Sk Biz Solution Technology Sdn Bhd ialah sebuah syarikat penyedia latihan yang berdaftar di bawah Human Resources Development Corporation (HRD Corp) salah satu agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Berhad.
Antara latihan yang dianjurkan untuk IT & Teknologi ialah Microsoft Excel, Word, PowerPoint, Project, Access, Outlook, Excel dashboard, Power Query, Power BI, Auto cad, Photoshop dan sebagainya.
Manakala untuk soft skill pula ialah kursus komunikasi berkesan, penulisan email, report dan business letter, kursus motivasi pekerja, Executive development program, team building, pembangunan kepimpinan, pembangunan diri dan sebagainya.
Kelebihan Sk Biz ialah mempunyai ramai jurulatih professional atau trainer yang memang pakar dalam industri masing-masing.
Sebelum menjadi jurulatih, kebanyakan mereka telah lama bekerja dalam bidang masing-masing.
Mereka bekerja dari level permulaan (entry level) sehinggalah mereka naik ke level yang tinggi (high level) seperti director dan sebagainya.
Berbekalkan pengalaman yang luas dan kepakaran yang ada, para jurulatih ini mahu memberikan manfaat dengan berkongsikan pengalaman mereka kepada orang ramai.
Selama 10 tahun beroperasi, Sk Biz telah melatih ramai pekerja dari syarikat ternama seperti Gas Malaysia, TM, Perodua, Uniten, MAA Takaful, Microtel Sdn Bhd, FELCRA, Syarikat Prasarana Negara, IBFIM, LPPSA, JOBSTREET, Pantai Hospital, KPJ Hospital, TNB, JCA Builders, Teras Teknologi, H.Rosen Engineering, Jabatan Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan banyak lagi.
Visi kami di Sk Biz ialah membina satu komuniti yang mahu membangunkan diri sendiri dengan meningkatkan kemahiran dalam apa jua bidang yang diceburi.
Platform ini ialah salah cara untuk kami merealisasikan visi kami di masa hadapan.
Sekiranya anda mahu menghubungi pihak Sk Biz, anda boleh terus email ke hi@skbizsolution.net

No comments:
Post a Comment