Ramai orang tidak biasa berfikir dengan mendalam. Bila tak biasa, itu yang menyebabkan kita tak jumpa jalan penyelesaian apabila kita ada masalah.
Sebenarnya, banyak masalah boleh diselesaikan dengan kita duduk berfikir. Otak kita kalau dilatih berfikir setiap hari, ia mampu menghasilkan banyak idea yang kreatif.
Sebenarnya, banyak masalah boleh diselesaikan dengan kita duduk berfikir. Otak kita kalau dilatih berfikir setiap hari, ia mampu menghasilkan banyak idea yang kreatif.
Mula-mula memang kita rasa macam susah nak berfikir. Kita rasa susah nak keluarkan idea-idea yang kreatif. Tapi kalau dilatih setiap hari ia akan jadi mudah.
Bagaimana mahu berfikir?
Banyakan membaca dan menulis - 2 aktiviti ini sangat membantu kita dalam proses berfikir.
Membaca menambahkan input dalam otak, jadi otak kita akan menerima banyak maklumat untuk diproses.
Menulis pula sebagai output kepada otak.
Kita tidak tahu hasil berfikir sehinggalah kita luahkan ia di atas sekeping kertas.
Apabila kita tulis barulah kita nampak hasilnya.
Itu lah karya kita.
Dari situ kita boleh perbaiki kelemahan yang ada.
Apa yang nak difikirkan?
Terpulang pada anda nak fikirkan apa. Ia tidak ada satu peraturan atau SOP yang khusus.
Setiap orang berlainan situasi.
Tapi jika anda baru nak praktikan, anda boleh ambil ini sebagai panduan:-
1. Fikirkan tentang diri sendiri.
Ramai orang masih tak kenal diri dia sendiri. Dia masih tak tahu apa yang dia mahu dalam hidup. Masih tak tahu matlamat yang dia mahu capai.
Tak tahu kekuatan, kelemahan, minat, prinsip dan nilai yang dipegang dalam hidup.
Sebab itu, hidupnya macam lalang. Tidak ada pendirian.
Mudah dipermainkan dan digula-gulakan.
2. Fikirkan tentang aktiviti hari ini.
Kalau saya boleh balik ke 20 tahun dahulu, saya akan cakap pada diri saya, untuk mula menulis jurnal atau diari setiap hari.
Menulis jurnal dapat merangsang otak kita untuk berfikir. Ia juga membantu kita untuk sedar diri.
Tak perlu tulis panjang-panjang, cukup sekadar tulis apa perkara penting yang berlaku hari itu.
Tulis apa perasaan kita, apa pelajaran dan kesilapan yang boleh dipelajari pada hari tersebut.
Menulis jurnal secara tidak langsung membantu kita untuk buat refleksi diri.
3. Fikirkan masalah dan solusi.
Anda ada masalah yang perlu diselesaikan?
Ambil sehelai kertas, tulis masalah anda dan juga solusinya.
Senaraikan semua solusi yang terlintas dalam otak. Lagi banyak lagi bagus. Jangan kisah solusi itu dapat dijalankan atau tidak. Jangan kisah ialah logik atau tidak.
Anda tak perlu bimbang semua itu.
Tujuan kita untuk latih otak kita supaya berfikir dengan lebih mendalam.
Lagi dalam kita menggali, lagi bernilai. Macam-macam kita akan jumpa nanti.
Kesimpulannya,
Nak jadi seorang penulis? Tulislah setiap hari, anda sudah jadi seorang penulis.
Nak jadi seorang pelari? Berlarilah setiap hari, anda sudah jadi seorang pelari.
Nak jadi seorang pemikir? Befikirlah setiap hari, anda sudah jadi seorang pemikir.

No comments:
Post a Comment