Sk Biz Solution - Community: Bagaimana menulis dapat meningkatkan daya kreativiti?

Monday, June 19, 2023

Bagaimana menulis dapat meningkatkan daya kreativiti?



Jika membaca ialah input , maka menulis ialah output.

Kita masukan input (maklumat) ke dalam otak, otak memproses maklumat (berfikir) dan kita keluar kan output (hasil) dengan menulis.

Menulis ialah antara cara untuk mengeluarkan apa yang terkandung dalam otak.
Penulisan kita tidak teratur, caca merba dan tidak jelas?
Maka begitulah situasinya dalam otak kita.

Menulis dapat membantu kita menyusun kembali maklumat dalam otak.
Menulis dapat melatih otak berfikir dengan jelas.

Kadang-kadang kita pun rasa malu nak baca apa yang kita tulis.
Kita pun tak faham apa yang ditulis.

Itu biasa.
Terutamanya bagi yang baru menulis,

Seth Godin seorang marketer dan best seller author kata - Teruskan menulis. Just showing up everyday.

Dalam satu temubual, beliau pernah ditanya soalan-soalan sebegini:-

Bagaimana nak hasilkan penulisan yang bagus?
Bagaimana nak hasilkan idea yang bagus dan kreatif?
Tulisan saya teruk, bagaimana saya nak perbaikinya?

Seth Godin jawab.

Anda nak hasilkan tulisan yang bagus? Tunjukan saya 100 tulisan anda yang teruk.
Anda nak hasilkan idea yang bagus dan kreatif? Tunjukan saya 100 idea anda yang teruk dan tidak kreatif.

Di sini kita faham, jangan fokus pada hasil, tapi fokus pada proses menulis.
Konsisten menulis itu lebih penting dari hasil yang kita mahu.

Tulis je. Buat je.
Buat, belajar dan perbaiki.

Menulis adalah proses kita membuang sampah dari otak kita.
Ia umpama kita melombong emas.

Pada awalnya, kita buang tanah dan batu keras yang tidak diperlukan.
Kita gali sehingga bertemu emas yang berharga.

Begitu juga dengan otak kita.
Kita gali dan lombong otak dengan menulis.
Kita keluarkan sampah-sampah yang tidak diperlukan.
Kita gali dengan dalam sehingga jumpa emas yang bernilai.

Menulis dapat melatih otak kita berfikir dengan kreatif.
Ramai orang kata berfikir adalah proses dalaman yang berlaku dalam otak.

Sebenarnya, menulis itu adalah satu proses berfikir.

Satu hari ada orang datang ke pejabat Richard Fenyman untuk menemubual beliau.

Richard Fenyman ialah antara ahli fizik yang hebat dan penerima nobel prize dalam fizik di Amerika.

Setelah orang itu menemubual Fenyman, dia ternampak buku nota yang sering dibawa oleh Fenyman. 

Orang itu kata, "alangkah beruntungnya aku dapat melihat rekod hasil dari pemikiran Fenyman".

Bila dengar macam itu, Fenyman cepat-cepat jawab. "Dalam buku nota itu bukan rekod hasil dari pemikiran saya , tapi ia ialah proses saya berfikir, saya buat kerja saya di atas kertas."

Kata orang itu lagi, "Oh baik, kerja telah dilakukan dalam otak anda, tapi hasilnya direkodkan dalam buku itu".

Sekali lagi, Fenyman menafikan. "Tidak, tidak, ia bukannya rekod. Ia ialah kerja saya. Saya kena bekerja dengan kertas, dan itu lah kertasnya." 

Ramai bijak pandai masih lagi berdebat tentang bagaimana otak berfungsi, tapi ramai daripada mereka bersetuju tentang proses berfikir memerlukan sesuatu dari luar seperti scaffolding khususnya dalam bentuk penulisan.

"Creativity is just connecting the things. ~ Steve Jobs.

Dan Sfaffolding ini dapat membantu kita untuk connecting the things.
Menyambungkan satu maklumat kepada maklumat yang lain.

Oleh itu, menulislah.

No comments:

Post a Comment