Sk Biz Solution - Community: Bagaimana second brain dapat meningkatkan daya kreativiti anda?

Thursday, June 22, 2023

Bagaimana second brain dapat meningkatkan daya kreativiti anda?



Tahukah anda, second brain dan membantu meningkatkan daya kreativiti anda.

Kata Steve Job, " creativity is about connecting things."

Kebanyakan idea bukan datang secara tiba-tiba dari kosong. Biasanya ia datang dari gabungan beberapa maklumat yang kita pernah baca, lihat dan dengar sebelum ini.

Kita mungkin dah lupa maklumat tersebut, tapi ia tetap tersimpan dalam otak sepada sedar.

Sebab itu kebanyakan orang yang kreatif mereka mempunyai tempat penyimpanan maklumat mereka sendiri.

Kalau mereka mahu berkarya mereka akan rujuk kembali maklumat yang berkaitan untuk mendapatkan idea dan feel. 

Saya pernah dengar (tak pasti kat mana sebab dah lama), dikatakan pelakon dan pengarah Jackie Chan, ada sebuah bilik khas untuk dia berkarya. 

Dalam bilik itu penuh dengan gambar, imej dan poster. Beliau dapat banyak idea dan inspirasi ketika bekerja dalam bilik tersebut.

Ada satu kajian yang telah dibuat oleh seorang Neuroscientist yang bernama Nancy C. Andreasen. 

Dia telah buat kajian terhadap ahli sains, ahli matematik, artis dan penulis yang berjaya. 

Dari kajian tersebut dia telah buat kesimpulan - kebanyakan orang yang kreatif bagus dalam mengenali hubungan antara maklumat dengan maklumat yang lain. 

Mereka dapat menghubung dan menggabung antara maklumat, walaupun pada mulanya maklumat tersebut tidak berkaitan langsung, tapi setelah diproses ia menjadi satu maklumat, idea atau produk yang berguna. 

Kita mudah melihat apabila maklumat tersebut disimpan dalam satu tempat.

Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan kebarangkalian kita untuk mengenal pasti hubungan antara maklumat.

Sekarang ini maklumat sangat mudah didapati. Ada maklumat yang berguna dan tidak berguna.

Maklumat yang berguna kita perlu simpan, tapi, masalahnya otak kita tak mampu nak simpan banyak maklumat. 

"Your mind is for having ideas, not holding them."
 ~ David Allen, Author of getting things done.

Oleh itu, kita perlukan otak kedua atau second brain.

Ada orang panggil external brain, swipe file, knowledge management system dan sebagainya. 

Ini semua merujuk kepada satu tempat khas untuk kita kumpul dan simpan maklumat yang kita mahukan.

Pernahkah anda mengalami situasi ini?

Semasa tengah memandu terlintas satu idea yang menarik dalam fikiran anda, tapi bila sampai ke destinasi idea tersebut hilang. Anda tak boleh nak ingat idea tu.

Atau, anda ada terbaca satu artikel yang menarik. Anda dapati maklumat dalam artikel itu berguna untuk projek anda akan datang. Anda pun simpan artikel tersebut.

Tapi, bila sampai masa anda nak rujuk, anda tak jumpa cari artikel tu. Akhirnya, masa anda habis dengan mencari artikel tu saja.

Pernah jadi situasi di atas?

Jika ya, anda perlu membina "Second Brain" anda sendiri.

No comments:

Post a Comment