Sk Biz Solution - Community: The art of creativity - Jangan tunggu sempurna baru nak mula

Saturday, July 16, 2022

The art of creativity - Jangan tunggu sempurna baru nak mula




Di sebuah universiti di Florida, US ada sekumpulan pelajar yang mengambil jurusan fotografi dikehendaki membuat kerja kursus semasa musim cuti.

Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan yang mana setiap kumpulan diberi tugasan yang sama tapi dengan arahan yang berbeza.

Kita boleh beri nama kumpulan tersebut dengan kumpulan A dan kumpulan B.

Kumpulan A - diberi arahan untuk fokus kepada kuantiti. 

Mereka dikehendaki mengambil gambar sebanyak yang mereka mampu. Hasil gambar tersebut akan di adili berdasarkan jumlah yang mereka hasilkan. 

Manakala, kumpulan B - pula mereka diarahkan untuk fokus pada kualiti. 

Maksudnya mereka tak boleh suka-suka ambil gambar. Mereka perlu pastikan gambar tersebut sebelum sebelum gambar diambil.

Mereka akan diadili berdasarkan kualiti gambar yang terbaik mereka hasilkan. 

Setelah habis cuti, profesor di universiti tersebut terkejut dengan hasil yang dia dapati. Gambar terbaik adalah dihasilkan dari kumpulan A yang fokus pada kuantiti.

100 gambar dapat gred A, 90 gambar gred B, 80 gambar gred C dan seterusnya.

Apa yang berlaku?

Semasa cuti, para pelajar dari kumpulan A ini sibuk mengambil banyak gambar. 

Mereka cuba bereksperimen dengan komposisi dan pencahayaan, mencuba berbagai jenis metod di dalam bilik gelap dan belajar dari kesilapan yang dilakukan.

Dalam proses menghasilkan ratusan gambar, mereka mengasah kemahiran dan bakat mereka.

Sementara itu, bagi pelajar dari kumpulan B, yang fokus pada kualiti mereka hanya duduk berbincang bagaimana untuk mencapai kesempurnaan tersebut.

Mereka hanya akan ambil gambar apabila mereka pasti itu cara yang sempurna.

Akhirnya, tak banyak gambar yang mereka hasilkan selain daripada teori-teori yang mereka bincangkan dan 1 gambar yang biasa sahaja.

Apa pelajaran dari cerita ini?

Jangan tunggu sempurna baru nak mula.

Ramai orang suka menunggu kesempurnaan baru nak mula bertindak. 
Mereka sibuk nak cari masa yang terbaik dan sempurna untuk mulakan kerja.

Sibuk cari cara terbaik dan cepat untuk turunkan berat badan. 
Sibuk cari program terbaik untuk bina badan.

Sibuk cari idea terbaik untuk mula berniaga. 
Sibuk cari cara terbaik untuk lebih produktif ketika di pejabat dan sebagainya. 

Kita terlalu fokus mencari cara terbaik sehingga terlupa untuk bertindak.
Jika ditanya bilakah masa terbaik untuk kita mulakan sesuatu kerja?

Jawabnya tiada masa terbaik. 
Buat sekarang. 
Fast action, fast result.

Buat, belajar, analisa dan perbaiki. 
Begitulah pusingannya sehingga kita capai apa yang kita mahu.

No comments:

Post a Comment