Biasa tak anda dapat soalan sebegini ketika dalam temuduga?
Tujuan majikan tanya soalan sebegitu kerana majikan nak tahu adakah anda seorang yang ada visi? Adakah anda seorang yang ada perancangan dalam hidup?
Kenapa benda ini penting?
Sebab tanpa visi dan perancangan anda susah nak berjaya.
Anda boleh sesat dalam kehidupan.
Visi dan perancangan ini umpama peta dan kompas dalam kehidupan.
Hidup ini umpama anda berlayar di atas lautan.
Jika anda tidak ada peta dan kompas, anda tidak tahu arah mana mahu dituju.
Anda akan sesat dipukul ombak di atas lautan.
Sebab itu amat bahaya jika anda tidak tahu apa yang anda mahu jadi dalam masa 5 tahun akan datang.
Ramai pelajar dan graduan yang saya jumpa tidak ada perancangan mahu ke mana.
Mereka cakap mereka "just follow the flow".
Ini amat bahaya kerana follow the flow umpama anda tidak ada peta dan kompas kehidupan.
Jika anda ditengah laut anda boleh sesat.
Anda tidak sampai ke destinasi.
Lama kelamaan kapal anda boleh karam.
"Just follow the flow" menunjukan anda tidak ada pendirian.
Anda tidak ada arah mahu dituju.
Anda hanya ikut orang.
Orang ke kanan anda ke kanan.
Orang ke kiri anda ke keri.
Orang terjun lombang anda pun ikut terjun.
Jadi apa yang perlu dibuat?
Rancang hidup anda sekarang.
"Gagal merancang, bermaksud kita merancang untuk gagal"
Kenapa kena rancang 5 tahun?
Sebenarnya tak kisah pun berapa tahun.
Anda boleh letak berapa tahun yang anda selesa.
Cumanya 5 tahun ini ia satu jangka masa yang sesuai untuk kita lihat perkembangan kita.
Ia tidak terlalu lama dan tidak terlalu cepat.
Bagaimana nak rancang?
Rancangan tak perlu komplikated.
Ramai orang fikir bila nak buat perancangan kita nak kena tulis tebal-tebal macam buat "business proposal" tu.
Itu yang menyebabkan orang malas nak merancang tu.
Sebagai permulaan cukup saja kita jawab 3 soalan ini iaitu:-
Di mana kita sekarang?
Kita nak pergi mana?
Bagaimana cara untuk kita sampai?
Bagaimana cara untuk kita sampai?
Dah, itu je untuk permulaan.
1. Di mana anda sekarang?
Ambil kertas dan tulis, di tahap mana anda sekarang?
Dari segi kewangan, di tahap mana anda sekarang?
Berapa pendapatan anda sebulan sekarang ini?
RM1000? RM2000? RM5000 sebulan?
Dari segi kerjaya, di tahap mana anda sekarang?
Sedang belajar?
Baru saja tamat belajar dan sedang mencari kerja?
Dan sebagainya,.
2. Nak pergi ke mana?
Ok anda dah tahu kan di tahap mana anda berada sekarang?
Langkah seterusnya tentukan destinasi yang anda nak pergi.
Apa matlamat yang anda nak capai dalam masa 5 tahun ini.
Sebagai contoh.
Dari segi kewangan - anda nak capai pendapat RM3000 sebulan dalam masa 5 tahun akan datang.
Dari segi kerjaya - anda nak bekerja sebagai seorang HR eksekutif di syarikat AAA Sdn Bhd, dengan gaji RM3,000 sebulan.
3. Bagaimana nak capai?
Secara ringkas ini antara maklumat yang anda dah buat.
Di mana sekarang ? - Seorang graduan dalam bidang HR. Sedang mencari kerja. Tiada pendapatan bulanan.
Nak pergi mana? (matlamat) - Bekerja sebagai seorang HR eksekutif di syarika AAA Sdn Bhd, dengan gaji RM3,500 sebulan.
Bagaimana cara untuk mencapainya?
Apa halangan atau cabaran yang akan dihadapi?
Dalam situasi ini, antara halangan yang dihadapi ialah majikan tidak mahu ambil graduan yang tidak ada pengalaman kerja dalam bidang HR.
Jadi masalah utama sekarang ialah anda tidak ada pengalaman kerja
Berapa tahun pengalaman yang diperlukan?
Biasanya 3 tahun.
Ini lah misi anda sekarang, fokus untuk dapatkan pengalaman kerja sebagai HR selama 3 tahun.
Sekarang dah mudah sikit nak berfikir kan?
Anda boleh fikir dan senaraikan cara yang sesuai seperti di bawah.
Cara 1
Betul ke semua majikan tak ambil fresh graduate yang tidak ada pengalaman kerja?
Tak kan tak da langsung majikan yang nak ambil pekerja yang fresh. Mesti ada kan?
So cara pertama ialah anda boleh cari majikan yang mahu menerima fresh graduate yang tak da pengalaman kerja.
Antaranya anda boleh cari syarikat yang kecil.
Staff mungkin bawah 10 orang.
Biasanya syarikat kecil ini belum banyak duit, jadi mereka tak mampu nak dapatkan talent yang mempunyai pengalaman luas, sebab gajinya mahal.
Maka inilah peluang anda.
Tapi apa yang anda nak offer pada majikan tersebut supaya mereka nak ambil anda?
Anda boleh offer masa anda.
Anda boleh kata, anda sanggup kerja dengan gaji yang minima dan kerja lebih masa.
Sebagai bukti anda boleh cakap pada majikan yang 2 bulan pertama dia tak perlu bayar gaji dulu, tengok sama ada anda boleh atau tidak bekerja.
Jika majikan lihat boleh, maka majikan ambil anda bekerja dan bayar gaji 2 bulan tersebut.
Jika tak boleh majikan tak perlu ambil bekerja dan tak perlu bayar.
Ok, ini baru cara pertama, anda boleh fikirkan cara yang ke dua dan seterusnya.
4. Buat je.
Anda dah ada perancangan.
Dah tahu nak buat apa?
Sekarang ialah proses melaksanakan rancangan.
Rancangan yang hebat tapi tidak dilaksanakan tidak berguna juga.
Jangang tunggu dan berlengah. Buat saja.
Jangan takut dan malu.
Selagi apa yang anda buat itu tidak bertentangan dengan agama, tidak menyalahi undang-undang, atau tidak menyebabkan anda mati atau cedera. Buat saja.
Masa dah buat anda akan lihat apakah perancangan anda itu berjalan seperti yang dirancang.
Jika tidak berjalan seperti dirancang.
Anda perlu buat refleksi dan fikirkan kenapa rancang tak menjadi.
Fikir lebih dalam dan cari cara lain.
Bila dah jumpa cara lain, buat lagi, dan begitulah seterusnya sehinggalah anda berjaya.
No comments:
Post a Comment