tahu apa yang dimaksudkan dengan kreatif?
Kreatif itu bagaimana bentuk dia?
Apa definasi kreatif pada pandangan kita?

Biasanya kita akan panggil orang itu kreatif apabila:-

1. Dia dapat berikan idea yang kita pun tak pernah fikir idea tu.
2. Dia dapat selesaikan satu masalah yang kita pun tak tahu nak selesaikan masalah tersebut.
3. Dia hasilkan sesuatu karya seni yang unik dan bermanfaat seperti lukisan, lagu, filem, podcast, tulisan dan sebagainya.

Maka kita pun panggil dia kreatif

Ada juga orang kata, kreativiti ini satu pemberian. It's gifted.

Iya betul ia satu pemberian. 
Jadi beruntunglah kepada mereka yang dapat pemberian tersebut.

Dalam masa yang sama, kreativiti ini juga boleh diusahakan.

Selagi kita ada otak dan mampu berfikir, kita boleh berusaha untuk jadi kreatif.

Kita boleh latih diri  untuk jadi kreatif.

Bagaimana cara nak jadi kreatif?

Ada banyak cara untuk jadi kreatif.
Satu cara untuk jadi kreatif ialah dengan banyak membaca.

Boringkan jawapan?
Memang boring pun jawapannya. Tapi itulah hakikatnya.

Bill Gates membaca 50 buah buku setahun.
Mark Zuckerberg siap ada kelab buku lagi. 

Warren Buffett menghabiskan 80% masanya sehari dengan membaca.

Charlie Munger kawan rapat kepada Warren Buffet, pernah cakap banyak membaca adalah faktor utama kepada kejayaan dia hari ini.

Elon Musk, dalam satu interview dia pernah cakap, dia suka baca buku yang berkaitan dengan science fiction. Idea dan inovasi yang dia buat banyak dipengaruhi dari pembacaan tersebut.

Malah dia cerita, masa mula-mula dia bangunkan SpaceX, dia banyak buat kajian dengan membaca buku-buku teks, kertas-kertas akademi dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan roket, kejuruteraan aerospace dan sebagainya.

Anda semua kenal mereka ini kan?
Google je nama mereka anda akan jumpa siapa mereka.

Garbage in, garbage out.

Kita berfikir dengan memproses maklumat dalam otak kita.
Kita connecting the dots antara maklumat yang tersimpan dalam otak kita.

Jadi kalau maklumat yang ada dalam kita itu sampah, maka sampah la yang keluar.

Kalau maklumat yang ada dalam otak kita itu emas pertama, maka emas permata lah yang keluar.

Mana boleh dalam otak penuh sampah tiba-tiba nak keluar emas.

Itu analogi mudahnya.

Membaca dapat menambahkan maklumat emas dalam otak kita.
 
Baca buku tentang perkara yang anda nak pelajari.
Baca artikel-artikel yang berilmu, yang merangsang anda berfikir.

Dengar podcast atau interview-interview yang bermanfaat.
Hadiri training atau seminar-seminar yang berkaitan dengan kerja anda.
Tonton Youtube atau rancangan-rancangan yang mendidik.

Itu cara untuk kita tambah maklumat emas dalam otak kita.

Kurangkan atau jangan baca gosip-gosip artis yang ntah apa-apa.
Kurangkan baca berita-berita sensasi yang tak perlu.

Jangan layan konten-konten bodoh di YouTube, di Tik Tok atau mana-mana platform dengan alasan sekadar nak berhibur je.

Kurangkan sembang-sembang kosong di kedai kopi yang tak beri manfaat tu.

Jangan dengar lawak-lawak lucah yang tak lawak di radio-radio atau di mana-mana platform.

Itu cara untuk kita buang sampah dalam otak kita.
Kita kena jaga otak kita dari dicemari dengan maklumat sampah tu.

Kita kena pandai pilih dan tapis perkara yang masuk dalam otak kita.
Sebab, apa yang ada dalam otak kita, benda itu lah yang akan keluar.

Sebagai kesimpulan.

Akan ada orang tanya, masalahnya saya tak minat membaca.
Ada tak cara untuk saya minat membaca?

Jawabnya ada, yang itu, nanti ada masa saya akan cerita. :)

No comments:

Post a Comment